Home Novel Cinta CINTA HILANG ARAH
CINTA HILANG ARAH
Noreey
13/12/2015 11:18:20
42,851
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 47

BAB 47

SEUSAI MENGAMINKAN DOA solat subuh pagi itu, tenang dan damai sekali dirasakan. Mentari hari baharu juga turut bersinar indah di ufuk timur.

Ketika embun pagi masih segar di hujung daun Raish memandu kereta ke Taman Komuniti Rakyat. Bayu pagi segar berhembus, menyegarkan juga semangatnya yang hampir layu. Setelah beberapa kali berlari mengelilingi taman itu tiba-tiba kedengaran satu suara menyeru namanya.

Ke kiri ke kanan dia tertoleh, mencari arah suara itu. Raish terhenti demi terpandangkan seseorang, 

“Haii!” laung Raish, dengan nafas tercungap, langkahnya terus  ke arah pemuda itu yang sebayanya juga. Mereka bersalaman, erat. Wajah yang selalu sangat dilihat itu tidak seperti yang selalu riaknya. Hati kecil Raish menduga sesuatu

“Tak masuk bengkel ke?” Soal Hazri padi Raish. Anak Encik Dani yang ditemui di bengkel lukisannya. 

Dialah yang menguruskan segalanya yang berkaitan bengkel lukisan. Akan tetapi, sejak sebulan ini pemuda itu sudah lagi ke bengkel kerana tugasnya diambil alih oleh seorang pembantu yang baru bekerja.

Tak de mood, ” jawab Raish sambil mengelap peluh yang meleleh di leher dengan tuala kecil yang dikeluarkan dari poket seluarnya. Dia ikut duduk di kerusi batu, berhadapan Hazri. Sebuah meja batu menjadi pemisah antara mereka.

Seorang je?”

“Ya, kau?

Seorang jugak,tengah serabut kepala ni…”

“kenapa?” Soal Raish, terkejut mendengar luahan Hazri yang agak berlainan. Tanpa berselindung, dengan tenang Hazri meluahkan kekaltan yang sedang bersarang dalam jiwanya.

“Astaghfirullahalazimmm… kenapa sampai macam tu sekali?”

“Dianak pergi Arab Saudi.”

“Oo… dia minta putus sebab nak pergi Arab Saudi je, ehh... takkanlah sebab tu je?” Soal Raish lagi, ragu bercampur rasageram juga.

“Dia nak rujuk balik dengan exboy friend dia, doktor kat sana.”

“Biar betul ni?”

“Betul! Dan... dia betul-betul buat aku susah! Macamana aku nak jawab dengan family aku nanti... ni yang aku tengah fikir ni.”

“Dia kat mana sekarang ni?”

“Dia masih kat Malaysia, tengah buat persiapan untuk pergi Arab Saudi…”

“Habis tu... kau tak halang dia, tak pujuk dia?”

“Dia tak makan pujuk, tak makan rayu…, ‘Pak Arab’ tu juga yang dia nak!”

“Jadi, kau nak lepaskan dia?"

Hazri terdiam. Dia menunduk dengan wajah kelat.

“So... majlis tu nanti macamana?”

“Itulah akutengah fikir ni… tak tahu apa yang harus aku buat sekarang!”

“Hishh… masalah betul perempuan zaman sekarangni... semuanya berani-beran!”

“Aku rasa lebih baik aku mati dari menanggung hidup begini!” Hazri bersuara dengan rasa yang sudah berputus asa. Roman wajah membayang kesedihan, matanya nampak berkaca. Raish bangun lalu duduk di sebelahnya.

“Zeri... bawa mengucap danbersabar!” Raish sekadar mengingatkan bila didengar Hazri sudah berkatasesuatu yang tidak sepatutnya.

“Kau tak akan faham apa yang aku rasa…” ucap Hazri,  matanya terarah ke hadapan dengan pandangan kosong.


 Raish hanya mampu menepuk bahu Hazri,cuba memberi semangat dan kekuatan. Hazri nampak begitu kecewa dan bingung,kalau tidak masakan dia boleh meluah halperibadinya dengan mudah, sedangkan dia bukanlah sahabat akrab Hazri.

“Zeri, ini lah dugaan hidup namanya..., kau kenabersangka baik dan anggap saja dia bukan jodoh kau!” Raish cuba memujuk lagi kalau-kalau itu bolehmemulihkan semangat dan keyakinan pemuda itu.


Mentari pagikian memanjat ke dada hari. Angin pagi yang berhembus menggugurkan biji-bijisaga dari pohon-pohon di sekitar tempat mereka duduk. Burung-burung yang datangbertenggek di dahan pohon riuh berkicau seolah-olah memberi semangat baru padaHazri.


“Jom… kita pergi cari kopi panas… kitasembang kat kedai kopi, dah hampir pukul 10 pagi ni,” ajak Raish selepasmelihat jam tangannya. Dia berdiri sambil menepuk-nepuk lagi bahu Hazri.

Anak sahabat karib bapa saudaranya itu masihbermuram. Mukanya nampak merah dibakar cahaya matahari pagi yang mula terikbersinar. Kelihatan Hazri mula menghela nafas, wajah yang cerah tanpa seuratmisai atau janggut itu diraup kasar.

Jemarikasarnya mengusap pula matanya. Sejumlah kesedihan yang bergenang di birai matasekejap tadi dihumban jauh ke lubuk hati. Sebelah kaki yang sejak tadi dilipatdan diletakkan di atasbangku segera diturunkan. Dengan wajahyang masih suram dia bangun.

“Emm... terima kasih Isham, jom…”ujarnya lemah sambil menoleh, memandang Raish.

“Haaa... macam ni lah, jangan terustermenung seorang diri, syaitan mudah merasuk hati,” tokok Raish lagi, keduamereka melangkah menuju ke tempat parkir.


Previous: bab 46
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.