Home Novel Cinta AKHIRNYA KU TEMUI
AKHIRNYA KU TEMUI
ARZMAN BIN SAAD
10/7/2014 13:28:32
12,728
Kategori: Novel
Genre: Cinta
CHAPTER 1 - 3

Monolog : "Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi... Mengapa Tuhan hanya memberi cuma sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberi sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya...”


Ku titipkan sebuah puisi untuk dirimu...

Di dalam kemaruk fantasi dan realiti...

Biarpun ianya tak seindah warna-warna pelangi...

Biarpun ianya tak sepuitis ungkapan seorang penglipurlara...

Tetapi....

Tetap ku persembahkan jua di atas kertas putih ini...

Sebagai tanda persahabatan di antara kita...

Kata mula mentafsir maksud...

Ku susun indah dalam setiap baris...

Ada sesuatu yang tersirat...

Dan aku selitkan jua sesuatu yang tersurat....

Namun sukar ku gambarkan di dalam bait-bait puisi...

Bahawa dirimu suatu kurniaan...

Yang terindah untuk diriku...

(oleh : nada’04)


Mata yang menyaksikan segala-galanya...

DAN segakanya bermula dari MATA...

Bila MATA lebih lantang bersuara...

HATI menyinggung segala perasaan...

MATA mampu menipu, tapi tidak pada HATI...

Turutkan HATI, kita kan menyesali...

Andai dibiarkan HATI mengusik PERASAAN..

“pabila telah ketentuannya ditetapkan begitu...

ia pasti akan begitu dan....

akhirnya ku temui...”


AKHIRNYA KU TEMUI

Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahan. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagiaan yang diimpikan, hatinya pasti dilukai? Adakah kerana ketentuan-Nya begitu atau ianya cuma ujian dari Yang Kuasa terhadap dirinya yang serba kekurangan?

Kegigihannya selama ini, memang berbayar dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi dalam kerjaya. Daripada seseorang yang tak punya apa, kepada seorang yang begitu berpengaruh di MIH Holding. Mungkin sudah rezeki dan tuahnya di situ.

Namun, mengapa dia sering gagal dalam soal hati. Di saat ada jiwa yang mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula yang tak punya rasa untuk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yang diminatinya, lain pula yang terjadi. Gagal dan terus gagal yang mengundang tragis dalam kehidupannya. Lalu membawa hati jauh keluar dari bumi tanah tumpah darahnya.

Namun janji Tuhan tak pernah dimungkiri. Setiap titis air mata, setiap derita dan sengsara pasti ada hikmah disebaliknya. Tentunya ada suatu yang membahagiakan di akhirnya. Akhirnya hadir seorang insan yang menjadi kekasih akhirnya walaupun hakikatnya ada insan lain yang lebih menarik pandangan.

Namun tidak mudah kebahagiaan ini dikecapi takala dengan kehadiran Tina, anak majikannya yang begitu mengharap, Shieda, gadis impiannya sejak di bangku sekolah dan Myza teman seperjuangan yang tulus ikhlas mengabdikan diri untuknya. Namun bahagia tak kunjung tiba. Derita jua yang sering bertamu. Siapakah insan yang tulus menerimanya? Bilakah dan di manakah akan ditemui insan itu?

Yang pasti tiap insan dijadikan berpasangan dan tentunya Mir juga tidak terkecuali. Kerana, sesungguhnya benar sekali kata alam, pabila telah ketentuannya ditetapkan begitu.. ia pasti begitu dan.. akhirnya ku temui...

Oleh : Nada’78



BAB 1 : Detik Itu Berulang Lagi


“Tina sayangkan Mir!”

Terpacul tiba-tiba dari mulut manis Kartina ketika aku mahu menikmati makan malam bersamanya. Selera ku segera terhenti. Hilang tiba-tiba. Kata-katanya itu cukup mengganggu tumpuan. Aku tak tahu kenapa. Tapi benar-benar aku terganggu. Kenapa mesti aku?

“Tina serius ke? Sedar ke apa yang Tina ucapkan tadi?”

“Tina serius dan Tina sedar!”

Terpaku aku. Dia memandang aku. Aku tak termampu bertentang mata dengannya. Anak matanya begitu mencengkam pandanganku. Aku terpana. Menusuk hingga ke sudut hati. Benar-benar serius kah gadis cantik bak bidadari dari kayangan yang sedang duduk penuh adab di depan aku ini? Atau dia sengaja mahu menguji aku? Aku tak tahu. Aku jadi tertanya-tanya. Aku cuba membayangkan diri ku yang serba kurang ini. Berkulit gelap, tidak berharta, tidak berpangkat, dari kampung, keluargaku yang serba daif. Bagai langit dan bumi. Masakan enggang mahu terbang bersama si pipit? Tidakkah terbit rasa malu di hatinya kelak? Tidakkah jelek dipandangan orang melihat kami berpasangan kelak? Aku tak mahu malukan Tina. Apa lagi memalukan Dato’. Dato’ banyak memberikan jasa buatku. Tak kan aku mahu menconteng arang di mukanya? Tak kan aku mahu dianggap mengambil kesempatan dari kebaikkan anak tunggalnya itu? Aku tak mahu dianggap kacang lupakan kulit. Diberi betis, mahu paha? Tak sedar diri dari lubuk mana asalnya.

“Hey Tina.... nanti, nanti, nanti dengar sini. Jawab beberapa pertanyaan Mir dengan jujur okey..”

“Tanya lah. Tina mesti akan jawab dengan jujur dan paling ikhlas setiap pertanyaan Mir tu.. Biar Mir puas hati dan percaya yang Tina bukan main-main.”

“Kenapa mesti Mir, Tina? Kenapa?”

“Kenapa apa? Kenapa Tina pilih Mir? Sebab Mir baik! Dan Tina sayangkan Mir lebih dari lelaki lain. Lebih dari papa Tina. Lebih dari diri Tina sendiri. Jelas kan?”

“Lagi? Tak kan sebab itu saja. Kelak, bila Tina bertemu dengan lelaki yang lebih baik.... Mungkin Tina akan luahkan perkara yang sama. Beritahu Mir terus terang kenapa mesti Mir?”

“Tina tak semurah tu Mir! Tina tak semudah tu meluahkan harapan buat lelaki. Di kolej, ramai yang mahu bersama Tina. Tapi Tina tolak. Kenapa? Sebab mereka tak layak untuk Tina. Ramai yang cuma bertopengkan malaikat. Hakikat, tertunggu detik untuk mengikis kelebihan yang Tina miliki sebagai anak papa. Tapi Mir tak begitu. Tina lihat dan Tina yakini yang Mir jujur untuk berkawan dengan Tina walaupun Mir tahu bagaimana kisah Tina dulu. Bagaimana Tina hampir terbabas kerana jantan keparat satu masa dulu... Mir tak pernah nak blameTina. Sebaliknya, Mir bagi semangat dan dorongan untuk Tina bangun semula. Malah Mir sentiasa ada di saat Tina perlukan teman untuk meluahkan rasa gembira dan duka. Mir tak pernah membelakangkan Tina walaupun ketika itu Mir menjadi perhatian ramai... dan lagi... Bagi Tina, Tina tak pernah rasa...”

“Rasa apa? Cinta? Sayang?”

“Rasa diri Tina dihargai, disayangi dan dilindungi sehinggalah Tina bertemu dengan Mir. Malah kasih sayang dari papa pun Tina tak pernah rasai seperti mana dengan Mir. Kerana Mir, Tina kenal erti kasih, erti sayang dan rindu...”

“Tina... apa yang Mir lakukan pada Tina, yang Mir berikan untuk Tina, Mir ikhlas sebab Mir sayangkan Tina. Sebab Mir mampu untuk lakukan dan berikan itu semua untuk Tina. Malah, pada semua kawan-kawan terbaik Mir, sikap Mir tetap sama. Lagipun, Tina pun tahu kan yang Mir...”

“Mir ada insan lain? Myza? Apa lebihnya Myza tu dari Tina? Tina betul-betul harapkan kasih sayang Mir. Perhatian dari Mir. Cinta dari Mir. Dan.... Diri Mir!! Susah sangat ke nak berikan semua tu?”

“Tina... Tolong faham kedudukan Mir. Mir bekerja dengan papa Tina. Periuk nasi Mir di tangan papa Tina. Mir tak mahu nanti ada suara yang mengatakan Mir ambil kesempatan. Mir jujur kerja Tina. Tak ada kaitan dengan Myza atau yang lain-lainnya. Mir tak mengharapkan apa-apa lagi dari Myza. Dah jelas, dia tak mahukan Mir lagi. Mir kini cuma ada Tina sebagai tempat untuk Mir tumpahkan kasih sayang. Keluarga Mir jauh dan Mir tak punya sesiapa di sini.”

So, apa masalahnya? Mir dah beri kasih sayang pada Tina dan Mir dapat kasih sayang Tina? Mir sayangkan Tina kan.”

“Ya.. memang Mir sayangkan Tina. Jujur Mir katakan yang Mir sayangkan Tina. Tapi, Mir sayang atas nama seorang teman dan seorang abang kepada adiknya. Mir tak bermaksud yang lain Tina. Apa lagi nak mainkan perasaan Tina.”

“Jadi Tina salah fahamlah? Tina yang bermain dengan perasaan sendiri? Tina yang telah terpedaya dengan apa yang Mir luahkan? Tina bodoh sebab tak dapat nak fahami sayang seorang abang dan sahabat. Begitu? Tina bodoh sebab memasang impian untuk bersama Mir?”

“Tak... Tina tak bodoh dan jangan perbodohkan diri sendiri. Cuma, Tina tersilap membuat perkiraan. Tina fikir Mir terlalu baik dan selalu di sisi Tina, lantas Tina fikir Mir mencintai Tina. Soal hati tak boleh kita paksa Tina. Tak boleh nak wujud dalam sekelip mata. Cinta perlu dipupuk dan disemai baru ia berkembang.”

Tina terdiam dan tertunduk. Sesekali diseka air mata yang mula membasahi pipinya. Aku tak sampai hati melihat. Ku kesat air mata di pipinya. Tina rebahkan kepalanya ke dadaku. Aku biarkan seketika agar keadaan Tina kembali tenang. Bukan salah Tina dan bukan juga salah aku. Apa yang harus aku lakukan kini? Tak mungkin aku semudah itu menerima luahan hati Tina. Kerana aku juga sedar yang aku ada hati yang harus ku jaga. Hati yang terlebih dahulu mencuri pandangan dan kasih sayang. Walaupun aku tahu harapan aku tak mungkin jadi kenyataan. Myza dah menolak aku. Dia tak mungkin menerima aku lagi. Insan yang dianggap sebagai kekasih awal akhir ini, akhirnya dibuang dan ditinggalkan tanpa sebarang alasan yang logik. Aku dipermainkan? Entah...

Malam itu berlalu tanpa sebarang penyelesaian. Aku kesal dengan apa yang telah aku lalui. Namun aku akur ini juga sebahagian dari sandiwara hidup yang mesti ku tempuhi. Aku tak punya selera untuk terus menjamah makanan kegemaranku. Aku rasa bersalah melihat redup di wajah Tina yang putih bersih itu. Aku yang menyebabkan wajahnnya begitu. Kenapa aku tergamak menolak luahan hasrat hatinya? Tak layakkah Tina buatku? Mengapa aku sedia melepaskan peluang di depan mata? Yang mungkin tak kan dilepaskan oleh orang lain? Aku tak tahu. Aku tak dapat memberikan jawapan pasti.

“Tina, mari Mir hantarTina pulang ya. Nanti papa Tina risau pula..”

Tina tak bersuara walau sepatah. Hanya menuruti dan membiarkan aku memimpin tangannya. Aku tahu dia kecewa. Mungkin juga patah hati dengan keputusan yang didengarnya tadi dari mulut ku sendiri. Sungguh aku tak mampu nak melarikan diri dari hakikat hati ku bukan untuk dia. Aku tak tahu lagi siapa yang paling layak menerima hati ku yang telah terguris kerana kisah lalu. Ataupun aku sudah berasa takut malah sudah berputus asa kerana cinta dan perempuan? Tidak... Aku tak punya sebab untuk berasa begitu. Aku takkan menafikan hak insan lain untuk mencuri hati ku. Aku yakin pada Qada dan Qadar Tuhan. Menyakini, yang satu masa kelak, akan tiba jua masanya buat aku mengecap nikmat bahagia yang hakiki.

Ku buka pintu kereta hadiah pemberian papa Tina sempena hari lahirnya yang ke 20. Terfikir aku, bila agaknya aku jua akan mampu memiliki kereta seperti yang Tina miliki kini. Beruntungnya jadi anak orang kaya. Boleh dapat setiap yang diimpikan. Tidak.... Cinta tak dapat dibeli dengan harta berjuta. Tina diam membisu sepanjang perjalanan. Aku cuba mententeramkan suasana dengan menguatkan volume radio Hot FM. Keletah Farah Fauzana sedikit sebanyak mengausai suasana. Lancang betul Farah berbicara. Tiap tuturnya spontan. Macam bertih goreng. Aku tersenyum..

Aroma di dalam kereta Tina cukup mengasyikkan. Pandai Tina memilih. Biasalah anak orang kaya. Mesti kena jaga imej dan pandai bergaya. Jika tuannya bergaya, apa lagi kereta.. Tina memang manusia yang amat istimewa.

Aku tersenyum seketika mengenangkan aku yang mungkin masih berimej kekampungan. Memang aku anak desa. Datang ke kota untuk mencari sesuap nasi di sini. Dan aku segelintir yang bertuah kerana ditemukan dengan Dato’ Fadzil. Ahli perniagaan berjaya. Semua orang kenal. Aku diterima bekerja bukan kerana aku memiliki kelulusan luar negara. Tapi sekadar telah membuat sedikit jasa baginya. Tapi bagi ku itu adalah tanggungjawabku.

Aku masih ingat pagi itu. Ketika aku mundar-mandir bagai rusa masuk kampung. Aku perhatikan Dato’ Fadzil yang ketika itu baru keluar dari ruang legar Maybank. Dia bersalaman dengan beberapa orang di situ. Kenalannya barangkali. Tiada yang pelik bagi ahli koperat berpangkat dan ternama sepertinya. Aku memerhati dari kejauhan. Aku cuba ingatkan sesuatu. Bagai pernah aku temui lelaki ini. Tapi tidak pasti di mana. Sedang aku mengelamun memikirkan siapa Dato’ Fadzil, tiba-tiba aku lihat Dato’ Fadzil menjerit meminta pertolongan. Aku tak tahu apa yang berlaku. Yang aku lihat hanya kelibat seorang lelaki bertopeng menuju ke arah ku. Aku fikir mereka menuju ke arah motosikal honda kapcai yang masih menderum enjinnya. Temannya yang sedia untuk memecut laju membawa hasil haram. Lantas aku menghampiri...

“Hoi budak? Pergi jahanam! Jangan nak tunjuk hero!!!”

Mulianya budi bahasa. Terus aku menendang motosikal. Seorang dari lelaki itu mahu menyerang aku dan silap besarlah. Tersungkur dia ke tanah terkena penangan silat cekak harimau ajarah arwah Tok Karim. Seorang lagi cuba melarikan diri. Tak kala semakin ramai yang datang dan menangkap lelaki yang tersungkur itu, aku mengejar yang seorang lagi. Penyangak bodoh yang tidak sekolah barangkali. Di campaknya beg ke arah ku dan terus hilang di celah-celah lorong. Tak perlu ku kejar kerana polis pasti dapat mencari kerana teman seperjuangannya telah di berkas. Manusia hari ini sukar diagak. Semuanya berfikiran singkat semata-mata untuk mendapatkan wang. Banyak berlaku kini yang niat menghalalkan cara. Ramai yang rela menangguk dari air yang keruh. Sanggup berbahgia atas kesengsaraan orang lain. Peduli apa dengan orang. Diri sendiri yang mesti didahulukan.

“Terima kasih anak muda. Tak tahu lah saya kalau tak ada awak tadi. Banyak sangat maklumat sulit dan cek-cek syarikat di dalam beg ini. Terima kasih anak muda. Terima kasih.”

“Sama-sama Dato’ Fadzil. Kebetulan saya di situ.”

Dato’ Fadzil memandang aku. Aku juga memandangnya. Tiba-tiba terpacul namanya dari mulutku. Baru ku teringat siapa lelaki separuh abad yang berdiri di depanku. Aku dijemput untuk bersarapan dengannya. Malu juga rasanya. Tetapi bila Dato’ Fadzil beriya-iya menjemput aku akur. Ingin membalas budi katanya. Aku lakukan itu bukan untuk dibalas. Ikhlas sebab itupun secara kebetulan. Kalau orang lain berada di situ, mungkin juga mereka akan melakukan sama seperti aku. Atau, mungkin juga dibiar dan diperhati sahaja sambil dalam hati mentertawa biar padan muka.

“Ya memang mulanya saya ingin membeli tanah-tanah di kampung awak tu. Tapi saya batalkan niat di saat akhir selepas saya melihat ada unsur-unsur penipuan dalam perjanjian pembelian. Saya tak mahu bangsa saya rugi. Tanah bangsa saya tergadai dengan harga yang tak sepatutnya. Dan saya seharusnya berterima kasih kepada ayah awak yang menentang keras niat saya. Saya dah pecat peguam yang menguruskan perjanjian itu. Dia nak untung atas angin. Bayangkan setiap RM100 dia akan dapat RM1 dan nilai anggaran yang dia buat dia atas kertas RM5 juta. Tapi nilai sebenar dengan pihak broker RM15 juta. Berapa banyak dia akan perolehi.”

“Ooo habis tu di mana dia sekarang nie Dato’? Kalau dalam cerita di TV, mesti dia dah melarikan diri untuk elak dari ditangkap pihak berkuasa.”

“Hahahahahaha... itu dalam TV Mir. Orang berlakon. Ini realiti. Sebelum dia melarikan diri saya dah buat laporan polis dan BPR. Dan kini dia mungkin bergembira dalam rumah berpagar besi. Hidup mewah dengan pakaian bernombor di dada. Dia di penjara sekarang ni. Ada lagi 15 tahun. Dia kena 25 tahun penjara untuk pecah amanah, peras ugut dan rasuah. Tapi nasib dia baik, hukuman dijalankan serentak. Kalau tak, ada juga yang menamatkan riwayat hidup di dalam penjara. Dunia hari ini macam tu lah. Susah nak percaya orang berdasarkan rupa. Nampak baik, alim, warak... Tapi dalam kepala, dalam hati belum tentu baiknya.”

Pagi itu rezeki aku murah. Aku memulakan hari pertama ku di Kuala Lumpur dengan langkah kanan. Anak muda yang hanya berbekalkan sedikit wang dah dapat makan percuma di hotel lima bintang. Aku masih ingat lagi nama hotel itu. Hotel Vistana di Jalan Bukit Bintang... Memang bagaikan istana.

Okey kalau awak setuju, awak boleh mula bekerja hari ini juga kalau awak mahu. Awak kena mula dari bawah. Kenal dulu susah payah bekerja okey... Walaupun awak ada ijazah yang baik tapi dalam keadaan ekonomi sekarang ni, ijazah seperti tiada nilai. Yang bernilai ialah duit dan cable.”

“Saya faham Dato’ dan saya terima. Terima kasih Dato’. Cuma hari ni saya tak boleh sebab saya perlu cari rumah sewa dahulu. Lagipun saya belum biasa lagi dengan keadaan di sini. Orang kampung Dato’. Ini kali pertama saya sampai di kota yang cukup besar ni.”

“Baiklah. Awal cari area sini sahaja. Tengok di papan-papan iklan di bust stop. Banyak iklan tentang bilik dan rumah sewa ni. Lagi satu, tak perlu awak risau untuk lewat atau tersesat. Tak perlu besar-besar. Bilik pun sudah cukup baik. Orang bujang macam awak, makan di kedai sahaja. Saya pun pernah muda seperti awak.”

Dato’ Fadzil tersenyum memandang aku tersipu-sipu malu. Pandai dia mengambil hati pekerja. Patut semua orang yang berurusan dengannya tak pernah merungut. Dia beritahu aku dalam bisnes ni, pelanggan adalah raja dan pekerja adalah permaisuri. Kena jaga kedua-duanya dengan baik.

“Oh ya.. Malam ni awak datang rumah saya kita makan malam sama-sama. Nanti driver saya datang jemput awak di sini dalam jam 8. Saya minta diri dulu. Banyak kerja yang perlu saya uruskan di pejabat. Sekali lagi terima kasih atas pertolongan dan keberanian awak.”

Aku berlegar-legar di sekitar bandaraya. Meninjau-ninjau iklan bilik untuk di sewa. Berkerut dahi melihat sewa bilik pun mencecah RM300 sebulan. Patutlah gaji orang kota besar-besar. Kos hidup pun melampau-lampau tingginya.

“Kalau awak setuju, awak boleh tinggal dengan kami. Kami pun memang mencari teman bilik lagi. Nak kurangkan kos membayar sewa. Ramai-ramai memang sesak sikit tapi jimat untuk bayar sewa. Kalau awak masuk, jadi 5 orang.. Sebulan RM80.”

“Okey lah, saya setuju.”

“Bagus... Saya Awai. Ini member kita Syafee dan yang tu Wan Zur. Lagi sorang belum balik keje.”

“Saya Mir Sharifuddin, panggil Mir cukup lah.”

Lega aku dapat selesaikan urusan penginapan. Puas aku berlegar-legar mencari. Mahu sahaja aku telefon Dato’ Fadzil minta bantuan dia carikan rumah untuk aku. Tapi tak kan hari pertama sudah mengharapkan ihsan Dato’? Aku berlalu selepas meninggalkan beg di rumah sewa.

“Hello, Assalammualaikum mak... Mir dah dapat kerja dah. Jadi kerani saja. Tapi tak apa lah. Mir mula dari bawah. Mir tinggal menyewa dengan kawan-kawan baru. Jangan lah mak abah risau ya. Apa-apa hal Mir akan telefon beritahu. Kirim salam pada abah, Angah, Ucu dan Achik dan semua-semua lah. Kata Mir rindukan mereka semua..”

Aku berjalan lagi menuju ke pejabat Mentari Indah Holding. Nak naik bas awam aku tak tahu nombor berapa yang harus aku naik. Orang kata di sini, naik bas tak ada konduktor. Bayar guna syiling masuk dalam mesin. Aku tak pernah semua tu. Tentu masalah. Jalan raya penuh dengan kenderaan yang bertali arus. Sesuatu yang juga baru bagiku. Tentu warga di sini sudah masak benar dengan keaadan sebegini. Jika tidak pasti ada yang tak senang hidup. Satu yang cukup aku kagumi, ramai betul yang bertelefon bimbit. Budak sekolah pun ada yang tak lekang dengan telefon di telinga. Aku juga yang serba kekurangan. Sesekali aku terfikir alangkah hebatnya jika pulang ke kampung dengan berkereta besar dan bertelefon bimbit. Tentu ramai mata yang memandang..

Jika dulu Siti anak Haji Mat asyik mempersendakan aku, mungkin kali ini dia pula yang terhegeh-hegeh nak menumpang keretaku. Mungkin juga Zubaidah, ratu kampungku jua akan tersenyum lebar dan manja tiap kali aku singgah di kedai runcit maknya. Pendek kata, aku yang dulu nak dipandang sebelah mata pun tak ingin, kelak akan menjadi sebutan. Di mana-mana orang akan memperkatakan tentang aku. Mir dah berubah, Mir dah loaded, Mir dah berjaya. Mir itu dan Mir ini. Aku tak pasti, namun aku tahu tentu tak siapa yang mahu menolak tuah jika yang datang itu lombong emas buat mereka. Tak perlu bekerja lagi kerana boleh mengharapkan menantu.

“Makan Mir... Apa yang tersenyum sendiri tu? Ada yang melucukan ke?”

“Opps.. Maaf Dato’. Saya mengelamun tadi. Lucu pulak rasanya....”

Sedang kami menjamu selera, terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. Dato’ Karim memandang ke arah Mak Piah dan mengarahnya menjemput tetamu yang baru hadir. Mak Piah patuh..

“Anak papa lewat 5 minit hari ni. Mari makan cepat. Papa nak kenalkan dengan hero Kuala Lumpur.”

“Papa ni ada-ada sahaja lah. Mana hero tu? Mungkin boleh jadi buah hati Tina”

“Mir... ini anak saya Kartina Shahriza. Manja sikit. Dan suka buat sesuatu yang dia fikir nak buat. Tak fikir pasal orang lain. Panas hati, bercita-cita tinggi, kuat merajuk. Tapi saya sayangkan dia. Satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh arwah isteri saya. Harta yang sayang anggap nyawa saya.”

“Papa.... Tina merajuk nanti baru tahu.”

Okey... I’m so sorry honey... Sayang, ini lah hero yang papa cerita pagi tadi. Mir Sharifuddin.”

“Hai... Tina.”

Tina menghulur tangan ke arah ku. Perlukah aku menyambutnya? Aku tak pernah memegang tangan perempuan asing bagiku. Sesuatu yang tak pernah aku lakukan dulu. Segera Tina menarik kembali tangan yang dihulurnya tadi. Lega hatiku. Tapi nafsuku memarahi. Kenapa kau tidak ambil peluang yang terhidang di depan mata kau? Mana boleh! Bukan sifatku mengambil kesempatan atas apa yang ada. Kami menjamu selera sambil ketawa. Sesekali aku mencuri pandang ke arah Tina. Cantik benar anak gadis di depan mataku kini. Tapi kenapa tak nampak wajah ceria pada air muka nya? Memang dia ketawa tapi aku tak nampak ketulusan tawanya. Seolah-olah dia sedang berperang dengan sesuatu yang aku tak tahu.

“Dato’.. Terima kasih atas jemputan ini. Sedap sungguh masakan Mak Piah. Bertambah saya hari ini. Teringat sangat-sangat pada masakan mak di kampung.”

“Kalau mahu rasa masakan Mak Piah, datanglah rumah Tina selalu. Mak Piah akan masak menu paling special untuk hero KL. Nak Tina masak pun boleh. Tapi beritahu dulu. Kalau datang tiba-tiba, mee maggi lah jawabnya.”

“Jangan la panggil saya dengan nama tu. Malu saya. Saya tak hebat pun. Kebetulan saja tu. Panggil Mir cukup lah.”

Tina meningkah cakap ku sebelum sempat aku membalas. Jam 12 tengah malam aku sampai ke bilik sewaku. Teman-teman baru ku masih menonton TV. Cerita menarik barangkali. Aku tersenyum dan berlalu ke bilik. Panas rasanya. Badan pun berpeluh melekit. Ku capai tuala Hello Kitty pemberian Achik sebelum aku berangkat ke ibu kota. Lega rasanya, bila badan yang keletihan disiram air sejuk. Aku memikirkan apa yang bakal ku lakukan di pejabat esok. Apa tugasku? Bagaimana suasana di pejabat nanti. Tak sabar rasanya nak memulakan tugas ku. Kerjaya ku yang pertama sejak mendapat ijazah. Kerja yang difikirkan orang lain bersesuaian dengan kelulusan ku. Bekerja di syarikat besar dan di ibu kota. Bukan tugas sebagai pekerja am di pusat servis yang memenatkan. Aku terkenang kerja yang pernah ku lakukan. Pekerja am di pusat servis kereta. Lari dari kelayakan yang aku ada. Tapi demi untuk mencari modal ke bandar, aku rela bersusah payah dahulu.

“Kau kerja di mana Mir? Sebagai apa?”

“Di Mentari Indah Holding. Kerani aja pun. Tak pe lah mula dari bawah kan.”

“Hey... beruntung kau tahu dapat kerja di MIH tu. Nama aja kerani tapi gaji besar. Bayangkan saja lah yang keje guard pun gaji RM1000 sebulan. Ni pulak kerani. Mau dekat-dekat RM2000 kalau nak dikira elaun dan OT. Bertuah kau Mir. Aku yang dah 2 kali pergi walking interview. Dua-dua dapat balasan tapi... dukacita di maklumkan permohonan anda gagal.”

Hilaian ketawa memecah suasana. Wan Zur tak mengambil hati kerana dia tahu teman-temannya tak berniat untuk mempersendakannya. Hanya mengusik dan begitulah mereka.

“Bukan rezeki kau kot..”

“Bukan tak ada rezeki tapi bagi malu diri. Ada ke guna sijil PMR untuk apply jadi ketua kerani. Jadi despatch kot lah padan...”

Kami berlima ketawa. Aku rasa gembira sangat kerana teman serumah yang satu kepala denganku. Senang di bawa berbual dan boleh saling menyakat. Jam berganjak ke angka 2 pagi. Aku bingkas ke bilik. Letih benar rasanya badanku. Ku lihat Ali dah tidur. Syafee dan Najmi lebih suka tidur di ruang tamu. Belum sempat aku nak terlelap, bahu ku di cuit.Awai memandang aku...

“Hidup di kota tak sama macam hidup di kampung Mir. Pandai-pandai bawa diri, pandai-pandai pilih kawan dan jangan terlalu baik. Orang akan ambil kesempatan ke atas kita. Jangan terlalu merendah diri sebab kedudukan kita adalah di bawah tapak kaki orang yang sombong diri. Berani biar bertempat dan paling penting jangan tinggal yang 5. Itu tunjang kehidupan kita di sini.”

“Terima kasih bang. Saya hargai ingatan. InsyaAllah, saya akan sentiasa jaga diri dan berhati-hati. Niat saya nak mencari rezeki, bukan bersuka hati. Kalau ada apa-apa yang tak betul abang tegur-tegur lah saya nanti.”

“OK, Mir pun, kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan berkongsi dengan abang okey... Tidurlah esok awak nak kerja. Selamat malam. Assalammualaikum.”

Aku terlelap dalam keletihan yang amat sangat. Tiada mimpi yang bertandang. Mungkin mimpi pun terasa kasihan melihat aku yang sedari pagi bergerak dan berjalan tanpa henti. Tiada lagi kokok ayam di pagi hari. Yang ada deruman dan hon kereta yang pusu-pusu di jalan raya. Membingitkan kepala. Kuala Lumpur bagaikan tiada erti malam buatnya. Sentiasa terjaga dan terus terjaga.

Tepat jam 6 pagi aku sudah siap bersolat subuh memohon restu dari Ilahi agar langkah ku akan sentiasa di landasan yang tepat dan diredahi. Seawal jam 8 aku sudah berada di depan MIH. Suasana masih sepi. Patutlah, kerja bermula jam 9.30 hingga jam 5.30. Kalau aku tahu, sudah pasti aku tak terkocoh-kocoh untuk datang. Tak mengapa. Hari pertama aku mesti memberikan gambaran yang terbaik tentang diriku.Kelak tidaklah menjadi buat mulut orang. Awal-awal sahaja bersemangat, dah kian serasi bula buat perangai. Aku tak mahu dicop begitu. Aku kerja ikhlas.


BAB 2 : Naik Pangkat dan Gelora Bermula


Diam tak diam sudah 6 bulan aku di MIH. Bermakna 6 bulan juga aku menjadi warga Kuala Lumpur. Aku dah tahu selok belok ibu kota. Lorong mana yang tak pernah ku cuba. Simpang mana yang tak pernah dilalui. Bukan Mir namanya jika tidak ku kenali mana letaknya tempat-tempat di Kuala Lumpur walau tiada sebarang papan tanda. Masakan tidak. Pantang ada kesempatan pasti aku akan bermotor pusing-pusing Kuala Lumpur. Sengaja aku berbuat begitu. Mana tahu kelak ianya berguna buat aku. Sekurang-kurangnya aku telah bersedia.

Pagi ini mesyuarat tergempar diadakan di MIH. Aku tak pasti atas tujuan apa. Mungkin mengenai kekosongan beberapa jawatan penting ekoran penyusunan semula syarikat tempoh hari. Aku sebagai ketua kerani semestinya perlu hadir untuk sebagai wakil kepada bahagian ku. Setiap kerusi di meja bulat yang boleh memuatkan 40 orang telah penuh terisi. Hanya menanti kedatangan Dato’ Fadzil sahaja sebagai Pengerusi.

“Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Terima kasih atas kehadiran tuan puan ke mesyuarat tergempar ini. Sebenarnya ada beberapa perkara yang ingin saya umumkan dan perkatakan untuk pengetahuan tuan puan semua.”

Dato’ Fadzil bercakap panjang lebar mengenai perkembangan syarikat yang kian baik. Semua orang bertepuk tangan bila Dato’ Fadzil mengumumkan pemberian bonus khas 2 bulan gaji kepada semua kaki tangan atau RM2000 untuk pekerja bergaji kurang RM2000. Aku juga mendapat tempiasnya. Semua orang berrtepuk dan bersorak gembira dengan pengumuman itu. Aku pun turut serta. Dengan gaji ku yang kini sekitar RM2100 aku bakal mendapat durian runtuh. Rezeki Angah agaknya yang bakal melangsungkan perkahwinan. Abah memang bercadang nak membuat majlis yang agak besar sempena menyambut menantu pertama. Dan aku sebagai anak sulung seharusnya menjadi penyumbang utama.

“Sebagai langkah untuk memperkemaskan operasi, Mohd Al-Farabe akan dinaikkan pangkat sebagai pengarah operasi di MIH (marketing), cawangan baru kita di Ipoh. Makala cik Siti Rabiatul Adawiyah akan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Jualan menggantikan Mohd Al-Farabe. Untuk pengisian jawatan Pengurus Sumber Manusia yang dikosongkan oleh Siti, saya mengumum kan perlantikan ketua kerani kita, Mir Shariffuddin sebagai Pengurus HR yang baru. Manakala ketua kerani akan diambil alih oleh penolongnya, cik Chatherine. Lain-lain nama untuk jawatan kecil akan diumumkan kelak. Tahniah kepada semua yang dilantik dan saya menaruh kepercayaan yang tinggi ke atas kebijaksanaan dan komitmen anda untuk memajukan MIH. Ingat satu perkara. MIH ini milik kita bersama.”

Majlis bersurai dengan aku tersandar di kerusi memikirkan kebenaran pengumuman Dato’ Fadzil tadi. Benarkah aku kini bergelar Pengurus HR? Jawatan yang dikatakan Dato’ sebagai jantung dan nadi kepada MIH. Kenaikan pangkat bermakna kenaikkan gaji dan semestinya pertambahan kepada tugas dan tanggungjawab. Bersediakah aku? Ramai orang mengucap tahniah buatku. Kata mereka aku memang layak untuk tugas tersebut kerana komitmen aku yang tak pernah kurang terhadap kerja dan tanggungjawab aku selama ini.

Tapi ku lihat ada juga semacam menarik muka. Mungkin kerana mereka tidak terpilih? Entah, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, pemilihan Dato’ atas sumbangan yang telah aku curahkan. Aku tak bodek, aku tak ampu. Semuanya pemberian dari-Nya atas kegigihan dan usaha aku jua.

“Encik Mir, sila ke bilik Dato’ sekarang”

“Thanks Ros. Saya pergi sekarang.”

“Tahniah Mir. Saya percaya yang saya telah membuat pilihan yang tepat. Serentak dengan perlanti-kan ini, awak akan berpindah ke bilik awak yang baru. Awak tahukan di mana. Dan awak juga akan menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak syarikat sebagai syarat penerimaan.?

“Syarat penerimaan? Apa maksud Dato’.?

“Syarikat akan menyediakan sebuah kereta, telefon bimbit, laptop, kad kredit dan sebuah rumah serta beberapa elaun khas setiap bulan. Dan saya yakin awak tidak berdepan masalah dengan syarat ini-kan. Ini adalah polisi syarikat ini dan setiap pekerja perlu mematuhi untuk menjaga imej syarikat.”

“Dato’... Saya gembira bersama teman serumah saya dan lebih selesa bermotosikal sahaja ke pejabat. Dapat mengelak kesesakan. Lagipun saya tak berapa minat untuk nampak mewah. Apa guna jika kemewahan itu bukan milik saya yang sebenarnya.”

“Saya faham maksud awak tapi ini adalah polisi syarikat sebagai tanda pengiktirafan kepada para pekerja yang dedikasi. Awak boleh datang ke pejabat dengan motosikal tetapi untuk urusan pejabat di luar, awak mesti berkereta. Rumah syarikat pun tak jauh kan. Di belakang syarikat ini sahaja. Awak boleh lihat dari bilik baru awak nanti rumah yang berbumbung biru.”

“Baik lah Dato’ kalau begitu, saya setuju dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan Dato’ buat saya. InsyaAllah, saya akan laksanakan tanggungjawab saya dengan sebaik mungkin.”

Hujung minggu aku pulang ke kampung. Sudah lama benar aku tidak pulang. Sejak aku meninggalkan kampung, ini lah kali pertama aku pulang. Aku pulang dengan membawa kejayaan. Aku tak pasti apa pandangan orang kampung apabila aku pulang kelak. Aku pulang dengan membawa hajat juga. Aku mahu mak dan abah merisik Shieda, gadis impian ku. Teman sepermainan sedari kecil. Tapi aku tak pasti sama ada ayah nya dapat menerima aku atau tidak. Sebab aku tahu, ayahnya memang bercita-cita mahu bermenantukan orang kaya. Biar senang anak mereka katanya. Tapi aku fikir ayah nya mahu menyenangkan diri sendiri dan anak sebagai batu loncatan.

“Mak... Along balik mak. Abah... abang Along balik.. Angah... Ucu... Alang balik...”

Jeritan Achik memecah suasana hening rumah petang itu. Aku terasa sangat gembira bila melihat adik-adik ku berkejar-kejar ke arah ku. Ditariknya beg aku. Ucu mengambil sweater di bahu. Alang menjinjing beg plastik dari tangan. Terasa hilang beban yang digalas dari tepi jalan tadi. Sengaja tidak ku beritahu kepulangan sebagai satu kejutan buat semua. Ternyata mereka terkejut.

“Macam mana kerja kau di Kuala Lumpur Long? Seronok ka? Kau kerja apa?”

“Kerja OK. Kerani biasa saja. Aku yang tiada pengalaman mana nak dapat jawatan baik. Kau tu dah siap sedia ka nak jadi ratu sehari? Jadi isteri yang baik tau. Isteri yang taat pada suami, pada ibu bapa dan lagi penting pada Tuhan.Jangan jadi macam aku dulu, memalukan mak abah saja.”

“InsyaAllah Long.. Aku pun lega sebab si Ali pun banyak mengingatkan aku tentang semua tu. Pandai kau cari laki untuk aku.”

Angah tergelak. Aku turut tergelak. Ali teman seperjuangan aku di universiti bakal menjadi ipar sendiri. Aku ingat lagi kisah awal Ali dan Angah. Gara-gara aku membawa dia pulang ke kampung, hatinya terus terikat dengan Angah. Katanya dia minat pandang pertama. Aku cabar dia untuk luahkan hasrat hatinya pada abah dan mak. Sekali lagi aku tak sangka, terus sahaja dia meluahkan hasratnya. Tidak sampai seminggu mereka sudah bertunang. Mudah benar jodoh Ali dan Angah. Kalau lah aku juga begitu, alangkah gembiranya hidupku. Tapi mustahil untuk aku mengecapi kebahgiaan semudah itu. Ini suratan takdir yang terpaksa aku lalui.

Malam itu, setelah abah pulang dari surau, aku mendapatkan emak dan abah di anjung rumah. Aku mahu luahkan niatku pada mereka. Biar mereka tahu yang anak mereka dah bersedia nak berbini. Dah sampai seru untuk membina keluarga. Untuk memikul tanggungjawab baru. Biar mereka terkejut dengan berita ini. Mana tahu kenduri Angah dapat berlangsung sekali dengan kenduri aku. Jarang sekali majlis dua mempelai seperti ini berlangsung di sini.

“Kau dah habis fikir ka? Kau bukan tak kenal Haji Malek tu. Dalam kepala dia fikir duit sahaja. Menantunya mesti ada kereta besar, rumah besar dan duit banyak. Apa yang kau ada?”

“Saya ada semua tu abah. Rumah, kereta dan macam-macam lagi. Tunggu isteri aja masuk rumah. Apa kata orang? Cuci kaki saja...”

Aku menguji abah ku. Abah memandang ku atas ke bawah. Bawah ke atas seolah-olah aku menipu dirinya. Dahi abah berkerut. Mungkin kurang percaya dengan kata-kata ku. Aku tersenyum. Satu hari nanti pasti abah akan lihat buktinya.

“Abah cakap sahaja yang saya ada semua tu. Terpulang Haji Malik nak percaya atau pun tidak. Tapi Mir memang ada semua tu abah. Abah percaya tak?”

“Kau balik kampung pun guna bas. Ini kan nak cakap kau ada semua tu. Mahu digelak Haji Malik. Kata kau tu kuat berangan. Mat jenin. Berangan setinggi gunung. Tapi tak pa lah, biar abah dan mak merisik-risik dulu. Tapi kau jangan menaruh harapan terlalu tinggi. Takut kau kecewa. Nak kena sedia telinga la nak dengaq Haji Malik hina kau. Mempersenda kami. Tapi, demi anak-anak kami sedia.”

“Tak lah ayah. Saya cuma minta ayah merisik-risik. Kalau ada peluang kita terima. Kalau tak ada nak buat macam mana kan. Akur lah... Saya pun bukan lah berharap sangat. Cuma nak tunaikan janji saya pada Shieda yang mana saya pernah beritahu dia yang saya akan hantar mak abah ke rumah bila saya pulang dari Kuala Lumpur. Tapi kalau abah dan mak fikir lain, tak payah lah. Tak mau sebab Mir, abah dan mak tanggung malu.”

“Haji Malik tu yang memilih. Nama saja haji tapi perangai tak pernahnya berubah.”

Dan ternyata tekaan abah tepat. Permintaan ku telah membuatkan muka mak dan abah malu. Sekejap saja berita penolakkan Haji Malik tersebar. Siapa lagi yang nak sebarkan berita ni kalau tak dari mulut Haji Malik sendiri. Bangga betul dia bercerita di kedai kopi tentang aku. Aku terkilan benar dengan apa yang berlaku. Aku tak mahu berlama di sini. Abah pun minta aku keluar seketika. Biarlah reda dulu cerita penolakkan ni. Aku akur dan penuhi permintaan abah sebab aku tahu, malunya aku berdepan dengan hinaan ini, malu lagi abah dan mak sebagai ibubapa. Bagaimana agaknya perasaan mak dan abah aku yang terpaksa berdepan dengan orang-orang kampung. Aku di Kuala Lumpur mungkin kurang tempiasnya.

Sebelum aku berangkat pulang, terlepas dari pandangan sinis orang kampung, abah memeluk aku. Aku membalas dengan pelukan erat dan berkali-kali memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Biaqlah... Biaq pi la Haji Malik nak kata kau tak layak jadi menantu dia. Kau kerja kerani, mana nak mampu nak sara anak dia tu. Biaq dia berbangga kata yang ada anak Dato’ mai dari mana entah, datang bertanya-tanyakan anaknya minggu sudah. Tak pa... anggap jodoh dengan Shieda tu cuma setakat kawan saja. Abah memang suka dengan si Shieda tu. Baik budi, pandai ambil hati orang tua, sopan dan pandai pulak tu. Tapi dah Haji Malik kata macam tu kita nak kata apa lagi?”

“Tak pa la abah, mak. Saya minta maaf sebab buat mak abah malu tak pasal-pasal. InsyaAllah, satu hari kelak Haji Malik akan kenal siapa saya. Orang yang dia tak pandang walau sebelah mata ni, rupa-rupanya intan permata. Saya akan buktikan abah, mak.. Saya tak makan hati pun kat Haji Malik tu. Hari ni hari dia, mungkin esok lusa hari kita pulak. Kerja Tuhan, siapa yang dapat agak kan?”

“Banyak lah hang punya permata. Bukti dulu, baru nak bercakap macam tu.”

“Ye lah, saya akan buktikan nanti. Mak tengok la nanti. Buat masa la ni, biar la apa orang nak kata tentang saya, tentang kita. Satu hari kelak semua mata akan memandang anak mak abah ni. Tengok lah nanti. Masa tu saya akan bawa mak pusing-pusing kampung naik Mercedes. Biaq orang kata, tu dia mak datin Piah dengan anak dia dok melawat kampung.”

Ketawa riang memecah kelesuan kepulanganku. Aku tahu mak dan abah ketawa, tapi mereka tetap kasihankan aku. Aku kenal mereka. Mereka mampu melindungi kesedihan sendiri demi anak-anak. Tapi aku jua terkilan. Kerana aku mereka mendapat malu. Hal dah nak terjadi. Suka atau tidak, kami kena terima. Aku pulang membawa rasa terkilan yang mendalam. Aku tak kisah lamaranku ditolak. Tapi aku tak dapat terima bila Haji Malik mempersenda dan memperlecehkan aku. Aku juga ada maruah untuk dipertahankan. Aku nekad dalam diri, aku akan tunjukkan pada Haji Malik yang aku perlu dihormati. Tapi silap aku juga yang masih mahu berahsia yang aku kini sudah berpangkat besar. Biarkanlah. Belum tiba masanya untuk aku ceritakan siapa aku kini. Seorang yang sudah pun dipandang tinggi.

Sedang aku menunggu bas untuk pulang, bahu ku di tepuk lembut. Aku menoleh dan terperanjat. Dia datang menghampiri. Masih seperti yang ku kenali.

“Mir, maafkan Shieda... Shieda pun tak tahu nak kata apa. Ayah terlalu memandang kebendaan seolah-olah semua tu yang menentukan kebahagiaan. Tapi, sebagai anak, Shieda tak mampu nak lawan cakap orang yang melahir dan membesarkan Shieda. Shieda harap Mir tak kecil hati dan tak kan melupakan Shieda ya. Kita tetap kawan dan Shieda tetap sayangkan Mir sampai bila-bila. Jangan berdendam dengan Shieda kerana penolakkan ayah. Please Mir. Shieda tak sanggup.”

“Tak apa lah Shieda. Jodoh kita hanya sebagai kawan. Mir pun takkan melupakan Shieda. Cuma Mir terkilan sangat-sangat dengan sikap ayah Shieda tu. Mir tak kisahlah kalau dia nak tolak lamaran Mir, tapi sampai menghina. Malu mak abah Mir pada orang kampung. Susah Mir nak terima semua tu. Apa-pun, tak apa lah, Mir redha dengan ketentuan Ilahi. Dah nasib Mir begini.

“Shieda lagi sedih sebab Mir baik sangat. Shieda kenal Mir bukan sehari dua. Tapi kenapa ayah sanggup buat begitu?”

“Sebab Mir tak ada harta. Itu penyebabnya Shieda. Tengoklah... Satu hari kelak, ayah Shieda akan menelan hinaan dia pada Mir. Hari ini pun Mir boleh buat ayah Shieda tarik balik kata-katanya. Tapi Mir tak mahu malukan dia. Tiba masanya nanti, Mir janji akan pastikan ayah Shieda akan mengakui yang Mir tak layak dihina, dicaci dan dipersenda. Mir tak ada langsung menyimpan rasa terkilan atau berdendam dengan Shieda. Okeylah... Bas pun dah datang tu. Ini kad Mir. Kalau perlukan apa-apa pertolongan contact sahaja nombor tu. Mir pergi dulu. Assalammualaikum..”

Sengaja ku berikan kad lama ku pada Shieda. Kad nama dengan jawatan baru masih belum siap dicetak. Tak mengapalah. Kelak akan ku berikan jua kad baru ku buat Shieda. Bila tiba masanya. Kala itu, jika Haji Malik mahu pun akan ku beri. Biar mereka terkejut tengok namaku, di mana kedudukan aku dan layakkan aku terus dihina? Jauh di sudut hati terpalit rasa kecewa yang amat sangat sebab aku tak dapat memiliki insan yang telah ku kenali hati budinya. Insan yang pertama mencuri hati ku setelah aku terkecewa sebelumnya.

“Encik Mir, ada panggilan telefon untuk Encik. Di line 2.”

“OK, sambungkan..”

Terdengar suara seorang perempuan yang seperti pernah ku dengar sebelum ini. Tapi aku tak dapat nak mengingati siapa.

“Hey, Tina lah. Turun ke Kafe sekarang. Tina dah order lunch ni. Cepat sikit tau.”

Aku menggaru dahi yang tidak gatal. Satu arahan yang tak mampu dielak lagi. Aku mesti pergi kerana Tina telah memesan makanan dan aku sememangnya lapar. Tetapi jika aku pergi, mesti ada suara-suara sumbang di belakangku kelak. Aku naik pangkat kerana aku ada affair dengan anak bos. Pergi sahajalah. Tak baik menolak jemputan orang. Aku memang diajar supaya jangan kecewakan hajat orang.

Dari jauh aku disambut dengan lambaian Tina di satu sudut yang agak asing bagiku. Tersorok tapi mendamaikan. Suasana suram menambahkan lagi rasa kelainan. Bagaikan pertemuan dua kekasih. Tapi aku tak bercinta pun dengan Tina. Aku anggap Tina macam adik aku.

“Assalammualaikum.. Dah lama tunggu?”

Aku memulakan perbualan ringkas sebaik sahaja memelihat wajah mencuka Tina. Ada sinar resah yang terpancar dari mata redupnya itu. Aku cuba-cuba untuk meneka apa yang bermain di hati Tina. Tapi aku gagal. Ternyata tentu ada sesuatu yang berat yang sedang mencorak fikirannya. Lantas membuat Tina terganggu dan mahu aku disisinya sebagai pembakar semangat dan keyakinan diri. Aku kenal Tina sedikit sebanyak. Anak gadis yang begitu manja dan mengharapkan perhatian dari insan-insan yang disayanginya. Mungkin kerana sedari awal dididik dengan pelbagai kemewahan. Kasih sayang yang seolah-olah dapat dibeli dengan wang ringgit.

Pun begitu aku kagum dengan Tina. Walaupun kehidupannya begitu mewah dan mampu mendapat apa sahaja yang diingininya, namun dia tetap seperti gadis timur yang lain. Beradap sopan, lemah lembut dan penuh dengan langkah susun yang tertib. Persis anak istana zaman kesultanan yang kaya dengan adat dan pantang larang. Tina begitu patuh pada nasihat dan arahan papanya. Tak pernah aku dengar Dato’ merungut tentang Tina. Yang ada cuma pujian yang melangit. Mungkin kerana Tina tidak mahu dianggap sebagai mengambil kesempatan atas kebebasan ataupun kemewahan papanya? Hanya dia yang tahu. Pernah aku bertanya, tetapi ringkas sahaja jawapannya. Harta berjuta itu milik papanya dan dia hanya menumpang seketika. Wang berjuta pun kalau kering dengan kasih sayang tiada gunanya juga. Kagum aku dengan pendapat Tina yang begitu matang..

“Ada apa yang special ke Tina ajak Mir datang sini ke? Selalunya begitu kan?”

Aku lihat Tina tersenyum. Memandang tepat ke arah ku. Aku menunduk. Tak mampu rasanya untuk aku bertentang mata dengan gadis di depanku. Matanya terlalu cantik dan mampu menikam siapa jua yang memandangnya.

Weekend ni kolej Tina ada buat annual dinner dan setiap penghuni kolej mesti membawa seorang tetamu ke majlis kelak. So, Tina nak Mir pergi ya.”

“Kenapa pula Mir yang kena pergi? Papa Tina kan ada? Ajak papa Tina lah. Baru glamor sikit...”

“Ala... Papa memanjang busy dengan meetinglah, seminar lah, golf lah. Nak tengok muka pun harap hujung minggu sahaja.”

“Tina beritahu lah awal-awal sama papa Tina tu. Untuk anaknya yang kiut ni tentu papa Tina boleh luangkan sedikit masa.”

“Pandai lah tu. Puji-puji Tina ni, tentu ada apa-apa juga ni.”

“Tak lah. Mir puji ikhlas . Memang kiut pun. Nanti Mir beritahu Dato’ tentang ni ya... Harap Dato’ dapat luangkan masa untuk Tina nanti.”

“Biar Tina call papa sekarang..... Hello, papa. Tina nak beritahu papa. Weekend ni Mir tak boleh datang kerja. Tina dah plan nak bawa Mir ke kolej Tina untuk annual dinner. Bolehkan papa. Thanks papa... Sayang papa juga. Waalaikumsalam.”

“Tina..... Mir suruh ajak Dato’ pergi bukan minta izin ajak Mir.”

“Tak pe lah. Pergi lah ye. Sebagai abang Tina okey....”

“Emmmmm, okey lah. Nanti merajuk susah pula Mir nak pujuk.. Ok, thanks untuk lunch ye. Kalau tak ada apa-apa lagi, Mir nak masuk office. Ada kerja lagi yang nak disettlekan.”

“Okey... Tapi jangan cari alasan nak lari pulak hujung minggu ni ye. Mir datang jemput Tina di rumah ya. Dalam jam 8. Jangan lewat tau. Lewat, Tina akan denda Mir nanti.”

Melintasi meja Ros, setiausaha Dato’ yang paling lama berkhidmat. Sejak tamat SPM sehingga kini. Malah, Sis mungkin kekal di sini kerana aku dapat tahu yang apa yang dia miliki kini semuanya dia perolehi sejak dia bekerja di sini. Diploma Kesetiausahaan, kemahiran komputer dan bermacam lagi skill semuanya ditanggung oleh syarikat. Dato’ pernah katakan pada aku yang anak gadis dari Sabah Negeri Di bawah Bayu ini bagaikan anaknya sendiri.

“Encik Mir, ada panggilan telefon tadi dari Perak. Namanya Natt. Siapa tu Encik Mir? Teman istimewa kah? Dia tak tinggalkan apa-apa pesanan. Tapi dia kata, akan call semula nanti.”

“Okey... Ada lagi pesanan lain?”

“Dato’ minta fail Program 5 tahun Perkembangan Staff dan Cik Karen dari Tongkah Holding bertanyakan tentang sebut harga peralatan pejabat yang dihantar minggu lepas. Itu sahaja.”

Aku berlalu ke bilik ku. Siapa Natt? Setahu aku aku tak punya kawan bernama Natt. Mungkin aku lupa atau sekadar panggilan nakal dari sesiapa yang menyamar agaknya. Tak perlu diambil peduli sangat. Banyak lagi kerja lain yang lebih penting yang harus ku berikan perhatian.

Troottttt..... troottttt..... trootttt.....

“Hello.... Waalaikumsalam... Ya, saya bercakap. Natt? Siapa ni? Maaf lah saya tak berapa kenal siapa awak.”

Cehh... Baru setahun lebih jadi orang KL dah lupa diri. Anak labi-labi betul lah ko ni terung busuk. Cipan cacat...”

“Ooo.. Kapal Selam rupanya. Hahahahaha sorry ya. Aku betul2 terlupa lah. Macam mana dapat nombor telefon office aku ni? Ko pasang spy ke? Sejak bila jadi Natt ni? Sedap apa panggil Tasya”

Spy kepala hotak hang. Shieda yang bagi aku... Ko apa cerita sekarang? Dengar kata lamaran ko hari tu kena reject. Hahahaa, sian ko kan. So, apa plan sekarang?”

”Sebelum aku jawab, aku nak tanya dulu, apasal guna Natt pulak? Sejak bila?”

Ikut suka aku la nak guna apapun? Natt ka, Tasya ka, Cinderella ka.. Ko apasal?”

“Aku tanya lah... Tu pun nak marah.”

Tak marah. Tapi ikut suka aku la. Ha! Tak jawab lagi soalan aku tadi. Apa plan ko?”

“Aku ingat nak hantar famili aku pergi rumah ko lah hujung minggu ni. Boleh tak? Kita aja lah yang bercouple.Tak perlu nak pening-pening kepala memikir. Aku nak tanya, sejak bila guna Nat?”

“Jangan nak mengarut. Aku bakar lubang hidung ko karang baru tau. Kat KL kan ramai yang cantik, seksi dan kaya.. Tangkap la satu. Ke ko lemah, penakut dengan perempuan. Lupa jawab soalan ko... Sengaja guna Natt. Nak bagi ko tertanya-tanya. Kalau sebut terus nama aku tak suprise la.”

Sorry... ini aku lah... Lelaki macho. Ramai yang nak, aku je yang tak nak sebab aku setia pada yang satu. Tapi aku kerja kerani, siapa yang nak pandang aku kat sini kan. Lain la jadi pegawai ke, CEO ke.”

Kerani pun OK apa? Janji ada kerja ada income tiap bulan. Dari muka mengalahkan Tom Cruise tapi poket macam Tom & Jerry Kid hahahahahaha. Tapi aku simpati lah kat ko. Shieda pun dah bertunang dengan anak Dato’ mana entah. Bukan main suka Haji Malik. Majlis bertunang macam kenduri kawin. Tumbang sekoq lembu ko tau.”

“Ye ke... nanti ucap tahniah kat Shieda yer. Aku juga yang solo lagi kan. Ko macam mana? Si Saiful dah bagi respon positif ke?”

“Aiiii... macam frust aja bunyinya. Rileks la kawan. Bunga bukan sekuntum. Sunting la bunga lain. Tapi jangan sunting aku dah la. Aku ni bunga teratai layu di tasik madu. Si Saiful dah jadi laki orang lah. Dah ada baby pun. Hoi... sampai hati ko, balik kampung tak jumpa aku. Dulu masa perlukan aku bukan main. Sanggup datang rumah walaupun hujan. La ni, pandang guna kening pun tak lalu. Ye lah dah jadi orang KL... Aku ni minah kampung yang bau selut, bau lumpur.”

“Jangan la kata macam tu Natt. Aku bukan lupa kat ko... Busy la...”

“Woi.. Woi.. Woi.. Natt tu aku saja nak suprise kat ko. Panggil aku Tasya la..”

Aku tak..... Hello! Hello! Putus pulak...”

NATASYA.... “posmen tak bergaji” yang menghubungkan aku dan Shieda. Aku gelar dia “Kapal Selam” kerana mulutnya yang becok tapi diam terus bila diberi air. Dia teman sekelas aku yang juga kakak angkat kepada Shieda. Dia memang mudah untuk diminta pertolongan. Upahnya hanya sebungkus nasi lemak secawan air sirap bandung. Jika tidak, jangan harap untuk mengerah tenaganya. Secara jujur aku tidak lah begitu mengenali Tasya di awalnya. Walaupun sekelas, aku jarang bertegur sapa dengan dia kecuali atas urusan kelas atau nak bertanya tentang matematik.

Segalanya berubah semenjak aku berkenan pada Shieda, adik angkatnya. Baru aku mendekatinya. Kata orang nak dapat anak kena baik dengan emaknya dulu. Aku akui yang aku minat habis junior yang baru mendaftarkan diri ke sekolah. Bila aku dapat tahu namanya Shieda dan adik angkat Tasya, terus aku berbaik dengan dia. Pelik tetapi demi untuk menambat hati gadis paling cantik di SMK Bandar Baru aku tak peduli. Dan Tasya bagaikan jalan pintas yang menjadi penghubung aku dan Shieda. Dulu sehingga kini. Aku ingat lagi syarat yang diletakkan Tasya untuk aku.

“Kau kalau nak aku tolong kau, ada syaratnya. Mudah sahaja syarat tu.”

“Apa syaratnya?”

“Kau mesti terima aku sebagai teman kau juga sebab bagi aku, Shieda dah macam saudara kandung aku. Suka duka dia, merupakan suka duka aku juga. Aku tak kan benarkan orang mengapa-apakan dia.”

Okey, aku setuju. Tapi aku pun ada syarat juga untuk berkawan dengan kau. Apa yang kita lakukan hanya kita bertiga yang tahu. Orang lain tak perlu tahu.”

“Ada lagi.... Kau kena belanja aku makan timerehat selama seminggu. Kau tau kan apa yang aku selalu makan waktu tu?”

“OK.. OK.. OK.. Nasi lemak dan air sirap bandung.”

“Hehehehehehe pandai pun kau..”

Hingar-bingar suasana di dewan keraian dengan lautan manusia yang pelbagai ragam. Aku jadi rimas dengan suasana seperti ini. Aku lebih sukakan suasana yang sunyi dan sepi. Bagiku lebih mendamai-kan jiwa ku. Aku cuba untuk melarikan diri dari suasana ini. Aku ke hujung kolam renang. Berdekatan taman yang begitu indah lanskapnya. Aku biarkan Tina bersama teman-temannya. Inikan malam buat mereka bersuka hati.

“Hai, i’m Wani... Rosemawani. Mana teman?”

“Hai... Mir. Itu...”

Aku menunding jari ke arah Tina. Dia begitu gembira berbual bersama teman-temannya. Langsung aku bagaikan tidak wujud. Baik tak perlu mengajak aku datang jika begini keadaannya. Rungut hatiku menyumpah. Kalau tak mengenangkan aku datang menumpang kereta Tina, dah lama aku pulang. Tidur di rumah lagi menyeronokkan. Tetapi aku tak boleh tinggalkan Tina sendirian. Aku dah diminta Dato’ untuk perhatikan Tina. Takut jadi apa-apa. Kenalah aku menunaikan amanah yang diberikan. Aku berbual kosong dengan kenalan yang baru memperkenalkan diri padaku.

“Bertuahnya awak... Mendapat teman wanita secantik dan sebaik Tina. Gadis yang menjadi siulan di kolej ni tau. Sebut sahaja Kartina Shahriza, siapa tak kenal. Pun begitu, saya kagumi dia. Biarpun terkenal dan anak orang berada, namun tak pernah menyombong diri.”

“Ya betul tu. Dia tak macam kebanyakkan anak orang kaya lain, pandang jijik pada kita yang tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan. Cuma satu pembetulan, dia bukannya teman wanita saya. Saya hanya menemani dia kerana papanya tak dapat hadir bersama.”

“Oooo begitu, boleh la saya berkawan dengan awak?”

“Boleh apa salahnya. Janji kita tahu matlamat kita berkawan dan pandai meletakkan keutamaan kepada hal yang patut diutamakan. Macam saya, kerjaya lebih utama. Pada awak, study dulu.”

“Dah tentu. Saya pun sedar semua tu. Ayah saya berkorban bergolok gadai semata-mata nak melihat saya berjaya. Saya tak kan lupa.”

Sedang rancak berbual, Tina menghampiriku. Mukanya mencuka melihat aku ada bersama Wani. Bila semakin hampir, dia menghadiahkan senyuman manis kepada kami. Aku lega..

“Hai Wani... rancak berbual nampaknya. Dah kenal lah ni. Tapi jangan lebih-lebih tau. Nanti ada yang marah. Ada orang menyimpan perasaan kepadanya tau.”

“Ha... Siapa tu? Bertuahnya dia. Bagitau lah kat Wani... Siapa gadis tu Tina.”

“Saya!!”

“Awak....”

“Ye.... Awak tak percaya ke apa yang saya cakapkan tadi?”

Aku memandang Tina. Wani juga memandang Tina. Kami bertiga berpandangan. Fikiran aku galak berperang sesama sendiri. Tidak pasti benar atau tidak apa yang aku dengar dari mulut Tina sebentar tadi. Adakah Tina benar-benar serius atau sekadar suka-suka mahu mengusik aku di depan Wani. Jika dia serius bagaimana? Tak mungkin begitu. Aku rasa Tina sengaja mahu mengusik aku di depan teman-temannya. Malah di depan Dato’ juga Tina selalu begitu. Mengatakan dengan beriya-iya aku teman lelakinya. Dan malam itu berlalu pergi tanpa ada sesuatu yang mampu ku banggakan. Yang boleh aku jadikan sebagai kenangan dalam hidupku. Aku ingin segera memejamkan mataku yang kian berat. Berkali-kali aku menguap panjang dan akhirnya aku ‘pergi’ tanpa mimpi yang bertandang.

Terasa malas mencengkam jiwa di pagi minggu. Kesejukkan selepas hujan lebat membantutkan niat untuk berjongging di Taman Tasik Perdana. Ku tarik selimut dan melitupi seluruh jasad ini. Terasa sedikit kehangatan dan keselesaan. Sambil terfikir apa yang harus ku cakapkan kepada Tina tengahari ini. Sebelum keadaan menjadi semakin kusut, biarlah semuanya ku jelaskan. Kerana ku lihat semakin hari, Tina semakin menggambarkan harapan tingginya untuk bersamaku. Sedang aku langsung tak terfikir ke arah itu.

Tina bagiku, hanyalah adik yang teristimewa. Aku cuma mahu menumpahkan kasih sayang seorang abang buatnya. Aku sedar yang dia tak punya sesiapa selain papanya. Sedari kecil ibunya telah pergi kerana kanser hati. Semenjak usia setahun jagung Tina hanya menikmati limpahan kasih sayang seorang ayah yang juga menjadi ibu buatnya. Tina ceritakan kisah hidupnya bila kali pertama kami bertemu dulu. Aku bersimpati dengan nasibnya yang kaya harta tapi miskin kasih sayang. Aku nyata beruntung.

Kehadiranku memang telah memberi sinar baru buat dirinya. Tina sendiri mengakui yang dia tidak pernah merasai kegembiraan seperti mana kini. Setelah pertemuan dengan ku, hidupnya dirasakan lebih bermakna. Punya teman untuk bersenda gurau, bergelak tawa dan saling mengusik. Aku juga dijadikan sebagai sumber inspirasi buat dirinya. Aku sendiri gembira dengan pertemuan ini. Bagi aku, Tina lah tempat untuk aku dambakan rasa rindu tak kala ingatan ku terhadap adik-adik di kampung begitu mencengkam. Aku menelefon Tasya.

“Waalaikumsalam... Apa mimpi ko call aku pagi-pagi buta ni? Rindu aku kot hahahaha. Ni tentu ada something yang tak kena ni. Pasai apa pulak kali ni? Ko kalau ada masalah, memang tak dak sebab lain la. Berani jamin la... tentu pasal perempuan.”

“Ye lah.... Pasai perempuan yang dalam diam macam suka aku. Tapi masalahnya, bila berdepan aku, dia tak nak mengakuinya tapi bersama teman-temannya, diwar-warkan aku ni balak dia.”

“Kan betui aku cakap. Kali ni apa pulak masalah? Dengan sapa?”

“Dengan anak majikan aku. Dia tu yang macam ada feel saja kat aku. Bukan aku perasaan tau. Aku dah cakap kat dia yang aku anggap dia seperti adik aku. Tapi dia macam ada feel. Tu yang aku musykil. Aku bimbang kalau dia tak dapat terima keputusan aku. Ko pun tahu aku macam mana kan.”

“Tahu... bila berkawan, ko berkawan sepenuh hati. Bila bercinta ko bercinta sepenuh jiwa. Kalau ada yang tak dapat fahami ko, tentu anggap ko nak mereka jadi awek ko. Aku saja yang tak termakan dengan kebaikan ko sebab ko tu not my taste hahaha...”

“Ko tu yang jual mahal. Time mega sale pun ko jual mahal.. Last-last si Saiful pun cabut. Padan muka ko. Lain kali letak iklan la dalam Harian Metro. Eh, tapi macam mana aku nak settle kan kes nie? Ko perempuan, tentu ko dapat bagi pendapat bagi pihak perempuan.”

“Macam ni lah, ko pergi jumpa dia. Ko pilih time sesuai dan kau luahkan segalanya. Jangan simpan apa-apa. Jangan fikir nak jaga hati dia. Cakap terus terang. Dia sure dapat terima punya kalau kau jujur dan berterus terang. Kalau nangis pun sekejap aja kan. Kelak ketawa balik.”

“Aku dah bagitau dia sejak awal lagi. Tapi mungkin time tu dia tak ada feel lagi kot. So, dia pun kata tak kisah dan memang nak kawan saja dengan aku. Tapi bila dah lama, makin kerap jumpa, makin saling kenal hati budi, tu yang dia jadi syok kat aku. Ko tak jeles ka?

“Kepala hotak hang la aku nak jeles. Tak kelapaq aku nak jeles-jeles ni. Baik aku makan nasi dari jeles kat hang tu. OK kawan, good luck!!...”

“Lagi satu aku takut la kalau jadi lagi macam kes dengan Shieda dan kes Myza. Anak Dato’ tu. Bukan calang-calang punya orang ko tau.”

”Aku malas cakap banyak la. Ko pergi la jumpa dia dulu. Selesaikan baik-baik. Jangan tolak selamber macam tu aja. Mau meraung. Aku pun kalau ko buat macam tu aku frust menonggeng. Cakap baik-baik dan penuh yakin. InsyaAllah dapat cari penyelesaiannya.

“Minta nombor phone ko. Senang aku nak contact ko kalau ada apa-apa yang aku nak kongsi dengan ko. Ko sudi tak kongsi masalah aku?”

“Ko macam la tak kenal aku... Apa masalah ko aku tak tau? Apa rahsia ko yang aku tak tau. Macam mana rupa ko masa ko bersunat pun aku tau. Sat lagi aku SMS ko. Ko bagi nombor ko dulu. Tapi ko jangan pulak nak bagi nombor aku kat orang lain. Aku kan pemalu hahahahahahahaha. Apa kata kita jumpa hujung minggu ni? Aku pun nak pi rumah mak lang aku.”

Tiba-tiba terpacul nama Myza. Insan yang pertama yang mencuri hatiku. Memang aku ketika itu lebih mengharapkan Shieda. Tapi setelah Shieda melanjutkan pengajiannya, dia lupakan aku. Masakan tidak. Di USM dia begitu aktif berpersatuan. Semua orang kenal siapa Siti Noor Shahadah. Ketika itu lah aku dilupakan. Ada insan lain yang telah berjaya mencuri hatinya dari aku. Segalanya lebur. Di saat aku terkecewa itulah hadirnya Myza. Gadis kampung dari utara. Teman sepermainan ku ketika keluarga kami berada di Perlis. Tetapi terpisah bila ayah bertugas di Perak dan terus menetap di sini. Takdir penentu segalanya bila kami bertemu semula di UUM.

Sepanjang 3 tahun di UUM, kami mengambil jurusan yang sama dan sudah tentu dalam kebanyakan kelas, kami berada dalam satu kumpulan. Ke mana jua, kami bersama. Bila aku ceritakan kisah aku padanya, dia dengan rela hati menyerahkan hatinya padaku. Mengatakan aku sepatutnya memperoleh kebahagiaan. Dan dia sedia memberikan kebahagiaan itu.

“Itupun jika Mir fikir Myza layak untuk Mir. Myza tak memaksa. Myza bukan bersimpati tapi memang Myza jua punya perasaan terhadap Mir. Myza rasa seronok tiap kali bersama Mir.”

“Beri masa untuk Mir fikir ya.”

Sebelum tamat semester akhir ketika aku di tahun ke dua, aku menyatakan yang aku menerima Myza dan dia berasa sangat gembira. Keceriaan jelas terpancar di wajah Myza. Setelah sama-sama yakin dengan pilihan yang dibuat, cuti pertengahan semester pertama, ketika kami di tahun akhir, kami pun sepakat mengikat tali pertunangan. Ingatan ku pada Shieda telah ku kikis bersih-bersih. Aku tak mahu lagi memikirkan kegagalan itu. Bagiku Shieda bagaikan lalang. Bergerak ke mana arah angin bertiup. Di kiri atau ke kanan. Tiada pendirian dan goyah.

Sebaik sahaja tamat pengajian, Myza mendapat peluang berkerja di syarikat di mana dia menjalani latihan praktikal dahulu. Sedang aku tak punya kerja. Tapi nasibku lebih baik. Selepas enam bulan menganggur, aku mendapat surat tawaran dari MARA untuk melanjutkan pelajaran ke Paris. Peluang yang tak pernah ku bayangkan. Pastinya takkan aku tolak. Aku memberitahu abah dan mak aku. Mereka juga gembira dan mengizinkan aku untuk pergi. Aku memberitahu Myza juga berita baik yang baru ku terima pagi itu. Aku menghubungi Myza.

“Tahniah abang... Ayang bangga dengan abang. Ayang juga yang tak ada peluang nak ke sana.”

“Ada... Kita kahwin lah sebelum abang pergi Paris.”

“Kahwin? Tak nak lah kerana nak pergi ke sana, Ayang kena kahwin. Ayang baru mulakan kerjaya Ayang. Takkan nak berhenti. Rugilah.”

“Habis tu, bila lagi kita nak bersatu? 5 tahun tau abang di Paris kelak. Abang ada cakap dengan mak dan abah pasal ni. Mereka tak jadi masalah kalau kita kahwin. Lagi bagus kata mereka. Tak lah nanti mereka risau sorang di sini, sorang di sana. Nanti parent abang akan bincang dengan your parent.”

“Abang dah gila ke? Kita baru saja bertunang. Tak sampai 6 bulan. Takkan dah nak kahwin. Plan kita dulu, biar ikatan pertunangan kita cukup tempoh 2 tahun. Abang sendiri kata nak betul-betul sedia, dah punya rumah, kereta dan lain-lainnya baru nak bersatu.”

“Itu jika kita kekal di sini. Sekarang ni keadaan berlainan. Abang akan ke tempat orang bukan untuk tempoh sehari dua Ayang. Macam-macam boleh jadi. Abang tak mahu nanti, kita terpaksa berdepan macam-macam ujian.”

“Tak mahu! Ayang tak nak kita kekal dengan plan kita. Kalau tidak.... Kita putus!”

“Ayang! Apa Ayang cakap ni? Tiba-tiba sebut putus. Kenapa ni? Abang baru saja beri cadangan.”

“Yes!! Ayang serius abang. Kalau abang nak kita kahwin sebelum abang ke Paris, Memang Ayang tak setuju. Ayang tak ready. Abang carilah orang lain yang lebih ready nak kahwin dan ikut abang ke Paris. Ayang nak bina kerjaya Ayang dulu. Ini masa depan Ayang.”

“Tapi yang kita cakap ni tentang masa depan kita Ayang. Keputusan Ayang mengejutkan abang.”

“Terpulang.. Tapi Ayang dah jelaskan pada abangkan.”

“Ayang... Ayang tak cintakan abang lagi ke? Tak ingat janji kita untuk berkorban apa sahaja?”

“Ayang ingat.. Dan Ayang memang cintakan abang. Jujur Ayang katakan yang Ayang terlalu sayang dan cintakan abang. Tapi apa yang abang nak Ayang buat sekarang ni terlalu drastik.”

“Ayang fikirlah. Abang rasa parent kita pasti nak kita bersatu sebelum abang berangkat ke Paris. Dan abang akan akur jika itu untuk kebaikan kita.”

“Dah tentu abang akan ikut jika mereka nak cepatkan. Itu yang abang nak kan? Tapi bukan Ayang. Bukan nak takutkan abang tapi ini kata dua dari Ayang. Kekal 2 tahun atau putus!!”

Aku tak faham. Kenapa tiba-tiba Myza sebutkan perkataan putus pada aku? Betulkah dia mahu putus jika aku mengajaknya berkahwin sebelum aku ke Paris? Salahkan ajakan aku ini? Aku jadi takut bila mengenangkan kemungkinan itu. Sungguh aku bimbang dan mungkin tak dapat menerimanya.

“Wan... abah dan mak dah sepakat dengan ayah dan mak Myza yang kamu berdua akan berkahwin awal bulan depan. Seminggu sebelum kamu ke Paris.”

“Tapi mak... abah...”

“Ada apa-apa masalah ka? Mir dah bagitau Myza pasal ni?”

“Dah mak... Tapi Myza tak mau kalau kena kahwin sebelum cukup tempoh yang dijanjikan. Dia kata dia tak sedia dan nak bina kerjaya dulu. Jauh dari tu... Dia sanggup putuskan ikatan kami kalau kita desak dia untuk kahwin juga,”

“Ya Allah... Apa pulak ni. Orang patut tak sabaq-sabaq nak kawin. Ni tak mau pulak. Hang ada apa-apa masalah kot dengan dia Wan?”

“Tak dak apa mak. Tapi Myza yang kata macam tu. Saya pun terkejut jugak dengaq. Mir tanya betoi ka. Dia kata betoi. Dia serius.”

“Berat la macam ni. Mir kena pujuk dia baik-baik. Takut nanti lain jadinya. Kita tak mau la niat baik jadi sebaliknya. Abah dan mak ikut saja.”

“Saya cuba lah abah, mak...”

Kesepakatan telah dicapai oleh kedua-dua keluarga. Kami akan disatukan pada 12 Ogos. Kebetulan hari ulangtahun Myza yang ke-22. Tapi Myza berkeras. Puas dipujuk supaya bersetuju. Tapi Myza tetap tak bersetuju. Tetap dengan alasannya.

“Abang.. pilih satu dari dua pilihan yang ada. Kita tetap dengan plan kita atau kita putus.”

“Ayang... Jangan buat abang macam ni. Parent’s kita dah sepakat tau. Jemputan mula dibuat. Plan pun dah dibuat. Kita buat simple sahaja. Yang wajib-wajib sahaja. Tak kan kita nak malukan keluarga kita Ayang. Jangan buat abang dalam dilema Ayang.”

“Abang... Abang tetap nak ikut plan keluarga kita ke?”

“Ya.. Abang fikir ini untuk kebaikkan kita juga.”

“Abang... Abang faham tak keputusan Ayang. Kenapa Ayang tak mahu kita berkahwin sekarang ni. Ayang nak kerja dulu. Sedang abang ajak sebab abang nak ke Paris dan takut jadi apa-apa.kalau macam ni lah keadaannya baik kita putus!!!”

Keputusan drastik dari Myza serentak dengan talian diputuskan. Ya Allah, ujian apakah ini? Apa yang perlu aku buat? Majlis tinggal seminggu sahaja lagi. Persiapan semua telah diatur rapi. Tunggu tiba hari jadinya sahaja. Aku tak tahu apa yang difikirkan Myza. Ibu bapa kami pun sudah mula resah. Tak tahu apa yang perlu dibuat. Paksa Myza menerima? Jika itu yang perlu. Pertemuan dua keluarga diadakan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Myza turut bersama.

“Ayah, mak, pak cik, mak cik, abang... Myza mengaku yang Myza amat-amat sayangkan abang Mir. Dan memang nak bersamanya. Tapi tolong lah faham. Myza nak bina kerjaya dulu. Myza baru saja nak mulakan langkah. Permintaan abang Mir sekarang ni terlalu drastik. Myza memang tak ready langsung untuk jadi isteri abang Mir dalam masa terdekat ni. Kenapa nak cepatkan sedangkan kita dah sepakat pertunangan kita dua tahun. Myza pegang janji tu.”

“Myza.... Tempoh tu memang jelas dua tahun. Tapi, kita berhak nak cepatkan atau sebaliknya. Ayah fikir baik diawalkan sebab Mir pun nak ke Paris untuk tempoh yang lama. Ayah takut jadi apa-apa kelak. Myza nak malukan kami ke? Jemputan dan persiapan semua dah siap sedia.”

“Ayah.... Myza tak mahu! Myza nak kerja. Ini keputusan Myza. Kalau nak juga, carilah perempuan lain. Ini cincin pertunangan kami. Kalau nak juga minggu depan... Myza pulangkan cincin ni. Putus!!”

“Myza!!! Apa Myza buat ni? Myza nak malukan ayah? Nak malukan mak? Myza, tunggu dulu!! Balik ayah cakap!!”

Myza berlalu meninggalkan rumah. Meninggalkan kami. Aku tersandar. Yang lainnya berpandangan sesama sendiri. Terasa begitu pedih atas apa yang berlaku. Malam itu aku menerima SMS dari Myza. “Abg... Myza x baik. Myza x layak buat abg. Carilah P lain yang > layak buat abg. Myza minta maaf. Kalau nak marah, marah lah. Kalau nak maki, maki lah. Keputusan Myza ttp sama. Kita PUTUS.”

Aku tak mampu lagi nak menanggung keperitan ini. Segera ku capai kunci motosikalku. Tanpa pesan aku keluar meninggalkan yang lain-lainnya. Tak siapa yang menghalang. Mungkin mereka faham apa perasaan aku ketika ini. Aku sendiri tak tahu ke mana yang hendak ku tuju. Memang aku tak punya tempat untuk ke tuju. Sepanjang perjalanan aku memecut semahunya. Hanya motosikal aku ini yang faham perasaanku. Dia menjerit bersama-sama ku, dia sentiasa bersama aku. Tak pernah sesekali dia merungut walaupun aku pulas dirinya.

Aku bertanya pada diri sendiri. Apa salah aku sehingga Myza buat aku begini? Apa dosa aku pada dia selama ini? Aku menjerit melepaskan keperitan. Aku menangis semahunya. Malu aku semahunya bila mengenangkan apa yang aku lalui kini. Aku fikir Myza akan dapat memberikan sinar kebahagiaan tapi sebaliknya. Dia sama macam perempuan lain yang pernah ku temui. Memberi harapan buatku, tapi dikala aku menanti sinar bahagia, hatiku disiat-siat. Jiwaku diperkotak-katik. Terasa sangat yang aku ini lelaki malang. Pemburu cinta yang tidak mampu mengikat cinta sehingga terlepas walaupun sudah berada dalam genggaman.

“Ayang... Kenapa kau sanggup buat abang begini. Tergamak Ayang hancurkan impian kita. Lupakah Ayang pada janji kita selama ini? Kenapa Ayang? Kenapa....”

Aku tak dapat jawapan untuk setiap persoalanku. Aku tak tahu apa jawapannya. Kerana aku sendiri tak sedar apa terjadi pada aku ketika itu. Aku tak tahu apa yang aku lalui ketika itu. Semuanya kelam dan gelita. Di mana aku? Di mana aku?

“Sabar encik.. Jangan gerakkan kaki encik. Kaki encik baru di simen.”

“Kenapa saya di sini nurse?”

“Encik kemalangan semalam. Nasib baik ada orang yang ternampak encik. Kalau tidak mungkin encik dah tak bernyawa. Pihak kami tidak dapat menghubungi keluarga encik.”

“Kemalangan? Bila masa saya kemalangan? Saya tak sedar apa-apa pun.”

“Mengikut laporan polis, motorsikal encik bertembung dengan seekor lembu yang tidur di atas jalan. Lembu tersebut dah jadi bangkai. Motor encik ada di balai polis. Encik terhumban ke dalam semak. Kalau lah encik jatuh di atas jalan, mungkin kecederaan encik lebih parah.”

“Di mana orang yang membantu saya tu?”

“Dia dah pulang tetapi akan datang semula petang nanti. Boleh kami dapatkan nombor telefon rumah encik? Kami mahu menghubungi pihak keluarga encik.”

“Tolong maklumkan kepada tunang saya juga ya... Ini nombor telefon rumah dan tunang saya. Terima kasih doktor. Terima kasih banyak-banyak.”

“Baik lah. Kalau ada apa-apa, panggil lah nurse yang bertugas. Saya minta diri.”

Seorang lelaki yang aku kira sekitar 40-an menghampiri aku. Mungkin dia yang menyelamatkan aku. Dia tersenyum ke arahku. Aku membalas. Tapi dia tak bersuara. Aku juga tak tahu apa yang harus aku kata di saat itu. Masing-masing terdiam.

“Bagaimana keaadaan kamu sekarang? Saya kebetulan lalu di situ malam kejadian. Saya nampak awak bawa motor laju betul. Saya tak sedap hati walaupun saya marah juga bila awak potong kereta saya secara merbahaya. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri bagaimana awak langgar lembu dan terhumban. Saya tak sampai hati, itu yang saya tolong juga.”

“Maafkan saya pakcik dan terima kasih sebab membantu saya. Hati saya tak tenang ketika itu.”

“Bukan begitu caranya jika nak menenangkan hati. Sujud pada Dia. Banyakkan istigfar. Ingatlah yang nyawa kita ni hanya pinjaman dari Dia. Apa kita nak jawab kalau kita salah gunakan nyawa ini?”

Aku redha dengan takdir yang ditetapkan buatku walaupun aku menanggung keperitan. Kerana Myza, aku terpaksa menerima kepedihan ini. Aku juga terpaksa menolak tawaran ke Paris kerana keadaan ku yang tidak mengizinkan. Segalanya kini telah pergi dari ku. Aku kehilangan segalanya. Myza telah pergi dan aku tak mahu lagi mengingati namanya. Bagiku Myza telah mati. Aku kehilangan peluang ke Paris kerana kemalangan ini. Aku kehilangan peluang kerana Myza. Dan hatiku kembali kesepian. Tapi mungkin juga rezeki aku hanya di tanah air sendiri.

Kadang-kadang aku merasakan yang diriku ini dilahirkan untuk merasai kepedihan semata-mata. Kebahagiaan sentiasa menjauhkan diri dariku.apa lagi dayaku jika begini ketentuan dari-Nya? Aku tak boleh nak salahkan takdir jika ini dari-Nya. Aku mesti tabah untuk meneruskan hidup. Setelah pulih, aku mengambil keputusan untuk memulakan hidup baruku di Kuala Lumpur. Aku mahu Kuala Lumpur menjadi saksi kepada kelahiran semula diriku. Aku mahu menjadi Mir yang bersemangat dan tidak mudah tunduk kerana desakan hati dan perempuan. Selamat tinggal penderitaan.

Aku tak tahu mengapa hatiku mudah tersentuh dengan rayuan seorang insan bergelar perempuan. Baru hatiku nak melupakan Myza, Shieda pula menguji aku. Dia ingin merujuk kembali ikatan kami yang terputus dulu. Menyesal katanya sebab meninggalkan aku. Kini dia hadir untuk menebus semua kesilapannya. Aku was-was memandangkan apa yang telah aku lalui selama ini. Aku bimbang kisah lalu berulang lagi. Malahan, hatiku hampir ku tutup buat cinta. Aku tak mahu cinta, aku tak mahu lagi perempuan. Shieda merayu agar diberikan peluang untuk dia buktikan yang kali ini dia benar-benar jujur mahu bersama. Aku meminta pandangan Tasya.

“Tasya... Ko rasa patut tak aku terima Shieda balik? Ko kenal Shieda dan ko rapat dengan dia. Tentu ko tahu apa yang berlaku . Tolong la aku Tasya. Aku dah blank ni. Ikut hati, aku tak mau terima sapa-sapa pun buat masa ni. Tapi aku kena juga fikir tentang masa depan aku.”

“Pandangan aku, ko patut terima Shieda. Bukan sebab dia adik aku tapi aku tahu apa yang Shieda lakukan, dan apa yang berlaku pada Shieda. Dia sebenaqnya terpesona dengan janji manis balak dia. Sampaikan dia nyaris-nyaris terbabas. Aku dapat rasa sesuatu yang buruk nak jadi, jadi aku follow Shieda tiap kali dia keluar date. Dia tak tau pun pasai ni sampai la satu malam. Kalau aku tak dak time tu, aku tak tahu lah apa akan jadi. Balak dia bubuh pil khayal dalam ayaq.”

“So, apa kaitan dengan keputusan ko suruh aku terima Shieda?”

“Sejak peristiwa tu, Shieda buat solat tobat dan di menangis sungguh-sungguh. Masa tu dia kata, dia kesal putuskan hubungan dengan ko.Selama dia dengan ko, tak pernah pun ko ambil peluang atas dia. Ko jaga dia betui-betui.Jadi dia berazam dan berjanji pada aku, jika dia dapat kembali dengan ko dia akan berkorban apa sahaja asalkan kebahagiaan menjadi milik ko dan dia. Tapi terpulang kat ko.”

Lepas difikirkan sedalam-dalamnya, akhirnya aku kembali bersama Shieda. Malapetaka apakah yang sering singgah dalam hidupku? Malang apakah yang sering menjadi teman setiaku? Kini ia bertamu lagi buat kesekian kalinya. Setelah kami saling rasa bahagia, derita tetap menyinggah. Lamaran aku ditolak Haji Malek dengan pelbagai hinaan dan celaan. Aku malu aku pedih dengan apa yang aku rasai. Cuma kali ini aku telah bersedia untuk berdepan dengan erti kegagalan. Apa lagi aku telah mempunyai kerjaya di MIH. Dan aku mengenali Tina.

Sejak aku mengenali Tina, aku gembira. Aku curahkan kasih sayang aku kepadanya. Biarlah aku menumpukan kasih sayang dan perhatianku buat Tina, yang ku anggap bagaikan adik kandung ku sendiri. Sungguhpun perkenalan kami secara tak disengajakan, namun itu bukan halangan untuk kami menjadi sahabat terbaik. Apa lagi Tina anak tunggal. Pastinya dahagakan kasih sayang dan belai manja seorang abang. Aku nekad dalam hati, aku mahu memberikan tumpuan pada Tina.

Sambil itu, aku tumpukan perhatian pada kerjayaku, yang kini semakin menampakkan sinar harapan yang cukup cemerlang. Aku mahu buktikan semuanya. Aku tak mahu orang disekelilingku berterusan tertawakan aku. Aku lahir bukan untuk dikecewakan. Bukan juga untuk ditertawakan. Aku juga sama seperti manusia lain yang punya maruah dan harga diri yang perlu dipertahankan. Aku mahu segera bangkit mengubah nasib diriku. Aku yakin, dengan sedikit kekuatan yang masih bersisa, aku akan dapat bangun dari penderitaan ini.


BAB 3 : Pemergianmu Ku Tangisi, Kedatangannya Ku Hargai


Kini telah seminggu Tina tidak menghubungi aku. Telefon bimbitnya sering dimatikan. Aku tak tahu apa yang berlaku dan apa yang Tina lakukan kini. Tak tahu apa lagi yang perlu ku buat. Kecewa benarkah dia dengan keputusan ku tempohari? Dato’ pun ada bertanya sama ada aku dan Tina ada menghadapi apa-apa masalah. Kerana dia bimbang melihat anak gadisnya itu asyik berkurung di bilik sahaja. Apa aku nak jawab? Perlukan aku berterus-terang? Ku lihat handset ku. Ada signal SMS yang baru ku terima. Dari Tina. “COL TINA NOW!” Ringkas tetapi penuh tanda tanya. Terus ku gapai gagang telefon menekan nombor Tina satu persatu dan menanti penuh debar talian disambungkan. Gembira dan tertanya bersillih ganti.

“Mir.... Assalammualaikum. Selamat Hari Lahir yang ke-25. Semoga dipanjang umur, dimurah rezeki dan dianugerahkan kegembiraan yang hakiki oleh-Nya. Petang nanti jumpa Tina di tempat biasa jam 5.30 tau. Wan datang awal sikit. Bimbang tak sempat pula nanti.”

“Tak sempat untuk apa tu Tina?”

“Aaa..... tak ada apa-apa. Tina silap cakap tadi. Datang tau. Tina ada something nak berikan Mir.”

Tak sangka dalam kekecewaan aku menolak luahan hatinya, Tina masih ingat dan sudi mengucap-kan selamat hari lahir buatku. Terasa diri ini begitu dihargai, disayangi dan dikasihi. Aku tersenyum sendiri bila memikirkan perkara yang sebegitu. Seperti yang dijanjikan seawal jam 5 aku dah berada di depan restoran Selera Kampung tempat yang biasa kami bertemu. Rupanya Tina telah menempah satu ruang di dalam restoran khas untuk kami bersama. Hebat betul gadis ini. Begitu berusaha untuk memenangi hati ini. Sedang asyik menunggu, aku lihat di seberang sana, Tina sedang membelokkan keretanya. Persis seorang puteri kayangan yang turun ke Bumi. Cantik benar Tina petang itu. Aku melambai tangan ke arah Tina. Dan Tina membalas...

“Tinaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............... Patut lah kau kata takut tak sempat....

Aku terjelepuk di lantai melihat apa yang berlaku di depan mataku. Tina melambung dirempuh kereta yang datang tiba-tiba dari depan. Orang ramai mula mengerumuni sekujur tubuh yang penuh dengan darah merah. Aku berlari memecah kumpulan manusia yang berpusu-pusu. Ku rangkul tubuh Tina perlahan. Menangis semahunya.

“Tina.... Kenapa jadi macam ni Tina. Ya Allah.... Panggilkan ambulans...”

“Mir... Maafkan Tina. Maafkan Tina kerana mengganggu emosi Mir selama ini. Tina benar-benar menyayangi Mir lebih dari seorang abang. Tina cintakan Mir. Selamanya Tina akan menanti Mir hadir ke sisi Tina. Mir sayangkan Tina kan. Tina tahu... Mir sayangkan Tina... Tina pun sayangkan Mir. Tapi kasih sayang itu.... tak dapat kita tukar menjadi cinta.. ”

“Mengucap Tina. Mengucap. Semua akan baik. Kuatkan semangat Tina. Ingat pada kasih sayang papa Tina. Tak kan Tina nak tinggalkan papa Tina keseorangan?”

“Mir... Maafkan Tina ya... Tina dah tak mampu lagi nak bertahan. Sampaikan salam Tina pada papa. Sampaikan mohon maaf Tina untuk papa. Tina doakan agar Mir akan bahagia dan terus berjaya. Berjanji pada Tina ya. Mir akan sentiasa mengingati Tina.”

“Mir janji Tina... Mir janji...”

Darah makin banyak keluar dari mulut, telinga dan hidung Tina. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Mata Tina masih memandang aku. Penuh dengan sinar harapan. Tangannya menggeletar menahan sakit yang bukan kepalang. Tapi mulutnya masih cuba untuk melemparkan senyum dan mengungkapkan sesuatu yang kian payah. Hatiku diruntun kepedihan. Terasa aku jua turut menanggung penderitaan dan kesakitan yang dirasai Tina saat ini.

“Mir.... Ini yang Tina nak beri pada Mir. Terimalah pemberian terakhir Tina ini ya. Tina nak Mir buka depan Tina tapi.... Tina dah tak punya kesempatan... Maafkan Tina, Mir... Ya Allah...”

“Mengucap Tina. Ikut apa Mir kata... Assahaduallaillahhaillah.... Tinaaaaaaaaa...”

Pemergian Tina secara tiba-tiba di depan mataku sangat menggangu emosi. Langsung aku tak punya semangat untuk melakukan apa-apa. Masih terbayang lagi lambaian tangan Tina kepadaku dan saat jasadnya melambung di rempuh kereta sial. Mengapa harus Tina pergi di usia yang begitu muda? Kenapa tidak aku? Dato’ telah seminggu menenangkan diri di tanah suci Mekah. Aku pun sudah hampir seminggu bercuti. Kotak pemberian terakhir Tina pun masih tak mampu aku buka. Aku belum mampu dan belum bersedia lagi untuk mengetahui isi hati Tina di dalam kotak baldu berwarna biru yang tercalit darah merah. Tunggulah suatu masa ketika aku dah bersedia untuk membukanya.

“Waalaikumsalam... kali ni pasal perempuan lagi ke?”

“Tak juga... pasal Tina. Tapi ko jangan terkejut beruk pulak dengaq cerita aku nanti.”

“Awatnya? Ko jadi nak menikah dengan dia ka? Tahniah! Tahniah!”

“Bukan lah... Tina dah meninggal!”

“Hoi kawan... Ko jangan main-main dengan benda macam ni. Aku lempang jugak kang.”

“Aku serius ni. Dia accident 2 minggu lepas. Depan mata aku ko tau. Dalam pangkuan aku. Aku terkilan sangat sebab masa tu dia tengah nak lintas jalan nak bagi hadiah birthday aku, tiba-tiba datang kereta dari depan dia terus bummmmmm... Melambung Tina depan mata aku.?

“Ya Allah.... Kesiannya.Innallillah... Habis tu ko okey tak ni?”

“Aku ok, cuma masih lagi teringat kat dia. Terbayang-bayang lagi kegembiraan dia nak mai jumpa aku lepas kami ada sikit konflik. Teringat dia merintih menahan sakit yang bukan kepalang.”

“Aku simpati dengan ko. Tapi ini takdir dari Dia kan. Tak boleh nak lawan. Kita kena terima dengan hati yang paling tabah walaupun kadang-kadang kita tak mampu nak terima. Aku sebagai kawan ko, sedia untuk membantu setakat yang aku mampu. Asal ko tak keberatan berkongsi dengan aku. Apa guna jadi kawan kalau tak bantu masa kawan memerlukan kita. Itu bukan kawan.”

“Thanks Tasya.. Lega sikit aku dengar. Eh, Shieda apa khabar? Apa cerita dia?”

“Macam tu lah dia. Dah tak nampak muka happy macam selalu lagi. Ko contact lah dia. Berbual-bual dengan dia. Dia perlukan seseorang untuk menenangkan hati dan perasaan dia yang tak menentu. Dan orang tu tak ada siapa lagi yang layak. Ko aja. Ko kan hebat dalam bab-bab hati dan perasaan..”

“Banyak lah ko.. Nanti lah aku call dia OK... Ko apa cerita?”

“Aku pun macam tu juga. Tetap happy memanjang. Buat apa nak pening-pening kepala kan. Buat sakit jiwa saja. Aku tahu, aku pi keja, balik keja. Hal lain sorry... Malas aku nak fikir terutama cinta. Aku fobia dengan word CINTA.”

“Aiii.... Macam pernah frust aja ni. Tak mau cerita kat aku ka? Aku dah cerita kat ko kisah aku. Ko tak kan nak sembunyi dari aku. Apa guna aku jadi kawan ko.”

“Nanti la aku cerita. Aku pun tak sedia nak cerita kat sapa-sapa. Biaq la aku tanggung sorang-sorang dulu. Sampai masa aku cerita kat ko. Jangan kecik hati pulak. Bukan tak percaya kat ko. Tapi aku tak ready lah. Aku janji aku cerita nanti.”

“Ye lah Nenek Kura oiii...”

“Oiiii.... Aku benci betul la kat nama tu. Jangan la panggil aku guna nama tu. Menyampah aku ko tau. Panggil la nama lain tapi jangan nama tu. Ko panggil lagi aku dengan nama tu jangan harap aku nak layan. Pergi mampus lah ko.”

“Amboi, gila punya garang. Ye lah... aku panggil ko Kera lah... Opps Tasya!!!”

Pagi itu aku menjejakkan kaki semula ke MIH. Tentu banyak kerja yang menanti aku. Penuh memo di atas meja aku. Baru sahaja nak melabuh punggung ke kerusi, telefon berbunyi.

“Sis, batalkan semua appoinment dengan client hari ni. Saya busy dan tak mahu diganggu.”

“Ini panggilan dari Perak encik Mir... Ok, saya sambungkan”

“Hai... Assalammualaikum Mir. Ini Shieda ni. Mengganggu Mir ke?”

“Tak.... tak mengganggu pun. Ada apa-apa yang boleh Mir bantu ke?”

“Shieda ada masalah besar ni Mir. Dah cerita pada ayah. Tapi dia tak percaya.”

“Apa masalahnya Shieda. Cerita lah. Mana tahu Mir boleh bantu.”

“Pasal tunang Shieda. Shieda dapat tahu dan dah siasat pun. Memang benar seperti apa yang orang kata. Shieda tak mahu sesuatu yang tak diingini berlaku pada Shieda, pada ayah pada kami semua.”

“Kenapa ni Shieda? Cool okey... Cerita slow-slow biar Mir jelas.”

“Begini... Alamak, ayah balik lah Mir. Nanti Shieda call lagi ya....”

“Shieda, Shieda, Shieda.... Pergi rumah Tasya. Mir call ke sana ya. Dah sampai beritahu okey...”

Okey...tooootttt.... toooottt....

Aku menekan butang nombor dan menanti disambungkan. Satu persatu aku tekan. Sembilan kali jariku menekan butang di dada telefon yang tak bernyawa tapi mampu bersuara walaupun terpisah beribu batu antara aku dan siapa juga. Aku cuba berfikir apa masalah yang dihadapi oleh Shieda. Dan terdengar suara di hujung sana. Aku memang kenal suara yang di hujung sana. Suara yang aku rindui selama ini. Tapi kini mampukah suara itu terus membuaikan rinduku padanya?

”Waalaikumsalam.... Aku la. Ko nak cakap dengan buah hati ko kan. Sat nooo...”

“Ha, Shieda... Assalammualaikum. Sambung cerita tadi.”

“Waalaikumsalam... Begini.... Sebelum ni ada kawan-kawan Shieda bagitau yang tunang Shieda ni kaki penipu, kaki disko, kaki pukul malah kaki perempuan. Tapi Shieda tak nak terus percaya selagi tak tengok bukti. Tapi baru-baru ni, Shieda terserempak dengan dia di sebuah restoran. Dia dengan kawan-kawan dia sedang asyik minum. Shieda pergi jumpa dia. Gelabah betul dia. Bila tanya... Dia kata ada sikit discussion tentang bussiness. Shieda tengok atas meja mereka ada 2 botol Carlsberg. Memang dia ada bersama rakan-rakan chinese. Tapi air dalam cawan dia sama warna dengan cawan-cawan lain.”

“So, apa penjelasan dia?”

“Dia kata air teh. Ingat Shieda budak-budak yang boleh digula-gulakan? Sorry! Shieda tak sebodoh tu walaupun Shieda asal dari kampung. Makan penampar juga dia hari tu. Baru padan muka dia. Tapi jenis yang tak tahu malu, tiap hari datang rumah jumpa ayah. Bawa hadiah untuk orang tua tu. Apa lagi, melebarlah senyum orang tua tu. Siap marah Shieda sebab tak layan jantan tu. Hati Shieda dah tertutup selepas peristiwa tu. Apa yang patut Shieda buat Mir... Please tolong Shieda..”

“Emmmmm..... Mir simpati dengan apa yang Shieda lalui kini. Tapi Mir pun tak tahu apa yang patut dibuat. Buat masa la ni bersabar dulu lah. Kita fikir sama-sama OK. Apa kata hujung minggu ni kita jumpa. Ajak Tasya sekali tau. Kita plan sesuatu agar masalah Shieda dapat di selesaikan secepat yang boleh. Lagi lambat lagi bertambah rumit nantikan. Kita jumpa di Ipoh nak tak? Kebetulan weekend ni Mir akan ke sana untuk meeting.”

“Ok.. Thanks, kita jumpa di sana nanti ya....”

Pening... Pening... Pening... Kian kusut dengan satu persatu masalah yang berlaku. Ujian Tuhan kah ini? Mampukah aku untuk melalui semua ini sedangkan aku insan kerdil yang kurang ilmu dan kurang amal. Perlu petunjuk dan bimbingan untuk terus berdiri teguh di jalan yang ku pilih. Walau apapun, aku mesti teruskan hidup di dunia sementara ini. Kadang-kadang hatiku merintih tanda sesal kerana menolak cinta Tina. Tapi aku tak boleh nak menerima luahan hatinya. Memang tak ada rasa cinta dalam hatiku buatnya. Memang kami begitu mesra dengan gelak tawa, senda gurau dan usikan nakal tapi tak pernah ada rasa cinta dalam hatiku.

Apa yang aku pamerkan dan berikan pada Tina semuanya atas nama seorang sahabat dan seorang abang buat sahabat dan adik yang inginkan perhatian dan kasih sayang. Tina anak tunggal kepada seorang ayah yang begitu sibuk dengan kerjaya. Dia tak punya kesempatan merasai kasih sayang ibu yang telah kembali mengadap Tuhan yang Esa. Aku tak mampu nak menyemai rasa cinta sebab rasa itu akan hadir dengan sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa.

Ahhhhhh.... Yang dah berlaku biarlah ia berlalu. Biarlah segalanya pergi jauh-jauh dari hidupku. Tina sudah tiada lagi dan tak mungkin akan kembali melainkan hanya kenangan yang tinggal. Mungkin dia sedang bersemadi dengan aman di alam yang kekal abadi. Atau mungkin juga dia sedang merintih lagi di sana dan menagih cinta dariku. Atau merintih kesakitan dan kepedihan akibat kemalangan itu? Tidakkkkkkk..... Maafkan aku Tina. Maafkan aku....

Handset berbunyi tanda SMS masuk ke inbox. Aku mencapai dan membacanya. Entah dari siapa tapi ingin berkenalan dengan aku. Balas atau tidak? Balas atau tidak? Aku membalas. Dan segera di jawap lagi. Aku jadi seronok bila Pinki beriya-iya mahu menjadi temanku. Katanya dia dari Sarawak tapi kini ada di Semenanjung.Dia kenal aku katanya. Bila ku tanya dari mana dia dapat nombor aku, dia kata yang aku ada mendail nombornya. Jadi dia mahu tahu siapa yang membuat misscall. Aku mahu menelefon dia tapi dia enggan berbual dengan aku. Katanya biarlah kenal hanya melalu SMS. Tiba masa nanti akan bertemu juga. Yang penting dia kata dia kenal aku.

Jalan jammed teruk ketika ini. Jam semakin hampir untuk tiba waktu aku bertemu Shieda dan Tasya. Aku menghubungi mereka menyatakan sebab mengapa aku mungkin terlewat. Kereta bergerak bagai perlahan. Bunyi hon kadang-kadang membingitkan telinga. Aku menjadi tidak sabar. Aircond terasa panas walaupun dipasang kuat. SMS masuk lagi dan aku tahu tentu dari Pinki. Aku tak tahu kenapa. Aku seakan ternanti-nanti SMS dari Pinki. Aku berbalas SMS dengan Pinki.

“Pinki buat apa tu? Mir dalam kereta. Bosan jln jem. Nak tanya.. Islam ke? Sbb di Swk nama mcm Melayu blm tentu Islam kan. Apa Pinki buat di Smjg? Keje? Study?”

“Study.. Baru habis final year exam. Islam. Nak pi mana? Date? Ooooo tentu kiut kan aweks Mir”

“Mir x de awek!! Baru putus tunang. Baru ditolak lamaran! Frust sgt tp nak buat apa? Takdir kan. UUM corse apa? Mir dulu HR di UUM juga. Dah lama. Apa yg Pinki tahu lg ttg Mir?”

“Adalah juga yang Pinki tahu. Mir kerja apa, di mana, pakai kereta apa, nombor plat pun Pinki tahu.”

“Hey... Mcm na boleh tau semua tu? Pasang spy ke?”

“Tak lah.. Usaha sendiri. Kebetulan sbnr nya. Pinki trus trang ya. Pinki yg usaha dpt no Mir. Mcm na cara itu rahsia. Nnti Pinki bagitau jg. Mir marah ke? Kalau marah Pinki rela undur diri.”

“Tak.. Mir suka. Mir syok sgt2 bila dpt msg Pinki. Mir tunggu2 jg. Mir rasa mcm kita ada feel yg sama. Serasi. Sbb tu nak kenal > dkt dgn Pinki. Boleh kita jumpa x? Mir pergi UUM ke?”

“x payah lah Mir. Nnti kita akan jumpa jugak. Sabaq yer. Lgpun Pinki la ni tgh praktikal di luar UUM"

“Pinki... Mir dah sampai ni. Kita jumpa next time. Take Care!! Babai!!”

Tertinjau-tinjau mencari di mana Shieda dan Tasya. Tasya melambai-lambai ke arah ku. Shieda turut memerhati. Aku melangkah ke arah mereka. Pasti mereka ternanti-nanti kehadiranku kali ini. Masing-masing bergantung harapan di bahuku. Memang aku memikul tanggungjawab yang amatlah berat. Masa depan seorang gadis yang baik berada di tanganku kini. Tapi aku tak perlu kelam kabut. Bukan ada apa-apa yang lain yang hendak dikejar. Aku pun dah ambil cuti khas hari ini. Aku mahu Shieda tahu, aku teman yang sedia ada di sisi di saat dia memerlukan aku. Aku teman yang takkan lari dari teman-teman. Biarlah susah senang dirasai bersama-sama. Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Kesedihan dan kegembiraan dikongsi bersama. Itu baru namanya berkawan atas nama jujur dan ikhlas. Berkawan kerana ingin berkawan.

“Assalammualaikum... Dah lama tunggu ke? Sorry lah, jalan jem tadi..”

“Waalaikumsalam.... Encik Mir Sharifuddin... Kita ni sekampung!! Tolong speaking orang kampung. Kami tak faham cakap orang KL ni. Tak payah la nak ber ke ke dengan kami. Ko aku lagi best apa...”

Orait lah.. Sibuk saja la ko ni. Dah order makanan ka? Aku lapaq dah ni. Meeting tadi dihidang ayaq dengan cucuq badak. Mana nak kenyang.”

“Dah... Shieda dah order tadi. Nak tanya ni. Mir kerja apa di KL sampai jadi kena datang sini untuk meeting. Takkan kerani pun kena out-station.”

“Betui tu. Paling koman pun eksekutif ka, penolong pengurus ka... Kerani mana ada peluang nak jadi macam ni kan.”

“Hey... MIH company multinasional. Bukan kilang kecik. Kerani pun gaji besar tau. Ko tu yang dah jadi supervisor kat kilang elektronik kat Penang tu pun baru berapa gaji ko. Bukan aku nak belagak, tapi hakikatnya macam tu. Lain tempat lain dia punya cara dan tugas yang nak kena buat kan.”

“Ye lah encik Mir oiii. Tak guna cakap dengan ko. Mesti nak menang memanjang.”

Yes!!! Aku menang... Ha, Shieda dah OK sikit ka? Ada apa-apa perkembangan yang Mkir masih tak tahu ke? Bagitau lah kalau ada apa-apa news.

“Macam ni lah. Kerja pun dah berhenti. Tak dapat nak beri tumpuan kat tempat kerja. Asyik kena marah dengan bos memanjang. Tak tahan, Shieda hantar surat letak jawatan. Sayang juga sebab dah lama kerja kat situ. Tapi dari jadi bahan kemarahan, baik Shieda berhenti saja kan.”

“Aku ada idea tapi tak tau lah ko dengan Shieda nak terima atau tak. Aku cuma bagi cadangan saja. Nak guna atau tak, terpulang. Aku cuma nak tolong kawan. Aku tak sampai hati nak tengok kawan aku jadi macam ayam berak kapoq lama-lama. Aku nak tengok kawan aku ceria macam dulu-dulu.”

“Apa cadangan ko tu....”

Kami bertiga tersenyum sesama sendiri. Boleh pakai juga otak di Tasya dalam keadaan macam ni. Aku lihat riak wajah Shieda yang paling gembira dan memandang aku penuh harapan kerana dia tahu yang mana kejayaan plan ini terletak di tangan ku. Jadi seharusnya aku bersedia untuk melaksakan plan ini sebaik yang mungkin. Setelah sepakat, aku minta izin untuk pulang kerana masih ada tugas yang perlu aku bereskan. Tapi aku terkejut dan langsung tak menyangka.

Thanks Shieda.... Tak pernah lupa dengan kedatangan hari ulang tahu Mir.”

“Hey... Ni lah namanya kawan. Aku pun ada bawa suprise. Tapi kad saja lah. Aku tak tau nak bagi apa lah sebab aku tak tau ko suka apa. Selamat hari lahir yang ke 25. Ingat sikit yang ko tu dah tua.”

“Habis tu ko tak tua? Kita sebaya kan. Hahahaha. Shieda lain la. Dia muda dari kita. Ko tu kakak dia.”

“Sebab aku kakak dia la aku jaga dia baik-baik. Semut pun aku tak bagi gigit dia. Tambah kalau ko nak gigit dia. Aku belasah ko sampai lunyai. Aku jaga dia sejak dia Form 1 lagi. Adik angkat aku yang paling aku sayang ko tau.”

“Aku tau... Time kita senior, ko yang paling baik dengan semua budak junior kan. Tapi yang peliknya ko tak bagi budak junior panggil ko kakak. Takut nampak tua lah tu hahahahahaha..”

Kami berlalu ke destinasi masing-masing. Tapi aku ambil keputusan untuk pulang menjenguk mak, abah dan adik-adik seketika. Alang-alang dah pulang ke Perak.

“Assalammualaikum... Angah, ko masak apa tu?”

“Sambal tumis petai. Kawan ko tu along, gila petai sungguh. Seminggu mesti ada sekali makan petai. Nasi dengan petai rebus pun cukup dah.”

“Kawan Long tu memang macam tu. Tak cerewet tentang makan. Janji kenyang bagi dia. Tapi maaf lah sebab tak dapat nak pulang masa ko kahwin dulu. Long ada seminar. Tentu si Ali marahkan Long kan sebab tak pi kenduri rumah dia. Tak pa. Nanti kenduri kat rumah dia bulan depan abang mesti pulang. Tak hilang lagi kot seri pengantin tu?”

“Banyak la seri. Abang Ali pulang hujung minggu saja. Lepas dah buat majlis kat rumah kita, baru dia nak bawa Angah duduk dengan dia di Kangar.”

“OK lah macam tu. Dapat la Long jumpa dia hari ni ya. Long on the way balik ni. Nak singgah sekejap jumpa mak abah. Alang-alang dah ada di Perak kan. Jangan bagitau kat sesapa tau. Suprise...”

“Banyak la suprise Long. Hati-hati bawa kereta tu. La kereta banyak tak tak macam dulu. Nak cari sebijik pun payah.”

“InsyaAllah, kirim salam kat semua ya Angah.”

Belum sampai 15 minit aku dah memasuki jalan susur masuk ke kampung halaman ku. Hatiku terasa tenang pabila melihat pohon nyiur melentok liuk di tiup angin bayu petang. Sengaja ku minta Syafee memandu sebab aku tak mahu rahsia ku terbongkar awal dari yang sepatutnya. Awal-awal lagi telah ku beri amaran kepada Syafee supaya menyimpan rahsia ini dari pengetahuan keluarga aku dan juga orang yang tidak dikenali. Biarlah orang mengenali aku sebagai kerani seperti mana aku mula-mula ke MIH setahun yang lalu. Itu lebih menyelesakan aku untuk bergerak ke mana sahaja.

Angah melambai tangan ke arahku. Sengaja dia menjerit memanggil Achik untuk melihat siapa yang datang. Ku lihat Achik melonjak kegembiraan bila melihat aku melambai tangan ke arahnya. Dipeluk dicium aku berkali-kali, rindu benar dia. Memang dia adik yang paling rapat denganku. Malah dengan semua orang. Mungkin dia yang paling bongsu dan usia yang masih muda. Baru 9 tahun. Beza umur antara Alang dengah Achik pun 5 tahun.

Memang rezeki mak dan abah barangkali yang kepingin anak dan mereka sama-sama berdoa di depan Kaabah ketika menunaikan haji agar dikurniakan anak sebelum mereka berdua ‘expired’’. Alhamdulillah, doa mereka di makbul dan lahir lah Muhammad Shaufi Haqimi ke dunia ini. Malam itu aku dan Syafee berlawan makan. Berselera benar Syafee dapat menikmati masakan orang kampung. Achik juga tak lekang dari ku. Bertambah juga dia yang sedari awal lagi sudah duduk disisi.

“Abah... Mak... Mir minta diri dulu ya. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa aral akhir bulan nanti Mir pulang awal sikit untuk sama-sama membantu urus majlis si Angah dan si Ali.”

“Ye lah... Hati-hati bawa kereta tu. Jangan laju-laju. Kalau penat, mengantuk rehat lah dulu.”

“InsyaAllah mak cik, pak cik. Terima kasih atas makan malam tadi. Sedap betul.”

“Abang kalau nak makan macam tu mai lah rumah Achik lagi. Boleh Achik bawak abang naik gerek sama-sama. Kita pusing kampung. Mana tau kot sangkut awek kat sini.”

“Achik.... Tak padan dengan kecik dan pandai hal macam tu.”

“Tak apa lah pak cik. Budak-budak zaman la tak macam dulu.”

Sepanjang perjalanan aku berbual-bual kosong dengan Syafee. Pun begitu, pertengahan jalan aku terlelap membiarkan Syafee keseorangan. Sedar sahaja, aku lihat Syafee sedang berbaring di bangku rehat hentian sebelah Sungai Buluh.

Sorry Fee, aku terlelap tadi. Letih satu, kenyang pun satu sebab aku terlelap tadi. Nanti aku drive kau tidur pula okey. Tak kan kau nak drive sepanjang jalan.”

“Tak kisah pun. Tapi aku nak bagitau kau satu hal. Tadi, masa kau tidur aku ada dengar kau asyik sebut nama Tina. Kau masih teringatkan arwah ke? Yang berlalu tu biarkan berlalu Wan.”

“Ye ke... Aku tak sedar apa-apa pun. Aku memang nak lupakan kisah aku dengan Tina tapi sukar benar sebab dia pergi depan mata aku. Dalam pangkuan aku. InsyaAllah, sedikit demi sedikit aku akan dapat melupakan kisah dengan dia.”

“Bagus lah macam tu. Dato’ pun aku lihat semakin dapat menerima kenyataan dan dah mula datang kerja. So, kau pun patut kuat begitu. Aku yakin kau mampu sebab aku kenal semangat kau macam mana. Tapi kau kena tabah dan banyak berdoa kepada-Nya. Jom lah... Kita bergerak sekarang. Tak jauh dah nie. Cepat sampai boleh rehat lama sikit.”

Jam 4 pagi kereta membelok masuk ke perkarangan rumah ku. Letih benar. Hujan pula tiba-tiba turun dengan lebat. Menambahkan lagi ingatan ku ke tilam empuk dan selimut lembut.

“Kau tidur rumah aku sajalah malam ni. Dah awal pagi nie. Nanti kau tak cukup rehat.”

“Tak pe lah, aku dah janji dengan bini aku akan balik sebelum subuh. Nanti risau pulak dia.”

“Dia risau ke atau kau tu yang takut tak sempat.... Faham-faham sendiri lah.”

“Ada-ada saja kau ni. Ke situ pula yang difikir. Itulah, orang suruh cari bini kau tak nak. Kata tak ready lah tak ada calon lah. Duit banyak tak guna juga kalau hati kita kosong. Kau dah tahap wajib Mir..”

“Tak ada orang nak aku nak buat macam mana. Okey lah, sampai rumah nanti kau SMS aku. Takut kalau ada apa-apa yang terjadi dalam perjalanan nanti. Jangan diam saja. Kau selalu macam tu..”

“Bukan tak dak yang nak tapi ko tu yang tak mau cuba buka hati ko balik. OK lah, aku SMS kau bila aku sampai rumah nanti. Aku balik dulu ya. Assalammualaikum...”

Baru aku nak melelapkan mata, handsetkuberbunyi. Aku tahu siapa yang call aku sebab nada dering itu memang aku khas kan untuk dia. Tapi aku tak mampu nak jawab. Letih benar. SMS masuk ke dalam handset aku. Aku buka dan membaca...

A’kum... Dah tido ke? Sori m’ganggu. Good Nite. Shieda rindu lah kat Mir. Bye2...”

“Mir... Hari tu kau ada tanya kalau-kalau aku pernah dengar nama Zulkhusmi. Ni aku ada news yang aku baru dapat. Dia big boss syarikat ACN Sdn. Bhd. Syarikat tu pernah try untuk dapatkan tender pembekalan bahan dengan kita. Tapi kita reject sebab apa yang ditawarkan agak mustahil. Dalam banyak-banyak kompeni, ACN yang tawarkan harga jauh berbeza. Kita cuba siasat, dan kita dapat tahu yang yang ACN sebenarnya sebuah syarikat yang bermasalah.”

“Lagi? Yang kau tahu tentang Zul. Itu yang penting bagi aku.”

“Dia dulunya hanya lah seorang Finance Executive. Tapi entah macam mana dia tiba-tiba jadi bos. Dengar kata dia manipulasi saham syarikat. Lagi pula rekod dia sebelum ni pun tak berapa baik. Kaki botol, kaki betina, kaki disko. Aku tak tau betul ke tak. Informeraku yang bagitau.”

“Lagi? Penting semua info tu kat aku sebab nak tolong kawan. Tak mahu dia terperangkap dengan tipu muslihat si Zul tu.”

Informer aku juga cakap, 2 bulan lepas dia gunakan pekerja dia menyamar jadi mak bapak dia untuk merisik seorang budak kampung. Bapak dia tu dengar kata ada tanah yang luas jugalah. Tambah lagi bapak budak tu pula pentingkan duit. So, lagi senang la dia nak mainkan muslihat.”

“Muslihat macam mana?”

“Aku tak pasti. Mungkin dia kahwin dengan budak tu untuk dapatkan tanah? Atau lebih dari tu, dia nak kan tanah dan budak tu dia boleh dagangkan? Kita tak tahu apa ada dalam kepala belut macam tu.”

“Dia tu anak Dato’ ke?”

“Ya... Dato’ penipu.Dia sanggup buat apa sahaja untuk capai impiannya.”

“OK, thanks for your informations. Its mean a lot to me. Aku hargai tapi please rahsiakan hal ni OK. Tak nak nanti ada apa-apa masalah di masa depan. Jangan buat main-main dengan belut. Dia licik dan tentunya merbahaya kan. Aku pergi dulu. Aku ada hal sikit. Ko tentu tengok macam si Fabian.”

“Fabian mana?”

“Cuando Seas Mia... Telenovela TV2 tu...”

“Cehhh peminat rupanya... Aku jarang-jarang. Tapi bini aku tak pernah miss.”

Hari ini aku akan melaksanakan plan yang telah dirancang bersama Shieda dan Tasya. Tepat jam 8 malam aku menjemput mereka yang baru sampai dari Ipoh di Pudu Raya. Rimas rasanya bila melihat ramai betul orang lalu lalang di stesen yang tak pernah lena. Entah ke mana warga kota ini mahu pergi. Ke utara, selatan, timur dan barat. Terus kami menuju ke KFC jalan Tuanku Abdul Rahman. Kami duduk di sudut yang paling hujung. Sambil makan kami bergelak tawa dengan usikan. Ku lihat Shieda begitu gembira walaupun aku tahu dalam hatinya kini, begitu hebat berperang antara kehendak hati dan hormat kepada ayahnya. Jika diikut hati memang dia mahu putus segala-galanya dengan Zukhusmi, anak Dato’ Mokhtar. Baginya, tunangnya tu bukan lelaki tetapi jantan. Talam dua muka. Depan orang tua, baik mengalahkan malaikat. Di belakang orang, syaitan pun mengaku kalah.

Tapi jika dia berbuat begitu, apa pula reaksi ayahnya? Marahkah ayah nanti? Di anggap anak yang derhaka kah nanti? Anak tak kenang budi? Anak tak kenal dek untung. Menolak tuah yang datang bergolek. Kelak hidup merana baru nak menyesali tindakan yang dibuat. Selepas sahaja kami siap menjamah makanan, plan rahsia pun siap untuk dilaksanakan. Semua berwajah serius seketika. Aku mendail nombor telefon rumah Shieda. Berhati-hati supaya tak nampak tergopoh gapah.

“Ya saya Haji Malek bercakap. Siapa yang bercakap di sana?”

“Saya, Mohd Shaufi, sepupu kepada Zulkhusmi, bakal menantu Haji. Saya bukan nak berniat untuk merosakkan masa depan keluarga Haji. Tetapi sekadar untuk membantu mengelak daripada Haji sekeluarga mendapat malu.”

“Malu apa ni? Awak jangan main-main dengan saya. Bakal menantu saya tu baik orangnya. Macam mana awak dapat nombor telefon rumah ni? Awak berniat jahat dan dengkikan dia agaknya?”

“Tak ada sebab saya nak berdengki. Saya pun dah ada segalanya. Saya tak nak tengok Haji malu dan anak pak cik menderita kelak. Saya kenal benar dengan Zul. Kami membesar sama-sama. Malah sehingga kini kami masih saling berhubung cuma tak serapat dulu sebab dia dah berbeza dari Zul yang saya kenali. Dia makin tersasar jauh Haji. Terlalu jauh.”

“Apa maksud awak?”

“Zul tu ular Haji. Menunggu masa dan peluang saja untuk membelit bila mangsa terleka. Zul memang cekap dalam bisnes. Saya akuinya. Tapi apa yang dia capai semuanya dengan cara yang kotor. Rasuah, ugutan dan tipu helah. Syer saya dalam syarikat yang dia tadbir kini juga telah jatuh ke tangannya. Tapi saya tak salahkan dia sebab saya pun salah juga kerana terlalu percayakan dia. Jika tidak dia tidak akan berada di kerusi empuk yang didudukinya kini. Dia juga kaki botol, kaki disko, kaki betina dan kaki penipu. Senang cakap depan Haji memang malaikat pun tabik dia. Tapi dibelakang kita, syaitan tak perlu suruh, tak perlu cucuk. Dia akan buat sendiri.”

“Kau jangan menuduh tanpa bukti.”

“Terpulang pada Haji nak percaya atau tidak. Jangan sampai tanah Haji tergadai, maruah anak Haji pun jadi dagangan sudahlah. Kelak jangan kata saya tak ingatkan. Kalau Haji mahukan bukti cuba tanya siapa yang dia hantar sebagai wakil untuk merisik? Ataupun telefon sahaja ke pejabat dia dan tanya setiausaha dia siapa yang selalu jadi mangsa dia bila dia inginkan sesuatu.”

“Apa ni? Saya tak faham langsung apa yang awak cakap. Buat saya pening kepala.”

“Orang yang dia hantar sebagai wakil tu adalah pekerja dia! Mereka di paksa dan di beri upah yang lumayan. Mak bapak dia pun tak tahu hal ni. Malah, Zul bukan anak Dato’!!! Ayah dia pesara tentera. Sebab tak mahu keluarga Haji jadi mangsa kerakusan dia lah, saya cuba cari maklumat tentang tentang keluarga Haji. hal ni. Saya dapat nombor ni dari diari dia. Ada satu baris dalam diari tu tertulis satu ayat yang mesti Haji sukar nak percaya.”

“Apa yang ditulis?”

Haji Malek & Siti Noor Shahadah – 2 lubuk emas aku. Tanah & Ringgit. Saya yakin dia mengidamkan tanah milik Haji dan anak Haji mungkin sebagai bahan dagangan. Tapi kalau masih tak percaya Haji boleh minta alamat rumah mereka dan datang sendiri. Itupun jika Zul akan berikan alamat yang betul pada Haji kelak. Jangan sampai Haji datang ke rumah siapa entah lah. Itu sahaja Haji yang saya nak cakapkan. Saya minta maaf kalau panggilan saya buat Haji tak senang duduk. Seperti yang saya cakap, saya hanya mahu membantu.”

“Terima Kasih. Saya akan siasat. Kalau betul, saya ucap terima kasih kepada awak. Tapi jika awak sekadar nak merosakkan nama baik dia, saya tak akan maafkan awak.”

“Terpulang lah pada Haji. Haji boleh sebut nama saya kalau Haji tak yakin. Lihat air muka dia macam mana nanti. Dan Haji akan tahu dia betul atau penipu.... Assalammualaikum...”

Muka Haji Malek kemerahan menahan marah. Walaupun dia tak pasti sama ada apa yang didengar-nya tadi benar atau palsu. Kami juga tertawa kerana aku melaksanakan tugas dengan amat berkesan dan cemerlang.Tapi Shieda terdiam seketika. Aku tak pasti apa yang difikirkan Shieda ketika itu. Bagi ku tidak penting lagi kerana apa yang dirancangkan telah pun dilaksanakan dengan cukup cemerlang. Aku pasti hasil yang menggembirakan akan dapat dituai kelak.

“Kenapa Shieda?”

“Tak ada apa-apa cuma tak keterlaluan sangat ke dengan apa yang Mir cakap pada ayah tadi? Kalau apa yang dicakapkan tu tak betul macam mana”

“Kalau betul? Memang patut pun apa yang Mir cakap tu! Memang apa yang Mir cakap tu betul!!”

“Oiii... Ko biaq betui. Jangan dok memain la. Hal penting ni. Aku debik ko sebijik baru ko tau.”

“Betui la apa yang aku cakap. Aku rasa aku kenal siapa Zul. Macam mana aku kenai tak perlu tau lah tapi percayalah aku tak mau la cakap lebih-lebih kalau benda tu tak betui. Satu hari kelak ko dengan Shieda akan tau macam mana aku boleh tau hal tentang Zul. Jangan risaulah. Aku jamin semua akan OK dan sikit masa lagi Shieda akan bebas.”

“Mir.... Terima Kasih. Tak tahu nak balas macam mana.”

It’s OK Shieda. Ok, jom lah. Mir bawa Shieda dan Tasya pusing-pusing KL..”

Aku membawa Shieda dan Tasya ronda-ronda ke tempat-tempat menarik di KL. Sengaja ku ambil cuti hari ini semata-mata untuk bersama-sama mereka. Aku membawa mereka berjalan-jalan di Menara Kuala Lumpur, KLCC, Putrajaya, KLIA, Taman Tasik Titiwangsa, Chow Kit, Pasar Seni, Bukit Bintang dan merata-rata. Memang habis satu KL aku bawa mereka pusing. Selepas makan malam bersama di sebuah Fastfood Corner KLIA, aku menghantar mereka ke Hotel Puduraya. Senang mereka untuk pulang awal pagi esok.

Thanks Mir... Puas hati dapat pusing satu KL walaupun penat sangat. Memang tak kan lupa.”

Welcome. Baguslah kalau puas hati. Takut tak puas saja.”

“Kalau tiap hari macam ni mampuih tergedik-gedik aku. Gila ko bawak kami macam esok dah nak kiamat. Nak bawak pi semua tempat kalau boleh. Apapun terima kasih la sebab bawak kami makan angin. Syok sangat-sangat. Nanti ajak kami lagi noo.”

“Ko nak mai lagi ka Tasya? Mai la, nanti aku suruh kawan aku bawak hang pusing-pusing KL lagi. Mana tau kawan aku berkenan pulak kat ko, boleh jadi couple.”

“Dengan kawan ko nak buat apa? Kot dia juai aku, sapa yang susah? Mak bapak aku juga yang susah anak mereka yang ayu ni hilang. Tapi nanti bawa aku naik LRT erkk. Teringin la nak naik.”

“Nak naik sekarang? Jom lah. Dekat-dekat sini pun ada. Simpan beg dulu. Lepas tu kita pergi ye.”

Aku bawa Shieda dan Tasya menaiki LRT dari hentian Plaza Rakyat hingga ke hentian Chow Sao Lin. Tasya begitu gembira dapat merealisasikan impiannya. Riak wajah Tasya begitu ceria. Aku turut puas kerana dapat membawa mereka berdua bersiar-siar di KL..

Thanks Wan, tak sangka ko sanggup tunaikan impian aku nak naik LRT hari ni jugak. Best jugak kan naik tu. Tak sesak dan laju aja. Kalau macam ni tak perlu risau lah kalau terlewat pun.Satu hari nanti aku kerja sini, aku nak jadikan LRT sebagai transport rasmi aku. Nanti bawa kami pi tempat lain pula.”

“OK... Aku tunggu ko datang lagi. Aku bawak ko dan Shieda pi Sepang, Planetarium dan mana-mana ajah lah yang ko nak pergi. Aku nak minta diri dulu. Nanti marah kawan aku pinjam kereta dia lama sangat. Jumpa lagi nanti dan Shieda jangan risau ya. Semuanya akan dapat diselesaikan dengan baik nanti. Banyak-banyak berdoa kepada Dia Yang Kuasa.”

“Terima kasih Mir. Shieda rasa tenang sikit lepas apa yang kita rancang dah dibuat. Harap ayah akan percaya dan lakukan sesuatu lah. Shieda tak sanggup nak tunggu lama-lama lagi.”

“Ala Shieda... Jangan risau la. Selagi kita percaya dan sabar Dia pasti akan bersama-sama kita. Mir dan aku pasti bersama-sama Shieda. Tak kan kami nak biar Shieda sorang sahaja tanggung semua ni kan. Apa guna jadi kawan kalau pakat dok lari bila kawan ada masalah.”

“Terima kasih Tasya. Terima kasih Mir. Lega rasa hati Shieda. Shieda nak balik rehat dulu. Letih sangat hari ni. Esok berjalan lagi. Jumpa lagi Mir. Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ARZMAN BIN SAAD