Home Novel Cinta Jika Ini Takdirku
Jika Ini Takdirku
NUWAIRAH ZAINI
21/4/2020 00:57:11
11,650
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

" Jebat, jumpa saya di bilik jurulatih lepas latihan" ujar Encik Iqbal lalu meniup wisel permulaan latihan buat pasukannya.


Setelah 3 jam menghabiskan masa dengan latihan yang padat, Jebat terus berangkat ke bilik jurulatih bagi menemui coachnya seperti yang dijanjikan.


" Tuk, tuk, tuk "


" Masuk "


Pintu dikuak. Kelihatan seorang lelaki berjersi merah biru sedang duduk di atas kerusi pejabat sambil melihat fail peribadi anak-anak buahnya.


" Coach " tegur Jebat lalu menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat.


" Jebat. Tujuan saya panggil ni sebab saya nak bincang sikit tentang prestasi awak kebelakangan ni...ada apa-apa yang tak kena ke? kalau ada bagitahu saya, sebab saya tengok prestasi awak sekarang ni memang teruklah. Awak tahu tak, awak ni antara pemain harapan saya agar skuad ni lebih berjaya, tapi saya tak nampak kejayaan tu bila prestasi awak macamni " ujar Encik Iqbal dengan nada yang sedikit kuat.


" Kalau awak terus macamni, saya minta maaf, saya terpaksa keluarkan nama awak dalam senarai pemain untuk menentang Indonesia nanti " ugut Encik Iqbal.


" Ehh jangan macamtu coach! baiklah saya akan pastikan prestasi saya okay lepasni, saya janji " kata Jebat dengan yakin. 


" Baiklah, saya pegang janji awak. Awak ingat, awak dah janji dengan saya, awak tak boleh mungkiri " ujar Encik Iqbal tegas.


" Awak boleh keluar " arah Encik Iqbal.

" Terima kasih coach " balas Jebat lalu pergi dengan perasaan yang bercampur-baur.


Sewaktu di rumah, Jebat hanya mendiamkan diri dengan termenung di ruang tamu.


" Jauh termenung, sampai mana dah tu..." tegur Eriqa lalu duduk bersebelahan dengan adiknya. 


" Eh kak, takde apalah fikir hal kerja sikit " balas Jebat sambil mengeluarkan segaris senyuman.


" Iyaka, tak payah menipula, akak kenal kau sangat, kenapa ni...cerita kat akak..." ujar Eriqa lagi bagi mencari punca permasalahan. 


" Hmm akak rasa Jebat ni dah cukup famous tak? yela, sebab Jebat tengok peminat Jebat ni kurang, tak sebanyak si Ikhwan tu, gaji pula berapa je, padahal kami dua ni dalam satu persatuan yang sama je "  luah Jebat panjang lebar. 


" Jebat, akak tengok hidup kau ni dah ok, takde masalah, peminat pun akak rasa setanding je dengan Ikhwan, bab gaji pulak akak rasa dah stabil, tak perlulah kau nak risau " nasihat Eriqa.


" Tapi tula macam Jebat kata, Ikhwan tu macam lagi meningkat naik dari adik akak ni...Jebat taknak macamtu, kalau boleh Jebat nak setanding dengan dia, akak paham kan?..." tanya Jebat sambil mengerutkan dahinya.


" Iyala, akak pahamla...tapi kau tu kena paham, kerjaya korang tu berbeza, sukan kau dengan dia tu beza, kau ragbi, dia bola, mana boleh sama adik oiii..."  jelas Eriqa panjang lebar pula.


" Dahla, akak nak pergi tolong mak masak..jangan pikir sangat ...sakit pulak kau karang.." ujar Eriqa lalu memasuki ruangan dapur.


" Hmm yela..." sambut Jebat.


" Aku tak kira, aku tak akan biarkan kau lebih berjaya dari aku Ikhwan " bisik Jebat dalam hati.        








Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NUWAIRAH ZAINI