Home Novel Cinta SAAT HADIR CINTA SEKETIKA
SAAT HADIR CINTA SEKETIKA
JejakaTerpujiSyurga
4/9/2019 22:51:46
8,919
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

KAWASAN BUKIT

JAM 11.30 MALAM

 

Kali ke berapakah aku dalam keadaan ini?10 kali?20 kali?.Serius aku sangat benci keadaan yang sedang aku lalui kini.Namun,apakan daya aku mudah jatuh ke dalam perangkap ini.Tanpanya,aku rasa sesuatu yang kurang.Mungkin ada yang akan memerli diriku.Ada juga yang akan mudah menyuruh diriku untuk mendekatkan diriku pada Tuhan.Itu semua telah aku lakukan namun sebagai manusia yang imannya sentiasa dibolak-balikkan oleh syaitan yang direjam,rasa itu tetap akan hadir.Cinta itu ibarat dadah terlarang.Mulanya aku akan berkata bahawa aku tidak mahu bercinta lagi. Akhirnya saat ada gadis yang menambat hatiku,aku akan berusaha untuk memlilki gadis tersebut. Namun apabila aku sudah mula sukakan seseorang,aku dikecewakan oleh realiti.Realiti hidup yang mengatakan bahawa bukan semua yang kita sukai akan berada sisi. Aku sendiri tidak tahu mana datangnya kenyataan tersebut namun apa yang aku tahu kenyataan tersebut benar-benar terjadi kepada perjalanan hidupku.

Suasana sepi dan sunyi disekeliling aku ketika ini. Dihadapan ku kini terlihat kilauan lampu kota yang menyinari kegelapan malam. Aku bertemankan kenderaanku, sebuah motorsikal lama peninggalan keluarga kini sendirian. Sekeliling tiada apa. Cuma hanya rimbunan pokok-pokok dan bunyi serangga yang aktif di waktu malam kedengaran. Aku sendiri di atas bukit yang jarang dilalui manusia.Sengaja aku pilih lokasi ini. Supaya aku dapat bersendirian tanpa kelibat manusia. Aku mahu luahkan segala pahit perasaan yang ada di lubuk hati ini.

Aku tidak dapat mengerti mengapa aku terpaksa lalui perkara ini berkali-kali. Serius aku bosan dengan situasi ini. Jatuh cinta, terluka,pulih semula, cinta semula dan terus proses ini berulang sampai kini. Aku tak pernah memandang kecantikan, paras rupa, harta, pangkat, darjat, malah keimanan pada ilahi.Sebab aku sedar, siapalah aku untuk memilih pasangan sedangkan aku juga punyai kekurangan tersendiri. Namun, aku tetap tersungkur dalam permainan cinta.

“ARGHHHHHHHHHHHHHH,AKU BENCI KAU AMAL.KENAPA KAU MUDAH SANGAT JATUH CINTA!!!!!!” aku menjerit sekuat yang aku mampu.Puas kini aku mampu luahkan rasa yang terbuku di hati. Tertawa aku sendiri bila merasakan apa yang aku lakukan kini keanak-anakan. Tiba-tiba emosi aku berubah dari gembira kepada sedih.Tanpa disedari airmata mengalir jatuh ke tanah. Air mata lelaki yang sukar menitis dek kerana ego sendiri. Aku menangis sepuas-puiasnya mengenang nasib malang aku ini.Terasa malam ini bakal menjadi antara malam yang paling aku rasakan sangat lama dan panjang. 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.