Bab 10
Mastura terkejut, ya allah kenapa muncul saat ini aiman
ashraff .hatinya merintih tetapi dia cuba mengawal emosinya yang bergolak tidak
tahu kenapa hatinya masih berdebar aduhai ya allah bantu hambamu ini ya allah
“aiman ashraff, apa yang awak buat ni.” Tengking anita
mengerutu dia melihat adegan yang tidak ingin dilihat . bencinya kenapa pula
perempuan ni muncul pula
“Awak tunggu dulu.” Aiman ashraff hanya melihat perempuan
tersebut pergi. Hatinya berasa ada getaran “siapa perempuan ni.”
Anita hanya memerhati tingkah laku aiman ashraff “awak ,
kenapa ni, dari tadi asyik senyap je.” Tegur anita hatinya cukup tersinggung
dengan perangai aiman ashraff “awak , dengar ke tidak.”bosan pula melayan aiman
ashraff hanya radio menjadi peneman perjalanan mereka ke rumah
Mastura mengelap air matanya “aiman ashraff I miss you.”luahnya
perlahan gambar foto aiman ashraff.hatinya merindui tetapi apa daya aku bukan
perampas dan dia cukup gembira aiman ashraff gembira dan sihat dengan
pilihannya anita
Mustakim tidak sabar memberitahu khabar yang sangat dinantikan
. tawaran untuk ke Beijing memang dinantikan mana tidaknya sudah lama Dia ingin
ke sana untuk tesis tentang penyakit hati dan kanser dan rawatan alternative di
sana untuk dipelajari dan dibawa ke Malaysia tetapi mahukah mastura mengikutnya
ke sana, tanpa ikatan yang sah
Mastura hanya memerhati cincin di kotak baldu yang diberi
mustakim dia berbelah bahagi mastura takut dia tidak adil kepada mustakim
kenapa sejak pertemuan yang tidak dijangka itu membuat hatinya tidak keruan
“mama tahu mastura serba salah tetapi percayalah itu takdir
allah sayang.”pujuk rokiah .hati ibu mana mahu melihat anak berendam air mata
setiap hari sebagai ibu dia kena kuat pelbagai dugaan cukup untuk mastura lalui
dalam diam dia berdoa semoga allah merencanakan yang terbaik untuk anaknya