Home Novel Cinta CINTA HILANG ARAH
CINTA HILANG ARAH
Noreey
13/12/2015 11:18:20
42,847
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 56

BAB 56

KEDUA SAHABAT KARIB itu tertunduk. Tidak berani mengangkat wajah dan bertentang mata dengan perempuan yang sudah hilang nada lembutnya. Tidak sangka situasi ceria kelmarin, dari malam tadi bertukar burukdan petang ini bertambah buruk. Hamburan kemarahan dari perempuan itu terpaksa dihadap jua.

           “Rupanya kamu masihberhubungan dengan lelaki tu? Kamu sudah pandai menipu sekarang ya? Itu kahyang kamu belajar di kolej? Belajar untuk menipu?” Luah Kamalia lagi.Sejak-sejak masuk ke kereta tadi telinga sebu mendengar kemarahan Kamazul padaKarmilla.

Tiba di rumah, gilirannya pula membebelkan anak daranya. Panas sungguh hatimengenang kedegilan Karmilla. Sungguh tidak disangka dalam selalu dia bertanya,anak gadis itu sudah pandai menyorok hubungan dengan lelaki. 

           Bengkak hatinya mengenang tiga orang manusia yangmemberi cerita baru dalam hidupnya sekarang. Ternyata rancangan yang diatur gagal. Azyan tidak bersanding dengan Raishseperti yang dia bayangkan. Azyan juga rupanya sengaja merahsiakan semua itudarinya. Lebih tidak sangka Karmilla masih berhubungan dengan Raish tanpapengetahuannya.

Bunyi pintu kamar dibukamenyentap ruang sunyi antara mereka yang sedang duduk di ruang tamurumah Semi-D itu. Kamalia menoleh, memandang Kamazul yang sudah siap mandi danbertukar pakaian. Karmilla baru mengangkat muka, memandang papanya yang berjalan keluar dari kamar.

         “Okey jom! Kita geraksekarang,” ujar Kamazul sambil tangannya bermain-main dengan kunci keretaProton Waja miliknya. Wajah lelaki itu masihnampak serius sejak tadi. Pandangannya membelingas sejenak pada ketiga-tigaperempuan yang seperti sedang duduk berbincang sesuatu. Padahalnya dia sendirisudah tahu, pasti kedua gadis itu sedang dileteri isterinya.

Kamazul tadi pun sudah hilang sabar sekejapdengan perangai anak daranya. Mengenangkan Mazlin ada bersama dia cuba mengawal kemarahannya. Apa yangdiluahkan tadi lebih kepada ingatan dan nasihat. Biarlah dia mencari masa yanglebih sesuai untuk menegur perangai Karmilla.

Bersama sebuah beg sandangyang tergalas dibahunya, lelaki berbadan tegap itu terus menuju ke parkirtanpa banyak bicara lagi. Mazlin bangun, menghulur tangan bersalaman denganKamalia dengan wajah suram. Karmilla pula dengan mata yang basah turut juga menyalami mamanya.

“Maafkan Milla mama,” hanya itu yangmampu dituturkan dalam situasi begitu. Dia mencium tangan Kamalia, dan terusmenuju ke kereta papanya. Kamalia agak tergamam, Karmilla berlalu tanpa memeluknyaseperti selalu.

Biasanya Karmilla selaluberbuat begitu padanya ketika berpisah,tetapi saat itu semua sudah hilang. Mungkinkah dia sudah keterlaluanmemarahi Karmilla di depan Mazlin? Kedua gadis itu cepat sajamemasuki kereta, dengan wajah suram dan sugul, tiada lagi keceriaan merekaseperti semalam. Kamalia datang menyalami dan mencium tangan Kamazul.

      “Hati-hati memandu...” dia mengingatkan. Kamazul mengangguk, tangan Kamalia digenggam kemassambil dia mengucup dahi isterinya.

       “Abang balik dulu,”bisiknya. Sesaat sebuah ciuman mesra mendarat pula di pipi Kamalia. TanganKamalia dilepaskan dengan rasa hati yang berat. Beberapa hari dia disini selepas pulang dari tugasnya yang terlalu lama di luar negara. KeenggananKamalia untuk berpindah tempat kerja membuat dia terpaksa membahagikan masaberkejar ke sini. Kamalia melambaikantangan sejurus kereta bergerak, hati dibuai sayu dan sepi. Melangkahdia, menghampiri buaian besi di penjuru laman rumah, duduklah dia di situ,mengenang semua yang sudah terjadi...

      Apakah yang akan berlakuselepas ini? Dia tidak dapat menduga. Raish tidak juga terikat dengan Azyan,dan sekarang. Karmilla pula sudah berani mengikut Raish. Dansekarang, Kamazul sudah tahu yang anaknya ada hubungan dengan lelaki itu. Apakah yang akan dilakukan Kamazul?

Kamalia juga masihterfikirkan insiden tadi. Kenapa kedua pemuda itu bertumbuk? Perempuan yang menegurnyatadi, siapakah dia? Dicuba untuk mengingati semula wajah perempuan itu. Begituanggun penampilan, terserlah kejelitaannya, dengan kerudung berkilauan menghiasdiri. Hatinya dikuis cemburu dengan kesempurnaan perempuan itu.

       Tetapi siapa dia? Mungkinjuga kenalan Azyan, tetapi dia langsung tidak kenal... Dan... siapa lelaki itu,yang menjadi suami Azyan? Sejenak dia teringat perbualannya dengan Azyan dimajlis tadi...

       “Zyan, selama pengantin baru..., er...?” Dia ingin menyoal, tetapi soalannya hanya tersangkut di halkum.  Cuma wajahnya yang mempamer hairan ketika tangannya bersalaman eratdengan Azyan. Mereka berbisik-bisik di penjuru pelamin.

      “Hemm... Barangkali sudah tertulis abang Raish akan berjodoh dengan perempuan lain,bukan dengan Zyan.”

       “Tapi, kenapa sikit pun Zyantak beritahu akak?” Wajah yang berubah hairan dan terkilan sukar disembunyikan. Terasa diridiperbodohkan pula, manakala Azyan terus senyum puas dalam pakaian pengantinya.

Suara ramai sedang sibuk berbual dan bergambardengan pengantin lelaki, yang nampak segak dan kacak. Sama kacaknya denganRaish, bedanya dia berkulit cerah tanpa jambang dan kumis. Yang ada cumabekas-bekas misai yang baru dicukur, dengan bibir yang nampak kemerahan,membuktikan yang suami baru Azyan itu bukan penagih rokok.

         “Kami sengaja nak buatkejutan untuk akak!”

         “Zyan tak patut buat macamni tau! Err... tapi dia ada tanya apa-apa pasal akak tak?”

         “Dia tanya Zyan, siapalelaki dengan akak tu?”

         “Habis tu Zyan cakap apa?”

          “Laa... akak ni, Zyan cakapajelah yang lelaki tu suami akak!”

          “Zyan cakap kat Raish macamtu?”

         “Ya lah..., dah betul itu suami akak kan?” Ujar balu anak 3 yang baru saja bergelar pengantin itu, Mereka saling berpandangan dalamkebisuan beberapa saat, sehingga suara jurugambar memanggil Azyan.

Sungguh dia merasakan, gilirannya diperbodohkan Raish dan Azyan. Apakah ini semua balasan di ataspembohongannya pada anak muda itu dulu? Wajah Raish yang kecewa jelas di ingatan. Sekarang dia sedang memikirkan juga bagaimana untukmerenggangkan hubungan Raish dan Karmilla. Dapat dilihat bagaimana mesranyamereka. Oh Tuhan! rupanya aku yang tidak tahu sejauh mana hubunganmereka selama ini... Dalam diam Kamalia terkedu.

Aku harap lindungilah danjauhkanlah mereka dari godaan syaitan... Berat sungguh keluhannya saat itu. Ah,mengapa mesti difikirkan yang buruk-buruk pula? 

Tetapi mengapa..., mengapaharus terjadi perkenalannya dengan Raish dan wujud pula Karmilla yang bukanorang lain dengannya? Semuanya sukar untuk dia percaya. Bagaimana boleh terjadi kebetulan ni? 

Semoga Raish tidak akanmengganggu dirinya lagi selepas ini setelak apa yang disembunyikan dulu sudah tidak lagi menjadi satu rahsia.  Dia jugaingin hidup bahagia dengan Kamazul selepas ini, dia ingin cuba memperbetul silapnya. Dia ingin bertaubat di atassikapnya. Baginya, yang lalu biarlah berlalu...

................


           “Mulai hari ini papa tak benarkan kamujumpa Mazlin lagi, faham?” Kamazul mula bersuara selepas Mazlin dihantarnya pulang, lama benar dirasakan ayat itu terpendam di dalam kepalanya.Dirasakan itulah cara terbaik untuk dia menjaga gerak-gerik anak gadisnya ketika bercutihujung minggu di rumah. Karmilla menoleh papanya dengan wajah kecewa.

“Papa! Mazlin tak salah apa pun!” Karmilla cuba membela Mazlin. Mazlin yang takbersalah apa-apa seperti mahu dihukum juga.

“Papa tak kata pun Mazlinyang salah, tapi Milla tu yang masih belajar, jangan suka-suka nak pergi jauhikut kawan-kawan,” terus juga Kamazul memberi arahan sebagai peringatan.

“Bukan waktu sekarang untuk Milla berkepit dengan lelaki faham tak? Papa tak mahuMilla kandas dalam pelajaran,” dengus Kamazul. Wajah anak gadis kesayangan disebelahnya sedikit pun tidak ditoleh, mengisyaratkan yang dia bersungguh denganapa yang sedang diucapkannya.

Ternyata anak gadis yangselalu dimanjakan itu terdiam sudah dantidak berani lagi untuk bersuara. Dalam diamnya juga dia terkenang Raish, apakah yang terjadi padalelaki itu sekarang? Mungkinkah dia akan kehilangan Raish untuk selama-lamanya...? Airmatanya semakin laju berderai-derai...


..............

Lesu suungguh dirasakan. Letih fikiran memikirkan perisitiwa yangterjadi, letih juga tubuh badannya menempuh perjalanan yang berjam-jam denganperasaan yang perit.

Mazlin melangkahlonglai masuk ke rumahnya, tidak ingin mengganggu ahli keluarganya yang sedangnyenyak dibuai mimpi. Dia langsung ke kamarnya lewat malam itu. Dihempas badangempal ke atas katil. Mulut menguap dengan fikiran masih melayang. Telefonbimbit yang masih tersimpan di dalam handbagnya dikeluarkan.

Teringin menghubungitunangnya, akan tetapi dibatalkan pula. Sekilas, mata membaca waktu di telefon,jam sudah menghampiri ke 4 pagi. Irsyad mesti sedang tidur. Dia tahu tunangnyatidak kembali ke sini. Itu rancangan mereka bersama dulu. Dan rancangan untukke Pulau Langkawi terbatal dengan sendiri akibat peristiwa di majlis tadi. Lainyang dirancang, lain sudah yang terjadi.

Rasa terkilan denganperbuatan Haziq yang menyerang Raish di khalayak, masih bergumpal di dalamdirinya sejak tadi. Walaupun dia memang tidak sukakan Raish berhubungan mesradengan Karmilla, tetapi tidak bermakna dia suka jika lelaki itu disakiti. Sigadis gempal itu tidak menyangka akan terjadi peristiwa hitam di majlis yangdihadirinya tengahari tadi.

Dia juga tidak tahu yangmajlis itu sebenarnya majlis perkahwinan abang kandung Haziq. Semuanyadiketahui selepas peristiwa malam semalam.Dan dia tidak sangka juga perangaiHaziq seburuk itu..., atau pemuda itu memang perangainya begitu, diakah yangtidak tahu?

Tentang hubungan Raish dengan Kamalia, hinggasekarang dia tidak membuka mulut pada sesiapa pun. Rasanya rahsia itu, biarlahsepi begitu. Mungkin ada baiknya jika sesuatu rahsia itu kekal sebagai rahsia,menjadi seperti juga pintu gua yang tertimbus di bawah runtuhan batu-batu...,yang khazanah di dalamnya kekal di situ tiada siapa tahu...

Dan jika benar sekalipunbiarlah Karmilla tahu sendiri, bukan tahu dari mulutnya. Jika diberitahu nanti, mungkin juga Karmillaakan menuduhnya berbuat fitnah. Dan jika diminta bukti, apa bukti yang akan diakemukakan tentang itu? Aduh! Tanpa sedarMazlin menepuk dahi.

Jadi, sekarang dia harusbersangka baik. Dia berdoa agar apa yang ada di fikirannya, tidak wujud samasekali…Mungkin hubungan mereka hanya sebagai kawan. Takkan mungkin mereka adahubungan lain. Titik!

Tetapi tidak mustahil juga untuk lelaki yang bergelar pelukis itu jatuhcinta pada mama Karmilla. Ibu pada sahabat karibnya itu tidak nampak pulaseperti dimakan usia, walaupun sudah punya anak dara.

Siang tadi lama dia perhatikan,kedua beranak itu memang tak ubah seperti adik dengan kakak, bukan seperti ibudengan anak! Dulu, Karmilla pernahbercerita tentang mamanya yang terlalu menjaga pemakanan sebagai petua untukkelihatan awet muda.

Kata Karmilla, mamanya jugaselalu pergi ke gym, atau juga menghadiri kelas-kelas aerobik, sanggup juga berhabis duit beratus-ratus ringgitsebulan hanya untuk menjaga kesihatan dirinya. Dan hasilnya dia kekal cantikseperti sekarang.

Di benak Mazlin juga, tidakmustahil jika ada lelaki yang masih tergoda dan terpikat padanya. Penampilandan gayanya sesedap mata yang memandang. Kemas dan langsing

Mengeluh dia, teruja sudahhatinya. Perempuan yang sudah berusia masih menjaga badan... Tapi aku...?Badan kekal bulat sepanjam musim...huhh! Kepala dikeruk, mata pula sudah hampir tertutup. Mulut sudahbeberapa kali menguap. Berazam sudah dia...ingin turut menjaga badan juga!

Badan lesu itu tertiarap lemah di atas katilyang baru dibeli sebagai persiapan untuk menyambut hari bahagianya bersamaIrsyad tidak lama lagi. Sepasang mata letih itu sudah tiba dipenghujungkhidmatnya, gadis gempal itu sudah mulaingin lelap.

Hemm.…orang berduit, apasaja boleh dapat! Masih juga terlintas dalamfikiran. Di bawah cahaya lampu kamar yang tidak dipadamkan, terlena sudah dia.Semilir malam beralun perlahan menggeserkan dedaunan di bumbung rumah, mengusiksepi malam yang kian menghampiri dinihari.


Previous: Bab 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.