Home Novel Cinta Aisyah
Bab 4

“Dulang?”Tanya Qasidah.

“Nantiakak Tanya pada kak Aisya. Jawapan dia pasti menarik.” Masha tersenyum. Semuasambung menjamu selera. Tapi masih ada beberapa pasang mata yang melihat Aisyamelayan karenah Rahim, Adham, Qahar, Arif dan Mikayla.

“Assalammualaikum,adik-adik akak lapar tak?” persoalan Aisya dibiar sepi.

TVyang sedang memainkan rancangan kartun dipadamkan. Maka, semua kepala menolehke arah Aisya.

“Amboimuka. Garangnya. Mari makan. Tengok akak ada apa?” Aisya meletakkan dulang kebawah.

“Besarnyapinggan akak.” Kata Rahim.

“Nibukan pinggan sayang. Tapi, dulang. Mari, kelilingi dulang. Siapa reti baca doamakan, angkat tangan?”

“Saya”“Saya” “Saya” “Saya” semua angkat tangan. Mikayla turut angkat tangan mengikutperlakuan sepupu-speupunya.

“Ok,baca sama. Bismillahirrahmanirrahim.”

“Allahummabariklana fima rozaqtana waqina azabannar.”

“Rahimsuap Qahar, Adham suap Arif dan akak suap Mikayla.” “Kemudian, tukar pula.”

Anak-anakkecil itu hanya mengikut sahaja. Berselera masing-masing makan.

“KenapaAisya suruh mereka suap each other?” Tanya Qasidah. Althaf duduk disofabertentangan dengan Aisya. Manakala, yang lain duduk bersila. Menantu-menantulelaki Ummi, Abah masih lagi bersembang dengan ayah.

“Mamasay aaaa.” Arif menyuapkan mama nya. Comel.

“Akakpernah join makan-makan disurau atau dimana-mana pusat ilmu agama?”

“Pernah.”

“Aisyasaja buat begini kerana seronok. Kalau akak nak tahu, cara ni lah buat kitaeratkan sesebuah hubungan. Kalau kita perasan, makanan yang terhidang diataspinggan, kita letakkan had untuk kita. Tapi di dulang kita hadkan untuk 5orang. Selalunya lah. Andaikata, akak buat majlis dan hidangkan makan secaraberdulang. Dulang yang pertama cukup 5 orang tapi dulang yang terakhir hanyadikongsi dengan 3 orang. Akak pasti yang dulang pertama tadi tak membazir betultak? Sebab cukup 5 orang. Tapi betul-betul kenyang ke, kelima-lima Jemaah tadi.Situasi kedua, dulang terakhir tadi 3 orang, akak pasti dulang yang ini akanmembazirkan? Sebab, mana mampu 3 orang menghabiskan makanan yang dihidangkanuntuk 5 orang. Maka, dengan itu tanpa ragu pasti salah seorang Jemaah yangberada di dulang akhir akan tanya pada Jemaah yang lain, sama ada inginberkongsi menghabiskan atau tidak. Kemungkinan juga, Jemaah yang berada didulang pertama akan pergi ke dulang akhir untuk menghabiskan dan Jemaah itujuga akan rasa kenyang. Jadi, tak salahkan Aisya amalkan ini pada anak-anakakak. Mereka sepupu, banyak benda mereka kongsi. Cara ini salah satu cara untukmengajar anak-anak untuk berkongsi dan sebagai orang yang lebih dewasa kitaakan menegur. Amalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan anak-anak banyakfaedahnya.” Jelas Aisya.

“Bernas.Saya harap selepas menikahi awak, dan awak melahirkan anak saya. Aktiviti inimenjadi rutin keluarga.” Kata Althaf.

Jujurnyalelaki ini.

“Taksabar rasanya saya nak menjadikan Aisya, menantu saya.” Kata Abah, suami kepadaAlthaf.

“Sebelumitu, saya nak cakap sesuatu kepada Althaf di depan semua. Aisya harap tak adasiapa yang kecil hati atau marah dengan kata-kata Aisya. Aisya minta maaf.Bismmillahrrahmannirrahim. Althaf sebaik saja awak lafaz akad nikah saya, sayaakan cuba mencintai, menyayangi awak sebagai seorang suami, kekasih dan jugasahabat. Mungkin juga ada kata-kata atau perilaku sepanjang menjadi Isteriawak, awak akan terjumpa lompong-lompong keburukan saya, Saya harap tika itu,awak akan menegur dan menutup aib saya. Jika, andaikata awak sudah lelah, penatmenjadi seorang suami kepada Aisya pulangkan saya semula kepada keluarga saya,sepertimana awak menyunting saya dari keluarga saya hari ini. Bagaimana awakamik, begitu juga tika awak pulangkan.” Kata Aisya.

Matatajam Althaf merenung Aisya. “In sya Allah. Dengan kata-kata dari Aisya tadi,nampaknya Ayah, Aisya terima dengan lamaran Althaf. So, bulan depan Aisya siapsediakan diri awak menjadi tunang dan Isteri kepada Muhammad Amier Althaf binZaid pada hari yang sama.”

“Erk,apa maksud Althaf?” bisik Aisya pada Masha.

“Laa,tu lah. Main jawab je. Mentang lah bakal laki hang hensem, hang buat ayat lagutu. Hajat depa mai sini, saja nak kenal-kenal dengan family kita. Pasalhubungan hang dengan dia, tak confirm lagi masih dalam perbincangan.Tapi denganapa yan hang dengan dia dok kata tadi, menunjukkan jadilah. Tahniah, kak.”

Dahisendiri aku tepuk. Gelojohnya lahai.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy