Home Novel Cinta Jangan Tinggal Aku
Jangan Tinggal Aku
Suhailah Selamat
28/2/2022 19:41:48
16,850
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Kereta dan barang-barang lain yang bersepah di atas jalan dipandang dingin. Kegagalan Detektif Ad dalam menangkap penjenayah The Thief Stone telah menjadi buah mulut orang ramai dan mendapat liputan meluas di seluruh media. Bukan sekali dua dia gagal, tetapi sudah berkali-kali! Mana dia tak bengang.


Tiba-tiba sepasang mata dingin milik Detektif Ad tertancap pada sekeping kad di tempat duduk pemandu kereta. Dia sempat menoleh ke arah sekumpulan wartawan dan orang ramai yang berkerumun di tempat kejadian. Mujur ada petugas polis yang bertugas di situ. Jika tidak, pasti dia sudah diserbu lalu persoalan demi persoalan dilontarkan di mana dirinya sendiri gagal untuk merungkaikannya.


Detektif Ad mendekati tempat di mana The Thief Stone sengaja meninggalkan kereta dan barang miliknya yang lain. Anehnya, pihak forensik gagal mengesan cap jari pada barang tersebut. Waima, satu cap jari sekalipun!


Tak logik, kan….. 


Sebab walaupun kereta Wira itu merupakan kereta curi. Sekurang-kurangnya mesti ada cap jari yang ditemui pada mana-mana bahagian kereta tersebut. Jelas menunjukkan The Thief Stone sudah melakukan perancangan rapi agar kesan cap jarinya tidak ditemui. Licik sungguh!


Bibirnya diketap geram. Terasa dirinya sedang dipermainkan, pintu kereta Wira segera dibuka. Tubuhnya menunduk untuk mencapai kad milik The Thief Stone yang ditemui di bawah tempat duduk pemandu. Dalam sekelip mata, Detektif Ad sudah menghilang dari tepi bangunan pusat beli-belah itu. Pergi tanpa disedari oleh sesiapa pun!


Keadaan yang tenang kembali kecoh. Walaupun situasi ini bukan pertama kali berlaku, namun mereka tetap tidak berpuas hati kerana gagal menemu ramah dan meminta ulasan dari Detektif Ad mengenai kegagalannya dalam menumpaskan penjenayah paling dikehendaki di abad ini.


“Kampung Villa Aman….. Bandar Villa Aman…. Agak-agak kat mana kau bersembunyi ya, The Thief Stone,” bisiknya penuh sinis. Topeng muka ditanggalkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Dia kemudian berjalan mendekati kereta yang diparkir tidak jauh dari tempat kejadian. Demi memulihkan reputasinya sebagai Detektif Ad, dia mesti menangkap penjenayah tersebut secepat yang mungkin!


Getah yang mengikat rambut pendeknya ditarik dengan kasar. Detektif Ad bertekad untuk memotong pendek rambutnya. Selagi The Thef Stone tidak ditangkap, dia tidak akan membiarkan rambutnya panjang melebihi telinga.



Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat