Home Novel Cinta DIA YANG KUCINTA
DIA YANG KUCINTA
Indah Hairani
28/12/2012 19:38:06
81,678
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
BAB 8

LUQMANmundar-mandir di dalam pejabatnya. Sejak di dalam bilik mesyuarat tadi, tidak ada langsung konsentrasi pada butir-butir percakapan pengerusi mensyuarat. Pegawai kewangan di sebelahnya beberapa kali menyikunya.

“Apa kena you ni? Macam ayam berak kapur!!?Bisik pula salah seorang jurutera, rakan sekerjanya. Luqman menggeleng-eleng. Fikiran Luqman melayang-layang. Wajah gadis yang terjun dari kenderaannya dan ditinggalkan di Hospital Temerloh di Pahang bermain di fikirannya. Nasib baik perempuan itu tidak meninggal dunia atau cedera parah. Kalau tidak, dia tak tahu apa yang bakal didepaninya. Disoal siasat? Dituduh membunuh? Masya-ALLAH. Keturunannya tidak ada seorangpun yang pernah ditahan polis. Kata orang masuk ke lokap polis bukan seperti masuk ke hotel. Paling tidak ditumbuk, dijerkah atau diterajang. Di mana-manapun perkara ini berlaku. Bukan sahaja di negara kita malah di negara-negara luar. Ia jelas dan dapat dilihat dalam YouTube. Fuh! Tak den! Bisiknya dalam dialek Negeri Sembilan.

“Luq! You ni…” Marah pegawai itu

“Dah sah tak tidur.” Celah seorang jurutera perempuan separuh berbisik sambil melirik sekilas pada jurutera-jurutera yang baru sampai itu.

“Mana ada? Kan I ke Pantai Timur. Penat! I sampai KL hampir subuh.” Beritahu Luqman acuh tak acuh.

“Tulah I cakap. I nak ikut, you tak nak ajak. Kan susah.” Celah gadis itu lagi sambil diikuti senyum rakan-rakan lain. Luqman hanya membiarkan seloroh rakan-rakannya membuat suasana menjadi lebih ceria.

Mesyuarat ditangguhkan pada satu tarikh baru. Ada beberapa yang perlu diputuskan lagi. Luqman melangkah pantas keluar dari bilik mesyuarat lantas melangkah ke biliknya di sebelah bilik Dato’ Zamrul ketua pengarah Daya TEGAS Consultant. Syarikat harta tanah yang sedang meningkat naik di kotaraya ini. Perunding ini antara perunding di bawah GAMMUDA. Dato’ Zamrul kawan baik papanya sejak di bangku sekolah. Sebaik tamat pengajian di institusi pengajian tinggi, dia terus disambar Dato’ Zamrul untuk memegang bahagian sumber manusia di syarikat tersebut. Hal-hal berkaitan pengambilan dan pengiklanan kekosongan jawatan termasuk dalam tugas Luqman. Lama kelamaan dia dilamar GAMMUDA atas kelayakan di bidang kejuruteraan awam yang dimilikinya. Namun hubungan dengan syarikat dan Dato’ Zamrul sendiri tetap berjalan dengan baik lebih-lebih lagi Daya TEGAS Consultant beroperasi di bawah bumbung yang sama.

Luqman menghenyak punggungnya di sofa disusuli keluhan. Sejak semalam fikirannya tidak tenang. Ingatannya sentiasa berlari mencari gadis yang ditinggalkan di hospital itu. Walaupun segala bayaran akan telah diselesaikan namun ingatannya tetap mencari gadis itu. Bagaimana agaknya sekarang? Atau gadis itu telah kembali kepada keluarganya. Atau kenapa gadis itu lari dari rumah? Didera ibubapa? Atau dirogol? Tiba-tiba Luqman menampar pipinya. Celupar kau Luqman! Marahnya pada diri sendiri. Dia memejamkan matanya sejenak. Cuba mengingati kembali wajah gadis itu. Boleh tahan. Mengalahkan rakan jurutera di pejabatnya malah tidak keterlaluan gadis itu mampu mengalahkan semua wanita yang dikenalinya itu. Fuh! Dia tersenyum nakal. Kulit putih kuning, hidung mancung, bibir nipis, raut wajahnya bujur sirih dan paling mempesonakan sepasang mata gadis itu. Dia masih ingat seraut wajah itu malah mampu melakarkannya di atas kertas. Apa tidaknya, dia menunggu gadis itu tidur beberapa jam sebelum dia meninggalkannya.

Luqman menjeling jam pada pergelangan tangannya. Hampir jam 8.00 malam? Astagfirullah! Luqman beristigfar berkali-kali. Malam ni ada parti hari lahir salah seorang staf di GAMMUDA. Dia belum membeli apa-apapun untuk sahabatnya itu. Luqman mengeluh. Dengan pantas Luqman menyambar kunci dan bergegas ke pintu lif. Sebaik sahaja lif terbuka dia terus masuk tanpa mengendahkan beberapa orang staf yang turut berada di dalam lif. Wajah Chempaka Amna seakan tidak mahu hilang dari ingatannya. Pantas dan ia hadir silih berganti.

“Luq..jangan lupa malam ni ok?” Pesan salah seorang rakannya sebelum melangkah keluar dari lif. Dia tersentak. Wajah rakannya itu direnung sekilas. Gadis itu tersengih. Dia tersenyum dan mengangguk. Hari ini sepatutnya gadis itu bercuti, namun atas dasar kepentingan syarikat, dia terpaksa datang untuk menghadiri mesyuarat. Malah beberapa pegawai yang bercuti, diminta menghadirkan diri. Ia sudah menjadi perkara lumrah dalam syarikat besar itu.

Masuk sahaja di perut kenderaannya, dia terus memandu keluar kenderaannya itu dari kawasan parkir syarikat. Mencari sebuah kedai bunga di kota ini tidak sukar, hanya beberapa minit dia berhenti sebuah kedai menjual jambangan bunga yang telah siap digubah. Senang cerita bisik hatinya. Tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya lantas menelefon seseorang. Luqman kembali memasukkannya. Kecewa dengan panggilan tidak bersambut. Atau pegawai tidak menjemput temannya itu? Isy...mustahil jugak kalau pegawai telah lupa untuk menjemput sahabat-sahabat atau anak-anak buah dalam satu unit mereka? Luqman menggeleng-geleng. Kalau ikutkan hati, diapun tidak berminat menghadiri parti dalam keadaan badannya yang tidak cukup rehat seperti hari ini. Apa lagi bila parti menyelitkan tari menari. Macam zaman mama dulu-dulu! Bisik hatinya. Lebih parah jika ada minum-minum. Isy…Namun demi meraikan seorang sahabat, dia tetap menghadirkan diri biarpun hanya sempat melabuhkan duduk menghabiskan dan sekadar menikmati segelas minuman dan sepotong kek.

“You ni kolotlah Luq. Apa ni?” Itulah kata-kata salah seorang rakannya bila dia menolak minuman yang dihulurkan. Cuak dengan sikap rakan yang seakan tidak faham apa yang diboleh dan dilarang, dia mengangkat punggung lantas memohon diri untuk pulang. Sepanjang memandu pulang, fikirannya jauh berlari dan muzik sentimental yang bergema membuat perasaannya menjauh dan sayu. Sesekali Luqman bersiul kecil seperti selalu setiap kali dia memandu. Lampu-lampu sepanjang jalan bergemerlapan. Indah dalam pandangan biarpun suasana itu selalu dilihatnya sepanjang usia menjadi penghuni kota raya itu. Deringan telefon bimbit membuat Luqman tersentak. Dengan pantas dia mengeluarkan telefon dari poketnya kemudian menekan salah satu punat dan menekapnya di telinga. Luqman tersenyum.

“Luq ada call Maksu?” Suara Maksu bergema di pendengarannya sebaik Luqman menjawab panggilan itu.

“Ya Maksu, Luq balik lambat sikit, nak ke birthday partykawan.” Beritahu Luqman pada Maksu, seorang ibu tunggal, kakak mamanya, Puan Maria. Mama membawa Maksu untuk tinggal bersama keluarga Luqman. Sekurang-kurang mama tidak perlu khidmat orang luar atau pembantu rumah warga asing dengan adanya Maksu. Malah mama dan papa telah menanggung persekolahan Reinna sehingga ke kolej. Kini Reinna sedang menyambung pelajarannya ke tahap master di Australia dan tinggal bersama ibu dan papa Luqman. Sekurang-kurang, Reinna jadi penawar rindu mama dan papa terhadapnya di tanah air.

“Maksu takut tak tinggal sorang-sorang tu?”Soalnya tiba-tiba pada ibu saudaranya itu. Risau bila memikirkan jenayah yang sering berlaku di rumah-rumah sebagaimana yang terpapar di kaca televisyen dan akbar-akhbar akhir-akhir ini. Selalunya penghuni yang akan jadi mangsa.

“Lupa maksu nak cakap, Reinna ada balik. Dia tak callLuq?” Beritahu Maksu. Luqman terdiam sejenak.

“Luq!” Maksu memanggilnya bila. Dia tersentak.

“Ya Maksu?”

“Maksu tanya ni, Rein tak callLuq?” Soalan yang sama bergema di gegendang telinganya.

“Tak…tak pulak, maksu.”

“Luq tak dengar kot?”

“Entahlah maksu.” Jawab Lugman ringkas.

“Oklah. Jangan lambat.” Pesan Maksu.

“Insya-ALLAH Maksu. Luq akan balik cepat.”Janjinya pada Maksu.

“Yalah tu, jangan tahu nak janji saja. Awak tu dahlah tak cukup rehat semalaman.” Marah Maksu lagi. Luqman tersenyum. Dia kenal sangat sikap Maksu. Mengalahkan mama. Terlalu mengambil berat terhadap apa juapun. Namun dia sangat bersyukur, dia memiliki ibu saudara sebaik Maksu.

“Terima kasih Maksu.”

“Erm! Sama-sama.” Jawab Maksu sebelum menamatkan perbualan. Dia meletak telefonnya di tempat duduk sebelahnya. Fikirannya kembali menerawang mencari wajah gadis itu dan kini benaknya hanya dipenuhi bayangan wajah Chempaka Amna. Beberapa kali dia cuba membuang ingatan itu, namun ia tetap menemui jalan buntu. Semakin dilupakan semakin kuat bayangan wajah gadis itu hadir memenuhi benaknya. Bagaimana agaknya nasib gadis itu? Apa yang terjadi pada gadis itu selepas dia meninggalkan hospital semalam? Ah! Luqman melepas keluhan perlahan.

Ping!! Bunyi hon membuat Luqman tersentak. Tanpa berlengah tangannya terus membelok ke kiri. Masya-ALLAH! Keluhnya. Jalan yang jarang dilalui kecuali menghantar teman ke hotel itu atau sekali-sekala makan malam bersama rakan pejabat. Apapun perasaannya sedikit tenang dengan tiadanya sesak di laluan itu. Luqman memperlahan kenderaan sambil memerhati sekeliling. Di kiri kanan hotel kelihatan warung-warung makan yang gemerlapan dengan lampu-lampu. Masing-masing berusaha untuk menarik perhatian pelanggan. Belum lagi mengambilkira lagu-lagu yang diperdengar kepada khalayak. Kadang-kadang bersimbung lagu antara kedai-kedai itu. Waktu malam-malam begini kawasan itu masih tidak kurang dengan pengunjung-pengunjung. Luqman memperlahan lagi kenderaannya bila pejalan kaki mengambil laluan yang agak ke tengah jalan. Bimbang kalau-kalau terlanggar atau terpijak kaki. Sebuah teksi di hadapannya memperlahan kenderaannya. Barangkali untuk menghantar pelanggan ke hotel berkenaan. Luqman ikut perlahan dan akhirnya terhenti bila kenderaan itu berhenti. Tepat telahannya Luqman. Tiga lelaki keluar dari teksi dan melangkah ke hotel. Luqman mengikut lagak lelaki itu dengan ekor mata. Sehingga lelaki itu tiba di pintu gelungsur hotel. Matanya tiba-tiba tertancap pada seorang gadis yang sedang berdiri di depan pintu gelungsur dengan lengan dan kepala berbalut. Dia mengerutkan keningnya mengingatkan wajah yang dirasanya tidak asing lagi di benaknya. Chempaka Amna, Chempaka Amna yang terjun dari keretanya malam kelmarin. Masya-ALLAH. Tanpa banyak masa dilengahkan Luqman dengan pantas menolak daun pintu keretanya dan meluru ke arah Chempaka Amna. Dua lelaki yang baru sahaja berdiri di sebelah Chempaka Amna terpinga melihat kehadiran Luqman secara tiba-tiba. Luqman terus menarik lengan Chempaka Amna dan terus dibawa ke kereta. Sebaik tiba di keretanya, dia terus menolak Chempaka Amna masuk ke kereta sebelum menutup dan terus meninggalkan perkarangan hotel itu. Chempaka Amna yang keletihan dan terkelu di kusyen bahagian belakang.

“Awak! Awak Chempaka Amna kan?” Soal Luqman dalam nafas tercungap.

“Ya…ya saya.”Jawab gadis itu dengan suara lemah.

“Awak tahu siapa lelaki yang baru masuk dan berdekatan dengan awak di pintu hotel tadi?” Soal Luqman terburu.

“Saya lapar encik…saya sakit encik..” Hanya itu yang dijawab Chempaka Amna. Selepas itu Chempaka Amna tidak bercakap lagi.

“Awak! Awak!!” Berkali-kali Luqman memanggil Chempaka Amna namun gadis itu tetap diam. Luqman memecut kenderaannya menuju ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Mana mungkin dia membenarkan gadis itu pengsan lagi dalam kenderaannya. Chempaka Amna tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke rawatan kecemasan. Dua jam menunggu dan apabila mendapat tahu Chempaka Amna pengsan kerana terlalu letih dan dimasukkan ke wad, Luqman kembali lega. Setelah selesai mengurus kemasukan Chempaka Amna, Luqman memandu untuk pulang.

Jam telah menunjukkan tepat ke angka 2.00. Ini bermakna ia sudah di awal pagi. Sewaktu kereta yang dipandu Luqman masuk ke halaman banglonya, lampu tingkat bawah mula benderang. Dan ketika Luqman keluar dari keretanya, Reinna telahpun berdiri di pintu. Dia memandang wajah Reinna. Gadis itu tersenyum. Kenapa Reinna yang menunggunya? Ke mana Maksu?”

“Maksu dah tidur.” Beritahu Reinna sewaktu dia melangkah masuk seakan mengerti apa yang bermain di benaknya.

“Bila sampai?” Soal Luqman disusuli senyum. Wajah sepupunya itu direnungnya. Reinna membalas senyuman dan memandang ke arah Luqman.

“Bila Reina sampai?” Soal Luqman sekali lagi.

“Rasanya ibu Rein dah bagitahu abang kan?” Balas Reinna. Jawapan yang tidak menyenangkan hatinya. Reinna boleh beritahunya dengan berbagai cara. Dunia sekarang begitu mudah untuk berhubungan.

Sorry bang. Buzysikit masa buat keputusan nak balik ni.” Luqman mengangguk-angguk.

“Owhya…lupa abang. Adik abang ni orang buzy.”Usiknya dengan senyum. Reinna ikut tersenyum.

“Oklah abang nak naik. Letih sangat ni.” Beritahu Luqman sambil memandang ke arah Reinna. Keletihan terserlah di wajahnya. Tanpa menunggu sebarang jawaban dari Reinna, Luqman melompat anak tangga menuju ke kamarnya dan melompat ke atas tilam sebaik sahaja pintu terkuak. Hanya beberapa minit, Luqman tertidur keletihan dan wajah Chempaka Amna turut dibawa ke dalam tidurnya.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Indah Hairani