Home Novel Cinta BAGAIMANA
BAGAIMANA
AHC
27/4/2023 11:44:59
13,935
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

TEASER BAGAIMANA BAB 8


"Buat apa tu?" Soal Iskandar mendatar nadanya.

Terangkat bahu Yasmin dek kerana terkejut di tegur secara tiba-tiba. Dia kaku membeku di situ tanpa menoleh pada Iskandar. Jantungnya mula berdegup kencang. Nafas digali dalam cuba menenangkan hati sendiri.

"I tanya you buat apa? Terhendap-hendap macam pencuri." Ulang Iskandar apabila soalannya tidak berjawab. Kemudian, perlahan dia menapak menghampiri Yasmin.

Saat telinga Yasmin menangkap bunyi tapak kaki lelaki itu seakan sedang menghampirinya, terus Yasmin memusing tubuh menghadap ke arah Iskandar. Terkebil-kebil matanya memandang wajah serius lelaki itu.

"Aaa... Min... Min buat air untuk Alia," jujur sahaja Yasmin menjawab. Dia tidak pandai menipu dan tidak mahu menipu. Lebih baik dia berterus terang sahaja. Apa jua respon lelaki itu, dia akan hadapinya sendiri.

Langkah kaki Iskandar terhenti selepas mendengar jawapan daripada Yasmin. Keningnya terangkat. "Kan I tengah denda dia. You nak ajar Alia melawan I ke Min?" Nada lelaki itu masih mendatar seperti tadi.

Yasmin cuba memberanikan diri menatap wajah Iskandar walaupun saat ini dia sangat takut dengan riak muka lelaki itu. "Min tak sampai hati tengok Alia tak makan. Kalau dia jatuh sakit macam mana?" Jawab Yasmin. Spontan sahaja ayat itu meluncur keluar dari bibirnya.

Iskandar merengus kasar. Tangan kanannya naik menggosok leher yang mula terasa tegang. "I tahu apa yang I buat pada anak I. tugas you cuma ikut arahan I sahaja. You tak berhak pertikaikan apa yang I buat pada Alia," tanpa memikirkan perasaan Yasmin, Iskandar menutur ayat itu dengan kasar.

Yasmin tersentap. Entah kali yang ke berapa lelaki itu mengguris hatinya. Namun, Yasmin tetap memujuk diri agar bersabar. "Min tahu Alia anak abang. Tapi, Min bertanggungjawab jaga Alia. Abang tak menyesal ke kalau Alia jatuh sakit? Sampai masuk hospital? Atau pun abang tak kisah kehilangan Alia?" Sengaja Yasmin mencabar Iskandar dengan kata-katanya. Lelaki itu harus di ajar agar sedar akan sikapnya yang terlalu keras terhadap Alia.

Berubah riak wajah Iskandar saat kata-kata itu dilemparkan padanya. Mencerlung mata lelaki itu menatap muka Yasmin.

Berani dia cabar aku! Bisik hati kecil Iskandar. Alis matanya berkerut seribu. Dia merengus sekali lagi.

"Min tak kisah abang nak marah Min. Tapi, Alia kan masih kecil. Abang tak sepatutnya terlalu keras dengan dia." Sambung Yasmin. Dia sudah tidak peduli akan amarah lelaki itu lagi. Apa yang dia tahu, Iskandar harus ubah sikapnya terhadap Alia. Agar gadis kecil itu tidak menjauh darinya.

"You nak ajar I pula? You pun baru kahwin sekali dan tak pernah ada anak. Jangan nak memandai-mandai tegur cara I didik anak IYou buat sahaja apa yang I arahkan. You tak berhak tegur I." Tajam kata-kata itu dilemparkan pada Yasmin. Dengan riak wajah yang bengis Iskandar terus berlalu pergi meninggalkan wanita itu termangu sendiri di situ.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AHC