Home Novel Cinta AKHIRNYA KU TEMUI
AKHIRNYA KU TEMUI
ARZMAN BIN SAAD
10/7/2014 13:28:32
12,713
Kategori: Novel
Genre: Cinta
CHAPTER 4 - 6

BAB 4 : Terbongkar Akhirnya Dan Soal Hati

Shieda tidak dapat melelapkan mata. Terfikir tentang kisah petang tadi. Apa yang dikatakan Mir agak menggangu kedamaian hatinya. Bagaimana Mir boleh kenal tunangnya. Benarkah apa yang dicakap-kan kepada ayahnya tentang tunangnya itu. Siapa Mohd Shaufi? Benarkah dia sepupu kepada tunangnya? Apa reaksi ayah agaknya.

“Ko tak tidur lagi Shieda. Dah lewat malam ni. Esok pagi-pagi lagi kita dah nak bertolak. Apa yang ko pikiaq lagi ni. Kan Mir dah kata semuanya akan selesai. Sabaq sajalah.”

“Aku pelik lah.. Macam mana kalau apa yang diceritakan Mir kat ayah aku tu betul macam mana? Jijik benar sikap Zul kalau apa yang dicakapkan tu betul. Aku pasti ayah akan malu sangat-sangat.”

“Dah lah, jangan dok pikiaq lagi lah. Tunggu saja esok. Kita tengok reaksi ayah ko tu.”

Seawal jam 6.30 pagi Shieda dan Tasya sudah tercegat di platform 19 ke Ipoh. Awal-awal lagi mereka dah check out dari Hotel Puduraya. Bas Konsortium menjadi pilihan kerana servisnya memang diakui baik. Walaupun banyak lagi syarikat lain yang turut menyediakan perkhidmatan ke Ipoh. Shieda cuba menelefon Mir tapi telefon tak berjawab. Mungkin terlalu letih hingga tak sedar. Panggilannya disambung ke peti simpan suara. Shieda membisik sesuatu. Kemudian meletak gagang cermat. Dia tersenyum. Mungkin ada sesuatu yang buat dia berasa gembira.

“Dapat cakap dengan Mir? Ke dia dok lena lagi?”

“Dia tak jawab. Tidoq lagi kot. Tak pa lah. Lain kali aku call lagi. Jom lah, bas dah sampai tu. Terima kasih sebab tolong aku. Sentiasa ada dengan aku. Sampai kau terpaksa ambil cuti semalam.”

“Apa guna jadi kawan kalau tak boleh membantu. Aku kenal ko bukan sehari dua. Dari kau Form1.”

Aku terbabas lagi pagi ini. Handset tertera SMS yang mengatakan ada voicemail. Mendengar satu suara yang sayup-sayup kedengaran tapi jelas sangat tiap tutur katanya. Hatiku berdebar. Jantungku berdegup kencang. Macam tak percaya apa yang didengar tadi. Memang aku kenal pemilik suara itu. Baru semalam aku bertentang mata dengannya. Cuba melontar jauh-jauh agar tidak terlalu difikirkan. Mungkin dia juga mahu mengusik aku.

Sampai di pejabat, ada sejambak bunga bersama kad berwarna pink berbentuk hati. Siapa pula yang hadiahkan buat aku ni. Pening kepala aku. Lepas satu, satu yang datang menguji aku. Aku letak bunga ros kuning di satu sudut. Harum baunya memenuhi seluruh pejabat ku. Tenang seketika. Ku buka kad berwarna pink dan membaca tiap baris.

“Khas buat insan yang telah mencuri hatiku – Salam Perkenalan dari ku.”

Aku tak pasti siapa yang menghantar. Tapi penghantarnya mesti mengenaliku. Shieda? Tak mungkin sebab dia dah pulang pagi tadi. Tasya? Sama juga. Habis, siapa yang menghantar? Aku tak tahu.

“Sis, siapa yang hantar bunga pagi tadi? Tak bernama pun.”

“Maaf encik Mir. Bunga tu sampai semalam. Ada seorang perempuan datang. Saya tanya siapa namanya tapi dia tak mahu beritahu. Tapi dia cakap, encik pernah jumpa dan berbual dengan dia satu ketika dulu. Semakin hari, semakin glamor encik Mir ni kan. Lepas ni tak tahu siapa pula.”

“Ada-ada sajalah awak ni Sis. Bukan awak yang hantar?”

“Bukan encik. Jangan la kata saya macam tu. Saya ni manalah layak jadi buah hati encik.”

“Tak... Saya bergurau saja. Dato’ ada?”

Tokk! Tokk! Tokk! Aku ketuk perlahan pintu pejabat Dato’. Aku tak mahu mengganggu Dato’ dengan ketukan yang terlalu kuat. Pintu ku buka perlahan dan melihat Dato’ sedang menatap potret keluarga-nya aku terkedu. Segera ingatan ku terhadap Tina kembali memenuhi ruang.

“Mir... Duduk lah. Ada perkara yang saya nak bincangkan.”

“Dato’ okey ke? Nampak macam tak sihat. Perlu saya panggilkan Dr. Hafifi?”

“Tak perlu. Saya OK. Cuma sesekali saya teringat kepada arwah isteri dan anak saya. Teringat saya tentang cita-cita kami untuk menunaikan fardu Haji bersama-sama satu masa kelak. Tapi semua tu tinggal impian. Saya terkilan sebab niat Tina nak melancong ke Jepun pun tak sempat saya tunaikan. Sepatutnya akhir tahun in ikami akan ke sana.”

“Takdir Dato’.. Siapa kita nak berlawan takdir Ilahi.”

“Ye... Takdir. Saya redha semua ni. Mungkin ketentuan saya begini. Oh ya... Saya terjumpa diari milik

Tina masa saya simpan barang-barang arwah baru-baru ni. Saya rasa awak patut baca beberapa hal. Penting untuk awak tau dan saya sendiri baru tahu. Nah... Saya beri pada awak. Saya sudah lipatkan bahagian yang patut awak baca dan fahami. Sebelum tu saya nak bincang pasal hala tuju syarikat kita. Kalau boleh perbincangan antara kita dapat menjana sesuatu untuk kita bawa ke mesyuarat ahli lembaga pengarah minggu depan.”

“Apa yang Dato’ nak bincangkan?”

“Syarikat kita akan membuka dua lagi cawangan di Kota Kinabalu dan Kuching. Jadi saya nak awal buat satu kertas kerja untuk mempermudahkan pengurusan baru kelak. Boleh awak lakukan?”

“InsyaAllah Dato’. Saya akan cuba buat yang terbaik dalam masa yang singkat ni.”

Baru aku nak membuka diari milik Tina, satu SMS aku terima. SMS yang aku tunggu-tunggu.

“A’kum... ganggu ke? Pinki bosan la.kawan2 kerja. Mir sibuk tak? Boleh layan Pinki kejap?”

“Boleh... Tapi b4 that nak tanya... ada datang office tak semalam?”

“x de pun. Mcm na nak pi. Bukan dekat KL tu.Lagipun busy la. Ada projek. Knp? Ada yg x kena ke?”

“Wan dapat bunga & kad smlm ntah dari siapa. Kata secretery sorg P dtg. Dia kata dia pernah jumpa & cakap dgn Wan. Tu yg tanya kot2 Pinki.”

“Bkn Pinki. Peminat lah tu. Kalau Pinki, tak bagi bunga. Bagi hati hahahahaha mahu x hati Pinki?”

“Mahu... Sedap apa hati. Kalau boleh jantung pun bagi juga. Buat ulam hahahahahaha juga:-p”

Sesudah bermessagedengan Pinki, kenalan misteriku tapi cukup menyenangkan, aku buka diari milik Tina. Helaian demi helaian diari biru muda milik Tina ku buka. Tiap helaian mencatatkan kisah dan memori yang dilalui Tina. Kisah yang bermakna buatnya. Kisah selama tiga tahun yang amat bermakna dan menjadi rahsia dirinya. Aku membaca satu-persatu.

4 Mac – Pertemuan pertama aku dan Mir. Hatiku sudah tertarik kepada pemuda yang papa bawa pulang. Sebelumnya aku hanya mendengar nama dan kebaikannya. Malam ini aku dapat menatap wajahnya, mendengar tutur katanya dan melihat baik budinya. Adakah aku sudah jatuh cinta pandang pertama dengannya. Hatiku berdebar-debar bila matanya menikam tepat ke arah ku.

16 April – Aku tak dapat membendung lagi rasa hatiku. Aku mesti mengenalinya dengan lebih rapat. Aku akan ajak dia keluar makan. Aku nak berada dekat disisinya. Jika boleh tiap waktu aku mahu ada bersamanya. Aku akan menelefonnya nanti.

Jam 2.30 petang : Mir berada di depanku. Hatiku melonjak kegembiraan. Alangkah indahnya dunia ku rasakan bila dia berada di depanku. Pandanglah aku. Tataplah wajahku.

18 Jun – Hari ini hari ulangtahun kelahiran Mir ke-23. Aku tak sabar nak berjumpa dengannya. Aku nak hadiahkan sesuatu khas untuknya agar dia tahu aku menyayanginya. Sayang sangat-sangat.

“when i think about the day that we 1st meet, wasn’t looking for what i found, but i found u n i’m bound 2, find happines in being around u..”

Aku teringat kembali ketika itu Tina minta untuk mencium pipi ku sebagai hadiah hari lahirku. Aku beri kan keizinan kerana Tina begitu bersungguh mahu mengucup pipiku. Dan itulah kali pertama pipiku dikucup oleh perempuan asing. Sebelum ini hanya emak dan Angah saja yang pernah mencium pipi dan dahiku. Aku meraba-raba pipiku. Terasa kehangatan bibir Tina.

1 September – Hari lahir ku tiba jua. Hari ini aku nak minta Mir pula mengucup pipiku. Malah aku mahu dia mengucup bibirku. Biar bibir kami bersatu. Dia mesti kucup bibirku. Aku tak mahu hadiah yang lain. Aku tak kan terima apa-apa hadiah darinya. Aku mahukan kucupannya.

8.30 malam : Ku buat permintaan kepadanya. Ternyata Mir terkejut dan memandang tepat ke arah ku. Jangan pandang aku begitu. Aku tak mampu nak menerima pandangan matamu. Sinar mata mu buat aku lemah. Setelah puas aku merayu, akhirnya kau laksanakan jua permintaanku. Oh dunia, indahnya waktu itu. Aku lihat kau tersipu malu. Aku jua malu kerana mendesak dirimu. Namun ku tak mampu nak menghalang desakan hati ku.

11.30 malam : Aku sayangkan kau, Mir. Aku tak boleh melupakan dirimu walau sedetik. Bagaimana nak aku jelaskan padamu yang aku rindukan perhatianmu? Aku sayangkan dirimu dan aku CINTAkan dirimu. Oh, kasih... Mengerti lah kata hatiku ini. Pandang lah aku dan fahamilah gelodak jiwaku.

Mir... Tina ucap terima kasih atas kucupan yang Mir berikan tadi. Tina tak kan lupa dan maaf sebab mendesak Mir tadi. Tapi Tina mahukan kucupan Mir sebagai hadiah hari lahir Tina yang paling berharga sepanjang hidup Tina.

Aku berbaring sambil membaca tiap baris yang tertulis. Tulisan Tina ku lihat sangat cantik dan tersusun. Tidak seperti tulisan aku yang makin lama, makin tidak tahu apa yang ditulis. Sebab itu aku tak gemar menulis lama-lama. Ketika di U dulu pun, banyak nota yang aku fotostat sahaja dari Myza.

Diari kedua mula ku belek. Kali ini berwarna kuning air. Lembut warnanya selembut budi pemiliknya. Helaian dengan tarikh yang sama dilipat oleh Dato’. Aku membuka lipatan pertama.

4 Mac – Ulang tahun perkenalan ku yang pertama bersama Mir. Bila aku nak luahkan rasa hati ku buat mu? Aku tak tahu. Tapi hatiku meronta-ronta memaksa ku meluahkan segala agar kau tahu. Aku akan mengajak kau makan tengahari bersamaku.

2.00 petang : It’s very suprise... Kau hadiahkan aku seutas rantai yang begitu cantik. Kau kata hadiah sempena ulangtahun perkenalan kita. Tertulis namaku pada buah rantai berbentuk hati. Memang aku tak sangka yang kau jua mengingati tarikh ini.

“i’m glad when i’m making luv 2 u, i’m glad 4 the way u make me feel, i’m glad when u walk u hold my hand, i’m glad that u came into my life, coz since the day u came i’ve been glad...”

16 April – Sengaja aku meminta papa menjemput Mir datang ke rumah. Ini kali kedua Mir akan datang. Kali ini, aku akan memasak khas buatnya. Aku tak kan suruh mak Minah memasak. Biarlah papa sangka mak Minah yang masak. Biar semua orang fikir begitu. Tapi aku mahu Mir merasai masakan ku. Biar dia puji Mak Minah walaupun aku yang menyediakan masakan itu.

8.00 malam : Mir begitu berselera menikmati makan malam hari ini. Aku paling gembira kerana aku berjaya menambat jiwanya dengan masakan ku. Tak sia-sia aku berusaha mencari resipi menu itu. Aku tak kisah kalau mak Minah tak benarkan aku memasak, aku tetap mahu menyediakannya untuk Mir. Biar mak Minah berehat kali ini. Aku tak mahu papa tahu hal ni. Papa juga memuji masakan istimewa malam ini. Semua orang memuji.

Patutlah Tina beria-iya menyuruh aku datang lagi jika mahu merasa masakan yang sedap malam itu. Dia yang masak rupanya. Aku tambah kagum dengannya. Gadis secantik itu mampu menghasilkan masakan sebegitu sedap. Patutlah mak Minah tersenyum melihat Tina bila aku memuji masakan itu. Terasa malu bila mengenangkan aku makan bertambah malam itu. Bukan dua tapi tiga kali. Memang aku tak jarang sangat bertambah ketika makan. Aku lebih gemar makan berulang dari bertambah. Malam itu aku tak dapat menahan kehendakku untuk menambah. Biarlah Dato’, Tina mahupun mak Minah nak kata aku ini pelahap. Yang penting aku mahu menikmati keenakan masakan malam itu.

18 Jun – Hari yang ku tunggu-tunggu tiba jua akhirnya, hari ini akan ku luah segalanya. Aku akan beritahu kepadanya “AKU CINTA KAMU”. Selamat Hari Lahir ke-24 sayang ku Mir.

9.45 malam : Aku berdiri depanmu. Aku genggam tanganmu erat-erat. Aku bisikkan di telingamu yang mana “TINA SAYANGKAN MIR”... Arghhhhh kenapa aku tak mampu nak luahkan hakikat yang aku menyintaikan dirimu. Kau membalas pengucapanku dengan mengatakan kau jua menyayangi diriku. Aku hadiahkan seutas jam tangan yang ku tempah khas untukmu. Aku harap kau menyukainya.

1 September – Sekali lagi kau membuat kejutan buatku. Kau bawa aku pulang ke kampung halaman-mu dan perkenalkan aku kepada keluargamu. Mereka begitu baik terhadapku. Achik pernah bertanya kepada ku sama ada aku ini teman wanitamu. Aku terus mengiyakan dan Achik begitu gembira. Dia memeluk aku dan mengatakan dia gembira kalau aku menjadi kakaknya.

Baru aku teringat yang Achik begitu bersungguh minta aku bawakan Tina bersama semasa aku menelefon memberitahu aku akan pulang ke kampung. Dan dia kecewa bila aku pulang keseorangan. Nasib baik Tina ada memberikan patung Doremon untuk aku bawa pulang sebagai hadiah untuk Achik. Jika tidak pasti rajuk Achik lebih lama. Aku akui yang emak dan abah juga terpikat dengan kebaikan dan budi bahasa yang ditunjukkan Tina sepanjang berada di rumahku. Pendek kata semuanya berkenan di hati mereka.

“Encik Mir, Dato’ nak jumpa.”

Aku simpan diari milik Tina di dalam laci dan bergegas ke bilik Dato’. Kelihatan Dato’ begitu serius meneliti fail-fail di mejanya. Aku menanti apa bakal diucapkan oleh Dato’.

“Sepanjang minggu depan saya ke China untuk meeting dengan our client there. So, saya nak awak take care our company. Saya yakin dengan kebolehan awak. Apa-apa hal awak hubungi saya nanti.”

“InsyaAllah Dato’. So, mesyuarat lembaga pengarah minggu depan macam mana?”

“Oh ya.. Saya dah minta Sis keluarkan surat dan notis memberitahu meeting tu akan di akan lusa. So, pastikan paper work yang saya minta tu disiapkan before lusa. Any problem?”

“Tak ada Dato’. Saya akan usaha siapkan yang terbaik. Ada apa-apa lagi Dato’?”

Seperti yang dirancangkan, pagi itu semua ahli lembaga pengarah datang. Semua memasuki dewan mesyuarat yang terletak di tingkat 5 MIH. Dato’ juga telah bersiap sedia. Pasti akan ada kejutan lagi dalam mesyuarat kali ini. Selesai pembentangan kertas kerja yang aku siapkan semua mata tertumpu kepada keputusan dari Dato’.

“Okey, pertamanya tahniah kepada Mir, Pengurus Sumber Manusia kita yang telah membentangkan satu cadangan yang begitu baik dan saya yakin bila dua cawangan baru kita dibuka kelak pada akhir bulan hadapan, kita tidak akan menghadapi banyak masalah jika semua perancangan yang dah dibuat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.”

“Terima kasih Dato’. Hasil kerja saya itu tak seberapa. Tapi ini lah yang termampu saya hasilkan.”

Semua orang memberi tepukan dan aku berasa sangat bangga bila hasil usaha dihargai. Tak sia-sia aku berjaga sehingga lewat malam untuk menyiapkan paper work ini. Tergesa-gesa tetapi tetap hasil yang boleh dibanggakan.

“Berikutnya... Oleh kerana pembukaan dua cawangan ini, maka saya telah merancang untuk satu rombakan untuk melicinkan perjalanan pertadbiran MIH. Kita akan mewujudkan satu jawatan baru iaitu Pengarah Urusan untuk kawasan Malaysia timur yang mana akan bertanggungjawab mengawal selia pentadbiran bagi cawangan kita di Sabah dan juga Sarawak. Tiada yang lebih layak melainkan saudara Mir kita. Oleh sebab perlantikan ini, beliau akan diberikan cuti khas selama sebulan dan kemudian beliau akan berpindah ke Kuching. Syarikat akan menyediakan rumah dan kemudahan lain di sana kelak. Kita tak mahu timbul pelbagai masalah di sana.”

“Tahniah Mir. Rezeki awak memang baik.”

“Terima Kasih. Terima kasih Dato’. Terima kasih semua atas kepercayaan ini.”

“Pengarah Urusan di Sabah akan diletak di bawah tanggungjawab Mohd Syafee manakala Pengurus Urusan di Sarawak akan ditentukan sendiri oleh Mir sebab dia berada di sana. Lebih mudah untuk dia memantau siapa yang layak kelak. Pengarah Urusan di ibu pejabat ini yang ditinggalkan saudara Syafee akan diletak di bawah tanggungjawab Mohd Najmi, yang kini sebagai sebagai Pengarah Urusan di Kuantan. Beliau dan telah dimaklumkan dan telah memberikan persetujuan. Untuk mengisi kekosongan Pengurus Sumber Manusia, kita akan membuat perlantikan secara dalaman dan maklumat mengenai kenaikan pangkat akan dikeluarkan awal bulan hadapan. Kita akan jalankan temuduga terbuka untuk beberapa jawatan terutama untuk cawangan baru kita kelak. Semua perlantikan jawatan utama dan pengambilan pekerja perlu diselesaikan dalam masa dua bulan. Cawangan baru akan beroperasi sepenuhnya 3 bulan dari sekarang.”

Adakah perlantikan aku ini akan melenyapkan ingatanku buat Tina? Bila kau jauh meninggalkan bumi Semenanjung kelak? Aku mahu pulang dahulu. Aku mahu merehatkan diriku yang begitu penat dan lemah. Terlalu banyak masa malam ku dihabiskan untuk meyiapkan kerja dan berfikir. Bersetujukah abah dan mak nanti bila aku memberitahu mereka tentang keputusan syarikat? Aku tidak pasti. Gerak hatiku mengatakan yang mereka tiada sebarang halangan. Sedangkan dulu aku turut diberi peluang untuk ke Paris, inikan Sarawak, sebahagian dari tanah Malaysia. Hanya terpisah oleh saujana mata memandang Laut China Selatan. Tetapi tidak lah sukar dengan adanya perkhidmatan udara. Mudah sahaja untuk berulang-alik.

“Hai Pinki... Good news... Mir baru aja naik pangkat. Kini dah bergelar Ketua Pengarah Urusan. Dan > menarik Mir akan ke Sarawak. Jadi Big Bos di sana. Dapat lah kita jumpa nnti. Mir nak jumpa Pinki. Nak sangat jumpa Pinki. Nak kenal Pinki. Nak usik Pinki.”

“Nak jumpa? x payah lg. Pinki blm redi la. Tunggu aja. Tiba masanya kita kluar sama2. Buat masa la, ckup la sms aja OK. Sorry. Bkn x sudi tp x redi la. Marah ke?”

“x lah.. Mir x paksa. Tp kalau boleh nak sgt jumpa. Lg cpt lagi OK. Nak kenal orgnya. Tentu Pinki ceria orgnya kan. Tu yg Mir nak jumpa. Jgn sembunyi lama sgt tau.”

“Ok, Pinki janji, kita pasti akan jumpa tapi biar masa tentukan bila. Appun, TaHniaH ats kenaikan itu. Nanti boleh la Pinki minta kerja dengan Wan. Tak perlu interview terus dapat. Boleh?”

Aku singgah sebentar di meja Sis. Nak berbual-bual dengannya. Kelak tiada peluang lagi kan.

“Encik Mir, tahniah atas perlantikan ke jawatan baru. Tentu seronok dapat menaiki kapal terbang dan merantau ke negeri orang kan. Saya sendiri pun dah lama benar tidak pulang ke Sabah. Sejak pemergian mak dan ayah saya tak pernah kembali. Sesekali teringin juga nak melihat kampung halaman. Tapi bila teringat kisah sedih itu, hati saya tawar untuk kembali.”

“Terima kasih Sis. InsyaAllah kelak, kalau ada kelapangan saya akan temankan Sis pulang. Sis masih ada saudara mara di Sabah kan.”

“Ya. Saya masih ada ibu saudara tapi tak tahu sama ada mereka masih tinggal di sana atau sudah berpindah ke tempat lain. Selain tu, saya sayangkan MIH ni dan saya nak bersama ayah saya di sini.”

“Ayah? Sis kata ayah dan mak Sis dah tak ada lagi?”

“Insan yang saya anggap macam ayah saya sendiri. Dato’ Karim yang telah banyak berjasa kepada saya. Dato’ pun ada minta saya terus tinggal di sini dan dia tak mahu saya pergi ke mana-mana lagi. Dia dah tak punya siapa lagi.”

“Betul tu... Saya pun bersimpati dengan apa yang terpaksa Dato lalui. Tapi inilah takdir. Okey lah Sis, saya nak kemaskan barang-barang saya dan kerja yang perlu saya bereskan.”

Hari ini merupakan hari terakhir aku di ibu pejabat MIH. Esok aku akan mula bercuti selama sebulan sebelum aku beralih angin ke Malaysia timur. Telah lama aku idamkan saat-saat sebegini. Merasai pengalaman hidup di negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya itu. Menjelang senja aku sampai ke halaman rumah.

“Along... Mana kak Tina? Kenapa tak bawa kak Tina sama? Achik rindu lah kat Kak Tina.”

“Achik... Bukan Along tak mahu bawa Kak Tina. Tapi Kak Tina dah tak ada. Kak Tina dah pergi jauh dari kita. Kak Tina dah meninggal.”

“Along tipu! Kak Tina muda lagi. Tak kan boleh mati.”

“Achik, tak perlu tunggu tua atau sakit baru nak mati. Kak Tina meninggal sebab accident jalan raya. Kak Tina pergi depan mata Along. Dalam pangkuan Along.”

“Ala... Tak dapat la Achik bermain dengan kak Tina lagi.”

Achik ku lihat murung seketika. Aku tahu hasratnya nak terkubur. Aku mengangkat beg pakaian ku masuk ke bilik yang memang khas buatku. Aku baring seketika. Terasa sakit dan sengal seluruh badan. Abah belum pulang dari kebun. Emak tentunya bersama abah. Sama-sama mengusahakan kebun pisang dan jagung. Angah ada di rumah mertuanya. Alang dan Ucu ke sekolah. Tinggal lah Achik tak berteman di rumah. Kasihan dia. Keseorangan seperti mana aku juga. Apa boleh buat dah nasib dia sebagai anak bongsu dalam keluarga. Sekurang-kurangnya dia punya ramai orang yang memberikan perhatian dan kasih sayang yang melimpah ruah buatnya.

“Jom Achik kita pergi pekan. Nak ikut tak? Nak ikut cepat pakai baju. Ajak anak Pak Ngah Ajip sekali tau. Cepat sikit, kalau tak Along tinggal. Kita pi makan KFC.”

“Nak... Sat Along, Achik pi ambik baju kat penyidai... Padil.... Along Achik ajak pi pekan. Jom cepat..”

“Along kereta sapa punya ni? Along punya ka? Bila Along beli? Along dah kaya ka?”

“Kereta kawan lah. Along pinjam sat. Ada nampak kak Shieda tak? Kak Tasya ka?

“Tak nampak pun. Tapi dengaq kata dua hari sudah ayah kak Shieda tampaq tunang kak Shieda. Tak tau la pasai apa. Abah tau la kot sebab abah yang cerita kat mak. Achik dengaq macam-macam tu.”

Aku tersenyum puas. Barangkali Haji Malek sudah tahu hakikat sebenar. Menantu yang dipuja rupa-nya ular berbisa. Nasib baik tak sempat ditipu. Kalau tidak mugkin merempat mereka anak-beranak. Dalam perjalanan aku ternampak Shieda sedang menanti bas di pondok bas yang hampir runtuh.

“Shieda nak ke pekan? Mai la pi dengan Mir sekali. Wan pun nak pi pekan bawak Achik jalan-jalan. Achik buka pintu untuk kak Shieda.”

“Terima kasih Mir. Bila sampai? Cuti lama ka? Maaf la lama tak telefon. Ayah cabut wayar telefon. Dia sakit hati dan malu sangat-sangat dengan apa yang terjadi. Apapun, terima kasih. Dah selesai semua dah. Shieda dan Zul dah pun putus tunang. Tapi perang besaq jugak lah hari tu. Ayah bagi penampaq juga si Zul tu depan orang ramai. Tapi risau jugak...”

“Risau kenapa lagi? Ulaq tu ugut nak buat apa-apa ka?”

“Ha... Dia kata dia akan buat hidup kami merana. Tu yang ayah dok risau sampai sakit-sakit tu. Apa yang patut kami buat Mir? Buat laporan polis pun, dia tak buat apa-apa lagi.”

“Tak ada beraninya dia nak buat apa-apa. Tapi, kalau ada apa-apa tanda yang mencuriga tu, cepat-cepat bagitau Mir ya. Mir tahu apa yang nak dibuat. So, cerita lah apa yang jadi hari tu?”

“Ayah jemput dia makan tengahari. Dia buat bodo dia mai makan. Kali ni bawak kain pelikat untuk ayah dan kain batik untuk mak. Untuk Shieda dia bawa kain. Untuk baju raya katanya. Lepas saja makan, ayah panggil dia duduk sembang-sembang. Ayah bagitau dia nak ke KL minggu depan. Jadi dia minta la alamat rumah dia. Kiranya nak jumpa bakal besan lah. Berubah terus air muka dia. Dia kata la ni parents dia ada di luar negara. Ayah minta nombor telefon parent’s dia pulak.”

“Lepas tu.... Macam menarik saja.”

“Ayah minta pinjam handset dan terus call nombor tu. Terkantoi la dia, bila dijawab saja terus ayah dengar orang marah-marah, jerit-jerit kata bila kau nak dapat tanah pak mertua kau. Bos dah angin satu badan. Ayah jerit tanah kepala bapak kau. Dia pandang Zul. Berpeluh kawan. Bila ayah cerita-kan semua yang Mir bagitau kat ayah tempoh hari terus merah-merah muka si Zul. Dia nak cabut lari tapi ayah tahan. Ayah bubuh penampaq dan cakap mulai saat ni putus semuanya. Ayah dan Shieda tak ada apa-apa ikatan dengan dia lagi. Kata ayah kat dia, kau boleh pergi mati!”

“Garang betul ayah Shieda ya.”

“Memang pun. Shieda yang di dapur dengan mak pun terhendap-hendap nak tengok apa yang jadi. Shieda nampak Zul tunding jari macam memberi amaran. Bila tanya ayah apa kata si Zul tu, ayah kata binatang tu ugut nak lingkupkan kami sekeluarga. Sejak hari tu sampai ke hari ni tak nampak lagi muka dia. Telefon pun dia dah tukar nombor. Nasib Shieda masih ada alamat tempat dia berkerja. Jadi kalau ada apa-apa perkara, Shieda akan cari dia di pejabat lah.”

“Padan muka dia. Tentu dia akan cari siapa yang menyampaikan berita tu kat ayah Shieda kan. Dia tak kan dapat tahu dengan semudah itu. Baru dia tahu langit tau tinggi rendah. Laut tu dalam cetek. Baru dia tau tak semua orang kampung dia boleh ditipu di pijak di hentak.”

Kereta berhenti di bahu jalan dan Shieda membuka pintu dan turun. Dia memandang aku dengan senyuman yang tetap manis seperti selalu. Aku membalas. Achik dan Padil, anak pak ngah Ajip, begitu asyik dengar apa yang kami bualkan. Dua-dua tak terkata apa. Sudah tidak faham hujung pangkal, apa lagi yang nak dikata? Diam sahajalah.

“Terima kasih Mir susah-susah tumpangkan Shieda. Nanti jemput datang rumah ya.”

“Sama-sama dan insyaAllah jika ada sedikit kelapangan.”

Sampai di halaman rumah, ku lihat mak dan abah telah sedia menanti. Rancak berbual nampaknya mereka. Sambil menjamah ubi kayu bercicah kelapa masin. Petang-petang begini memang enak bila kena ubi kayu dan air kopi. Aku sambut tangan mak dan abah aku. Ku cium tanda hormat.

“Lama dah sampai Mir? Tengok bawa beg besar tu. Cuti lama kot.”

“Sebulan mak, abah... Bulan depan Mir akan ditugaskan di Sarawak. Jadi syarikat bagi cuti sebulan. Jadi Mir balik lah nak habiskan masa di kampung. Dah ke sana nanti bukan dapat balik selalu kan.”

“Awat yang jauh sangat tu? Berapa lama Mir kat sana?”

“Dalam 5 6 tahun jugak kot. Banyak benda nak diuruskan. Cawangan baru syarikat. Mir la ni dah di naik pangkat tu yang kena hantar ke sana. Rezeki Mir kat sana kot. Jauh tak bermakna akan hilang apa-apa kan. Kata orang jauh di mata tapi dekat di hati.”

“Pandai-pandai bawak diri di tempat orang. Jangan tunjuk kita ni hebat sangat. Di mana bumi dipijak, di situ la langit kita junjung.”

“InsyaAllah abah, Mir ingat pesan mak dan abah.”

Telefon bimbit ku berbunyi nyaring. Siapa pula yang callaku lewat malam begini? Gangguan lagikah?

“Hello, Assalamualaikum... Shieda nie.”

“Waalaikumsalam. Aiii Shieda, dah lewat malam ni belum tidur lagi?”

“Belum. Mata susah nak pejam. Sorry la mengganggu Mir kot dah tidur. Bila Mir akan ke Sarawak? Kenapa jauh sangat Mir? Tak kan kerani pun perlu bertukar sejauh tu?”

“Mir dah naik pangkat lah Shieda. Sekarang bukan kerani lagi. Kebetulan cawangan baru di buka di Sabah dan Sarawak. Dan nasib Mir di Sarawak. Kalau Sabah lagi jauh kan? Kenapa?”

“Tak adalah... Jauh sangat. Nanti kalau Shieda ada apa-apa masalah, macam mana nak jumpa Mir? Bukannya murah tambang kapal terbang kan?”

“Shieda datang saja. Mir bayar tambang flight tu. Ha! Call tengah malam tentu ada yang mustahak kan. Boleh Mir tahu?”

“Boleh kita jumpa esok tak? Ada hal penting nak Shieda beritahu kat Mir.”

“Boleh, apa salahnya. Di mana? Shieda datang dengan Tasya?”

“Tak, sorang. Dia kerja pagi esok.”

“OK lah macam tu dalam jam 9 pagi Mir jemput di tepi jalan ya.”

“Mir datang jemput di rumah boleh tak? Ayah pun nak bercakap dengan Wan sekejap. Ayah pesan suruh Shieda beritahu kat Mir. Lagipun Mir bercuti kan. Bukan nak ke mana-mana pun. Tak payah tergesa-gesalah. Sarapan di rumah Shieda ya. ”

“Macam tu, Mir datang rumah pagi esok. Masak nasi lemak tau. Dah lama Mir tak kena nasi lemak. Mengidam dah ni. Kalau tak dapat meleleh lah Mir nanti.”

“Jumpa esok ya... Nanti Shieda masakkan nasi lemak sambal tumis ikan bilis tau.”

Lima belas minit lagi pukul 9. Aku dah berada di halaman rumah Shieda. Haji Malek ku lihat sedang mundar-mandir di beranda. Salam ku berjawab. Haji Malek tersenyum kepadaku. Lega rasa hati yang tadi agak berdebar-debar. Manalah tahu aku akan akan mendapat hinaan seperti dulu lagi? Atau lebih hebat dari dulu? Aku tak tahu malu, dah di tolak masih terhegeh-hegeh nak kan anaknya. Kemungkinan itu tetap ada.

“Naik dulu Mir. Saya ada perkara nak dibincangkan dengan awak. Shieda, bawakan air ke depan.”

“Ada apa hal pak cik? Ada yang saya buat silap ka?”

“Tak... Saya nak ucap terima kasih sebab... Kerana Mir, saya sekeluarga terselamat dari di tipu oleh manusia keparat tu.”

“Eh, pak cik. Saya tak buat apa-apa pun. Cuma beri pendapat saya sahaja kat Shieda apa yang patut dia buat. Dia ada minta pandangan saya. Saya beri pendapat sebagai sahabat.”

“Shieda dah cerita semuanya. Mohd Shaufi tu tak wujud. Tapi orang yang berlakon sebagai dia tu memang wujud dan ada di depan saya. Saya perlu berterima kasih pada Mir.”

“Ooo Shieda dah ceritakan semuanya. Kalau macam tu saya minta maaf sebab menyamar. Saya tak mahu nanti dianggap sebagai merancang merosakkan hasrat orang. Tapi saya rasa saya patut untuk membantu selepas Shieda beritahu saya yang tunangnya bernama Zul dan kerja di ACN. Saya kenal sikit-sikit dengan Zul tu. Dah saya dah dapat maklumat tentang dia. Memang dia tak sebaik orangnya pak cik. Muka memang nampak baik. Tapi hatinya kotor.”

“Saya takkan ceritakan apa-apa sebab saya malu pada Mir, pada anak saya sebab menolak hasrat hati Mir mudah-mudah dan beriya-iya mahukan menantu kaya. Saya salah sebab terlalu melihat harta benda yang saya fikir penjamin kebahagiaan. Bila dia datang, terus terima. Tuhan tu Maha Adil. Rupanya dalam hati dia penuh dengan niat busuk dan kotor. Maafkan saya Mir.”

“Tak mengapa pak cik. Saya dah tak kecil hati pun sebab saya pun sedar saya buat tindakan pun ada yang tergesa-gesa. Jujur saya cakap, dulu saya ada juga terasa hati tapi, nak buat apa berlama-lama. Semua tu takdir untuk saya. La ni pun saya dah gembira dengan kehidupan saya. Walaupun tak mewah, sekurang-kurangnya saya dapat hidup selesa dan gembira.”

“Dengar kata Mir akan bertugas di Sarawak, betul ka? Awat yang jauh sangat. Kerja apa kat sana?”

“Betul pak cik. Awal bulan depan saya berangkat ke sana. Kerja biasa-biasa sahaja. Syarikat baru buka cawangan dan saya diminta membantu pengurusan di sana buat sementara. Saya di sini kerja sebagai ketua kerani. Sekarang tengah bercuti lah.”

“Kerani pun kerja jugak. Janji ada kerja kan. Lagipun ekonomi sekarang bukannya baik sangat. Dapat kerja pun dah cukup baik dari ada kelulusan tapi tak ada kerja. Macam Shieda. Ada ijazah pun kerja kilang saja. Tu pun nasib baik dapat jadi supervisor dah. Saja nak jadi rezeki dia.”

“Jemput minum ayah, jemput minum Mir.”

“Terima kasih Shieda. Pak cik saya nak ajak Shieda jalan-jalan di bandar sekejap. Shieda kata ada hal dia nak bincang dengan saya. Jadi, nak minta izin pak cik lah.”

“Boleh, saya izinkan tapi jangan lewat sangat pulang. Nanti tak manis orang pandang.”

“Terima ksih pak cik. Saya akan pulang secepat yang mungkin lah sebab saya pun tak mahu nama kita jadi buah mulut orang.”

“Saya kasihankan Shieda tu. Nasib dia selalu malang. Tapi dia tak pernah nak mengalah. Baginya itu semua dah takdir dari Yang Esa dan sebagai hamba, kena patuh dan redha. Saya harap lepas ni nasib Shieda akan lebih baik dan dia akan gembira seperti dulu.”

“InsyaAllah pak cik. Shieda budak baik. Pasti kelak dia akan mengecap erti bahagia yang sebenar.”

Di pantai Teluk Batik tempat yang sering menyaksi pertemuan kami sebelumnya kini menjadi saksi sekali lagi. Batu tempat kami selalu duduk berbual menjadi singgahan kami lagi. Aku menanti untuk Shieda bersuara. Dari tadi asyik membisu. Handset berbunyi lagi.

“Hai.. A’kum. Mir buat pe? Pinki di pekan. Jln2 cuti ni. Bosan sgt. Projek OK mcm exam juga. Yakin la excellent. Kalau cemerlang Mir kena bagi hadiah kat Pinki tau.”

“Hai, Wslm... Boleh.. Mir bagi hadiah plg special nanti. Ckp apa aja yg Pinki nak.”

“Kereta? Hahahahahaha x lah. Apa aja Mir bagi Pinki terima. Yg pnting, Mir kena bg hadiah tau.”

“OK... Mir bg la Pinki syg oiiii... Mcm2 la Pinki ni.”

“Thanks.. Ni yg buat Pinki jatuh cinta ni. Mir, i lip lap lip lap you.”

“Hey... :-) mcm2. OK, layan ajalah. x layan kang, kot ada yg kecik hati. i lip lap lip lap you 2 3 4ever.”

“Mir jahat lah.. Selalu kenakan Pinki. x pe, nanti jumpa Pinki pula kenakan Mir.”

“Mir x jahat yer.. NaKaL... Dah Pinki pun nakal...:-p”

Shieda membiarkan aku bermessage seketika. Dia menghadap mukanya ke arah laut Selat Melaka yang membiru. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup mencium pipinya yang putih bersih. Terasa ada riak mencuka di wajahnya. Aku dapat meneka apa yang bermain di dalam fikirannya saat ini. Kekecewaan yang kesekian kalinya dalam soal hati. Terasa nasib kami sama.

Sorry, kawan SMS tadi... OK, Cakaplah apa yang Shieda nak cakapkan. Mir menanti ni. Tertanya-tanya juga apa yang Shieda nak bagitau Mir. Tentu sesuatu yang penting sangat.”

“Kawan lelaki ke perempuan? Istimewa?”

“Kawan biasa. Mir tak pernah jumpa dia pun. Kenal melalui SMS sahaja. Tapi seronok juga main SMS dengan dia. Terhibur juga dengan sikap nakal dia. Okey, lupakan pasal dia. Mir nak dengar apa yang Shieda nak beritahu Mir sekarang.”

“.....Mulanya Shieda nak ucap terima kasih sebab telah membantu menyelesaikan masalah Shieda. Kedua nak minta maaf sebab menceritakan hal sebenar pada ayah walaupun kita dah janji ini semua rahsia kita. Mir memang sahabat yang sangat baik.”

“Tak mengapalah. Itu gunanya sahabat. Bukan sahaja ada diwaktu kita bergembira tetapi hilang di kala kita berduka, kita memerlukan seseorang. Dan Mir memang begitukan. Tak mau tengok kawan Mir bersedih dan menanggung masalah sorang-sorang.”

Thanks... Kelmarin ayah ada tanya Shieda. Apa yang akan membuatkan Shieda rasa gembira? Dan Shieda beritahu yang Shieda akan rasa gembira jika Shieda dapat apa yang Shieda impikan.”

“Apa yang Shieda impikan?”

“Shieda beritahu ayah yang Shieda mahu kembali kepada Mir. Dan mahu ayah menerima walaupun Shieda mungkin sekali lagi kecewa jika ayah masih dengan prinsipnya. Mahukan menantu berharta. Tapi... Ayah tak macam tu. Ayah menerima permintaan Shieda dan beritahu dia akan terima siapa juga lelaki pilihan Shieda. Asalkan Shieda gembira. So, kiranya masih punya ruang di hati Mir, Shieda ingin menjadi sebahagian dari diri Mir. Shieda ingin kembali ke pangkuan Mir.”

Aku tak tahu nak cakap apa. Berat benar permintaan Shieda. Luka yang ditinggalkan Haji Malik masih punya bekas yang belum sembuh. Bukan kerana dia menolak lamaran ku tetapi menghina nasib ku di depan mak dan abah ku. Aku malu kerana hinaan itu cuma aku tak luahkan sahaja. Biarlah aku simpan sebagai kenangan buat diriku. Memang aku tak marah tapi aku menyimpan rasa.

“Shieda... Permintaan Shieda tu terlalu berat. Memang Mir gembira sebab kita tiada halangan lagi jika mahu mengulangi kisah kita satu masa dulu. Sekurang-kurangnya doa Mir selama ini, akhirnya di makbulkan Tuhan. Tapi Mir perlu fikir masak-masak sebab ini melibatkan soal hati, perasaan dan soal masa depan Mir dan kita. Jangan kerana peluang yang terbuka di depan mata kita tak fikir lagi hal lain. Kelak kita akan menderita sendiri. Mir harap Shieda faham tak tak salah faham. Berikan Mir sikit masa untuk memikirkan hal ni ya.”

“Tak mengapalah. Shieda akan tunggu tak kisah berapa lama. Asalkan keputusan Mir kelak adalah keputusan yang menggembirakan. Shieda memang berharap sangat sebab ini lah kesempatan yang Siheda tunggu selama ini. Shieda tak pernah menyintai lelaki lain selain Mir. Shieda tak mampu nak menyintai lelaki lain selain Mir. Shieda perlukan Mir sebagai teman hidup Shieda. Shieda yakin yang Mir mampu menggembirakan Shieda.”

Thanks atas kepercayaan Shieda tu. Dan Mir pun memang impikan peluang sebegini. Tapi Mir perlukan masa sebab Mir pun banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Apa lagi Mir akan ke Sarawak bulan depan. Tentu banyak perkara yang perlu Mir dahulukan.”

“Shieda akan tunggu. Tapi, please jangan kecewakan Shieda kali ni ya. Kita pernah berjanji dulu kan yang kita akan ambil setiap peluang yang ada selagi ianya memberikan kebaikan buat kita. Dan satu yang Shieda harap Mir faham. Shieda tak mampu nak terima lelaki lain selain Mir.“

.......pertemuan itu berakhir tanpa jawapan pasti dariku. Memang permintaan Shieda kali ni agak berat dan bersungguh-sungguh. Satu sudut aku gembira, tetapi sudut yang lain, aku perlu berfikir. Aku takut memori luka terus menjadi santapan hatiku. Cukup lah kepedihan yang aku timpakan buatnya selama ini. Aku mahu menghadiahkan kegembiraan yang berkekalan buat hatiku. Tidak mahu lagi hati ini terus menangis dan meratap. Kisah sedih bagiku sudah berlalu.


BAB 5 : Kekalkanlah Ketenangan Ini


Malam itu ramai orang yang bertamu ke rumah mak abah ku. Kenduri kecil dibuat sebagai tanda doa selamat dan sebagai majlis perpisahan aku. Ibu begitu sibuk di dapur dan abah menyambut tetamu yang hadir. Angah, Alang, Shieda dan Tasya turut sama bertungkus-lumus membantu ibu di dapur. Aku berbual-bual kecil dengan teman-teman sepermainan ketika aku masih di sini. Ucu dan Achik begitu seronok bermain kejar-kejar bersama rakan-rakannya di halaman rumah. Doa selamat dibaca oleh Haji Zainol dan selepas tu masing-masing berjamu selera sambil berbual-bual sesama mereka.

Menjelang jam 10 semua tetamu mula bersurai sorang demi seorang. Shieda dan Tasya masih lagi membantu di dapur. Sama-sama mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga yang kotor. Memang penat tapi menggembirakan bila kerja dilakukan beramai-ramai. Tak terasa letihnya.

“Mak cik, Shieda pulang dulu ya. Ramai betul orang datang malam ni.”

“Terima kasih Shieda ya. Tasya, terima kasih ya. Mudah kerja mak cik bila kamu berdua tolong tadi.”

“Tolong sikit-sikit saja tu mak cik.”

Aku terus mengemas barang-barangku. Angah, Alang, Ucu dan Achik turut membantu. Emak dan abah hanya melihat dari kejauhan. Aku mendapatkan mereka.

“Wan, tadi Haji Malek berbual-bual dengan ayah. Dia minta maaf atas apa yang dia katakan pada kamu dulu. Dia kata kamu dah membantu selamatkan keluarganya. Kamu masih menyimpan rasa kat mereka lagi ka? Buang-buanglah kalau ada. Tak elok berdendam ni.”

“Tak dak lah abah. Saya tak simpan dendam pun. Haji Malek berhak untuk buat sebarang keputusan”

Pagi esoknya ramai sanak saudara dan sahabat handai yang datang untuk mengucapkan selamat djalan buatku. Terasa sebak sangat-sangat di saat akhir ini. Shieda dan Tasya juga terkocoh-kocoh datang. Peluh membasahi wajahnya yang sudah kemerahan. Kasihan benar aku lihat. Tentu mereka berlari tadi untuk menemuiku. Termengah-mengah mereka menahan nafas yang hampir semput. Aku tersenyum melihat mereka. Dua sahabat yang terbaik bagiku.

“Nah.... Khas dari aku untuk ko. Jangan buang tau. Aku tau harga dia murah tapi yang penting aku ikhlas nak bagi kat ko. Buka bila ko dah sampai di Sarawak tau. Kalau ko bukak sebelum sampai, aku ucap hai hai bye bye kat ko. Amanah aku ni.”

“Ye lah, aku bukak kat sana. Batu permata kot yang dok kalut suruh bukak nanti. Jangan ko letak bom sudahlah. Aku tak mahu badan aku tinggal tulang rangka. Hahahahahaha.”

“Mir... Untuk Mir. Shieda tak tahu nak bagi apa selain yang ini. Harap Mir sudi terima dan simpan sebagai kenangan tak seberapa dari Shieda ya. Tapi, jika Mir sudi... Shieda boleh berikan hadiah yang lebih bermakna dari ini. Shieda mahu memberikan diri dan hidup Shieda buat Mir.”

Aku kucup tangan dan memeluk erat abah, mak, Angah, Ucu dan Achik. Tangan Ali ku jabat erat seteguh harapan ku agar dia menjaga Angah dengan baik. Aku melambai tangan buat teman-teman dan tetamu yang hadir dan terus berlalu. Shieda dan Tasya melambai tangan sehingga semuanya hilang di sebalik selekoh ke jalan besar. Perasaanku bercampur baur ketika itu. Antara suka dan duka. Dato’ awal-awal lagi sudah berada di KLIA. Hotel Pasific, KLIA lah tempah istirehatnya malam itu. Beberapa orang teman sepejabat turut hadir mengiringi pemergianku.

“Laksanakan tanggungjawab awak dengan sebaik mungkin. Saya percaya awak tak kan kecewakan saya. Saya yakin dengan awak. Apa-apa hal contact ke sini segera. Jaga diri baik-baik.”

“InsyaAllah Dato’, saya akan cuba yang terbaik dan termampu saya lakukan.”

Aku memasuki balai berlepas dengan tenang. Aku perhati keadaan yang serba baru bagiku. Aku jejak kan kaki ku lagi di KLIA tetapi buat pertama kali aku akan menaiki kapal terbang merentasi Laut China Selatan. Perasaan gemuruh dan gembira silih ganti. Di satu sudut aku lihat seseorang yang seperti pernah ku kenal. Tapi ku tak ingat di mana. Dia memandang aku dan tersenyum. Langsung dia menghampiriku.

“Wani? Cik Wani kan? Kalau saya tak silap orang.”

“Saya lah ni. Tak sangka jumpa lagi kita ya. Masih kenal lagi awak ye pada Wani. Kita jumpa di majlis dinner kolej tahun lepas. Tina apa khabar? Dah bersatu ke?”

Kenapa nama itu disebut kembali? Aku tak mahu ia diulang sebut. Aku pasti kan sedih tiap kali nama itu bergema di telingaku. Tapi Wani tak salah. Dia tak tahu apa yang berlaku.

“Tina dah tak ada. Dia kemalangan 3 bulan yang lalu.”

“Ye ke? Maaf ya. Wani tak tahu. Dah takdir begitu kan. So, nak ke mana ni?”

“Kuching. Saya diarahkan bertugas di cawangan baru. Awak pula. Kerja juga ke?”

“Tak. Makan angin seminggu di Labuan. Saja nak melihat-lihat. Orang kata sana hebat dan cantik. So, alang-alang bercuti ni, apa salahnya ke sana kan? Saya sekarang buka butik di Bukit Bintang.”

Bestnya awak. Dapat peluang makan angin ke tempat yang awak ingini. Saya dulu tak ada lah nak rasa peluang sebegini. Hebat awak kan?”

“Tak lah.. Kesempatan tu ada why not i take it? Kata orang rezeki jangan ditolak. Eh, hari tu saya ada ke office awak. Tapi awak tak ada. Out stationke?”

“Bila? Ke awak yang berikan saya bunga dan bunga kuning tempoh hari. Betul ke tekaan saya?”

Well... Ya, saya yang beri. Just suka-suka. Kita kawan kan. Awak marah ke?”

“Tak.. Cuma tertanya-tanya siapa yang beri.”

“Saya yang beri. Alang-alang dah datangkan. Niat saya sekadar untuk tanda persahabatan kita yang tetap wujud walaupun jarang berhubung. Okey lah, jumpa lagi ya. Bye.”

Berderau darahku apabila kapal terbang bergerak dan naik ke langit biru. Aku perhatikan dari tingkap. Kereta, rumah-rumah dan segalanya kian kecil dari pandangan. Bermakna aku semakin tinggi di atas. Sesekali membelah awan putih. Terasa bagaikan berada di kutub. Di sekelilingku putih dengan awan. Aku ingin turun berjalan-jalan di atas awan. Tapi mampukah aku? Lamunan terhenti serta-merta bila seorang paramugari menghidang makanan di depanku. Dia tersenyum manis. Aku terfikir kata-kata temanku yang beriya-iya mengatakan paramugara dan paramugari hanya bermanis muka di dalam pesawat. Bila dah turun jangan harap lah muha manis itu berulang lagi. Semuanya menyombong.

“Tuan-tuan dan puan-puan. Kita akan mendarat sebentar lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sila betulkan tempat duduk anda dan pakaikan tali pinggang keselamatan. Terima kasih.”

Sekali lagi berderau jantung darahku. Sakit dada dan pedih telingaku sebaik sahaja kapal terbang mendarat di landasan. Di ruang legar Wani menghulurkan kad bussiness pada ku dan aku membalas dengan kadku. Aku tak tahu ke mana arah yang perlu ku tuju. Ikut kata Dato’ Karim ada seseorang akan menanti aku di ruang legar. Memang betul pun. Aku melihat ada seorang lelaki agak berumur memegang kertas tertera namaku.

“Encik Mir Sharifuddin..”

“Selamat datang ke Sarawak tuan. Sila ikut saya. Saya tunjukkan rumah tuan. Saya Hazlan, driver tuan di sini. Boleh panggil saya Pak Lan. Jika tuan mahu ke mana-mana saya boleh bawakan tuan.”

“Oh.. Terima kasih. Saya fikir saya mahu berehat dahulu petang ni. Malam nanti kita pusing-pusing Kuching nya pak Lan.”

“Baik lah. Malam ni kita ke Satok.”

“Apa tu pak Lan?”

“Pasar minggu. Macam pasar malam di Semenanjung. Rumah tuan di Taman Green Height. Dekat dengan airport juga. Tapi agak jauh dari office. Tapi tak jadi masalah sebab pak Lan dah biasa benar dengan jalan-jalan di Kuching. Dah lama pak Lan di sini. Rumah pak Lan di Petra Jaya. Cantik betul pejabat baru syarikat tuan.”

“Ye ke? Siapa yang dah ada di pejabat tu?”

“Selain saya sebagai pemandu, ada 3 orang guard dan beberapa orang staff yang sudah datang lebih awal dari tuan. Semua orang semenanjung. Kata Dato’ syarikat hanya akan beroperasi 2 bulan lagi. Awal-awal ni hanya proses ambil pekerja.”

Kereta membelok perlahan ke Taman Green Height. Rumah banglo 2 tingkat bercat biru laut nampak begitu mendamaikan. Pak Lan mengangkat beg-beg aku masuk ke dalam rumah. Sengaja ku tinjau-tinjau persekitaran. Ada beberapa pasang mata yang memerhati. Mungkin ingin tahu siapa tetamu yang baru hadir ini. Aku tak mengambil pusing. Masih punya banyak masa untuk kenali tetanggaku.

Pak Lan meminta izin untuk pulang sebentar. Semua barang dapur telah siap tersedia dan hanya menanti untuk dimasak. Makanan ringan juga penuh di dalam peti ais. Pepsi menjadi pilihanku untuk menghilangkan rasa dahaga yang membahang. Ku angkut beberapa bungkus snek ringan ke ruang tamu. Sambil menonton siaran channel 40 HBO aku mengunyah mengisi perut yang sedikit lapar. Di luar ku lihat bagaikan gelap. Ku perhatikan jam di tangan baru menunjukkan jam 6.30 petang. Takkan nak hujan sedangkan sebentar tadi matahari memancar terik? Bagus juga jika hujan turun. Baru ada semangat nak tidur nyenyak.

Baru ku teringat yang aku kini bukan di Kuala Lumpur. Tapi di bumi Sarawak yang mengikut perkiraan sebenar 40 minit lebih awal dari waktu sebenar. Jika diikutkan, sekarang sudah menjangkau jam 7.10 malam. Aku tersenyum mengenangkan kebodohanku yang tidak disengajakan. Ini semua hasil idea bekas Perdana Menteri Malaysia dulu. Dato’ Seri Dr. Mahathir yang mahu menyeragamkan waktu di seluruh Malaysia. Tak kisahlah dan aku terlelap.

“Welcome to Sarawak Tuan Mir!! Mcm na negeri tanah tumpah darah Pinki?”

“Interesting. M’damaikan & cantik. x busy mcm KL. Bila Pinki balik? Boleh Mir jemput di airport?”

“Pinki x turun Kuching. Terus ke Sibu. Raya ujung thn lah pulang.Student x boleh blk slalu. Bankrap la Pinki. Lain la Mir sponsor tiket hahahahahaha. Nak tanya, pdpt Mir ttg Pinki secara umum. Wpun x xnah jumpa, at least ada gambaran yg blh diberikan.”

“Pinki... OK, ceria, nakal, matured wpun masih muda, open.. dan teman yg baik. Mir?”

“Mir... hampeh, x hensem, ego,boya darat... heheheheheheheh.. x lah, usik aja. Setakat yg Pinki blh bagitau, Mir OK, baik, open juga, very caring, ikhlas bkawan, sedia mbantu, dlm kata yg mudah layak di buat laki hahahahahahahaha”

“Hampeh!!! Kutuk Mir yer... x pe ada lori ada bas, hari2 aku bls hahahahaha. Thanks atas pdpt. But, it’s me. bkawan ikhlas sbb mrk juga ikhlas dgn Mir.”

Pinki... Gadis yang masih menjadi misteri buatku. Tak banyak yang ku tahu tentang dia. Malah tak pasti sama ada yang aku ketahui itu benar-benar tentang dia atau dia sekadar menyamar? Hanya dia yang tahu. Apa sekalipun, ku rasa ada keserasian antara aku dan Pinki. Kami bebas untuk berbual dan bercakap apa sahaja. Saling mengutuk, mengusik tanpa perlu fikir ada pihak yang berkecil hati. masing-masing tahu niat dan tujuan usikan dan kutukan. Sekadar untuk mengeratkan lagi ikatan yang dibina. Pinki matang berbanding usianya. Aku terasa ingin benar mengenalinya secara berdepan. Ingin ku face toface dengannya agar aku dapat membuat kesimpulan, apakah Pinki yang ku kenali di dalam SMS sama seperti yang ku kenal di depan mata? Hanya masa yang akan menentukan bilakah kami akan bertemu muka. Harap-harap tak terlalu lama. Aku bukan seorang yang sabar menanti.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam pejabat, beberapa orang pekerja menyambut dengan senyuman. Tersusun rapi setiap perabot dan kemudahan syarikat. Aku terus ke pejabat ku yang terletak di tingkat 4. Luas dan mendamaikan. Jauh di pandangan aku terlihat sesuatu seperti kubah masjid. Cantik dan unik. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang dapat ku perhatikan dari tingkat 4 syarikat baru ku ini. Kelihatan sungai menjalar bagaikan ular kena palu. Berlekok-lekok tetapi menarik sekali dipandang dari kejauhan.

“Itu pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara. Orang panggil DBKU. Memang terletak di atas bukit. Kita ada DBKU dan DBKS di selatan Kuching. Tapi yang utara lagi majulah. Yang belekok tu sungai Sarawak. Menarik kan bentuknya.”

“Ya lah. Cantik sangat-sangat. Eh, Pak Lan ada apa-apa plan ke petang ni? Kalau ada, pak Lan boleh buat kerja pak Lan dulu. Saya tak kan ke mana-mana sepanjang hari ni. Banyak yang nak saya uruskan. Pak Lan jemput saya jam 10 malam ni ya. Tolong belikan makanan untuk saya. Pak Lan beli lah apa-apa pun.”

“Baik lah tuan. Dalam pukul 9.30 saya datang jemput tuan. Saya minta diri dulu.”

“Tak perlu bertuan-tuan dengan saya. Panggil Mir pun tak pe.”

“Tak boleh tuan. Pak Lan kena hormat majikan walaupun dia lebih muda dari pak Lan.”

Aku kemaskan barang-barang ku dahulu dan tangan ku tersentuh 3 buah buku berwarna pink, biru dan kuning. Baru aku teringat tentang diari Tina yang belum habis ku baca. Diari yang ketiga yang belum ku baca. Diari tahun ini yang tak akan ada catatan lagi. Pemiliknya telah tiada lagi.

4 Mac – Hari ini datang lagi. Tentu Mir terkejut dengan kedatangan bunga ros putih di biliknya pagi ini. Sengaja aku tempah khas dan tidak meletakkan namaku. Seutas jam tangan juga aku sediakan khas untuk meraikan hari ulang tahun perkenalan dan persahabatan kami.

16 April – Hari ini begitu istimewa buatku. Sememangnya setiap kali tiba tarikh ini, kolej kediaman ku akan mengadakan annual dinner. Sebelum ini aku pasti mengajak papa ke majlis ini. Kali ni aku mahu membawa Mir. Aku mahu tunjukkan kepada teman-teman ku yang aku telah temui buah hati yang amat aku sayangi. Biar semua orang memuji kekacakannya, kebijaksanaannya dan baik budinya. Aku mahu tunjuk pada Wani, pada Carnolie, pada Mas dan pada setiap mata-mata yang selama ini kerap mempersenda diriku. Mereka kata aku tak akan memiliki teman lelaki kerana ini anak orang kaya tapi kolot. Tak up to date. Macam anak patung yang nampak cantik tapi tak tahu berhias sendiri.

7.30 malam : Semua mata memandang ke arah dan Mir. Bangganya aku apabila semua mata melihat dan ada yang berbisik sesama sendiri. Aku mahu semua mulut-mulut yang meremehkan diri ku selama ini terdiam. Baru mereka tahu. Aku juga mampu memiliki teman yang sehebat Mir. Tapi kenapa dia melayan Wani? Aku cemburu melihat Wani begitu rancak berbual dengan mu. Tidakkah kau sedar yang kau datang bersama ku? Kenapa kau mesti melayan orang lain? Tidak aku? Tapi aku tak tunjuk cemburu ku kerana aku tak mahu kau merasai rasa cemburu ku ini.

1 Jun – hari ini aku mengajak Mir makan malam dan aku mahu luahkan benar-benar isi hatiku biar dia tahu. Aku tak mampu lagi untuk menanti sehingga hari lahirnya. Aku bimbang lidahku akan kelu seperti mana sebelumnya. Aku mahu Mir tahu aku serius mahu bersamanya. Aku tak mahu terus terikat dan diikat atas nama abang-adik atau atas nama sahabat. Aku mahu ikatan ini beralih atas nama kekasih. Aku mahu menjadi kekasih mu. Aku mahu kau menjadi kekasih ku. Akan ku luahkan agar kau dengar hatiku menjerit “AKU CINTAKAN KAMU”..

9.00 malam : Aku luahkan segalanya. Namun aku kecewa kau seolah-olah tidak dapat menerima luahan hati ku. Aku benar-benar kecewa. Apa kurangnya aku? Ataupun kau sudah punya seseorang yang kau buru. Yang kau tunggu. Tak kisah lah. Yang penting kau sudah mengetahui isi hatiku. Aku akan tunggu kau membuat keputusan untuk menerima ku. Sampai bila aku tak pasti. Namun, pasti ku tunggu jawapan kasih darimmu.

Aku tak mahu bertemu dengan dirimu buat seketika. Aku rasa malu kau tidak menerima luahan hatiku pada malam ini. Aku malu kerana aku seolah-olah bertepuk sebelah tangan. Biar semua orang fikir yang aku kecewa sebab cinta ku di tolak. Aku bukan kecewa tapi aku mahu menenangkan diriku buat seketika. Aku perlu berseorangan. Bersendirian bagiku suatu yang mendamaikan. Aku pasti bertemu denganmu semula pada hari lahirmu.

18 Jun – Selamat hari lahir sayangku. Aku mahu bersamanya hari ini. Dan paling utama aku mahu tahu jawapan kasih darimu. Kau mesti tunggu aku hari ini. Kau mesti bertemu dengan ku hari ini. Aku tak pasti, tapi mungkin juga ini merupakan pertemuan terakhir buat kita. Hatiku sering berdebar kuat akhir-akhir ini. Aku sering termimpikan yang aku berjalan bersorangan di padang yang luas. Apakah maknanya mimpi ku ini? Aku perlu bertemu dengan mu Mir. Aku mahu ungkap lagi sekali yang aku amat-amat menyintai dirimu. Tunggu lah kedatanganku sayang.

Aku menutup diari berwarna kuning itu sebaik sahaja selesai membaca perenggan terakhir yang di tulis Tina. Tina seolah-olah sudah tahu yang dia akan pergi. Tetapi kenapa harus begitu awal? Takdir mu begitu kejam Tina. Kau pergi tanpa sempat kau memiliki apa yang kau hajati. Ku buka pula hadiah pemberian Shieda dan Tasya. Shieda memberikan aku tali leher berwarna kuning dan bercorak Mickey Mouse yang memang menjadi kegemaran ku. Tasya hadiahkan aku sebatang pen Parker yang tercatat “MIR S. & TASYA ~ teman Sehati & Sejiwa Kini & Selamanya”. Terima kasih teman....

Aku teringat kotak pemberian Tina di hari terakhir aku bertemu dengannya. Aku segera menggapai kota itu di dalam beg yang belum berkemas. Ku buka perlahan reben yang mengikat kotak kecil itu. Aku lihat apa yang ada di dalam kotak baldu itu. Aku terkasima seketika. Memang tidak ku jangka apa yang aku dapat ketika ini. Seutas jam tangan bertatah berlian yang mana ditengahnya tercatat kata-kata yang aku sendiri dapat bayangkan harapannya. I LOVE U. Di belakang jam juga tertera satu ayat yang memang aku sudah jangka. “TINA - MIR de’ greatest loving couple” . Mengapa Tina sanggup berhabis kerana aku? Aku tak faham apa yang dipandang oleh Tina.

Aku kenakan jam itu ke tangan ku. Sekeping kad yang indah kata-katanya ku baca dan ku letakkan di atas meja. Aku tak sanggup lagi untuk mengenangkan kisah Tina. Ianya lebih mengganggu daripada mendamaikan hidupku. Aku mahu kedatangan ku ke bumi Sarawak ini akan dimulakan dengan cerita yang serba baru. Jam ini biarlah menjadi satu-satunya kenangan aku bersama Tina. Aku mahu jadi-kan jam ini sebagai tanda semangat untuk aku bekerja dengan penuh jujur dan dedikasi. Aku tak mahu yang lainnya. Biarlah itu semua ku tinggalkan sebagai kenangan antara aku dan dia.

Trootttt trootttt trootttt handset ku berbunyi dan bergetar. Segera ku gapai dan menekan butang hijau.

“Waalaikumsalam. Baik Alhamdulillah. Maaflah, banyak yang Mir perlu uruskan di sini. Sampai tak berkesempatan untuk menelefon ke kampung. Shieda apa khabar?”

“Khabar baik... Ayah kirim salam. Keluarga Mir pun kirim salam. Mereka pesan kalau Shieda call, sampaikan salam mereka buat Mir. Shieda just nak tanya bagaimana Sarawak. Best tak?”

“Bolehlah. Cantik juga pemandangan di sini. Tapi tak sesibuk Ipoh apa lagi KL. Orang-orang di sini ramah belaka. Cuma bahasa yang jadi masalah dan Mir nak kena atasi. Agak lain sikit cara mereka bercakap dan banyak perkataan yang Mir tak tahu.”

“Lama-lama nanti faham lah tu. Dah jumpa orang sana ke?”

“Baru seminggu Shieda. Mana sempat nak cari hahahahahaha. Kerja di office pun tak terkejar lagi ni. Minggu depan dah dilancarkan walking interview. Hope tak ada apa-apa problem dan ada lah calon yang berkeyakan. Shieda tak nak kerja sini ke?”

“Tak nak lah. Shieda nak jadi suri rumah Mir aja. Tak mahu kerja lagi. Nak beri perhatian pada famili yang bakal kita bina. Oppsss, sorry lah.. Shieda mengusik aja. Shieda nak tanya ni. Mir fikir tak permintaan Shieda? Shieda mengharapkan jawapan positif Mir tau.”

“Sabar lah Sieda, Mir busy sangat-sangat sekarang ni. Bagi peluang untuk Mir bernafas dulu ya...”

“Mir... Senang sahaja nak buat keputusan. Terima Shieda dan kita cuba untuk membina hidup yang membahagiakan hingga akhir hayat atau Shieda pergi dari hidup Mir. Mir lupakan Shieda buat selama nya.Tak ada gunanya Shieda terus menanti sedangkan Shieda tahu impian Shieda tak akan jadi kenyataan. Shieda tak sanggup nak kecewa lagi sekali dengan Mir. Shieda benar-benar mahu hidup bersama Mir. Bahagia bersama Mir. Memberi dan menerima kasih sayang. Tapi, kalau Mir tak sedia bersama Shieda. Mir teragak-agak... Biarkan Shieda berlalu. Shieda tak sanggup menunggu.”

“Shieda... Shieda minta Mir buat keputusan seperti yang Shieda mahu. Shieda tak bagi Mir peluang untuk berfikir. Seolah-olah hukuman mandatori telah dijatuhkan ke atas Mir. Jika Mir tolak, Mir akan hilang Shieda. Shieda tak mahu menjadi teman Mir lagi kan. Bermakna nak tak nak Mir mesti terima Shieda. Jangan buat Mir macam ni Shieda. Mir perlu berfikir dalam-dalam.”

“Tak.. Shieda tak paksa pun Mir terima Shieda. Cuma Shieda cakap Shieda tak sanggup untuk terus bersama Mir jika Mir tak dapat menerima Shieda sebagai kekasih hati. Kenapa dulu sewaktu kita saling memerlukan dan kita diuji... Kita sanggup hadapi sehingga ke usaha terakhir. Tapi kini bila dah ada di depan mata, peluang ini kita mahu lepaskan? OK lah Mir... Kita jumpa lagi ya nanti. Tapi please fikirkan apa yang Shieda katakan tadi ya. Shieda amat-amat menantikan jawapan yang paling menggembirakan. Bye.”

Kata putus yang Shieda mahukan cukup berat bagiku. Menerimanya bermakna kami telah mendapat peluang kedua yang aku pasti tiada halangan lagi. Ayah Sieda pun telah menerima aku seadanya. Tapi aku tak mahu terus menerima sebab aku terkenangkan hinaan ayahnya satu masa dulu. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Mana tahu kelak, terjadi lagi penolakan seperti sebelumnya. Aku jua yang akan kecewa. Tapi, kalau aku menolak luahan hatinya bermakna aku akan kehilangan Shieda buat selamanya. Apa yang harus aku buat. Keputusan yang bagaimana harus aku putuskan? Aku benar-benar tertekan ketika ini. Tertekan dengan kerja yang bertimbun dan juga tertekan untuk membuat satu keputusan yang jelas buat Shieda. Aku tak tahu kepada siapa yang harus ku luahkan.

“Hey ko.. Lama tak contact aku. Ingat dah dapat gadis iban, ko lupa kat aku ni. Apa pulak kes kali ni?”

Thanks, ko tahu apa yang aku fikirkan. Aku perlukan teman untuk aku luah dan aku yakin, ko dapat fahami diri aku. Ko mesti tolong bagi aku idea untuk aku campak jauh-jauh kekalutan dalam diri aku. Aku dah puas fikir tapi tak tahu keputusan yang macam mana yang paling baik. Ditelan mati mak, di luah mati bapak. Tolong kah aku Tasya.”

“Aiii... macam berat benar bunyinya sampai nak telan nak luah mak bapak ni. Rileks la kawan. Cerita kat aku apa masalah ko. InsyaAllah aku boleh tolong kalau aku mampu.”

“Pasal kerja aku tak kisah. Aku boleh handle semuanya kot. Ni soal hati yang buat aku migrain. Kau dah tahu ke tentang Shieda? Kot dia ada cerita apa-apa kat ko?”

“Cerita apa? Dia tak bagitau apa-apa pun kat aku. Awat dengan dia? Dia nak rujuk dengan ko ka? Baguih la. Ni kan peluang yang ko dok tunggu selama ni. Apa susahnya? Apa yang peningnya?”

“Memang aku dok tunggu peluang macam ni. Tapi aku kena fikir dalam-dalam. Aku tak mau pisang berbuah dua kali. Aku rasa perit sangat-sangat bila niat baik aku dulu dipersenda oleh ayah dia. Aku dihina seolah-olah aku terlalu kotor pada pandangan dia.”

“Mir... Ko buang la yang sudah-sudah tu. Bina yang baru. Ko dengan Shieda pun dah lama saling kenal hati budi kan. Lagipun aku masih ingat ko ada cakap kat aku. Ko tak kan lepaskan peluang jika peluang itu datang dan ko sememangnya menantikan peluang tu tiba. Shieda tu baik orangnya. Amat sesuai sangat dengan ko. Jangan fikir lagi lah. Terima saja habis cerita.”

“Ko cakap senang la. Tak kena batang hidung ko. Cuba ko di tempat aku. Mau kelepiaq juga ko.”

“Rilek la brader. Slow-slow la. Jangan dok kalut. Kalau dok pikiaq gila babi, ko pun jadi gila. Tenang OK. Berdepan dengan masalah. Jangan lari, jangan mengalah sebelum ko cuba. Ko fikir baik-baik, ko buat solat istikharah. Itu yang paling baik. Minta pertolongan dan petunjuk dari Dia Yang Agong. Dia pasti akan bantu ko kelak. Dia tak kan biar hamba-Nya. Apa-apa hal ko kongsi dengan aku. Aku cuba lah tolong setakat yang aku mampu. Tapi aku tak janji yang aku mesti tolong ko. Kalau mampu.”

Thanks Tasya. Ko la sahabat terbaik aku dunia akhirat. Aku akan buat solat istikharah tu. Aku rasa ini lah jalan paling baik yang patut aku buat. Mungkin aku kabur antara nak terima dan tak. Mana yang terbaik untuk aku. Menerima kembali atau terus dengan cara aku. Biarkan apa yang berlalu tu pergi. Aku kalau boleh nak settle benda ni cepat-cepat. Banyak kerja lain lagi yang aku nak buat. OK lah Alia... Aku ada kerja lagi ni. Jumpa nanti ya. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Haru biru fikiran ku dengan Shieda. Tak tahu apa yang harus aku lakukan. Menolak bererti aku akan kehilangan seorang teman. Menerima, belum tentu aku akan bahagia jika kelak ayahnya tetap seperti dahulu. Atau aku perlu mendedahkan siapa diriku yang sebenarnya kini? Tidak, aku tak boleh dedah-kan lagi rahsia diriku buat masa ini. Biar tiba masa yang sesuai, semuanya akan terdedah. Tasya minta aku terima dan beri peluang kedua buat Shieda. Tapi ini bukan soal peluang. Ini soal masa depan aku dan masa depan Shieda. Aku tak faham kenapa aku menjadi serba salah ketika ini.

Dengan siapa aku nak luahkan lagi pergolakan jiwa yang sedang bermukim di hati aku? Aku tahu siapa yang boleh aku luahkan rasa ketika ini. Pinki si gadis misteri. Aku mahu dia ada bersamaku ketika ini. Aku perlukan teman yang mampu menenangkan aku ketika ini.

“Pinki... Mir x tau, tp Mir rasa Pinki dpt beri pdpt. Soal Hati... x-awek Mir nak rujuk kembali dgn Mir dan dia bagi kata 2. Terima dia atau kehilangan dia buat selamanya. Apa yg patut Mir buat?”

“Mir syg dia? Mir cinta dia? Mir impikan dia? Kalau semua jawapan YA... Terima!! Kalau salah 1 jwpn X... Fikir semula!!Jgn krn nak jaga hati dia, kita sendiri mkn hati.”

“3 3 jwpannya YA.. Tp Mir takut kisah lama b’ulang. Ayah dia halang lg ke, apa ke? Mir x sggp nak terus mkn hati. Ikut hati, mmg Mir beri peluang. Tp entah la...”

“Sabar... Minta petunjuk dari Dia. InsyaAllah, Dia akan bantu tnjuk jalan. Jgn fikir sgt.. Nnti kesihatan sndiri tjejas. Esok Mir ada tugas pentingkan. Tumpu pada kerja. Come On abg... Chaiyo!! Chaiyo!!”

“Thanks.. Esok Mir ada walking interview. Hope bjln lancar. Pinki tak nak try ke?”

“Nanti lah.. Simpan 1 seat untuk Pinki. Oh ya, esok kwn Pinki akan pi interview tu. Tolong rekomen untuk dia boleh? Dia minta post secretary.... Dia P tau. Jgn goda dia tau!!! Pinki JELES hahahaha”

“Ye ker? Nnti Mir tgk2 kan. Kalau layak, Y not? L or P x jd hal. Yg penting kebolehan diri. Pinki bila graduate? Plan balik Sibu or stay di smjg?”

“Dah abis pun. Tunggu konvo 2 bulan lagi. Skrg ni pun di Sibu. Bercuti.. nak cari kerja di Kuching lah.”

“OK lah tu.. Dtg la interview esok? Mana tau ada rezeki? Kerja dapat, jumpa Mir pun dapat:-)”

“Tengok lah.. Tak janji tau. Lagi pun MIH tu syarikat besar kan. Takut lah nak kerja kat situ.”

“Apa ni... mnyerah sblm bjuang..”

“Bkn mnyerah yer.. Tolong sikit.. Bagi pluang la kat org lain. Kalau Pinki apply jg, yg lain tak dpt cari mkn pulak. Pinki x main yg bwh2. Nak terus yg paling top. Nak buktikan P jg mampu. Graduate UUM hebat!! Mcm Mir... Abg ku yang macho dan hebat. Bravo!! Bravo!!”

“Bagus, so BUKTI kan lah adik abg yer!!!!”

“Mcabar ke ke ni Mir? Kalau Pinki sahut cabaran n berjaya... Apa Mir nak kasi?”

“Mir peluk n cium Pinki boleh? Depan2 staff lagi tu. Pinki boleh minta apa saja.. Nak sahut ke?”

“Nak... tp x tau bila. Bukan esok lah :-) Pinki nak rest dulu. Penat la 4 thn study. Perah otak..”

Sepanjang minggu ini aku sibuk sangat-sangat. Temuduga terbuka akan dijalankan di pejabatku. Dan aku salah seorang yang akan menemuduga bagi jawatan-jawatan utama. Aku sudah bersiap sedia dengan apa-apa yang patut. Aku berazam mahu mendapatkan calon yang terbaik dari yang terbaik. Seawal pagi lagi begitu ramai yang telah berkumpul. Mereka menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh syarikat. Sebagai daya penarik awal menunjukkan betapa syarikat menghargai setiap pekerja. Ketua kerani syarikat, cik Rahima meletakkan semua fail-fail yang patut aku perhatikan.

Senarai semua nama-nama calon yang ingin mencuba nasib ku belek satu persatu. Jam 8 pagi sesi temuduga mula dijalankan. Di tingkat 1 untuk pekerja peringkat bawahan. Tingkat 2 untuk penolong eksekutif dan supervisor. Manakala ditingkat 4 untuk calon-calon eksekutif dan jawatan tinggi yang lain. Aku berazam untuk mendapatkan calon yang terbaik. Seorang demi seorang dipanggil.

“Selamat pagi tuan.”

“Selamat pagi... Assalammualaikum. Kita orang Islam kan. Salam itu lebih memberi manfaat.”

“Maafkan saya tuan. Sayanervous.Tapi saya yakin untuk temuduga. Bila tengok syarikat sebesar ini, buat saya jadi macam tu. Besar sangat-sangat syarikat ni.”

“Tak mengapa lah. Saya dulu pun macam tu juga. Ceritakan tentang diri awak. Apa yang patut saya tahu dan kenapa saya mesti memilih awak sebagai pengarah urusan di sini. Saya beri awak masa 5 minit. Kemudian saya akan bercakap kenapa saya mesti menerima atau menolak awak. Boleh?”

“Nama saya Aleya Maisara Binti Syed Mohamad. Panggil Saya Leya. Berumur 22 tahun dan berasal dari Sibu. Saya datang ke Kuching semata-mata untuk temuduga ini sebab saya berkeyakinan saya layak untuk mencuba jawatan yang saya pohon. Walaupun saya seorang perempuan namun itu bukan ukuran bagi menentukan kejayaan. Saya baru tamat pengajian dan menanti keputusan Master dalam Pengurusan Sumber Manusia dari dan memiliki Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari UUM dan pernah menjalani latihan praktikal di MIH Holding cawangan utara di Ipoh. Sedikit sebanyak saya tahu bagaimana syarikat ini beroperasi. Apa matlamat utama syarikat dan bagaimana cara berkerja. Malah saya pernah bertemu dengan tuan semasa tuan menghadiri mesyuarat di Ipoh tahun lalu. Saya sedia berkerja keras, bila-bila masa dan mampu untuk bekerja secara sendiri atau berkumpulan. Mampu untuk membuat keputusan yang baik. Mahir dalam pengetahuan komputer dan internet. Dan yang paling penting, saya yakin pada kemampuan diri saya dan sedia untuk bekerja dengan sepenuh hati dan kudrat saya. Itu sahaja mengenai diri saya tuan. ”

“Macam ribut awak cakap. Laju. Mungkin sebab masa diberikan 5 minit tak mencukupi. Saya dah dengar mengenai diri awak dan kelebihan yang awak. Cuma saya nak tahu apa motto syarikat ini?”

“Berusaha Untuk Negara Tercinta. Betul kan Tuanb? Ada di pintu gerbang syarikat dan juga di setiap letterhead syarikat ini kan. Nak tanya.... Dapatkah saya menjadi sebahagian dari keluarga MIH?”

“Bagus! Hanya awak yang dapat menjawab soalan utama saya ini. So, saya tak perlu lagi untuk meneruskan intreview dengan calon yang berikutnya dan saya nak ucapkan selamat datang ke MIH Holding. Awak lah Managing Director di sini. Tahniah!!”

“Ya Allah... Betul ke tuan? Syukur Alhamdulillah. Terima kasih tuan sebab menerima saya.”

“Bukan saya yang menerima tapi Dia yang tentukan rezeki awak di sini. Awak boleh mula bekerja dalam masa seminggu. Esok pun boleh jika awak ready. Pihak syarikat mengalu-alukan kehadiran pengarah yang bersemangat macam awak. Tahniah lagi sekali.”

Jam 5 petang suasana kembali tenang. Semua jawatan telah terisi. Aku yakin, operasi syarikat dapat dijalankan 2 minggu lebih awal dari jadual. Aku menghubungi Pinki lagi untuk menceritakan apa yang berlaku hari ini. Aku harap dia ada masa untuk berceloteh dengan ku hari ini.

“Hai.. Akum..hey.. Siapa nama kawan Pinki yg apply keje di MIH? Dia apply post ape?”

“Wslm... Nama dia Nor Fatmah... Dia apply secretary aja. Kenapa? Jumpa ke?”

“Ooo kalau secretary Mir x tau lah. Bkn Mir yg interview. Tp rasa2nya x dpt kot sbb tgk senarai td tak de nama Fatmah. Tp ada 1 news tau... Post yg Pinki nak apply dah penuhi :-) nak tahu? P tau yg tpilih. Great... Mir kagum dgn komitmen dia.. Terus Mir pilih.”

“Komitmen mcm na tu? Ke sbb dia kiut ke? Dia ada dedah2 body ke hahahahaha..”

“Ke situ pulak fikir... x senonoh betul. Sblm interview lg dia dah dptkan info ttg MIH dan dpt jwb smua soalan yg dikemukan dgn bernas n yakin. Mmg 1st class lah. Terus Mir serah tugas kat officer lain sbg formality. Sian la yg lain2 dah mai kan.. At least di interview la jugak..”

“Hebat.. Sape nama dia?”

“Aleya... Org Sibu jg tau... Sebaya dgn Pinki tau. Tapi matang betul cara dia bcakap, meluah pndpt, cara bpakaian pun gaya korporat. Rasanya dia ni hebat masa di UUM”

“UUM jugak... Pinki pun x lama lg mcm tu jg lah. Kalau x percaya tunggu ajalah nanti.”

“Ye lah, Mir tunggu... Jgn nanti gagap dah la. Hahahahahahaha”

“Jgn pndg Pinki sblh mata tau... Ini Pinki, i can tu even impossible job tau.. Kelak Mir akan puji dan terus puji Pinki. Ingat... Cabaran Mir masih Pinki pegang. Nnti Pinki nak Mir peluk cium MIr depan semua staff. Sanggup?”

“Sanggup janji Pinki buktikan. Jgn hebat di mulut aja.”

“OK.. We will C... Ha, macam na dengan x-awek? Dah buat keputusan?”

“Belum lagi. Tunggu sikit masa lagi. Mir nak try tanya Aleya pulak. Kalau jawapan dia = mcm Pinki, Mir akan ikut lah. Mir nak minta pndpt ramai dulu sblm buat keputusan akhir.”

“Pinki berani kata kat sini, dia akan berikan jwpn yg sama mcm Pinki. Hati P Mir...”

Sudah seminggu Leya sebagai Pengarah Urusan di sini. Hari ini, aku mengadakan perbincangan dengan Leya. Aku yakin tentu dia dah buat sesuatu sebelum dia datang sebagai Pengarah Urusan MIH. Aku lihat dia begitu advance berbanding calon lain yang majoriti mengatakan mereka akan mencuba yang terbaik. Hanya Leya yang mengatakan dia akan melakukan yang paling baik dan cukup yakin dengan kemampuan dirinya.

“Tuan, ini cadangan saya untuk mengembangkan operasi kita di sini. Ini untuk peringkat awal dan ini program 5 tahun syarikat. Tuan boleh lihat dan komen apa sahaja. Saya buat ini semasa daya di Ipoh di mana Tuan Haji Mohamad Alfarabe yang minta saya siapkan plan jangka panjang syarikat.”

Great... Hebat! So, bagi saya masa untuk saya baca dan nilaikan. Jika saya berpuas hati, pihak pengurusan, tak menjadi masalah untuk menerima sebarang cadangan.”

“OK, tuan baca dulu. Mana yang patut diperbetulkan tuan betulkan. Tegur jika saya tak mengikut track yang tuan gariskan. Saya sedia menerima teguran untuk kebaikan masa depan saya.”

Leya melangkah keluar. Memang ku lihat dia punya ciri-ciri wanita korporat yang hebat. Dia mampu menjadi idola kepada wanita lain dalam dunia korporat. Dari segi percakapannya, tindakannya hingga ke penampilannya. Pakej yang cukup lengkap. Selang beberapa hari, aku memanggil Leya lagi untuk berbincang program cadangannya yang telah siap ku baca dan nilai. Aku memang berpuas hati apa yang dicadangkan tetapi tetap mahu mendengar penjelasan dari pihaknya sebelum kata putus dibuat. Sesi perbincangan tertutup diadakan di bilik aku. Sebagai persediaan sebelum dibentangkan di dalam mesyuarat pertama syarikat yang aku cadang mahu laksanakan akhir bulan ini. Jadi aku mahu segala nya tersedia rapi dan memenuhi aspirasi syarikat.

“Leya.. Saya nak tahu pendapat awak, kenapa awak mencadangkan supaya syarikat menggunakan sistem penyimpanan berkala. Tidak JIT? Atau sistem-sistem lain? Kenapa ianya sesuai di sini?”

“JIT... Just in time tak sesuai sebab satu sahaja. Syarikat kita sentiasa beroperasi 24 jam dan amat memerlukan bahan mentah. Jika tidak, seluruh syarikat akan tergendala dan sehari tergendala, kita akan kerugian sekitar RM5 juta. Kita tak mampu nak dapatkan bahan mentah serta-merta sebab semua bekalan datangnya dari Semenanjung. Seminggu diperlukan untuk menerima tempahan melalui laut dan 3 hari melalui udara. Jadi dengan kaedah berkala, kita akan bahan mentah tempahan setiap 5 hari. So, tak perlu bimbang kekurangan stok.”

Okey... Lagi satu cadangan awak kita perkenalkan sistem 5’S dari negara matahari terbit. Kenapa?”

“Kita punya banyak ruang dalam office tetapi nampak bagaikan sempit. Why? Sebab susun-aturnya yang tak betul. Banyak ruang yang sepatutnya kosong kita letakkan benda or perabot. Menyebabkan mata kita melihat seolah-olah terlalu sempit. Sakit jiwa memandang.”

“Aii... awak pun pandai menggunakan istilah sakit jiwa? Tak ada dalam management term kan?

“Ye lah, kalau sesuatu itu tak kena dengan kehendak kita, tentu lah ia akan menyebabkan kita sakit jiwa. Runsing dibuatnya. Bukan soal hati sahaja yang boleh buat jiwa sakit. Kenapa? Tuan sakit ke?”

Aku terkena. Hahahahahaha... Aku tersenyum tawar kepadanya. Nak mengakui aku malu. Tak kan aku nak luahkan kepada seorang perempuan muda? Apa salahnya jika ia mungkin membantu. Tapi bagaimana aku nak mula? Di mana harus ku mulakan? Mahukan Leya mendengar luahan hatiku ini? Belum cuba belum tahukan.

“Leya... Tengahari nanti saya belanja awak makan. Boleh kita bercakap soal sakit jiwa. Itupun kalau awak tak kisah. Atau.... Abang awak tak marah.”

“Abang saya? Saya mana ada abang...”

“Abang yang tu..”

Aku tersenyum kecil sambil membuat isyarat tangan. “abang” yang menjadi tanda tanya. Dia turut tersenyum kepadaku. Manis betul wajah kecilnya bila tersenyum.

“Saya belum ada abang yang berkenan di hati. Senang cakap jiwa saya tertutup untuk menyayangi orang lain. Diri saya sendiri pun saya tak mampu nak bela lagi. Inikan hati orang lain.”

Interesting. Tentu ada story kan. May i know? Kalau tak keberatan lah. Tak memaksa.”

One day may be. But not now. Sorry tuan. Ok, saya nak buat kerja sikit. Jumpa tengahari nanti. Saya minta tuan call saya dulu. Bimbang jika saya terleka dengan kerja.”

Ada sesuatu yang menarik minat ku. Leya mencuri pandanganku. Gayanya yang bersahaja, open dan nampak matang dari usia. Mungkin Pinki juga bersikap seperti Leya? Jika benar, aku tentu selesa untuk berkawan dengannya. Tak lah aku terasa kekok bila berdepannya kelak. Terasa ingin ku kenalinya Leya dengan lebih dekat. Seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan aku begitu tertarik untuk mendekati gadis Sarawak yang baru seminggu ku kenal. Tapi bagaikan dah bertahun. Terasa serasi sekali dengan dia. Selesa bila berurusan. Dia tak segan untuk menegur aku, membangkang pendapat ku jika dia rasa dia di pihak yang benar.

Tengahari itu aku menunggu Leya di depan pejabat. Terkocoh-kocoh Leya bila melihat aku menanti. Aku tersenyum kecil melihat di ayang tergopoh gapah. Kalut semacam. Bagai mengejar sesuatu. Memang benar. Leya mengajar janji untuk makan bersamaku.

“Pak Lan. Tempat biasa saya lunch ya.”

“Baik tuan.”

“Ke mana kita? Tuan tak beritahu saya pun.”

“Leya akan tahu nanti. Sebelum tu di luar pejabat panggil saya Mir. Jangan panggil tuan, boleh?”

“Tuan tak kisah ke saya panggil Mir? Tak rasa janggal? Elok-elok ada gelaran tu nak dibuang?”

“Apa ada pada gelaran Leya. Tak boleh bawa ke mana pun.”

“OK lah macam tu. Saya panggil tuan dengan nama Mir.”

“Kita buat macam member ya. Jangan majikan dengan pekerja. Saya lebih suka bersantai sebab more relax and natural. Tak perlu control lah. Be yourself sebab kita tak perlu jadi orang lain untuk jadi orang. Apa guna jadi orang lain kalau jiwa memberontak.”

“Bermadah nampaknya Mir. Orang sastera ke? Mesti banyak baca novel.”

“Tak... Jarang-jarang baca tapi lebih kepada pengalaman sendiri. Pengalaman mengalami erti gagal dalam soal hati. Terguris dan terhiris kerana insan bergelar perempuan.”

“Tapi tak semua perempuan suka menghiris hati lelaki kan. Lelaki pun apa kurangnya.”

Sambil menjamah makanan kami saling mengusik bagaikan teman lama. Begitu menggembirakan dan aku terlupa yang aku begitu banyak masalah yang hendak difikirkan. Buanglah seketika masalah. Buang jauh-jauh. Aku mahu bersama insan yang baru mencuri pandanganku.

“Mir ada kekasih?”

“Tak ada.. Tapi bakal ada kelak. Ada yang mengharap tapi Mir tak berani nak menyahut harapannya sebab takut kecewa lagi. Dah puas menangis kerana hati. So, kali ni nak lebih berhati-hati. Tak mahu lagi ada ulangan macam drama swasta di tv. Nak cari yang paling akhir. Yang boleh diakhiri dengan erti kebahagiaan dan ketenangan.”

“Macam pernah frust saja ni. Cerita lah. Mana tahu kisah kita sama.”

“Bukan macam tapi memang pernah. Bukan sekali tapi 4 kali. Dan kesemua berakhir dengan tragedi yang tak sepatutnya. So, takut benar berlaku lagi tragedi. Pedih Leya... Nak tahu ke?”

“Cinta pertama? Bila? Bagaimana?”

“Di bangku sekolah lagi. Percaya tak jika Mir kata, since Form 1. Orang kata cinta monyet kan. Tapi bagi Mir tak. Mir serius untuk menyayangi dan disayangi. Memang bahgia sangat-sangat dan rasa diri disayangi. Tapi takdir Tuhan siapa yang dapat melawan kan?”

“Apa yang jadi?”

“Di hari kami akan bertemu semula, dia terlibat dengan kemalangan ngeri. Depan-depan mata Mir. Dia jadi mangsa langgar lari. Dia nak lintas jalan menuju ke arah Mir. Melambung dia dan terhempas bagai kaca dirempuh kereta cina mabuk agaknya. Tersembur darah membasahi jalanan dan otaknya juga bertaburan. Mir tak mampu nak lihat. Tak sanggup. Mir pejam mata dan nangis semahunya. Hingga sekarang Mir tak pernah menjejakkan kaki ke pusaranya. Mir belum mampu dan tak sedia lagi untuk bertemu dengannya.”

“Kenapa? Tak teringin nak menziarahi pusaranya ke?”

“Akan pergi juga tapi bukan sekarang. Mungkin bila Mir dah temui pengganti sebaiknya. Mir ingat pesan dia. Dalam suratnya yang terakhir. Tapi Mir tak nak kongsi dengan sesiapa. Biarlah jadi rahsia buat Mir hingga mati. Dia seolah-olah tahu yang dia akan pergi. Kalau tak dia tentu tak kan menulis seperti itu. Biarlah ia pergi dengan aman. Mir tak pernah lekang memanjatkan doa dan juga hadiah-kan al-Fatihah tiap kali selepas solat dengan harapan dia ditempatkan di sisi orang yang beriman.”

Oh my God.Kasihannya Leya mendengar kisah Mir. Lupakan yang itu. Ini takdir Dia kan. Bukan kita yang minta. Kita tak kan minta pengakhiran yang begitu kan. Yang ke dua?”

“Lepas dari kisah tu, Mir tutup pintu hati Mir. Mir takut untuk bercinta lagi. Mir belum bersedia untuk beralih cinta Mir buat insan lain. Sehinggalah Mir Form 4 Mir temui someone yang Mir amat tertarik hati bila kali pertama Mir pandang gerak langkahnya. Tutur katanya. Persis macam yang pertama. Lupa pula. Yang first namanya Emillia Syazliana. Kali ni Noriah, pelajar sekolah jiran kami. Kira pesaing kami dalam banyak perkara. Semasa pertandingan perbahasan, Wan bertekak dengan dia bila dia tidak berpuas hati dengan keputusan hakim yang memberikan anugerah pendebat terbaik kepada Wan. Dia kata Wan tak layak. Tapi dari situ jugalah kami rapat dan terus rapat. Akhirnya kami jadi teman terbaik.”

“Macam mana boleh bercinta?”

“Mir mula menyimpan hati padanya sejak kami mula rapat. Tapi Mir tak mahu terburu-buru. Dia juga kerap memberikan signal yang dia juga sukakan Mir. Mir terfikir yang tahun depannya nak SPM, so tak mahulah serius lagi. Takut terganggu study pula. Bila dah keluar result, dia tak dapat ikut jejak Mir. Mir masuk matrik dan dia ke form 6. Tapi dia tetap tabah. Dia terus luahkan isi hatinya buat Mir. Makin jelas tau... Ketika tu Mir jadi presiden Majlis Perwakilan Pelajar. So, i’m very busy untuk fikir hal lain. Hingga Mir akui yang Mir agak abaikan luahan hatinya. Dalam hati memang sayangkan sangat. Cuma masa tak mengizinkan untuk Mir sahut luahannya lebih awal.”

“Lepas tu?”

“Dia fikir Mir dah punya insan lain yang lebih bijak dan cantik dari dia. So, dia buat satu keputusan yang amat menyakitkan Mir. Masa Mir call nak berbual dengan dia sempena hari lahir Mir, dia kata dia dah ada teman baru. Dan mereka merancang akan bersatu tak lama lagi. Mir terkejut tapi cuba kawal diri. Mir tanya bila kenal dan macam-macam lagi. Mir tanya juga siapa Mir pada dia.”

“Apa kata dia?”

“Dia sukakan Mir. Harap sangat-sangat nak bersama Mir tapi dia kata Mir macam tak minat dia. Wan dah ada yang baru di U dan dia tak layak untuk Mir. So, di saat dia perlukan perhatian, Badrul, ketua pengawas sekolah dia dulu meluahkan harapan. Apa lagi kan bila ada lelaki yang nak menyayangi dirinya yang sememangkan dahagakan belaian dan kasih sayang. Mir perlu juga lepaskannya. Mir luahkan segalanya tentang isi hati Mir kemudian mengucapkan selamat berbahagia buatnya kelak. Hingga kini Mir tak tahu di mana dia. Kami putus berita dan suami dia pun tak izinkan kami untuk terus bersabahat.”

“Kalau saya pun saya tak izinkan sebab bagi saya... Persahabatan boleh ditukar menjadi cinta tapi cinta tak mungkin dapat ditukar menjadi persahabatan. Mir kecewa tak dengan keputusan dia?”

“Memang lah kecewa sangat tapi biarkan lah... Yang berikutnya, Mir kenali Norlaili dan Suriza. Dua sahabat yang Mir kenali melalui chatting. Kenalan siber ini kekal bersama Mir sehingga kini. Mir pernah luahkan isi hati Mir buat Lily tapi dia tak sedia untuk membuat keputusan kerana ketika itu dah ramai lelaki lain yang turut meluahkan isi hati mereka. Masing-masing ada kelebihan. Mir kata Mir akan tunggu sehingga dia beritahu siapa pilihan akhirnya. Tak kisah berapa lama pun.”

“Tapi Mir tak mampu tunggu lama-lama kan? Mir tak mampu kan. Boleh Leya kata Mir seolah-olah tak mampu berdiri tanpa kasih sayang seorang wanita? Kalah salah, Leya minta maaf lah.”

It’s OK.. Leya bagi pendapat Leya kan. Dalam pada menunggu, Mir tak mampu bersabar sebab hampir setahun menanti keputusan yang tak pasti. Akhirnya Mir luahkan rasa hati pada Suriza pula. Malang sekali Suriza tak dapat menerima hasrat hati Mir kerana dia telah memberikan harapan buat insan lain sebelum Mir. Dan dia nak setia pada abangnya tu walaupun jarak usia mereka agak jauh dan kelebihan lebih kepada Mir.”

“Mir sayangkan Suriza atau Norlaili?”

“Dua-dua.... Tapi hati Mir sedikit tawar untuk menanti jawapan Lily tapi harapan tu tak pernah padam. Dengan Suriza, Mir sayang sangat-sangat padanya sejak Mir semakin rapat dan tahu sejarah hidup-nya yang penuh dengan derita. Kami cukup bahagia bila saling mengenali dan penderitaannya sedikit berkurang. Dia mengakui hakikat ini. Mir merayu tau dekat dia agar terima Mir sebagai kekasih hati. Tapi dia teguh dengan pendiriannya dan tegas menolak cinta Mir. Akhirnya. Mir bawa rasa hati yang kecewa sangat-sangat.”

“Apa jadi lepas tu? Lepas Suriza menolak hasrat hati Mir?”

“Mir terlibat dengan kemalangan jalan raya. Motosikal Mir bertembung dengan treler. Nasib Mir baik bila Mir berjaya mengelak bertembung secara berdepan. Jika tidak, mungkin Mir dah tiada lagi... Mir bertembung dengan tayar belakangnya. Melambung Mir ke tepi jalan raya. Masa tu Mir hanya mampu berdoa janganlah jasad terseret ke bawah treler tu. Tahu saja lah apa jadi kalau masuk bawah treler yang bertayar 24. Dua bulan Mir menanggung sengsara. Motor Mir hancur sama sekali. Nyawa Mir saja yang masih tegar.”

“Dasyatnya.. Apa reaksi Suriza?”

“Mir tak beritahu dia pun. Bila dah sembuh baru Mir beritahu dan tunjukan parut yang berbekas. Apa lagi. Menangis semahu-mahunya dia di depan Mir. Sayu sangat-sangat time tu sebab dia asyik salah-kan dirinya sampai Mir jadi begitu. Tapi Mir kata ini takdir Mir. Dan Mir pun dapat terima yang dia bukan milik Mir. So, Mir tarik diri dari menunggu kalau-kalau dia berubah hati. Kini kami jadi kawan baik dan ikatan adik-abang kami kekal hingga sekarang. Cuma agak jarang contact bila dia sambung belajar di oversea. At least dia mungkin ingat Mir sebab Mir yang banyak berkorban tenaga dan wang ringgit untuk dia ambil STPM semula dan lulus cemerlang.”

“Bagaimana dengan Lily? Mir masih berhubung dengan dia ke waktu tu?”

“Ya.. Tapi jarang-jarang juga sebab dia busy dengan kerja. Mir tetap juga tanya-tanya kalau dia dah buat keputusan. Mana tahu kan kalau ada rezeki Mir. Dia kata dia belum ada jawapan konkrit tapi dah reject 4 calon. So, tinggal 2. Mir dan Fendi. Fendi teman sekerja dia. Dari segi akademik, masa depan cerah, dia akui Mir lebih dari Fendi. Tapi dari segi kebaikan dan kejujuran kami sama saja. So, siapa sahaja akan terpilih? Man atau Fendi?”

“So, kenapa tak tunggu saja Lily beri jawapan?”

“Memang Mir nak tunggu tapi dalam tempoh nak menunggu tu, hadir teman lama Mir. Teman Mir semasa kecil. Ketika keluarga Mir menetap di Perlis tapi terpisah bila kami berpindah ke Perak. Mir bertemu semua dengan Aerny Amyza setelah sama-sama ke UUM. Myza begitu berusaha untuk memenangi hati Mir tau. Mir pun tak tahu yang dia dalam diam menyimpan hati. Sebab masa di kelas dia macam biasa saja. Macam kawan-kawan yang lain. Dalam diam dia buat bermacam usaha dia buat hingga ke tahap yang tak dijangka langsung. Mir kagumi betul semangat yang dia tunjukkan.”

“Apa yang dia buat?”

“Mir ada beritahu yang Mir menanti jawapan Lily dan Mir nak tunggu kata putus Lily. Dalam diam dia dapatkan maklumat tentang Lily dan dia call Lily. Dia juga menulis untuk Lily beritahu yang dia betul-betul nak bersama Mir. Dia minta Lily buat lah keputusan yang memihak kepadanya. Dan akhirnya Lily buat keputusan seperti mana yang dimahukan Myza. Lily minta Mir terima Tija dan jangan tunggu sampai dia buat keputusan. Sebab, dia pun tak berani jamin sama ada keputusan dia kelak akan memihak Mir atau Fendi. Dia tak mahu Mir terlepas semuanya. Mir tanya jawapan akhir ke? Dia kata tak pasti tapi mungkin ini yang terbaik ketika itu. Dia kata pada Mir, kalau kelak, dia buat keputusan untuk menerima Mir, tapi Mir dah bersama Myza, dia akan anggap itu ialah pengorbanannya. Hatinya mungkin menangis sebab tak dapat apa yang diingini, tetapi tiba masanya, hati yang menangis itu akan ketawa semua apabila bertemu dengan kekasih hati yang sedia untuk bersama. Cuma dia minta Mir tak lupakan dia. Memang Mir tak kan lupa dia pun.”

“Boleh Leya tahu, apa yang dicakap dan ditulis oleh Myza pada Lily?”

“Mir pun tak tahu. Itu kisah dia dengan Myza. Bila Mir memilih Myza, Mir cakap pada Lily, Mir nak kembali pada dia jika sesuatu berlaku pada Mir atau jika Mir pilihannya. Bukan Fendi.”

Jam menunjukkan hampir pukul 2.30. Dah 2 jam kami bersama, terasa begitu cepat masa berlalu. Aku pun kekenyangan menjamah makanan yang special aku tempah. Umai memang menu wajib bagi aku kini. Isi ikan mentah bercampur sambal dan asam cuka memang membuka seleraku. Kangkung masak belacan, ikan siakap masam manis beserta sup tulang istimewa.

“Kita ada kurang sejam lagi ni. Sempatkan cerita sambungannya. Laju-laju dan potong mana yang tak perlu. Boleh lah yer. Leya tertarik betul dengar kisah Mir.”

“Okey... Selepas 6 bulan mengenali hati budi Myza, kami bertunang. Mungkin rezeki Mir, Mir dapat peluang melanjut pelajaran ke oversea dan famili kami mahukan kami bersatu lebih awal sebab tak mahu berlaku sesuatu yang tak dijangka. Mana tahu bila berjauhan ni banyak dugaannya. So, famili kami sepakat untuk menyatukan kami sebelum Mir berangkat ke Paris. Malangnya, Myza tak mahu kami bersatu. Belum bersedia katanya. Mak dia mendesak dia supaya terima dan ikut Mir ke Paris. Dia berkeras tak mahu dan sayangkan kerjanya di sini. Myza pun ada juga pujuk dia juga. Dia tetap berkeras dan akhirnya, mungkin tak tahan didesak, dia buat satu keputusan yang drastik. Keputusan yang sikit sebanyak menggugat masa depan Mir.”

“Dia minta putuskan?”

“Ya!! Dia minta putus 2 hari sebelum kami dijangka bersatu. Dia terus menghilangkan diri entah ke mana. Tapi dia ada hantar SMS mengatakan dia tak mahu bersama Mir sebab Mir tak layak untuk dia. Dia minta Mir cari orang lain.”

“Kenapa dia kata Mir tak layak? Dia perfect sangat ke Mir?”

“Dia kata Mir terlalu baik dan dia pula sebaliknya. So, lelaki baik ni untuk perempuan yang baik. Dia bukanlah perempuan yang dimaksudkan. Dia minta maaf tapi untuk kembali dia kata tak mungkin lagi dan keputusannya nekad. Kalau Mir nak marah dia, nak hina dia pun dia sanggup sebab dia kata dia yakin yang keputusan dia tu tepat.”

“So, Mir dapat terima ke keputusan dia tu? Atau Mir terus pujuk dia? Mana tahu dia akan sedar dan akan kembali menerima Mir. Lagipun dua hari sahaja untuk bersatu?”

“Mir tak mampu nak pujuk lagi. Dah pelbagai usaha Mir buat. Mir pujuk, Mir rayu. Tapi dia tetap keras hati. Mir betul-betul kecewa dengan perubahan sikap dia dalam sekelip mata. Segala-nya telah diurus rapi. Jemputan, pelamin, makanan dan segalanya. Mana kami nak letak muka kami kelak? Malam itu, Mir bawa motor ke tempat yang Mir tak tahu di mana. Mir nak tenangkan diri. Sepanjang perjalanan Mir cari alasan kenapa Myza berubah. Akhirnya Mir dapat juga jawapan walaupun tak jelas. Apa keputusannya? Entah... Yang Mir tahu Mir tersungkur lagi di jalan raya. Motor Mir terbabas dan Mir terhumban ke dalam semak. Tapi Tuhan tetap berilkan nyawa extra buat Mir. Mir masih bernyawa. Kebetulan ada kereta lalu jalan tu. Dia yang bawa Mir ke hospital. Tak ingat di mana tempat accident sehinggalah polis bawa Mir ke tempat kejadian. Mir sempat tengok seekor lembu yang telah menjadi bangkai. Mir langgar lembu yang tidur atas jalan rupanya. Sakit yang bukan kepalang itu tetap tak dapat mengubat sakit di hati.”

“Kerana accident, Mir tak pergi oversea kan. Sebab tu Mir kata hampir menjejaskan masa depan Mir. Lepas tu apa jadi?”

“Ya.. Mir tak jadi sambung belajar sebab tak mahu tangguh pengajian. Umur Mir makin meningkat. Kalau ditangguh bila baru Mir boleh merasa duit gaji sendiri? Sampai bila Mir nak susahkan mak abah kan? Mir nak hidup solo tanpa hati sehingga Mir betul-betul ready. 2 tahun lalu baru Mir buka hati Mir semula. Itupun selepas buah hati Mir masa sekolah, Shieda namanya mahu kembali bersama Mir. Tapi berlaku lagi kes seperti lalu di mana kali ni pinangan Mir ditolak sebab Mir miskin. Tak mampu nak bagi bini makan kelak. Bukan saja Mir, malah famili Mir turut dihina. Diperleceh. Mir sedar, masa tu Mir tak punya apa-apa. Sejak dari tu, Mir tak punya hati untuk bercinta lagi. Yang Mir fikir just mahu menjalinkan ikatan persahabatan dengan insan bergelar perempuan. Untuk serius berkasih apa lagi bercinta, i’m sorry. Mir tak mampu lagi. Sepanjang tempoh bersabahat tu lah, Mir kenali Tina.”

“Siapa Mir? Macam pernah dengar aja.”

“Anak Pengerusi MIH, Dato’ Karim. Dia juga meluahkan hasrat hati buat Mir, tapi Mir tak dapat nak terima sebab bagi Mir, dia macam adik Mir sendiri. Dan takdir menentukan segalanya. Dia pergi buat selamanya awal tahun ni bila terlibat dengan kes kemalangan. Di depan mata Mir seperti mana kisah cinta Man yang pertama. Mir sedih sangat-sangat dan kesedihan inilah menyebabkan Mir menerima tawaran kenaikan pangkat dan berpindah ke Bumi Kenyalang ini. Di sini Mir rasa bahagia, tenang dan seolah-olah mendapat semangat baru.”

“So, kini still solo ke? Atau dah ada lagi yang meluahkan kan rasa hati? Kalau tak ada biar Leya lah yang luahkan rasa hati hahahahahaha. Tak adalah, just mengusik Mir. Jangan ditutup hati Mir untuk menerima insan lain. Kita tak boleh kejam pada mereka hanya semata kisah luka yang lalu.”

“Ada... Shieda!! Dia nak kembali bersama Mir buat kali ke 3. first time dulu sebab dia anggap cinta monyet. Kali kedua sebab ayah dia tak pandang Mir kerana tak berharta. Dan, ini kali ketiga. Kalau Leya nak tahu, selepas ayah dia menolak Mir, dia ditunangkan dengan lelaki pilihan ayahnya. Entah di mana jumpa Mir pun tak tahu. Tapi lagak bagai orang berada. Lepas ditunangkan dengan anak Dato’ kononnya, Mir dapat tahu mereka sebenarnya ditipu. So, Mir bantulah. Akhirnya Shieda putus tunang dan ayahnya malu betul dengan Mir. Orang yang dihinanya dulu kini mula dipuja dan menjadi harapan agar bersama anaknya kembali. Katanya buang yang keruh, ambil yang jernih. Ini yang buat MIr dalam dilema. Nak dibuang, rasa rugi. Ini kan peluang dan memang Wan sayang dia. Mir impikan saat begini. Tapi nak diterima, rasa takut jika kisah lalu berulang lagi. Pada pendapat Leya, apa yang patut Mir buat?”

Well... Secara jujurnya, berilah peluang untuk kali ini kepada hati Mir untuk bersama Shieda. Bagi dia peluang yang terakhir. Mana tahu kali ini berkekalan. Sebelum ini Tuhan hanya nak melihat dan uji sejauh mana sabar dan bersungguhnya Mir dan Shieda. Ini my personal opinion lah. Kata putus di tangan Mir sebab Mir yang melaluinya dan Mir yang lebih tahu apa yang terbaik.”

“Tak.. Pada Leya... Patut Mir terima Shieda semula atau tidak?”

“Tegasnya.... Terima dia. Tiada masalah lagikan? Ayah dia pun dah OK dan dia sememangnya amat berharap untuk kembali bersama Mir.”

“Mir Tak pasti lah. Tapi Mir rasa patut diberi peluang buat Shieda dan diri Mir sendiri. Tapi Mir harap lah yang kali ini menjadi destinasi terakhir. Malas dah nak bercinta dan kecewa. Kemudian accident.”

“Mir kena kuat baru tak accident. Jangan lemah sangat sebab yang lemah ni lah yang selalu diuji dan dicucuk syaitan. Go a head and i wish you best of luck. OK, kita stop dulu lah. Jom lah. Ada masa setengah jam lagi untuk masuk kerja. Thanks sebab berkongsi kisah dengan Leya. Rahsia diri ke?”

“Yeah... Tak mahu lah orang lain tahu. Hanya yang boleh Mir percayai sahaja yang Mir mampu nak cerita. Termasuk Leya. Walaupun baru kenal, tapi Mir yakin Leya boleh dipercayai.”

Thanks... Sesuatu yang mengharukan bila orang meletakkan kepercayaan buat Leya.”

Kami beriringan menuju ke arah kereta. Pak Lan telah sedia menanti dan terus memecut ke pejabat. Ada urusan lagi yang nak dibuat. Minggu depan Dato’ akan hadir bersama Ketua Menteri Sarawak untuk majlis pembukaan rasmi MIH (Sarawak). Semestinya aku dan Leya yang akan sibuk sepanjang masa untuk memastikan segalanya berjalan lancar dari mula hingga ke akhir. Dan minggu depan juga akan terbongkar misteri siapa diri ku.

“Hello tuan, Assalamualaikum. Tuan tak mahu pulang lagi ke? Dah dekat jam 6 ni.”

“Pak Lan. Waalaikumsalam. Saya ada kerja lagi pak Lan. Saya pulang sendiri ya. Pak Lan balik rehat lah. Lusa kita nak pergi merata tempat. Sebelum tu pak Lan belikan apa-apa untuk anak-anak pak Lan dan nanti claimdari saya. Anggap saya belanja famili pak Lan ya. Nak ke rumah pak Lan pun saya masih tak punya kesempatan lagi.”

“Kalau macam tu tak apalah. Pak Lan pulang dulu. Tapi kalau perlu jemput, tuan call saya ya. Saya tak kisah bila pun tuan nak saya jemput tuan. Yang penting saya tak mahu jadi apa-apa pada tuan.”

“Baik lah Pak Lan. Terima kasih banyak. Apa-apa hal saya call Pak Lan. Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Leka aku, jam dah menjangkau angka 6. Aku terlewat untuk Asar yang tinggal setengah jam sahaja lagi. Aku berlalu ke surau dan menunaikan solat. Setelah berehat sebentar, aku keluar. Ku lihat bilik Leya masih cerah. Belum pulang kah dia? Rajin benar. Atau dia sengaja biarkan biliknya terang.

“Selamat malam tuan. Belum pulang kah? Ke buat OT? Big boss mana ada OT.”

“Saya yang sepatutnya tanya awak soalan tu. Dah lepas waktu pejabat kan. Leya buat apa sampai malam ni? Bawa-bawa berehatlah. Esok sambung lagi. Kalau macam ni punya rajin, nanti kalah lah Mir. Sekejap saja nanti Leya pula atas Mir.”

“Banyak lah Mir. Esok kan weekend. Leya buat kerja sikit lagi sahaja nak siap. Lepas tu terlelap di surau tadi. Tu yang lambat pulang. Pak Lan belum datang ke ?”

“Eh, kan Leya kata nak hantar Mir pulang?”

“Ye ke? Ikut sedap hati aja kata. Mana ada saya cakap macam tu. Tapi, tak pe. Leya hantar Mir pulang tapi Mir yang kena drive. Bawa Leya ke Satok dulu tau. Nak beli sate. My favourite tu. Nyum..”

“Kejap, Mir pi solat asar dulu. Leya tunggu di bawah ya.”

“Baru nak solat Asar? Dah lewat ni. Pergi cepat!”

Kereta di pandu perlahan. Jalan sesak dengan lautan kenderaan menuju ke arah yang sama. Biasa lah malam minggu ni, Satok memang menjadi tumpuan. Memang terkenal dengan pasar malamnya. Aku pun saban minggu malah tiap malam berjamu selera di sini. Harga murah dan banyak pilihan. Malam ini aku datang berteman. Seorang gadis yang cantik dan berpandangan jauh. Ada mata yang mencuri pandang. Mengumpat aku barangkali. Tak percaya aku yang berkulit gelap serba sederhana ini mempunyai kekasih yang cantik dan putih melepak. Kekasih? Tak.... Cuma teman sepejabat.

Thanks Leya hantar saya pulang. Tak singgah dulu ke?”

“Tak pe lah, dah lewat ni. Nak pulang nak rest. Letih sangat. Selamat malam, Assalammualaikum.”

Pagi minggu aku bermalas-malas di katil. Berat benar badan nak bergerak di awal pagi. Lepas solat subuh aku terus merebah badan lagi. Bukan ada apa-apa aktiviti penting pun hari ni. Massage masuk ke dalam handset ku. Ku gapai. Tak sangka pula si dia akan SMS aku. “Hai, Akum. Dah bangun ke? Jalan-jalan nak? Leya boring..”. Pantas aku membalas “OKEY, JAM 10 DePaN RuMaH LeYa”.

Baru aku nak bergerak, telefon berbunyi lagi. Dari Perak. Aku dapat agak dari siapa. Aku menjawab perlahan. Memang tepat jangkaanku.

“Mir buat apa tu? Hari minggu ni tak kan tidur saja. Keluar lah jalan-jalan ambil angin.”

“Nak keluar lah sekejap lagi dengan member. Nak pergi Muzium Sarawak.”

“Lelaki ke perempuan?”

“Perempuan. Shieda jeles tak? Teman sepejabat Mir. Eh, malam ni Mir call ya. Dalam jam 10. Ada hal penting yang Mir nak beritahu Shieda.”

“Hal penting ke... Tak mau ada gangguan? Okey lah, Shieda tunggu your calling. Shieda rindu la. Mir pun jarang-jarang benar telefon la ni. Kenapa?”

“Mir busy sangat-sangat lah Shieda. Ke kampung pun Mir tak berkesempatan nak call. Bukan lupa kat Shieda tau. Mir tak pernah lupa pada kawan-kawan tapi sekarang ni memang busy sangat.”

Seperti yang dijanji aku menjemput Leya di rumahnya. Kami habiskan masa dengan berjalan-jalan ke seluruh tempat menarik di Kuching. Muzium Sarawak, Waterfront, Taman Budaya, Port Magareta, Kampung Budaya sehinggalah ke Pantai Damai. Berehat di tepi pantai yang menghadap Laut China Selatan. Mendamaikan dan tambah menyeronokkan bila bersama Leya.

“Dah beritahu Shieda ke keputusan Mir?”

“Malam ni Mir akan beritahu. Thanks atas pandangan Leya ye. Hope kali ni menjadi.”

“InsyaAllah jadi punya. Chaiyo! Chaiyo!”

Tepat jam 10 malam aku menghubungi Shieda. Ternyata Shieda menanti panggilanku. Memang aku akan call jika sudah berjanji. Shieda menjawab tenang dan tetap seperti yang ku kenal. Kaya dengan adab sopan. Lembut tutur bahasanya.

“Shieda, Mir harap apa yang Mir nak beritahu Shieda nanti, Shieda akan dapat terima dengan hati yang terbuka OK. Mirn dah fikir masak-masak dan dah minta pandangan teman-teman. Mir rasa ini lah keputusan yang paling baik.”

“Apa keputusan Mir? Dengar macam jawapan Mir negatif saja. Cakap lah terus terang Mir.”

“Mir terima luahan hati Shieda. Mir nak kali ni kita lebih bahagia dan berkekalan hingga ke destinasi yang menjadi impian pasangan bercinta ya. I LOVE YOU!!”

“Mir... Betul ke ni? Macam mimpi... Terima kasih Mir. I LOVE YOU TOO.?”

“Apa yang Shieda rasa lepas dengar keputusan Mir ni? What do you feel?”

“Tak tahu nak cakap macam mana. Gembira tak terkata. Syukur sangat. Nanti Shieda akan bagitahu ayah pasal ni. Dia pun tentu gembira.”

“Okeylah Shieda, kita berbual lain kali ya. Mir nak tidur dulu. Esok ada mesyuarat penting.”

“Okey, thanks abang.... Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Abang? Shieda memanggil aku abang. Terasa menyentuh hingga ke hati yang paling dalam. Terharu dan bangga bila dipanggil abang. Aku terlelap dalam panggilan abang. Abang... Abang... Abang...

“Hai Leya. Apa khabar? Dah breakfast ke? Jom ke kantin kita minum. Ada yang Mir nak cakap. Bukan hal pejabat. Tapi pasal Shieda. Jom.”

“Okey juga... Jom. Kali ni Mir belanja Leya ye.”

“Ari tu Mir, kali ni pun Mir juga. Jom lah. No problempunya...”

Aku makin hari makin happy bersama Leya. Kami banyak keserasian. Itu yang membuat aku mudah untuk berbual dengannya. Sesekali aku usik dia. Merah-merah muka bila disakat, dipuji. Aku suka tengok Leya tersenyum. Manis sangat wajahnya. Aku paling suka bila sebut wajahnya yang ayu. Pasti dia cubit aku. Sedangkan memang wajahnya begitu ayu bila tersenyum.

“Nak tahu? Lepas Mir beritahu keputusan Mir dan ucap i love you. Terus dia balas dan panggil Mir abang... Bukan Mir seperti selalu.”

“Bagus lah... Agaknya ayah dia OK tak kali ni?”

“Entah lah sebab mereka tak tahu apa pekerjaan Mir sekarang. Yang mereka tahu Mir kerani.”

“Macam mana tu? Mir tipu mereka ke?

“Tak... Dulu mula-mula di MIH memang Mir kerja kerani aja. Mir mula dari bawah tau. Kerja di MIH pun sebab Mir ada membuat sedikit jasa pada Dato’ Karim. Kalau tak mungkin kerja kilang apa. Mungkin rezeki Mir, tak sampai 3 tahun Mir dah jadi seperti hari ini. Tapi Mir tak nak hebahkan sebab Mir tunggu masa sesuai. Masa Mir melamar Shieda dulu pun, Mir dah jadi HR manager pun. Cuma Mir tak beritahu aja. Mungkin sebab difikir Mir still kerani, lamaran MIr ditolak dan Mir dihina. Kali ni pun Mir tetap tak nak beritahu lagi. Tunggu lah...”

“Tapi minggu depan mereka akan tahu juga kan. Sebab majlis perasmian MIH akan disiarkan secara langsung di TV3. Dan sidang akbar akan dijalankan. Pastinya muka Mir terpampang di kaca TV.”

“Ya.. Muka Leya juga kan? Dan itu lah masa yang paling sesuai untuk Mir buka mata semua orang yang pernah hina Mir satu masa dulu. Biar mereka jilat ludah mereka kembali. Tapi Mir harap ayah Shieda menerima kali ini bukan sebab Mir dah berpangkat. Yang Mir perhatikan memang ayah dia dah tak seperti dulu. Tak lagi menghina Mir selepas Mir bantu keluarga dia. Bagaimana agaknya perasaan Shieda lepas Mir terima dia. Sebagai perempuan, apa perasaan Leya kalau macam tu?”

“Tentulah gembira sangat-sangat. Dapat kembali ke sisi insan yang disayangkan. Bertuah dia dapat Mir. Kalau Leya dapat Mir pun, Leya gembira sangat. Sebab Mir baik orangnya. Mungkin bukan abang tapi siap panggil kekanda apa. Hahahahaha. Macam orang zaman kesultanan Melayu.”

“Mana lah Mir ni baik sangat. Nak memuji pun tengok lah kiri kanan. Mir banyak kelemahannya lagi. Masih kurang ilmu dan amal. Perlu petunjuk dan bimbingan dari-Nya, dari teman-teman.”

“Tapi dah cukup baik lah ni. Mana boleh nak perfect. Sesiapa yang tengok Mir dari jauh mungkin akan kata Mir macam garang, skema, dan sombong. Muka jarang senyum, buat kerja serius betul. Tapi kalau dah kenal rapat, telahan tu sure menyimpang jauh. Leya pun mula tu risau juga nak tegur Mir. Masa interview rasa nervouessangat bila tengok muka macam serius sangat. Bila dah kenal rapat baru tahu, rupanya you’re very funny, carring and romantic.”

“What? Romantic? Hahahahahahahahahaha ni yang tak tahan perut nak gelak.”

Pelik aku bila Leya mengatakan aku seorang yang romantic. Atau dia sengaja nak mengusik aku. Ada sesuatu yang aku musykil melihat Leya. Aku nak tanya dia mengapa?

“Leya... Leya ada handset kan. Tapi Mir tak pernah tengok Leya bawa pun. Kenapa?”

“Tak mahu semasa kerja, Leya diganggu. Nak call or message tunggu Leya keluar dari office.”

“Oooo.. Kalau Mir, tak pegang handset mau mati apa? Tak makan tak pe janji handsetbernyawa. Ke mana pergi handsetmesti bawa. Justbawa. Guna atau tak tu, perkara kedua.”

“Selain Shieda, dengan siapa lagi yang Mir SMS? Ke perkara personel?”

Nolah... Selain dia, Mir just message dengan 2 lagi teman terbaik Mir. Tasya dan Pinki. Tasya teman satu sekolah Mir lah. Kakak angkat Shieda. Pinki ni orang Sarawak. Tapi tak pernah jumpa lagi. Kami just dalam SMS. Tapi tetap rapat. Suka berkawan dengan dia. Kelakar tau. Selalu sangat Mir di usik Mir. Senang hati aja dia usik Mir. Tak takut Mir terasa hati dan Mir pun sebaliknya.”

“Dah di Sarawak ni, tak nak jumpa dia ke?”

“Nak jumpa. Dah banyak kali cakap nak jumpa tapi dia kata tunggu dulu. Dia tak ready. Nak cari dia di Sibu, alamat pun tak tahu. So, tunggu sajalah. But, she very nice person.

“InsyaAllah, nanti Mir akan dapat jumpa dia tu. Sedap nama Pinki.”


BAB 6 : Ikatan Terlerai Lagi


Di pejabat urusan ANC, kelihatan Zul begitu serius mengadap komputer. Pintu di ketuk dan 5 orang lelaki berbadan tegap bersama seorang yang mungkin ketua mereka menuju ke arahnya. Tetapi dia tetap bersikap tenang. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Dato’... Apa yang boleh saya buat? Saya dah tak ada apa-apa ikatan dengan orang tua keparat tu. Ada jantan nak jadi hero. Sikit sahaja lagi saya nak dapat, dia bikin spoil. Saya kena cari tapak baru lah Dato’. So, beri saya sikit masa lagi. Saya janji akan dapatkan tanah yang lebih bernilai.”

“Berapa lama lagi masa yang kau mahu? Kau kena ingat, sehari terlewat menyebatkan aku rugi berjuta-juta. Duit kau dah ambil tapi tanah dan barang baru masih langsung tak nampak. Kau jangan cuba memperbodohkan aku. Kau belum kenal siapa aku.”

“Saya tak tipu Dato’... Tapi memang saya ada masalah kali ini. Beri saya masa seminggu lagi.”

“Seminggu? Kalau tak dapat? Sanggup kau berikan nyawa kau sebagai ganti?”

“Dato’ beri saya masa seminggu. Saya janji akan sediakan apa yang Dato’ perlukan.”

“Aku bagi kau 3 hari. Jika tidak kembalikan wang aku dan kau akan kenal siapa aku. Hari ini biar orang aku kenalkan diri mereka dulu...”

Mengerang kesakitan. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh Zul. Siksanya bila jasad dibelasah lima lelaki yang bukan calang-calang sasanya. Memang tugas mereka membelasah orang. Api dendam makin marak dalam diri Zul. Sakit hatinya kepada Shieda dan Haji Melek makin membara. Dia nekad akan cari siapa yang menjadi hero kepada kegagalannya. Jika dia sakit, mereka yang menyebabkan dia sakit harus juga merasai kesakitan itu.

“Siap kau orang tua keparat. Kau dan anak kau akan melutut mencium tapak kaki aku. Kau harus bayar atas apa yang aku tanggung ini. Aku nak lihat siapa yang akan membantu kau. Kau bermain api dengan aku. Kau silap besar orang tua. Kalau anak kau tak rebah dalam kelukan aku, jangan kau panggil aku Zulkhusmi. Jaga kau Shieda. Kau akan merana seumur hidup kau.”

Berat benar dendam yang tersemat di sanubarinya. Silap sendiri tetapi tempiasnya tetap juga dirasai oleh orang lain. Pastinya langkah kali ini lebih keras dan kejam. Siapa yang harus membantu Shieda dan Haji Malek. Dia kini sedang sibuk untuk menguruskan majlis pertunangan Shieda dengan aku minggu depan. Tetapi tak terfikir langsung yang ada musibah sedang menanti mereka. Sangkaan Haji Melek mungkin Zul akan pergi kemudiannya diam begitu sahyaja. Ternyata apa yang diucapkan dulu benar-benar mahu ditunaikannya.

Di Sarawak, hari yang aku dinantikan tiba juga akhirnya. Majlis perasmian MIH berlangsung dalam suasana yang begitu meriah dan berprestij. Disiar secara langsung di TV3. Pasti mak, abah, adik-adik ku, Shieda malah seluruh kampung tentu berbangga dengan wajahku yang masuk TV. Dan hari ini juga terbongkarlah identiti sebenarku. Biar semua yang pernah memandang sinis padaku menelan kembali kata-kata mereka. Budak yang dipandang rendah ini sebenarnya mempunyai kedudukan yang cukup tinggi di dalam sebuah syarikat gergasi. Aku tersenyum puas. Bukan mahu membangga diri, riak dan takbur tapi aku rasa aku wajar bertindak sedemikian. Menutup mulut mereka yang ego selama ini. Aku tak perlu meninggikan suara untuk menutup mulut orang yang tidak sedar diri.

Ketika sidang media dijalankan, aku turut memuji kerja keras Leya. Aku rasa dia yang banyak sekali mengorbankan masa dan tenaganya. Sesuai benar dengan statusnya sebagai big boss. Memang aku tak salah memilih dia walaupun di awalnya, Dato’ sendiri mempersoal kenapa seorang perempuan yang menjadi pilihanku untuk menerajui syarikat sebesar MIH?

“Hebat Manager pilihan awak Mir. Tahniah... Leya, keep it. You have done it. Very excellent.”

Thank you Dato’. Tuan Mir yang banyak beri tunjuk ajar pada saya.”

Hampir enam bulan, aku terasa rindu benar ke kampung halaman. Aku ambil keputusan untuk pulang seketika menjenguk keluargaku. Lebih penting dari itu aku mahu bertemu kekasih hati. Shieda yang amat ku cintai dan ku impikan. Tetapi aku tetap aku, suka membuat kejutan demi kejutan. Aku tidak memberitahu berita kepulangan ku kepada mak abah aku mahupun Shieda. Biar mereka terkejut bila tiba-tiba sahaja mereka lihat aku dah di depan mata.

Jam 2 petang aku sudah menjejakkan kaki di KLIA. Kerinduan itu makin membara. Tak sabar rasanya untuk ku bertemu Shieda semula. Ikutkan apa yang dibincangkan akhir bulan ini majlis pertunangan aku akan dilangsungkan. Tetapi terasa mahu aku cepatkan. Perkara baik tak perlu dilengahkan. Kepulangan ku ini akan menjadi kejutan buat semua pihak. Shieda akan ku pinang. Cincin akan ku sarung ke jarinya sebagai tanda ikatan untuk hidup bersama.

Segera ku capai bagasi menuju ke stesen ERL. Namun langkah ku terhenti tiba-tiba bila melihat sesorang melambai tangan ke arah ku. Ini betul-betul suprise buat ku.

“Hey, mana kau tahu aku pulang hari ni?”

“Ini Tasya la... Aku call handset tapi tak dapat. Aku call ke office ko, secretary ko kata ko balik hari ni.”

“Terharunya aku. Ko tak kheja ka hari ni? Ka ko ponteng sebab nak sambut aku?”

“Banyak la ko. Aku duty malam lah. So, aku mai jemput ko. Kira suprise untuk ko. Apapun, tahniah sebab ko dan Shieda kembali bersama. Aku tumpang gembira. Hari ni aku belanja ko KFC dan hantar ko ke Pudu Raya. Jom lah. Kereta aku kat sana.”

“Wah ko. Advance sekarang. Dah ada kereta. Kau juga yang kena naik bas. Dah 3 bulan kan ko keje di KL ni. Lama aku tak jumpa ko. Rindu la. Rezeki ko semakin baik kan.”

“Tengkorak ko. Kat Sarawak nun ntah ko ada dua tiga bijik Ferari. Bodyguard lagi. Nak puji aku yang pakai kancil konon. Pigirah.. Rezeki aku kan. Aku try minta transfer ke KL. Teringin sangat nak keje kat sini kan. Dah dapat peluang, tak kan aku nak lepas. Ko bagitau Shieda tak ko balik ni?”

“Tak.. aku tak bagitau sesapa selain Dato’. Itu pun sebab aku nak apply cuti dua minggu. Kalau tak memang tak siapa la tau aku balik ni sebab aku cakap nak balik akhir bulan. Ko keje kat Guardian mana? Banyak kat KL ni kan.”

“Kat Guardian Bukit Bintang. Jom la kalau nak tengok tempat aku keje. Tapi lepas makan la. Aku lapar la. Cuti lama ni, ke ada plan. Tengok muka berseri-seri saja ni. Ko nak bertunang erkk?”

“Ko ni ahli sihir ka? Semua yang ada dalam kepala aku ko dapat baca. Aku ingat hujung minggu ni aku nak hantar famili aku sekali lagi ke rumah Haji Malek. Malam ni aku cakap lah. Tak la nanti kelam kabut mereka nak buat persediaan kan. Kang tak pasal-pasal kena reject lagi.”

“Memang tolak tuah la kalau reject juga. Sapa yang tak mau menantu berpangkat, berharta dan baik macam ko. Siap masuk TV tayang satu Malaysia pulak tu. Hebat ko kan. Aku juga tak ke mana. Kalau mereka tolak, ko suruh mak abah ko belok masuk ke rumah aku. Mak bapak aku mesti terima ko punya. Don’t worry. Entah-entah terus kawin hahahahahahaha. Tahniah sekali lagi.”

Thanks. Ko kena ikut tau. Ambil cuti sehari dua. Tolong-tolong aku. Aku nak kongsi hari gembira aku dengan teman terbaik aku ni.”

“InsyaAllah, tapi aku tak berani nak janji la. Kalau boss aku bagi cuti, aku mesti menyibuk kat rumah ko punya. Aku nak jadi minah kepoh hari tu. Biaq ko pening kepala. Rasa menyesai ajak aku hahah.”

“Dah di KL, cakap masih macam Tasya yang aku kenal. Pelat utara tak hilang-hilang.”

“Mulut aku dah di cop setem hasil la untuk speakingutara. Ko pun sama. Dah 6 bulan kat Sarawak tapi tak de pelat pun.”

“Kang aku cakap bahasa sana, ko tak faham pulak. Jadi burung belatuk dok angguk-angguk aja.”

Tasya benar-benar membuat aku terharu. Dia sanggup bersusah payah datang menjemput aku di KLIA. Meluang masa bersama aku. Aku kagum dengan kesetiaannya dalam bersahabat. Sanggup susah payah datang menjemputku. Aku memang sayangkan Tasya sebagai teman terbaik yang pernah aku miliki. Aku rasa bangga menjadi sahabat kepada Tasya. Diam tak diam telah bertahun aku dan Tasya berkawan. Kami memang serasi dalam banyak perkara. Saling mengusik dan bergurau senda. Memang tak ada rasa sangsi atau bimbang jika ada pihak yang berkecil hati. Kerana masing-masing telah tahu niat dan tujuan usikan. Bukan untuk mempermainkan hati apa lagi menjatuhkan maruah diri tetapi sekadar untuk menyuburkan lagi rasa mesra, sayang dan kasih sebagai sahabat. Handsetaku berbunyi. SMS masuk dan aku pasti dari siapa datangnya.

“Hai Mir... Wat per tu?”

“Hai... Akum Pinki.. Hey, nak ajak Pinki dtg rumah Wan ujg minggu ni mahu x? Ada suprise utk semua org. Kalau nak, bgtau awal. Mir beli tiket utk Pinki.”

“Alaaa... Pinki ada d umah cousin la di KK. Maaf lah Mir. Apa yang suprisenya tu?”

“Alaaa... x nak bgtau.. x pe lah.. Tp Mir hrp sgt Pinki dtg sbg teman yg istimewa. Alamat Mir Pinki dah ada kan. Try dtg ya.”

Seperti yang dijanjikan, hari untuk aku dan Shieda mengikat tali janji tiba jua. Haji Malek yang paling gembira. Seekor lagi lembu tumbang. Sudah dua ekor lembu Haji Malek korbankan kerana Shieda. Anak perempuan tunggalnya. 3 anak lelakinya yang lain semuanya dikorbankan ayam semata-mata. Kata Haji Malek, anak perempuan ni biar dibuat besar-besar. Biar seluruh kampung tahu.

“Tahniah Mir, Shieda atas pertunangan awak berdua. Harap kali ni lebih ceria dan tiada lagi kisah sedih-sedih ni. Kesian aku tengak ko berdua asyik kantoi saja. Kali ni buat betoi-betoi. Jangan toleh ke belakang lagi. Yang lepas tu biaq pi. Jangan dok ingat dok ungkit lagi.”

“Terima kasih Tasya. Ko banyak banyak bantu aku sejak dari zaman sekolah sampai la ni.”

“Terima kasih Tasya. Shieda tak kan lupa budi baik Tasya selama ni. Tasya bila lagi?”

Selamat sudah majlis pertunangan aku dan Shieda. Tempoh setahun ini akan menguji kami sama ada akan terus teguh mempertahankan ikatan suci atau mungkin akan tunduk lagi kepada dugaan. Aku harap kami mampu untuk mempertahankan ikatan ini dan kami sama-sama teguh berdepan apa juga ujian dari-Nya. Selesai majlis keluarga ku pulang dan aku sekali lagi menerima kejutan. Seseorang sedang menantiku di halaman rumah. Mak dan abah memandang aku. Begitu juga yang lain semuanya memandang ke arah ku. Aku membalas senyumannya. Lantas ku perkenalkan buat abah, mak dan yang lainnya.

“Abah, mak, dan semua-semua. Ini kenalkan Aleya Maisara, Pengarah Urusan MIH di Sarawak. Dia ni la teman sepejabat Mir yang hari tu masuk TV juga.... Leya ini abah Mir, mak, adik-adik Mir juga, Angah, Alang, Ucu, Achik dan ini my best friend’sTasya. Executive di Guardian.”

“Ko ni Mir, tak payah la sebut apa keje aku. Tetap di bawah ko.”

“Hai... Assalammualaikum. Maaf jika terganggu dengan kedatangan saya. Sebenarnya saya pun baru sahaja dapat tahu yang Mir bertunang dari pak Lan, driver dia di Sarawak. Puas tak nak beritahu. Dia kata Mir balik bercuti. Tapi bila cuti sampai dua minggu saya rasa tentu ada something. Sampai hati dia Mir tak beritahu saya. Berita gembira macam ni tak nak share dengan saya. Satu pejabat tak tahu yang Pengarah Besar MIH melangsungkan majlis pertunangan. So, bila dapat tahu, saya dapatkan flight terawal tapi tak sempat juga sebab tersesat cari kampung ni tadi.. Apapun, Mir... TAHNIAH!”

“Terima kasih Leya. Maaf, sebab tak beritahu. Ingat nak buat suprise untuk Leya bila Mir balik nanti. Tak sangka pula yang Leya lebih dulu buat suprise untuk Mir. Lagipun Leya beritahu Mir yang Leya nak balik kampung this week. Apapun, thankssusah payah datang sini. Jauh tu. Tentu meletihkan. Jauh tu dari Kuching ke Perak ni.”

“Dah dah dah... Ajak kawan kamu tu naik dulu.”

Di rumah Shieda, Haji Malek rancak berbual dengan Hajah Rokiah, isterinya. Apa lagi yang dibualkan jika tidak mengenai majlis pertunangan anak kesayangan mereka. Tersenyum bangga mereka.

“Abang tak sangka yang si Mir tu dalam diam membina hidup yang cukup hebat. Dalam diam saja. Tak dak sapa pun yang tau. Tup tup keluar TV kata jadi orang penting di sebuah syarikat yang bukan calang-calang. Memang abang tak sangka langsung. Rasa malu pulak dulu abang pernah hina dia, perlekeh dia. Tak percaya kata-kata dia yang dia punya segala. Tunggu masa untuk ditunjukkan.”

“Itu lah abang. Lain kali cakap tu, jangan main lepas saja. Nasib la dia tu jenis yang tak suka simpan dendam. Kalau tidak, malu abang kelak kalau dia perleceh abang balik. Pilih menantu terbaik konon-nya, tapi yang dapat? Menantu hidung belang. Dari awal lagi saya dah kata saya tak berapa percaya sangat. Tiba-tiba saja dia muncul. Tak pelik ka? Nasib baik tak jadi. Kalau tak, berbelang muka abang tu. Kata si Mir macam-macam. Tengok la ni, orang yang abang kata tu yang selamatkan kita semua.”

“Dah lah mak, ayah... Yang lepas tu lepas lah. La ni semua dah baik kan.”

Telefon berbunyi memecah suasana. Aku menjawab memandangkan yang lain semua dah tidur. Dan panggilan itu memang untuk ku. Aku tak pasti siapa yang menelefon aku tapi dari riak suara bagaikan beramaran. Aku cuba tenang seadanya kerna aku tak boleh nak menunjukkan keresahanku di depan dia. Kelak diambil kesempatan pula. Yang aku terima hanya cacian, hinaan dan amaran yang hebat. Memang bernada tidak berpuas hati dan penuh dendam. Akhirnya aku tahu siapa pemanggilnya.

Malam itu aku menerima satu SMS dari Pinki. Terkejut aku bila Pinki dapat tahu kisah pertunanganku hari ini. Bagaimana dia tahu? Pihak syarikat pun belum tahu apa-apa. Cepat benar berita ini tersebar.

“TAHNIAH Wan... Oooo, ini SuPriSe yg Wan maksudkan. Moga berkekalan. Frust Pinki:-(“

“Aikk.. Mcm na Pinki tau? Maaf lah. That Y Mir minta sgt Pinki mai. Tp x juga muncul.”

“x pa lah... Pinki doakan Mir bahagia & dpt apa yg Mir cari selama ni OK.”

“Thkanks... Nak tau... Leya dtg tau ptg td. Terkejut Mir tiba2 dia ada dpn umah.”

“Habis... Dah Mir x bagitau semua org. Mana org x suprise...”

Pagi itu aku bersiap untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Aku akan pulang bersama Leya. Tasya dan tunangku datang mengucapkan selamat pulang. Seperti selalu, bermacam pesanan dan juga nasihat akan ku dengar dari mulut abah dan mak. Sebagai anak aku akur dan menerimanya. Di stesen bas, aku beritahu Leya yang aku nak bermessage dengan Pinki sekejap. Aku tak mahu nanti dikatakan tidak memberikan perhatian untuknya. Leya minta izin untuk ke bilik air sebentar.

“Pinki... Yuhuu... Buat pe tu? Mir on the way nak ke KLIA. Mir balik Kcg hari ni. Flight 2.30. Mir blk dgn Leya. x sangka tau Leya sanggup dtg dari Kch semata2 utk ucap tahniah. Rasa bsalah la pula x bagitau dia awal2.”

“x pe... dia x ambil hati kot. Kat Pinki Mir kata nak buat suprise. So, kat dia pun Mir kata mcm tu la. Dia terima punyalah. So, bila nak jumpa Pinki? Pinki tgh sedih ni. Tgk muka Pinki :-( :-( :-( ”

“La... knp :-( pulak ni? Mir ada buat silap ke?”

“x.. :-( sbb Wan tunang dgn org lain. Bkn dgn Pinki. Pinki dah mula suka dgn Wan tapi Wan x suka Pinki. :-( la Pinki. Nanti Pinki akan hilang teman. Pinki nak bcerita dgn sape lagi lps ni?”

“Mir ttp kawan Pinki kan. Ttp boleh cerita apa saja. MIr teman Pinki dunia&akhirat. Pinki teman yg plg terbaik & teristimewa buat Mir. Jgn la :-(. Mir nak :-) Mir dikongsi oleh semua teman2 Mir..”

“Betul ke Mir teman Pinki dunia & akhirat? Yeeeeeyyyy :-) Baru lega ati Pinki. Pinki pun ada suprise nak bgtau Mir... Pinki dpt 3.92 untuk exam X ni.Tbaik pernah Pinki dpt tau... Pinki check melalui internet 3 ari lps. So, janji Mir? Apa hadiah istimewa? Pinki tuntut sbb Mir dah janji kan dulu. Cpt bg tau, Pinki x sbr nak dpt suprise dari Mir.”

“OK.. Beri address Pinki, lusa Mir akan poskan sUpRisE tu yer..”

“Orait.. Pinki bg address Pinki nnti. Pinki on de way blik Sibu. Line x de tau. So, jumpa nnti ya. Mir nak tau? U know? i lip lap lip lap lip lap u tau... Bye2 A’kum.”

“Mcm2... Layan je lah. Kalau x, kecik hati pulak. I lip lap lip lap u 2 3 4ever.”

Pinki meluahkan satu persoalan yang aku tak tahu kebenarannya. Dia sukakan aku? Sedih kerana aku bertunang dengan Shieda? Kenapa dia tak beritahu dari awal? Mungkin di awalnya tiada rasa itu yang wujud di hatinya? Mungkin Pinki nak mengusik aku. Di dalam bas, aku duduk bersebelahan dengan Leya. Aku lihat Leya semacam menyimpan sesuatu. Riak wajahnya tak seperti selalu yang aku perhatikan. Aku terasa ingin tahu. Di mana harus aku mulakan?”

“Kenapa ni Leya? Mir tengok Leya macam bad mood aja.”

“Leya OK.. Period agaknya buat Leya tak berapa selesa. Di awal perkenalan kita, Mir kata Mir akan tunggu masa untuk Leya ceritakan kenapa Leya kata Leya tak punya hati untuk memikirkan soal kasih sayang, soal cinta, soal hati dan perasaan.”

“Ya.. Mir masih setia menanti. Leya nak cerita hari ni ke?”

“Kalau Mir sudi nak dengar sekarang... Semuanya kerana kisah 5 tahun lalu. Selama itu lah Leya menanggung sengsara dan kepedihan. Leya yakin Mir ialah orang yang Leya tunggu selama ini untuk Leya ceritakan apa yang terbuku di hati Leya. Mir nak dengar?”

“Dah tentu Mir nak dengar. Ceritalah..”

“Sebelum tu, Leya nak minta izin Mir untuk Leya jadikan Mir sebagai matahari kepada hidup Leya. Kenapa? Mir akan tahu sekejap lagi. Berbalik kisah Leya. Kisah 5 tahun lalu memang menyentap seluruh hati dan jiwa Leya untuk menyayangi insan lain. Baik lelaki mahupun perempuan. Malah diri Leya pun tak mampu Leya jaga. Leya rasa hidup Leya kosong dan tak berpenghujung. Leya hampir-hampir maut kerana tak mampu nak menanggung apa yang terpaksa Leya lalui. Ramai yang beri perhatian pada Leya. Dan Leya sedar masih ramai yang sayang Leya. Family malah kawan-kawan. Tapi entah lah, Leya tetap merasakan hidup Leya begitu kosong. Sehinggalah Leya bertemu dengan seseorang yang mampu berikan kembali senyuman di wajah Leya. Mengubah hari-hari Leya menjadi lebih warna warni. Dan Leya akan menyayangi dia sampai bila-bila. Mungkin Leya tak mampu memiliki dia, tapi dia tetap kekal bertakhta di hati Leya. Kata orang yang di sayang tak semestinya menjadi milik kita. Yang pertama bukan bererti mesti dimiliki, tapi yang terakhir tak semestinya bukan yang terbaik.Leya percaya kata-kata ini.”

“Siapa orang tu? Dan apa kisah yang Leya lalui ni? Nampak ceria saja.”

“Leya punya seorang anak saudara yang cukup manja dengan Leya. Dia ni membesar di depan Leya. Sentiasa mahu bersama Leya tak kira bila masa. Nak makan, nak main, nak tidur, nak jalan-jalan, nak buat apa sahaja mesti Leya kena ada disisinya. Satu malam, Leya mimpi yang Leya kehilangan dia masa kami berjalan-jalan di taman. Puas Leya cari tapi tak jumpa. Leya menangis sungguh-sungguh sebab dia tak jumpa. Dan Leya tak sangka yang mimpi Leya tu memang petanda dari Dia tentang hakikat Leya memang akan kehilangannya. Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya. Leya tak pasti tapi memang Leya dapat merasai petanda itu dengan jelas.”

Leya sudah mula menitiskan air matanya. Nasib tempat duduk kami agak kebelakang dan tak ramai penumpang di dalam bas. Aku turut terasa sebak yang dirasai Leya kini. Aku mendekatkan diriku dan memegang bahu Leya. Leya merebahkan mukanya ke dadaku. Dia menangis semahunya. Aku biarkan seketika agar Leya tenang. Aku kesat air matanya yang tak kenal erti apa-apa. Menangis dan terus menangis semahunya. Setelah Leya agak tenang baru aku bersuara.

“Okey, Leya dah tenang ke? Kalau tak, rasa nak menangis lagi... Leya menangislah sepuasnya. Mir sentiasa di sisi Leya. Leya boleh sambung cerita bila-bila nanti.”

“Tak pe. Leya dah OK. Terima kasih Mir. Mir memang teman yang baik. Insan yang Leya maksud kan tu ialah Mir. Benar, Mir lah insan yang telah memberikan kegembiraan buat Leya. Dah lama Leya tercari-cari cahaya kegembiraan. Tapi tak jumpa sehingga lah Leya kenali Mir.”

“Leya.... Betul ke apa yang Leya cakap ni? Atau sekadar untuk menjaga hati Mir? Mengusik Mir?”

“Tak... Leya tak akan main-main jika ianya melibatkan soal hati dan perasaan. Leya memang rasa selesa sangat-sangat, gembira dan tenang sejak bersama Mir. Nak tahu, ini kegembiraan yang Leya cari selama ini. Sejak Hafiza pergi. Dia anak saudara Leya. Dia pergi dalam pangkuan Leya tau.”

”Apa yang jadi pada dia?”

“Satu pagi tu Leya tengah siapkan makan tengahari. Dik Ja datang ajak Leya main-main dengan dia di depan rumah. Macam mana Leya nak bersama sedangkan Leya tengah masak. Dia tarik tangan Leya. Dia genggam kuat-kuat macam tak nak dilepaskan. Tapi memang Leya tak boleh ketika itu. Dia semacam merajuk dan menangis sambil kata “kak Leya tak sayangkan Dik Ja lagi. Kak Leya tak mahukan Dik Ja lagi, biarlah Dik Ja pergi jauh.” Dia berjalan kelular rumah dengan tangisan yang mendayu. Sedih sangat Leya dengar. Tengahari tu ketika semua orang berkumpul untuk makan tengahari, Dik Ja tak ada. Leya cari sekeliling rumah tapi tak jumpa. Gerak hati Leya mengatakan sesuatu yang buruk dah terjadi. Kaki Leya semacam bergerak sendiri ke arah kolam tinggal di depan rumah. Dan Wan tahu tak, Leya nampak Dik Ja dah terapung dengan badannya membiru. Leya jerit sekuat hati panggil nama dia tapi tak berjawab. Leya terjun dalam kolam tu dan cuba selamatkan dia. Tapi... Leya tengok matanya tak tertutup rapat. Dada dah membiru. Badannya masih panas.”

“Sabar Leya... Tenangkan hati Leya okey. Leya kena kuatkan semangat. Luahkan segalanya..”

“Leya rasa nadinya masih bergerak. Dik Ja masih bernafas tapi lemah sangat. Sepanjang perjalanan ke hospital, Leya cium dia... Dia genggam lemah tangan Leya. Leya berkali-kali minta maaf pada dia. Leya salahkan diri Leya sebab jadi semua tu. Sepanjang malam Leya jaga dia dan Leya tak benarkan sesiapa pun masuk termasuk parent dia. Leya rasa berdosa kepada dia. Leya doa pada Tuhan agar diambil nyawa Leya sebagai ganti kepada nyawa Dik Ja... Tapi... Dik Ja pergi jua depan mata Leya, dalam pelukan Leya... Leya berdosa pada dia Wan... Leya berdosa... Sejak peristiwa tu, jiwa Leya kosong sangat-sangat. Dua tahun hidup murung. Leya masih tak dapat nak lupakan kisah tu. Hidup Leya hanya bergenang air mata. Badan pun kurus kering. Sehingga Mir muncul dalam hidup Leya. ”

Oh my God... Mir tumpang sedih sangat-sangat dengan apa yang Leya lalui. Apa yang Mir lalui selama ini pun tak sehebat ini. Leya seorang yang amat tabah kerana masih mampu ketawa riang di depan orang ramai. Masih mampu bekerja dengan tabah hati.”

“Baru sekarang ni Leya kuat Mir.. Sejak bertemu dengan Mir dan Mir tak jemu-jemu memberikan semangat dan dorongan yang buat keyakinan Leya pulih sedikit demi sedikit. Di awal pemergiannya, Leya hanya menangis dan terus menangis. Hampir sebulan Leya tak pergi sekolah. Berkurung saja dalam bilik dan menangis. Sampai ke satu hari tu Leya rasa hidup Leya tiada makna lagi, Leya telan bil penenang. Kerana overdose Leya pengsan dan di masukkan ke wad. Syukur, nyawa Leya tetap panjang dan Tuhan tak mahu terima Leya dengan cara tu agaknya, Leya selamat. Leya cuba kuatkan semangat tapi sukar benar rasanya. Nasib baik lulus juga SPM dan Leya dapat masuk U. Leya pergi jauh dari kenangan lalu.”

“Apa yang Leya buat untuk mengurangkan kesakitan yang Leya tanggung?”

“Leya sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti di U. Dan Leya jarang balik ke Sarawak. Leya tak mahu kenangan perit itu kembali menghantui diri Leya. Hanya akhir-akhir ni sahaja baru Leya menjejakkan kaki ke rumah yang penuh kenangan. Sebelum Leya pergi, Leya guna sepenuh kudrat Leya tau, Leya timbus kolam yang mengambil nyawa Dik Ja. Selepas pergi, Leya tutup pintu hati Leya buat orang lain. Leya tak mampu nak menyayangi dan menerima kasih sayang orang lain. Leya takut...”

“Apa yang Leya takutkan?”

“Takut jika ia berulang lagi. Kalau lah jadi sebegitu, jiwa Leya akan mati buat selamanya! Leya sedar, ramai di luar sana yang menyayangi Leya. Malah ramai juga lelaki yang meluahkan hasrat dan menagih perhatian dari Leya, tapi Leya tak mampu nak menerima apa lagi membalas hasrat hati mereka. Leya memang tak mampu dan terus membiarkan mereka ternanti-nanti. Kelak, bila mereka jemu menanti, pasti mereka akan beralih arah. Leya pasrah dan tak rasa sesal pun sebab hati Leya tertutup rapat. Biarlah Leya hidup sendirian sampai bila-bila. ”

“Dengan Mir macam mana?”

“Leya tak pasti.. Tapi Leya semacam dapat suatu kekuatan untuk berdepan dengan kehidupan yang baru. Leya rasa lain sangat. Mungkin sebab Leya dapat perhatian yang istimewa dari Mir. Mir ada di saat Leya perlukan perhatian dan perlukan teman untuk bercerita dan mendengar apa juga luahan hati dan rasa. Paling penting Leya rasa Dia hadirkan Mir dalam hidup Leya sebagai satu anugerah atas kesabaran dan penderitaan yang Leya tanggung selama bertahun-bertahun. Terima kasih Mir, sebab sudi jadi teman terbaik dan teristimewa Leya. Cuma Mir sahaja yang mampu mengembalikan semula gelak tawa yang pernah hilang dalam hidup Leya. Sebab tu lah Leya mengabdikan diri Mir sebagai “MATAHARI” yang membawa cahaya dan menerangi permukaan “BUMI” yang sarat dengan duka dan air mata. Leya tak dapat nak bayangkan jika matahari Leya ni hilang dan pergi suatu masa nanti. Mir dapat bayangkan apa yang akan terjadi dengan bumi jika kehilangan matahari nanti kan? Betapa istimewanya Mir pada diri Leya semenjak kita mula bersahabat. Thanks Mir. Hope Mir akan meminggirkan Leya walaupun tiba masa nanti, Mir akan bersama Shieda.”

Leya memeluk aku erat-erat. Aku tak mampu nak berkata apa-apa. Hanya membiarkan sahaja Leya memeluk aku semahu hatinya. Mungkin ini dapat melegakan hatinya yang telah menanggung derita sekian lama. Aku rasa bertuah kerana aku yang dipilih oleh Leya sebagai teman terbaiknya. Memang aku jujur berkawan dengannya sebab aku juga rasa seronok, tenang dan gembira menjadi kan dia sebagai teman baik ku.

“Okey, Leya dah pun ceritakan kisah Leya. So, kita sama-sama tahu kisah silam berdua. Leya rasa lega apa yang Leya pendam selama ini mampu Leya luahkan dan kongsi bersama Mir. Teman terbaik dan teristimewa dunia dan akhirat. Hope tak jadi masalah bagi Mir kalau Leya nak anggap Mir seperti matahari dan Leya sebagai bumi. Mir akan jadi seperti matahari yang akan sentiasa menyinari hari-hari Leya. Boleh kan Mir?”

“Berat tanggungjawab tu dan tinggi sangat penghargaan yang Leya berikan tu. Tapi InsayAllah Mir cuba jadi teman yang terbaik buat Leya tak kisah apa yang terjadi di masa depan kelak. Sama ada Mir atau Leya dah dimiliki insan lain, kita tetap akan bersama. Kita teman terbaik dan teristimewa di dunia dan akhirat. Cuma pesan Mir satu sahaja. Jangan nafikan hak lelaki lain untuk memberi dan juga menerima hati dan cinta Leya okey. OK, Mir ikhlas jadi matahari Leya dan Leya bumi bagi Mir.”

“Leya akan cuba. Tapi mungkin ambil sedikit masa. Tapi tak tahu berapa lama lah. Mir lah yang nak kena sentiasa beri semangat buat Leya OK. Mir macam abang Leya. Leya sayangkan Mir lebih dari segalanya. Betul ni, Leya sayangkan Mir buat selamanya.”

“Mir pun begitu juga. Walaupun antara kita terikat atas nama sahabat terbaik dan teristimewa, kita tetap akan kekal bersama begini buat selamanya. Sama-sama kita jaga ikatan ini dengan penuh rasa kasih dan sayang, saling jujur dan setia serta bertanggungjawab. Sebab keteguhan ikatan yang kita jalinkan ini, ditentukan sejauh mana keikhlasan kita untuk mempertahankannya.”

“Mir, Leya nak minta sesuatu dari Mir boleh tak? Tak memaksa cuma kalau boleh. Tak boleh tak apa. Leya tak akan memaksa. Leya minta Mir janji dengan Leya yang Mir akan sentiasa ada di saat Leya memerlukan teman untuk meluahkan rasa suka duka tawa dan derita. Boleh tak?”

InsyaAllah, itu lah jawapan terbaik yang boleh aku berikan buat Leya. Aku tak mampu untuk memberi jaminan yang aku pasti ada jika Leya memerlukan aku sebab aku tak pasti apa yang akan berlaku di depan kelak. Mungkin aku jua dirundung permasalahan berat yang tak memungkinkan aku untuk ada disisi Leya mahupan siapa juga. Atau aku mungkin kesibukkan yang terlampau hingga tiada walau sedikit masa untuk ku peruntukkan buat teman-teman lain.

Kini aku punya beberapa orang teman yang amat aku sayangi. Shieda sebagai tunang tercinta, Leya sebagai teman terbaik dan teristimewa dan begitu juga dengan Pinki dan Tasya. Mereka juga teman terbaik dan sentiasa memahami. Terasa hidup ini telah lengkap dan memenuhi segala impianku. Punya keluarga, kerjaya, sahabat, dan masa depan yang cukup baik. Sesuatu yang tak pernah terjangka oleh ku. Tapi benar-benar ada di depan mata. Malah telah ku miliki.

“Leya.. Result Master Leya dah keluarkan macam mana? Mesti skor kan?”

“Yeah... Boleh tahan lah. Hampir 4.00. Kurang 0.08 saja. Rezeki Leya kot di final semester dulu.”

“Wow tahniah. Kawan Mir di UUM juga. Dia pun result macam Leya. Kenal ke? Nama dia Pinki?”

“Pinki..... Rasanya tak kot. Dia mungkin kolej lain ke. Lagipun final year Leya tak berapa aktif lagi.”

“Mungkin lah.Sebab Mir nak jumpa dia, tapi dia masih tak mahu lagi.”

“Ada rezeki Mir dapat lah jumpa dia. Mana tahu muka dia sama dengan muka Leya ke? Ntahkan perangai pun sama. Macam mana kalau macam tu?”

“OK lah... Tak lah Mir risau. Kalau macam Leya, boleh lah Mir usik selamber macam tu aja kan?”

“Harap-harap macam tu lah kan.”

“Mir nak kena bagi hadiah kat Leya ke?”

“Tak perlu lah. Buat susah-susah aja. Lain la kalau Mir janji dari awal kan. Tapi biar Leya belanja Mir makan hari ni sebagai tanda Leya gembira dengan keputusan yang Leya perolehi.”

“OK, Mir on aja.”

Setelah menikmati makan tengahari bersama Leya, Aku terus ke pejabat. Banyak urusan yang mahu diselesaikan segera. Makin ditangguh akan makin bertambah. Sedang rancak melaksanakan tugas, handset berbunyi dengan tone yang dia tahu panggilan itu dari Tasya. Tentu mustahak kerana dia menefon aku di siang hari. Segera ku jawab salam yang diujarnya.

“Hey, apa ni? Tak sampai seminggu aku tegoq ko pasal tu kan.... Tapi tu lah ko belagak. Tengok, hari ni ko dah kena. Ko OK tak ni? Ko buat aku risau lah. Macam mana boleh jadi macam tu? Dah buat report? Ko ni buat aku risau lah.”

“Aku OK... Luka sikit-sikit tapi lebam juga dahi aku terhantuk kat jalan. Mulut ko tu la caboi. Pagi tadi aku macam biasa la dok jalan nak ke LRT. Ko pun tau aku suka naik LRT. Malas nak drive. Nak elak jammed. Tapi pagi tadi ntah apa punya malang nasib aku. Ada mamat tu slow saja bawak motor kat belakang aku. Ingat biasa lah macam tu. Aku buat bodoh ajalah. Tiba-tiba, berpusing aku direntap beg kat bahu. Aku cuba lawan ko tau. Takut memang takut tapi banyak benda penting tu yang aku lawan. Tapi kudrat aku ko tau lah kan... Tersungkur aku atas jalan. Habis semua hilang. Sakit ko tau.”

“So, nombor ni macam mana boleh guna? Handset tak hilang ka?”

“Handset aku pegang. Habis semua lah. IC, lesen, kad ATM, dompet aku.. Waaa duit aku Mir....”

“Banyak ke duit ko dalam tu?”

“Banyak.... RM10 hahahahahahahaha”

“Hampeh... Sempat gelak lagi tu.”

“Abis tu ko nak aku meraung? Terkejut besar aku. Ni pun dok pucat lagi. Dapat MC 4 hari aku nak balik kampung. Aku nak bagi cool dulu. Tapi aku dah buat report kat balai polis, JPN dan bank pun. Ko tak payah risau lah. Aku dah OK cuma lebam dan sengal-sengal saja.”

“Banyak la ko punya tak payah risau. Lepas ni beringat, jangan dok belagak. Malang bukan ada bau macam durian. Macam ais krim. Buat aku risau saja ni. Betul ka dah OK ni?”

“Betoi la... Tengok aku dah boleh gelak hahahahahahaha. OK lah Mir, bas aku dah sampai, aku nak balik rumah mak bapak aku. Aku tau apa yang ko nak pesan kat aku, nanti aku sampaikan salam ko kat mak bapak ko, kat tunang ko.”

Tasya oh Tasya. Baru saja aku dia aku tegur style dia yang suka menggalas beg di bahu dan dibiar lepas bebas. Aku kata bahaya. Baik disilangkan ke bahu. Tapi dia tak apa. Ini trend sekarang. Kini, dapatlah penangan trend terkini. Sakit dan kehilangan segalanya. Apapun lega dia selamat. Dalam tak sedar, sudah 3 bulan Shieda menjadi tunanganku. Pantas benar masa berlalu pergi. Dan masa itu pastinya tidak akan kembali. Shieda pun kini telah dinaikkan pangkat menjadi eksekutif di sebuah syarikat audit.

Sibuk aku dengan tugas yang masih banyak perlu ku selesaikan. Tangan tak menang menangani dari satu fail ke satu fail. Telefon berbunyi lagi. Aku menjawab. Satu suara yang begitu asing bagiku. Tetapi aku menjawab sebaik mungkin. Namun dibalas dengan begitu kasar.

“Hello hero kampung... Semakin hebat sekarang ya. Tak lama lagi, kau akan tahu sejauh mana hebat nya kau.Kau tak kenal aku tapi aku cukup kenal kau. Kau akan tahu apa akan jadi pada orang yang mengganggu hidup aku.”

“Hey... Siapa ni? Apa kau mahu?”

“Kau akan tahu nanti. Aku akan rampas segala yang kau miliki. Kau harus membayar atas semua kesusahan yang berikan pada aku. Ingat... Ini nasihat aku. Bersedia untuk menikmati hari sengsara buat kau.Kau berani bermain api, seharusnya kau bersedia untuk merasa bahangnya.

“Hei... siapa ni? Ingat aku takut dengan ugutan bodoh macam ni? Apa kau mahu?”

“Rileks... jangan cepat melatah. Aku tak mengugut kau. Aku hanya memberi ingatan. Aku akan musnahkan kau perlahan-lahan. Biar kau rasa peritnya. Ini balasan kepada orang yang merampas hak aku. Orang yang memusnahkan hidup aku. Kau tunggu dan lihat. Nnati kau akan kenal aku. Bye.”

Lepas satu-satu masalah baru bertimpa. Siapa agaknya yang berdendam dengan aku? Apa salah aku pada dia? Apa yang dia nak buat pada aku? Mungkin dia akan melibatkan Shieda? Rasa risau mula menyelinap ke dalam hatiku. Puas aku fikir namun tak punya jawapan.

“Leya... Masuk bilik saya sekejap. Ada hal penting saya nak minta pandangan Leya. Personel.”

Tak lama kemudian, Leya dah berada di depanku. Aku ceritakan apa yang baru ku lalui sebentar tadi. Air muka Leya berubah sedikit. Mungkin turut memikirkan hal yang saja. Telefon berbunyi lagi. Aku segera menjawab. Mana tahu lelaki misteri itu lagi. Apa yang aku harapkan semacam tersasar. Kali ini panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai teman Shieda. Dia tidak mahu memperkenalkan namanya tetapi dia mengakui yang dia amat rapat dengan Shieda dah tahu status Shieda sebagai tunangan aku. Oleh sebab itu lah, dia merasa amat perlu baginya untuk mendedahkan rahsia yang selama ini cukup dijaga rapi dari pengetahuan sesiapa jua. Rahsia yang mungkin menjejaskan tanggapan ku padanya.

“Kalau kau mahukan bukti untuk setiap kata-kata aku, kau boleh saksikan sendiri malam ini di KLCC. Saksikan betapa kejujuran dan kepercayaan kau selama ini dipergunakan sebaiknya oleh dia yang telah hanyut dek arus kota. Tunang kau tidak seperti yang kau bayangkan.”

“Kau ni siapa? Jangan reka-reka cerita tanpa bukti.”

“Terpulang... Aku cuma memberitahu kau sebab tak mahu kau tertipu.”

Tapi tak semudah itu aku mempercayai kata-kata perempuan misteri itu. Aku tak mahu bersikap ikut perasaan, serkap jarang. Aku perlukan bukti sebelum aku mempercayai setiap apa yang aku dengar. Sedang Alia pun tidak memberitahu apa-apa pada aku, inikan pula berita dari mulut orang yang tidak aku kenali. Tetapi dari nada yang amat serius membuatkan aku terfikir akan kebenarannya. Aku turuti kata perempuan misteri itu. Aku mengambil cuti dan bergegas ke Kuala Lumpur. Aku tidak mahu terlepas dari peluang untuk pembuktian suatu kebenaran yang pastinya perit untuk ku terima jika ia sememangnya sesuatu yang benar.

Di ACN semua plan yang dirancang oleh Zul dan kuncu-kuncunya diperingatkan lagi. Dia tidak mahu tersilap langkah. Itu hanya akan merugikan dam mengusutkan lagi apa yang sedang dilalui. Baginya, setiap orang yang memusnahkan hidupnya harus turut musnah. Tidak sesekali dia akan lepaskan.

“Din.. Pastikan kau melakonkan watak ko dengan sehabis mungkin. Aku yakin hero kampung itu pasti akan datang. Aku dah check jadual penerbangan dan ada nama si hero tu. Aku nak tengok macam mana dia nak berdepan dengan kecurangan tunangnya.”

No problemZul... Janji upah aku kau tak lupa. Lagipun betina tu pun aku lihat dah mula cair dengan aku. Sikit masa lagi mungkin aku dapat makan besar. Hahahahahaha.”

“Bagus Din... Bagus. Apa kau nak buat terpulang. Yang penting dendam aku berbalas.”

Tepat jam 9 malam aku berlegar-legar memerhati kelibat manusia yang lalu lalang setiap lorong di KLCC. Tapi aku tak memberikan tumpuan langsung kepada setiap langkahan ini. Tidak ada apa-apa kepentingan untukku berbuat demikian. Yang aku tunggu rentak lenggok Shieda, tunang kesayangan ku. Hatiku berdebar-debar. Jiwaku jadi tak menentu. Nafasku jadi kelam kabut apabila apa yang aku saksikan di depan mataku semuanya benar. Begitu manja Shieda beriringan dan berpegang tangan dengan entah lelaki mana. Aku tabahkan diriku. Aku menelefon Shieda. Sambil memerhati gerak gerinya aku menahan debar yang kian kencang.

“Hai sayang.... Assalammualaikum. Buat apa tu?”

Aku memancing kata-kata Shieda. Aku lihat Shieda terus galak berjalan berpimpin tangan. Hatiku kian membara. Tambah menyakitkan bila jawapan yang aku terima amat tersimpang jauh dari apa yang aku perhatikan kini. Shieda mempermainkan aku. Dia fikir aku ini bodoh?

“Waalaikumsalam. Di rumah saja. Malas lah nak keluar. Tak ada apa yang menarik pun. Lagipun di luar hujan lebat. Baik tidur sana lagi best. Dah mengantuk pun. Abang call esok sajalah yer...”

“Eh, Ayang tak nak berbual dengan abang dulu ke? Abang rindulah. Rindu sangat-sangat.”

“Ayang mengantuk lah abang... Esok saja lah abang call ya.”

Sakit hatiku melihat apa yang aku lalui kini. Hati bagai disiat-siat di hiris-hiris. Tak berdarah tapi buat aku pedih merintih. Aku terus mengekori merpati dua sejoli itu. Nak melihat sejauh mana aksi mereka.

Dari satu premis ke satu premis dimasukinya. Aku terus sabar menanti masa yang sesuai untuk aku memunculkan diri. Aku mesti tenang walaupun kelakianku langsung tercabar. Kesabaran ku langsung ke tahap paling tipis. Mahu sahaja aku berdiri di depannya dan melafazkan kuat-kuat buiar dia dengar, biar semua dengar aku melafazkan “selamat tinggal perempuan!!”

Minum berkongsi cawan, tangan langsung tak lepas dari berpimpin bagaikan si buta yang perlukan bantuan yang celik. Sabar Mir sabar... Masanya akan tiba untuk kau pertontonkan diri kau di depan-nya. Jangan terburu-buru, kelak kau yang malu. Itu kata akal ku. Aku menuruti katanya walaupun hati dan nafsu ku mengasak aku agar aku perlihatkan kelakianku di saat itu. Aku masih mahu melihat apa lagi kecurangan yang bakal dilakukan oleh tunang yang ku anggap bagaikan bidadari dari kayangan.

Begitu asyik bermadu kasih di taman KLCC. Aku tak mampu bersabar lagi melihat aksi Shieda. Dia bukan lagi tunangan ku! Apa makna tunang jika bibir bertemu bibir dengan jantan lain? Berpelukkan dikhalayak tanpa ada walau setitis rasa malu? Terbabas benarkah dia dengan kejutan kotaraya? Aku menelefon Shieda lagi. Sengaja ku telefon sambil aku semakin menghampiri manusia yang kian leka dalam godaan syaitan. Nasib baik ianya berjawab tapi cukup menyakitkan.

“Abang... Ayang baru nak terlelap kenapa diganggu-ganggu lagi. Esok sahajalah call.”

“Ayang.... Abang ada hal penting nak cakap ni. Jangan la tidur lagi.”

Aku makin menghampiri dan lantas aku menghantar SMS ringkas. “PANDANG BELAKANG NOW!!!!!”

Shieda memandang. Terdiam tak terkata walau sepatah. Aku mahu bersuara, tapi tak mampu untuk ku hamburkan makian dan cercaan. Bukan sifatku untuk memalukan orang lain di khalayak yang ramai. Apa lagi yang ingin ku cerca itu seorang perempuan. Tunangan ku. Aku memandang tepat ke matanya. Dia melarikan matanya dari terus memandang aku. Tahu diri bersalah, tapi tak ada guna-nya lagi. Aku bersaksikan mata kepalaku sendiri. Kau CURANG Shieda!!!

“Oooo... Tidur ya... Selamat tinggal betina!!”

Aku berlalu tanpa menghiraukan jeritan Shieda yang memanggil-manggil namaku. Nak tunggu apa lagi jika sudah jelas kini yang dia adalah perempuan yang layak digelar betina! Kau bukan tunangku!! Setiap SMS dan callingdari perempuan itu langsung aku tak mengendahkan. Kau tidak ku percayai lagi. Kau hancur leburkan rasa percaya dan kasih sayangku selama ini. Mengapa tergamak kau buat diriku sebegini rupa. Apa salahku? Apa silapku? Nyatakanlah walaupun satu.

Ya... Aku bersalah pada mu kerana aku tak dapat berada di sisimu sentiasa. Kita tak seperti insan bercinta yang lain yang ada masa dan peluang untuk sentiasa beriringan. Lantas, kerana sebab itu kau jalinkan hubungan dengan jantan lain? Untuk apa? Mengisi kekosongan hatimu? Patutlah sejak akhir-akhir ini wang yang ku beri sebagai belanja dirimu tak pernahnya mencukupi. SMS aku jarang-jarang kau balas dan handsetmu sering kali tidak berfungsi. Rupanya intan permataku ini sedang rancak dan enak bermadu asmara dengan jantan yang difikirnya mampu menghiburkan hatinya yang kesunyian.

Aku mengadap Tuhan yang Esa. Aku mahu menagih simpati, mengharap belas ehsan dari-Nya atas apa yang terpaksa aku lalui kini. Apakah makna semua ini? Kenapa aku disiksa sebegini? Kenapa aku diuji semacam ini? Sedang Dia tahu aku cukup lemah dan tak bermaya. Aku terlalu kerdil untuk memikul ujian yang kecil bagi-Nya tetapi Maha berat buatku.

“Ya Allah Ya Tuhanku... Mengapa aku diuji lagi sebegini rupa? Apakah aku ini terlalu banyak dosa yang mesti Kau cuci terlebih dahulu sebelum aku layak mendapat nikmat kebahagiaan-Mu? Kau tabahkan lah hatiku dan diriku untuk aku tempuhi dengan sabar Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Aku cuba melupakan seketika apa yang aku lalui kini. Aku sibukkan diri dengan pelbagai kerja yang ada di pejabat. Tapi kelesuan wajahku memang tidak dapat mengaburi mata Leya. Aku tak kan dapat larikan wajah murungku darinya seperti mana dia juga tak dapat lari menyembunyikan sesuatu dariku.

“Mir ada masalahkan? Cerita kat Leya. Mir mesti ceritakan biar Leya tahu. Kalau tidak, jangan anggap Leya sebagai teman terbaik dan teristimewa Mir.”

“Leya... Apa yang Mir takuti, kini berulang lagi. Mir putus asa dengan Shieda. Perempuan yang Mir harap menjadi terminal kasih yang terakhir rupanya menjadi duri yang amat bisa di hati Mir. Kenapa Shieda tergamak buat Mir macam ni? Mir tak jujurkah dengan dia selama ini? Mir tak cukup baik kah pada dia selama ini? Atau sememangnya Mir ini tidak layak untuk bersama dia?”

Aku ceritakan segalanya pada Leya. Leya juga tak mampu berkata apa-apa. Memang tak siapa yang mampu untuk berkata walau sepatah pun atas kecurangan ini. Aku pulang lagi ke Kuala Lumpur. Aku mahu mengadu pada Tasya. Dia teman yang ku ingin ada di sisi ku kini. Bukan aku tak percayakan Leya, tapi aku tak mahu tumpuan Leya terjejas kerana masa depan MIH di Sarawak terletak di tangannya. Dan Leya juga faham. Dia menerima tindakan ku ini dan tetap mengatakan dia ada di sisi jika aku perlukan teman untuk meluahkan rasa. Bila-bila masa sahaja yang aku perlukan dia, pasti dia ada di sisi. Aku berterima kasih padanya. Leya memang teman yang amat baik dan istimewa.

Dan aku tahu, Tasya pasti setia di sisi jika aku perlukan teman. Awal-awal lagi dia sudah menanti aku di KLIA. Terus dia membawa aku ke satu tempat yang dia fikir mampu mendamaikan hatiku yang bercelaru. Genting Hinglands... Destinasi yang dibawanya aku pergi. Memang mendamaikan. Tapi ia hanya luaran. Dalam hatiku tetap berperang.

“Mir, aku pun tak sangka yang Shieda tergamak buat macam tu. Aku tak sangka langsung yang Shieda sanggup buat ko macam ni. Patutlah dengan aku pun dia jarang-jarang SMS, call apa lagi mai jumpa. Rupanya dia buat sesuatu yang amat malang. Bukan pada ko saja, malah pada keluarga dia, pada aku dan diri dia juga.”

“Aku pun tak sangka langsung Shieda. Baru tiga bulan kami bertunang dah jadi macam ni. Kalau aku tahu dari awal, jangan harap aku nak kembali kepadanya walaupun dipujuk di rayu dengan air mata darah sekalipun. Aku tak kan terima. Aku bencikan dia Tasya. Aku bencikan betina tu. Dia tu betina bukan perempuan. Dia bukan tunang aku. Tunang aku mesti perempuan bukannya betina!!!”

BETINA!!! Gelaran paling layak untuk dia kini. Aku tak tahu lagi apa yang harus ku buat. Hanya Leya dan Tasya tempat untuk ku mengadu untung nasibku. Ahhhhhhh hidupku kini tiada untungnya. Sentiasa malang dan rugi. Aku tak tahu apa lagi yang mesti ku buat. Aku dah berikan segalanya buat Shieda tapi kenapa ini yang aku dapat?

“Aku fikir begini lah Mir. Ko tenangkan hati ko dulu. Kemudian ko buat solat istikharah. Minta pada Dia petunjuk. Mana tahu dia bukan milik ko dan sebab tu Dia perlihatkan kat ko awal-awal. Supaya ko boleh berfikir apa yang patut ko buat. Aku yakin ko akan dapat jawapannya nanti. Banyak-banyak lah bersabar ya. Aku risau betul tengok ko. Ko tu, kalau frust saja, mulalah buat sesuatu yang buat diri sendiri sakit. Bukan aku tak kenal ko. Kali ni aku tak mau dengar ko accident lagi. Aku nak ko kuat OK Mir... Ko mesti kuat kali ni. Aku tak mahu jadi tak sepatutnya. Aku bukan tak tau ko kalau kecewa..”

“Terima kasih Tasya. Ko memang baik. Ko sentiasa ambil berat tentang aku. Aku rasa lega sebab ada kawan seperti ko dan Leya. Tapi Shieda...”

“Dah.... Dah... Dah... Jangan dok sebut lagi nama tu kalau itu akan menyakitkan ko. Lupakan dia buat sementara. Aku kan kawan ko. Dulu waktu aku ditimpa musibah, ko juga yang bangkitkan semula semangat dan keyakinan aku. So, la ni giliran ko kena dan aku la kena balas balik.“

Thanks.. Ko teman aku pi pejabat pos kejap. Aku nak pos benda kat kawan aku.”

“Benda apa pulak?”

“Aku tempah rantai khas tertulis nama dia. Aku janji nak bagi suprise untuk dia jika dia cemerlang dalam exam. Kawan aku orang Sarawak tu. Aku ada cerita kat ko kan.”

“Oooo ada... Pinki. Boleh aku tengok rantai tu..... Wow, cantik lah. Kat aku bila ko nak bagi?”

“La... Ko pun nak jugak ke? Tunggu kita kawin la aku bagi ko rantai panjang sampai ke lutut.”

“Banyak la ko.. Rantai basikal. Lawak ko dah basi la...”

Selesai mengirimkan rantai tersebut, aku menghubungi Pinki untuk memberitahunya. Tak mahu nanti dia tertunggu-tunggu janji aku.

“Kenapa address ke Miri? Kan Pinki orang Sibu?”

“Sibu tu kampung Pinki. Miri rumah nenek. Pinki balik kampung 2 minggu. Apapun TQ..Tak sabar lah nak tahu apa yang SupRiSe tu.. Ni buat Pinki ber + syg kat Mir.”

“Mir pun sayang Pinki jugak.”

“Tahu... Ada apa2 news? How’s Shieda?”

“Semua OK... Entah lah. Nanti Mir cite ya.”

“OK... Tp igt tau... Pinki sntiasa di cc Mir.”

Aku benar-benar kecewa dengan Shieda. Dia pula langsung tak cuba menghubungi aku sejak dari peristiwa itu. Tak pasti sama ada dia malu atau sengaja bila melihat inilah peluang untuk dia bebas dari aku. Aku mengakui yang kasih sayang aku cukup menebal buatnya tapi aku tak sangka ini pula balasannya. Aku mencoret sesuatu yang aku fikir inilah yang terakhir dari ku. Selepas ini aku tak pasti sama ada aku akan terus menghubungi dia atau mengucapkan selamat tinggal buat selamanya. Ku buka laptop dan terus menaip sesuatu...

Aku membaca kembali isi warkah yang akan ku berikan buat perempuan itu, aku tak mahu ada ruang yang menunjukkan aku lemah. Aku mesti kuat demi Leya, Pinki dan Alia.. Biar dia tahu yang aku ini bukan boleh digula-gulakan. Dipujuk dirayu akan lembut kembali. Aku bukan manusia yang sebegitu. Aku punya pendirian. Keputusan aku akan dipertahankan. Usah berharap akan giyah walau macam mana sekalipun.

Assalammualaikum...

Mir minta Shieda balas surat Mir ni. Amat penting untuk Shieda jawab setiap persoalan yang Mir tanya walaupun sesetengah tu mungkin Mir dah sedia maklum jawapannya. Sebelum tu maaf jika Mir menggunakan Mir-Shieda tidak abang-Ayang seperti selalu. Mir tak mampu buat masa ini untuk menggunakan nama itu. Ianya sedap didengar tapi amat menyakitkan untuk dirasai.

Tentu Shieda tertanya-tanya macam mana Mir boleh berada di KLCC tempoh hari kan. Ini semua kerja Dia Yang Agong. Dia yang menggerakkan hati dan diri Mir ke sana. Sebab hati Mir merasakan sesuatu... Dah hati Mir tak pernah menipu. “suka benar” Mir melihat aksi Shieda dari mula hingga ke akhir. Mir ketawa hahahahahahaha menyaksikan tunang yang amat Mir sayang, rindui, kasihi dan percayai rupanya menjadi seperti seekor betina yang dahagakan jantan!! Pedihkan bunyinya, tapi tak lah sepedih hati dan perasaan Mir yang Shieda guris.Shieda tahu tak betapa Mir gembira untuk kembali bersama Shieda. Memikirkan segala impian yang sama-sama kita bina akhirnya akan dapat kita realitikan. Betapa Mir gembira sangat-sangat sebab lepas kita bertunang, bermakna kita sudah separuh jalan dalam menjadikan impian sebagai kenyataan.

Tapi yang terindah itu rupanya hanya sementara. Lepas saja kita bertunang, Shieda terus meletak-kan syarat yang mesti Mir ikuti. Shieda mahu Mir kembali ke semenanjung dan bersama Shieda. Tapi Shieda tak tahukah yang tugas dan tanggungjawab Mir di Sarawak? Rezeki dan hidup Mir di sini. Memang Mir akan pulang sebab di sana tanah tumpah darah Mir. Tapi bukan dalam masa terdekat ini. Mir masih banyak tanggungJawab yang mesti Mir laksanakan sebelum Mir kembali ke lubuk asal. Keputusan Shieda tu agak berat untuk Mir penuhi. Tapi kerana kasih sayang kita, Mir dah plan akan pulang selepas 3 tahun kita bersatu sebagai suami isteri dan Shieda juga mempersetujuinya kan?

Mir nak ingatkan balik beberapa kata janji yang pernah Shieda lafazkan buat Mir. Kata janji yang sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan Mir untuk kembali kepada Shieda. Shieda kata...

Þ Shieda sanggup lakukan apa sahaja asalkan kita dapat hidup bersama hingga ke akhir hayat dalam suasana yang paling gembira.

Þ Sebagai isteri kelak, Shieda akan ikut ke mana sahaja Mir pergi dan akan pasrah terima susah senang dan suka duka bersama. Ini keputusan MUKTAMAD Shieda.

Þ Shieda jujur dan ikhlas menerima Mir dan berharap Mir juga jujur dan ikhlas menerima diri Shieda.

Þ Bagi Shieda, diri dan jiwa raga Shieda hanya untuk Mir dan Mir untuk Shieda. Dah berulang kali Shieda katakan “‘you will be mine and i will be your’s”

Kalau Shieda minta bukti yang Shieda pernah kata begitu, memang Mir tak mampu nak berikan sebab semua kata janji Shieda itu keluar dari mulut Shieda. Tidak tertulis di lembaran putih atau di mana-mana pun. Mir teringat lagi kata-dua yang Shieda berikan pada Mir.. Sama ada ikut Shieda balik semenanjung atau Mir kekal di Sarawak dan Shieda kekal di semenanjung. Hal ini betul-betul mengganggu diri Mir tapi Mir tak pernah cerita pada Shieda. Bagi Mir, mungkin itu kata-kata Shieda di awal-awal ni. Mungkin satu masa kelak, Shieda akan faham dengan situasi Mir dan dapat terima juga apa jua yang ditentukan buat kita kelak.

Dah berkali-kali Mir nyatakan pada Shieda yang mana Shieda insan yang terpaling Mir sayang, kasih, rindu dan cinta... Mengatasi orang lain. Mir benar-benar jujur dan berharap untuk bersama Shieda selepas berkali-kali kecewa kerana soal hati. Mir juga tetap dengan kepercayaan dan juga keyakinan Mir yang mana Shieda juga jujur untuk bersama Mir. Lastly, Mir buat keputusan nekad akan mempertahankan ikatan kita ini. Mir akan kembali ke semenanjung jua kelak demi Shieda.

Mir juga terfikir tentang mimpi yang pernah Shieda beritahu Mir. Mimpi tentang orang ketiga yang mahu merosakkan hubungan kita. Mir sekali lagi mempertahankan diri dan ikatan kita dengan tegas Mir katakan Mir hanya mahukan Shieda sebagai teman hidup Mir dan tak siapa yang dapat nafi kan hak kita untuk bersama selain maut. Tapi nampaknya bukan Mir yang bermain kayu tiga. Tapi Shieda, kenapa Shieda tergamak buat MIr macam ni? Apa salah Mir pada Shieda? Mir juga pernah bermimpi yang Shieda menyatakan hati dan perasaan Shieda pada Mir telah hilang. Berterus terang dan jelas Shieda katakan yang Shieda dah menyintai insan lain. Dan bila Mir beritahu Shieda hal ni, Shieda nafikan dan anggap itu hanya mimpi. Bermimpikah Mir kini bila semua berlaku di depan mata Mir?

Mir pernah call Shieda satu malam yang Mir dah lupa tarikh tu tapi Mir rasa menjadi penentu atas apa yang berlaku kini. Mir seronok tiap kali dapat bercakap dengan Shieda. Ye lah, nak jumpa kita bukannya dekat. Memang Mir boleh berulang alik hari-hari pun. Tapi buat apa nak dibazirkan wang beratus-ratus jika itu boleh disimpan untuk masa depan kita kan? Malam tu Shieda cakap Shieda ada kursus di Pulau Tioman. So, Shieda minta Mir bank in sedikit untuk Shieda shopping. Alang-alang dah pergi sana kan. Mir tak kisah untuk berikan berapa yang Shieda mahu. Mir boleh beri. Yang jadi masalahnya ialah, baru 3 hari sebelum tu Mir dah bank in untuk Shieda. Takkan tak cukup. So, Mir tak mahu penuhi permintaan Shieda.. Mir tak mahu Shieda dimanjakan dengan wang ringgit.

Mir pasti Shieda akan marah dan kecil hati dengan keputusan Mir ni. Tapi Mir ada alasan dan ini keputusan muktamad Mir. Untuk kebaikkan kita juga. Shieda nak pergi kursus kan? Lagipun kita dah janji nak shopping sama-sama hujung bulan tu. Tak bolehkah Shieda menunggu dan bersabar seketika? Lagi pun dari dihabiskan untuk shopping tu, baik Mir beri pada keluarga Mir buat belanja rumah. Atau Mir belikan anak ayam untuk menambah lagi ternakan abah Mir. Dapat juga hasilnya kelak. Kenapa Shieda tak minta pada ayah? Sedangkan Shieda masih lagi di bawah tanggungjawab ayah? Mir baru tunangan Shieda, belum lagi bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Shieda kan?

Shieda pun tentu terfikir agaknya... Mir banyak menghabiskan RM dengan Shieda daripada dengan diri Mir atau famili Mir. Tak rasa takut ke kalau Shieda buat hal? Andai kata lah satu masa kelak, ditakdirkan kita terputus? Tak rasa rugi dan sesalkah? Jawapan Mir mudah. Tak... Sebab Mir yakin kita pastikan bersama. Akhirnya kini, keyakinan Mir memakan diri!!! Mir tak mahu jika sekarang ni Shieda mudah mendapat apa sahaja, katakan satu masa kelak kita ditimpa masalah dan Shieda tak mampu nak menanggung kesusahan. Apa akan jadi pada kita?

Kadang-kadang Mir nampak terlalu baik sehingga Shieda maca ambil kesempatan untuk cuba dapat kan apa sahaja yang Shieda impikan. Bukan Mir tak terfikir semua tu. Mir fikir, selalu Mir fikirkan. Tambah lagi Mir banyak kali dengar dan lihat ramai teman-teman Mir yang pernah melalui kisah yang sebegini. Teman kesayangan mereka menghilang selepas dapat apa yang mereka inginkan. Maksudnya, Mir juga bimbang kalau-kalau Shieda juga begitu. Tapi lagi sekali Mir tegaskan di sini, Mir bukan tak percayakan kejujuran dan keikhlasan Shieda tapi kita kena fikir kemungkinan itu kan?

Tiap bulan Mir masukkan kredit dalam handset Shieda. Bukan sedikit. RM200 sebulan dan ianya satu nilai yang cukup besarkan. Apa tujuannya? Supaya kita tak putus berita. Mir atau Shieda boleh call dan SMS pada bila-bila masa sahaja. Malah Mir turut belikan handset yang ada kamera supaya Shieda dapat hantar gambar Shieda dan lihat Mir bila kerinduan. Bukan nak mengungkit tapi Mir sekadar nak menjelaskan keadaan yang berlaku kini. Dari apa yang Mir perhatikan sebaliknya.

Kebelakangan ni, belum sampai dua minggu Shieda kata kredit dah habis. Ke mana perginya? Dengan siapa Shieda call? Dengan siapa Shieda SMS? Dengan Mir? Tak mungkin sebab Mir yang call Shieda dan SMS pun kita jarang-jarangkan. Mir bukan nak jadi busy body dan nak Shieda buat laporan dengan siapa Shieda berkawan, keuar, call atau berSMS tapi just tak nak Shieda salah guna. Mir rasa janggal sangat dengan kehabisan kredit Shieda. Kalau Shieda selalu SMS atau call Mir, tak jadi hal lah.Tak lah terasa sangat kan.

Shieda kata Shieda malas nak SMS or misscall Wan. Jari-jari habis sakit-sakit... Tapi pernah tak Shieda terfikir kenapa dengan orang lain Shieda boleh? Tak sakit jarikah dengan orang lain? Kalau Mir boleh buat misscall sejam sekali, kenapa tidak Shieda? Adakah sebab Mir terlalu kemaruk dalam bercinta sedangkan Shieda tak? Tanya diri Shieda sendiri lah. Pada Mir, misscall itu sebagai pengganti diri Mir untuk menyatakan Mir sentiasa di sisi Shieda. Sentiasa ada dalam jiwa..

Mir tahu Shieda tentu tak suka Mir mengungkit-ungkit segala pemberian Mir selama ini. Mir pun tak suka sebab apa yang Mir berikan selama ini ikhlas sebab Mir mampu beri. Kalau tak mampu, memang Mir tak kan beri dan tak kan buat. Kenapa Shieda berubah hati? Apa kelebihan lelaki yang jadi idaman Shieda sekarang ni? Apa salah Mir Shieda? Beritahu lah Mir supaya Mir tahu

Jujur Mir cakap, Mir dah mula rasa something sejak Shieda berpindah ke KL. Dan Mir semakin hari semakin kurang memahami apa yang ada dalam hati Shieda. Mir tak tahu apa yang Shieda fikir dan inginkan. Benar-benar tak tahu. Shieda kata Shieda cintakan Mir, jujur dengan Mir dan nak bersama Mir... Tapi apa bukti yang Shieda dapat tunjukkan pada Mir? Bertunang? Mungkin tak kalau Mir kata kan Shieda bertunang dengan Mir sebab ayah Shieda yang beriya-iya tambah lagi setelah mengetahui Mir dah tak seperti dulu? Mir dah punya pangkat, harta dan kedudukan?

Atau Shieda fikir Shieda mungkin tak ada peluang nak cari orang lain sebab ayah Shieda dah buat keputusan, Shieda mesti bertunang dengan Mir? Ayah nak tebus hinaannya dulu lantas Shieda kena ikut cakap dia? Mungkin kalau ayah tak menghalang, Shieda dah punya teman lelaki lain? Insan secantik dan sebaik Shieda mustahil tak ada yang terpikat. Mir berani katakan di luar sana, ramai yang sedang menanti Shieda. Siapa yang tahukan. Mir tak lah minta Shieda buktikan dengan ambil kapak belah dada. Tapi cukuplah dengan kesempatan untuk kita kecapi hari-hari membahagiakan seperti sebelum kita mengikat tali pertunangan dulu.

Atas apa yang berlaku kebelakangan ini, membuatkan Mir jadi bingung. Dalam dilema bila Mir asyik terkenangkan sikap Shieda yang semakin hari semakin berubah. Terasa kian hari kita kian jauh dan terpisah. Tapi saat yang paling Min tak dapat lupakan adalah ketika Mir perhatikan dengan mata dan kepala Mir sendiri kecurangan Shieda terhadap cinta dan ikatan kita. Mir benar-benar rasa kecewa dan hilang keyakinan terhadap Shieda dan terhadap masa depan kita berdua. Tapi Mir terfikirkan harapan tinggi keluarga kita untuk lihat ikatan kita kekal ke akhir hayat. Mereka mahukan kita bersatu sebagai suami isteri yang paling bahagia.

So, atas nama kasih sayang yang mendalam...Walaupun kita dah bertunang dan Shieda jelas-jelas berlaku curang di belakang Mir, Mir masih lagi memberikan peluang yang seluas-luasnya untuk Shieda fikir dan renungkan hubungan kita. Shieda fikirlah, apa yang telah Mir lakukan pada Shieda dan apa yang sepatutnya Mir lakukan tapi still talk buat lagi untuk Shieda. Then, Shieda fikirkan pula apa yang Shieda dah lakukan untuk memelihara ikatan kita dan apa yang sepatutnya Shieda buat tapi Shieda masih tak buat untuk kita. Shieda fikir adakah Shieda benar-benar bersedia dan mahukan ikatan yang telah kita jalinkan? Adakah Shieda ikhlas menerima Mir sebagai teman hidup Shieda? Atau Shieda dipaksa dan terpaksa. Mir tak mahu jika Shieda tak sedia dan tak ikhlas sebab Mir nak ikatan yang terbina kelak kekal bahgia dan hingga ke akhir hayat. Bukan untuk seketika...

Mir dah puas berfikir dan keputusan Mir tetap sama. Mir dah buat setakat yang Mir termampu demi untuk membuktikan keikhlasan dan kejujuran cinta Mir terhadap Shieda. Mir akui sejak kita kembali bersama, semacam ada satu sinar yang menyinari hidup Mir yang dulu suram dan kelam. Shieda pun tahu yang Mir dah puas kecewa dan berendam air mata kerana hati dan cinta. Terima kasih Mir ucapkan. Tapi kenapa sesudah Shieda hadirkan senyum di wajah Mir, secara tiba-tiba Shieda perlakukan Wan sedemikian rupa? Apa yang Shieda fikirkan? Mir bukan anak patung. Mir juga punya hati seperti Shieda. Seperti orang lain. Yang tahu erti terguris dan kecewa.

Mir benar-benar tak sangka yang Shieda sanggup buat Mir begini. Baik di depan mata tetapi rupa-nya di belakang Mir, Shieda ketawakan Mir. Shieda permainkan kepercayaan dan kebebasan yang Mir berikan. Apa semua ni Shieda? So, kini segalanya terletak di tangan Shieda. Jika Shieda ingin ikatan ini diteruskan, Shieda seharusnya sedar, apakah yang patut Shieda lakukan. Apatah lagi, Shieda telah melakukan sesuatu yang amat menyakitkan hati dan perasaan Mir. Sekiranya Shieda mampu untuk mengembalikan kepercayaan Mir, InsyaAllah Mir akan terima Shieda dengan penuh kasih sayang seperti mana yang Shieda rasai selama ini. Jika tidak, Mir minta maaf. Kasih sayang tak dapat di paksa tetapi harus dipupuk.

Namun begitu, jika Shieda fikir ikatakan kita wajar ditamatkan, berterus terang lah. Mir akan terima segalanya dengan tabah hati. Asalkan Shieda buat keputusan yang paling akhir, jujur dan setelah di fikir menggunakan akal, Mir pasti akan terima demi untuk kebaikkan bersama. Bagi Mir, keceriaan dan kebahagiaan Shieda lebih penting. Bukan maksud Mir nak buat Shieda rasa serba salah, susah hati atau tertekan. Tapi Mir lakukan kerana Mir mula mempertikaikan kejujuran Shieda terhadap ikatan kita. Sebab tu Mir beri peluang ini untuk Shieda pergunakan. Shieda kena sedar yang mana, semua orang disekeliling kita mahu melihat kita bersatu tapi mampukan ianya menjadi realiti jikalau begini keadaan kita? Cuma satu pesan Mir...

Andai kata kita tiada peluang untuk bersama kali ini, Mir beri jaminan, tidak ada PELUANG KEDUA untuk kita kembali bersama kelak. Bukan ugutan tapi inilah kenyataannya yang harus Mir dan Shieda terima. Mir tak akan simpan dendam, sakit hati, marah, terkilan atau kecewa walau sedikit pun selagi apa yang Shieda nyatakan ikhlas dari hati yang paling jujur. Jika dulu Mir sayangkan Shieda, kenapa sekarang nak membenci? Tiada alasan untuk Mir membenci. Hanya kecewa dengan kecurangan Shieda terhadap kesetiaan Wan selama ini!!! Maaf dipinta jika surat kali ini benar-benar mengejutkan Shieda. Bukan sengaja tetapi Mir terpaksa coretkan agar Shieda tahu yang Mir juga manusia yang bernyawa yang punya rasa dan hati. Mir ingin mengecap erti kebahagiaan yang penuh kasih sayang. Tetapi kita tak mampu untuk merasainya jika antara kita tiada kepercayaan dan kejujuran.

Apa yang Mir dah beri pada Shieda selama ini ikhlas, dan tak perlu dikembalikan, tak perlu diganti. Simpanlah sebagai kenangan kita. Mir minta maaf dan Mir harap Shieda fikirlah sedalamnya dengan hati yang tenang dan terbuka, Kalau perlu buatlah solat istikharah mohon petunjuk dari-Nya. Mir tunggu dan terima apa juga keputusan dari Shieda. Mir ingat kata-kata Tasya masa abang jumpa dia tempoh hari. Dia pernah kata “bila kita menyayangi seseorang, kita lepas bebaskan lah dia walau ke mana arah pun yang dia ingin pergi. Jika kelak ia kembali bermakna ia sememangnya milik kita yang hakiki. Namun, jika ia terus pergi dan tak kembali, percayalah, ia bukan ditentukan buat kita...”

Shieda mungkin boleh membayangkan keadaan Mir sepanjang menulis coretan ini. Bayangkan lah bagaimana perasaan Mir ketika itu dan ketika ini. Sedih, bimbang takut dan lega semuanya silih berganti. Tapi Mir tabahkan juga semangat, tabahkan jua hati ini agar apa yang terbuku dalam hati dapat Mir luahkan. Okey, Shieda... Ini yang Mir nak beritahu Shieda dan terpulang pada Shieda kini untuk mencanang keputusan. Bersama atau cukup sampai di sini. Mir juga akan turut buat solat istikharah. Mir nak minta Dia tunjukkan yang terbaik buat Mir. Tak kisah berapa lama masa yang perlu Mir ambil, asalkan keputusan itu kelak datang dari Dia dan semestinya direstui.

Tunangmu yang terkecewa : Mir Sharifuddin

Terus aku poskan coretan ini buat Shieda. Aku mula membenci sikapnya. Tetapi tidak pada dirinya. Aku tak mampu nak membenci diri insan yang satu ketika amat ku sayangi. Aku pasrah dengan apa yang ku lalui kini. Kali ini aku yakin aku lebih tabah dan cukup kuat untuk menghadapi ujian ini. Aku yakini kemampuan diriku. Apa lagi aku punya Tasya, Leya dan Pinki yang sentiasa bersamaku memberikan sokongan dan dorongan. Mereka bertigalah teman yang amat ku harapkan kini. Mereka kerap kali SMS dan call aku untuk menyatakan sokongan yang tulus ikhlas. Terima kasih Leya. Terima kasih Tasya. Terima kasih Pinki. Kalian teman terbaik yang pernah ku mililki. Aku sanggup kehilangan Shieda tapi tak sanggup nak kehilangan kalian bertiga. Kalian terlalu istimewa buat ku. Kalian bagaikan tulung rusuk ku yang jika tiadanya, aku tak mampu berdiri teguh seperti hari ini.

Aku stop berSMS dan menelefon Shieda supaya dia dapat berfikir dengan tenang dan bebas tanpa ada rasa diganggu atau dipengaruhi. Aku juga begitu, melakukan pelbagai kerja untuk meminimum-kan ingatanku terhadap kekalutan ini. Selesai tugasku, aku mengambil cuti dan berehat di Labuan. Aku mahu lari barang seketika dari kekalutan yang mencengkam diriku. Aku mahu lupakannya. Aku mahu mencampakkan kekalutan ini jauh-jauh ke tengah lautan yang luas terbentang. Kenapa aku harus merasa kekecewaan ini? Tidak cukupkah dengan apa yang ku tanggung selama ini. Oh Tuhan, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Kau lah yang Maha Berkuasa atas setiap apa yang Kau aturkan. Maha Suci Allah, aku pasrah dengan ketentuan-Mu. Namun, kau tabahkanlah hati dan diriku untuk melalui kegetiran dan keperitan ini Ya Allah. Aku memanjat doa kepada-Nya.

Aku memberitahu Leya, Pinki dan Tasya yang aku akan bercuti selama sebulan di Pulau Sipadan. Sepanjang tempoh itu aku tak mahu ada gangguan dari sesiapa kecuali mereka berdua. Aku mahu terhindar dari apa jua masalah. Aku mahu berehat dan menenangkan jiwa yang kacau, hati yang menangis di sini. Walaupun di sini begitu mendamaikan, namun hatiku tetap tidak terhibur. Sesekali Leya menghubungi aku.Bertanya khabarku. Begitu juga Tasya. Pinki juga sering berSMS denganku.

“ Mir, TQ atas sUPriSE... Cantik sgt. Mir nak bbual dgn Pinki tak? Kalau nak Pinki col Mir mlm nnti. Pinki dah ready nak berbual tetapi utk berjumpa not yet.”

“Tak pe lah.. Biar Mir yg col OK. Jam 9 mlm ni Mir col. Mir nak bbual dgn Pinki. Jgn tido lg tau.”

“OK, Pinki tunggu. Jgn Mir yg tertido dah la. Pinki jumpa, Pinki cabut bulu hidung hahahahahaha.”

“Yer... Mir col jam 9. Pinki tunggu aja.”

“Pinki seronok la kawan dgn Mir. Pandai ambik hati Pinki dan dpt sejukkan hati Pinki kala Pinki rasa nak marah, bad mood atau tertekan. Pinki syg Mir lebih dari Mir syg kan Pinki. betul x tipu.”

Malam itu pertama kali aku mendengar suara Pinki. Dia memang ceria seperti mana di dalam SMS. Secara kebetulan barangkali, suaranya mirip suara Leya.

“Pinki nak tahu. Suara Pinki sama macam suara Aleya tau. Adik beradik ke?”

“Mana boleh adik beradik. Lain nama ayah kan. Kebetulan tu. Adik beradik kembar tapi lain mak lain ayah hahahahahaha. Suara Wan pun macam suara ShahRukh Khan? Kembar dia ke?”

“Banyak la Shah Rukh Khan.. Macam-macam Pinki ni. Apapun thanks, terhibur sangat dapat cakap dengan Pinki. Walaupun first timekan, tapi rasa macam dah berkali call.Langsung tak rasa kekok. Bila agaknya kita nak jumpa?”

“Sabar lah sayang... Adinda tak ready lagi lah. Sikit masa lagi ya. Kekanda boleh bersabar kan.”

“Dah berkanda dinda pulak... Biol kepala Mir macam ni.”

“Mir biol? Pinki pun bengong hahahahahahahaha biol dengan bengong. Padan sangatlah.”

Perbualan aku dan Pinki meredakan sedikit ketegangan yang sedang aku hadapi. Ternyata Pinki sangat ceria orangnya. Sikit pun tidak terasa kekok. Malah dia berkali-kali mengenakan aku. Sedikit pun aku tak terasa sebab aku tahu niatnya untuk bergurau dan menghiburkan aku. Ikutkan, aku juga kerap mengusik Pinki dengan pelbagai ayat-ayat power tapi dia juga faham tujuanku. Aku dan Pinki sama sahaja. Saling mengusik dan gembira.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ARZMAN BIN SAAD