Home Novel Cinta Jika Ini Takdirku
Jika Ini Takdirku
NUWAIRAH ZAINI
21/4/2020 00:57:11
11,648
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3
" Cik! cik! " jerit seorang lelaki berkaca mata hitam itu sambil menekan-nekan butang loceng di kaunter. 


" Oh iya! maaf, nak pesan apa ye? " tanya Qaseh lalu mencapai buku pesanan di penjuru kaunter.


" Bagi saya Hazelnut Ice Blended satu " ujar lelaki itu sambil menunjuk-nunjuk menuboard di hadapan kaunter. 


Sementara menunggu minuman yang dipesan siap, muncul dua gadis berpakaian ketat menghampiri lelaki itu.


" Herm, you ni Ikhwan Jedan, footballer Malaysia kan? " tanya gadis-gadis itu terkinja-kinja.


" Yes, I am " jawab Ikhwan sambil mengeluarkan segaris senyuman. 


" Kami dua nak tangkap gambar dengan you boleh? " tanya gadis itu bernada manja.


" I takde mood la harini, lain kali lah " balas Ikhwan lalu menguap dan menunjukkan riak muka malas.


" Ish sombongnya mamat ni " bisik Qaseh dalam hati sambil menyediakan minuman buat pelanggannya itu.


" Ohh macamtu ke? takpelah kitorang pergi dulu " ujar gadis itu lantas berlalu pergi.


Kedengaran kutukan dan makian terhadap lelaki itu sepanjang mereka berlalu pergi.


Ikhwan hanya memandang dari jauh gelagat gadis-gadis itu lalu mengeluarkan senyuman sinis buat mereka. Tatapannya kini kembali tertumpu pada Qaseh yang sedang sibuk menyediakan minumannya itu.


" Dah siap encik, RM10 " kata Qaseh lalu menyuahkan minuman kepada lelaki itu.


Tanpa disangka-sangka, lebam di tangan Qaseh kelihatan.


Ikhwan tersentak apabila melihat lebam di tangan gadis itu. Bagi menutup perasaannya itu, Ikhwan cepat-cepat mengambil minuman daripada Qaseh lalu membayarnya dengan sekeping not RM20.


Tiba-tiba, muncul dua kanak-kanak kembar ke arah Qaseh diiringi dengan ucapan salam.


" Waalaikummussalam, sayang-sayang kakak...Syira dan Syura pergi dekat kakak Rai dulu, kakak ada kerja sikit nak buad ni, okay? " ujar Qaseh bernada perlahan sambil mengambil wang baki buat pelanggannya.


" Apa hal perempuan ni bawa adik-adik dia datang tempat kerja sekali? Boss dia tak marah ke? Mak dengan ayah dia tak ada ke ape? " fikir Ikhwan dalam hati.


" Encik, encik! " panggil Qaseh dengan nada yang sedikit kuat.


Panggilan itu terus mematikan lamunan Ikhwan dari dibuai fikirannya yang penuh dengan persoalan itu.


" Iya, " jawab Ikhwan pendek.


" Ini bakinya " ujar Qaseh sambil memberikan wang bernot RM10 beserta resit bayaran.


Setelah mendapat baki, Ikhwan terus mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.


" Hermm...sedap juga perempuan ni buat air " bisik Ikhwan dalam hati sambil mengeluarkan segaris senyuman.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NUWAIRAH ZAINI