Home Novel Cinta Husna Iman
Husna Iman
Yana Agasshi
20/2/2021 10:15:20
10,649
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 2
BAB 2


   HUSNA IMAN tampak cantik dalam palazo mustard dan blaus peplum putih bercorak bunga sakura. Rambut panjangnya pula dilepas bebas. Senyuman manis dilempar pada setiap orang yang berselisih dengannya sepanjang perjalanan. Kenal ke, tak kenal ke, dia senyum ajelah. Bila dah keluar sampai tingkat 6 menaiki lif, kakinya laju dihayun ke arah sekelompok manusia yang kelihatan sibuk menguruskan sesuatu. Dari jauh lagi dia dah dengar suara lantang Wana memberi arahan pada anak buahnya.


Husna pantas mendekati.


   "Kak Wana", serunya sepatah membuatkan Wana menoleh.


   "Husna...," beria Wana memeluk tubuh Husna dengan muka acah nak menangisnya. 


Husna ketawa lucu. Matanya sempat mengerling ke arah beberapa orang staff Orked Force yang ligat memasang bunga pada pintu gerbang mudah alih.


   "Macam mana, kak? Dah berapa percent?"


   "Berapa percent apanya...Tak start lagi ni.. Client ubah plan last minute. Si Gina pulak tak ada. Husna ajelah akak bergantung harap sekarang ni."


   "Ada sketch client?" 


   "Ada ada, ni hah..," terus Wana menghulurkan 1 fail folio yang dah ditangannya pada Husna. 


Husna menyambut sebelum tekun membelek.


   "Husna kenal tak Henry Channel?" soal Wana bersedia nak bagi penerangan. Melihatkan gelengan Husna, wanita berturban ungu itu tarik nafas dalam.


    "Okey, dia ni youtuber Indonesia. Quite famous lah kot.. Projek kita ni untuk siapkan event proposal dia for girlfriend dia. Mula-mula dia dah setuju dah dengan plan Gina. Eh last minute,, pagi ni lah, dia hantar sketch lain. Nak ubah tema pulak...".


   "Kenapa dia tiba-tiba nak ubah? Tak suka ke dengan Gina punya idea?"


   "Alah...budak-budak nowadays. Nak ikut trend lah konon. Semalam kan Tengku Arash buat birthday party grand-grand. Like party of the year, itu yang si Henry beria nak ubah ikut tema Tengku Arash.."


Berkerut seribu dahi Husna mendengarkan ulasan panjang lebar dari Wana. Nama yang sudah disebut itu terasa macam familiar benar ditelinganya. Fail ditangan dia tutup sebelum memberi fokus sepenuhnya pada Wana. 


   "Tengku Arash? Anak Tengku Azlan ke?"


   "Ya lah... Siapa lagi kalau bukan anak kesayangan owner Majesty Hotel tu... Grand gila kot party dia semalam. Kerabat diraja pun dijemput Husna oiiii...."


   'Lah, jangan-jangan mamat singa tu mengamuk sebab ni kot...'


   "Tapi kesian pulak kan," Wana makin seronok membawang sampai dah lupa bab kerja bertimbun. 


   "Kesian kenapa?"  Husna pun berminat.


   "Yelah, semalam pun tak silap akak, birthday abang si Arash tu jugak.. Siapa nama? Far..han? Faris..?"


   "Fakhrul."


   "Ha! Fakhrul Azfar right? Ha. Semalam pun birthday dia jugak tapi kawan akak cakap tak dapat any highlight pun. Like parents dia pun tak mention pape.  Every year pun tak pernah lagi dia ada buat party. Tiap-tiap tahun si Arash dengan adik perempuan dia tu jelah yang selalu buat party kat hotel."


      'Aaah...patut pun..'


Husna gigit bibir membayangkan adegan semalam. Patutlah Fakhrul mengamuk bagai nak gila. Dia sendiri pun tak ingat semalam hari lahirnya Fakhrul. Dah sebelum ni pun mereka tak pernah sekali pun cakap pasal tarikh lahir, ulang tahun apa semua.


     'Alah, dah tua berjanggut, takkan lah tak dapat birthday party sampai menangis mengamuk bagai...'


   "Tapi tak hairanlah... Dia kan anak tiri je..."


   "Hmh? Maksud kak Wana?"


Ish, kak wana ni macam wikipedia bergerak lah. Tahu serba serbi!


Wana mengeluh sekali sambil menggeleng kepala. "Itulah Husna... Akak suruh bersosial sikit.. Ambik tahu sikit isu-isu sekeliling. Kerja kita ni memang kena tahu isu-isu semasa, trend-trend semasa & gosip -gosip semasa."


Husna mencebik manja. Dah memang dia tak berminat nak ambik tahu semua itu..


   "Fakhrul tu.., anak tiri Tengku Azlan. Okey macam ni, wife pertama Tengku Azlan meninggal sebab kanser rahim. Masa tu tak silap akak, Arash umur 7 tahun kot. Setahun lepas tu, Tengku Azlan nikah lain. Nikah lah dengan pengasuh Arash sendiri which is we call her Datin Sri Aisyah. Fakhrul ni anak Datin Sri Aisyah dengan husband dia dulu.. Lepas dah nikah, barulah dapat Tengku Ariana tu hah... So tak hairanlah kalau ada pilih kasih sikit kat situ... Mak ayah tiri yang baik ni Husna, 1 dalam sejuta je tau.."


Terangguk-angguk kepala Husna mendengarkan hujahan panjang Wana. Jelas, tepat, padat. Hatinya dicuit rasa simpati. Tapi sikit jelah. Tak adalah simpati sangat sebab.. yelah. Anak tiri je pun. Apa yang sedih sangat? Berjuta lagi anak tiri lain kat Malaysia ni. Lainlah kalau kena dera ke, tak diberi makan ke, tak diberi kasih sayang ke kan? Ini elok aje duduk banglo besar dengan keluarga 'tiri'. Dapat pelajaran tinggi, dapat jawatan pun tinggi dalam hotel keluarga. So apa masalah?


   "Ya Allah, Husna... Apa kita buat ni...?" Wana akhirnya sedar dengan kelekaannya sendiri. Tadi bukan main rancak membawang, sekarang dah kembali kalut pening kepala.


   "Husna tolong akak settlekan event ni ya? Lagi  9 jam je lagi ni.. Entah sempat ke tak..."


Husna tersenyum manis. "Iya... Dah order semua barang?"


"Belum..! Sebab tulah akak panggil Husna.."


"Okay, okay. Bertenang, kak wana... Tarik nafas..., Hembus.... Husna yakin kita boleh buat."



********* 



   BMW 5 Series Sedan-nya diparkir di dalam garaj pekarangan kediaman Tengku Azlan. Jam pada dashboard kereta dikerling sekilas. Hampir jam 8 malam. Tak sedar ada senyum lebar di bibirnya saat ini. Seharian dia teruja sendiri tak seperti biasanya. Balik kerja pun terus singgah di Habib Jewels Damansara semata-mata untuk cari hadiah buat wanita bergelar ibu.


Dengan sedikit debaran di dada, tangannya mencapai beg kertas yang di atas kerusi tempat duduk sebelah. Sepasang jam tangan diamond sudah siap diletak dalam kotak hadiah. Dia jadi tambah teruja. 


Tahun lepas ibu cakap yang ibu lupa tarikh lahirnya sebab banyak urusan luar negara. Tahun ni mustahil lah ibu lupa lagi..


Dan tak pelik kan kalau dia memberikan hadiah pada orang lain di hari lahirnya sendiri? Kan insan yang melahirkannya tu ibunya jugak.


Tak menunggu lama, dia terus melangkah keluar dari perut kereta lalu berjalan ke arah pintu masuk utama rumah agam milik Tengku Azlan. 

Sebaik saja menolak pemegang pintu, anak matanya terus jatuh pada batang tubuh Aisyah yang gopoh menuruni anak tangga berlingkar bertentangannya.  Serta merta ada rasa tak senang menyelinap masuk dicelah hatinya bila melihat dress satin merah yang tersarung ditubuh glamour Aisyah. Lambat-lambat dia menapak masuk dan Aisyah juga menghampirinya sambil cuba memakai subang permata pada tindik telinga.


   "Az, kenapa tak tukar baju lagi.. Dah pukul berapa dah ni.."


   "Ibu nak pergi mana ni?" soal Fakhrul walaupun dia sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku.


Mendengar itu, Aisyah yang bergaya elegant itu berpeluk tubuh membalas pandangan anak lelakinya.


   "Berapa kali mama cakap? Panggil 'mama'. 'Maa,ma', bukan ibu. Susah sangat ke nak faham? It's been almost 20 years, Azfar..."


   "Tak. Az tanya, ibu nak pergi mana ni?" suara Fakhrul mula kedengaran bergetar. Tangannya juga sedikit menggigil.


   "Az lupa ke harini hari apa? It is Arash's birthday... Kan Az yang uruskan event kat hotel right? Dah, pergi siap cepat. Nanti papa bising. Papa pun habis dinner dengan uncle Jooa terus singgah hotel."


   "Event start pukul 10 malam. Sekarang baru pukul 8."


   "Oh god.  Az, mama banyak benda nak kena check, nak kena prepare.. Staff hotel tu bukan semua boleh percaya. Enough. Az siap-siap cepat, mama tunggu sana."


   "Ibu, ibu lupa ke hari...," tak sempat lagi bicaranya selesai, bunyi telefon dari purse Channel di tangan Aisyah mencelah lantang.


Kalut Aisyah menerima panggilan. "Ya sayang? Kenapa..?"


Fakhrul ketap gigi. Menahan segala amarah dalam dada sambil merenung tajam seraut wajah anggun ibunya. Langsung tak ada rasa bersalah pada wajah itu...


   "Ya sayang... Mama dah siap dah ni.. Tunggu adik tak siap lagi. Arash tenang dulu okey? Dekat nak sampai, mama call Arash ya... Okey sayang , bye.. Love you..."


Aisyah pantas mematikan talian sebelum kembali pada Fakhrul.


   "Kat mana tadi? Oh! Yeah. Go upstair, ganti baju. Mama tunggu kat sana jelah. Arash dah bising tu mama tak sampai lagi."


Fakhrul sudah tak mampu bersuara lagi. Air matanya memenuhi kolam mata bila hatinya dah terlalu terluka. Terkilan, terguris, tak dapat dia gambarkan perasaannya saat ini. Dadanya sebak menahan amarah. Menahan sedih. Untuk yang kesekian kalinya, hal ini berulang. Dan ternyata, tahun ni tak ada bezanya dengan tahun tahun sebelum ini... Kenapa dia tak pernah putus berharap macam orang bodoh?


Aah... Kau memang bodoh, Fakhrul...


Kepalanya segera ditunduk saat air matanya tumpah membasahi pipi.


   "Mama..! Mana heels adik yang papa belikan tu...?" tiba-tiba suara Ariana pula mencelah kuat dari tingkat atas. Menambah luka di hati Fakhrul tanpa belas kasihan. 


   "Ish budak ni sorang...Ya sayang! Kejap mama datang!" laung Aisyah sebelum laju berlari dalam tumit tinggi mendaki anak tangga.


Fakhrul ditinggal sendiri bersama rasa pedih dihati. Dia tak pernah mengharapkan majlis besar besaran atau hadiah mewah diulang tahunnya. Cukuplah ibu kandungnya sendiri mengucapkan selamat hari lahir padanya. Cukuplah dengan satu pelukan. Cukuplah dengan satu kucupan. 


Berat sangat ke permintaan aku, ya Allah...?


Beg kertas ditangannya dilempar ke arah dinding sebelum kakinya dihayun keluar dari rumah agam itu. Biarlah dia pergi membawa hati yang luka ni sendiri. Sampai ia benar-benar kalis luka...



********



   "Encik Fakhrul?" suara Nadya menarik Fakhrul untuk berpijak pada bumi yang nyata. Jauh sangat dia mengelamun dibawa perasaan semalam. Dia lantas berdehem sekali sebelum melempar pandang pada Nadya yang berdiri dibucu meja kerjanya. Gadis berambut perang beralun itu menghulur senyuman manis seperti biasa.


   "Encik Fakhrul dah sedia ke nak jumpa Mr Veegan?" soal Nadya untuk ketiga kalinya. Padahal dia sudah bertanya 2 kali tadi tapi tak mendapat sebarang respon. Tak pernah bosnya ni sorang termenung jauh macam tadi.


Fakhrul mengerling jam tangan Rolex di pergelangan tangannya.


   "Pukul berapa appointment?"


   "Pukul 4 petang di Dine Room tingkat 9 KLCC."


Fakhrul mengangguk-ngangguk kepala sambil mematikan laptop di depannya. Dia lantas berdiri sambil mencapai kot hitam yang disangkut pada penyandar kerusi. 


"Saya pergi sendiri je. Awak stay sini. Kalau ada apa-apa terus direct saya."


"Baik Encik Fakhrul".

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi