Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,568
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 16

"I'm back Malaysia..."


Udara segar Kuala Lumpur dihirup sepuas-puasnya. Setelah hampir satu tahun dia berkelana di negara orang kini dia pulang kembali ke Malaysia. Kepulangannya dengan satu misi yang sama iaitu mengembangkan perniagaannya dibumi Malaysia.


Perniagaan yang menghancurkan anak bangsanya sendiri. Siapa lagi kalau bukan Haris Redzuan.


Rokok yang berada ditangan dibaling kasar diatas jalan raya yang bertar. Kasut kulitnya memijak bara rokok yang masih menyala. Memadamkan api. Senyuman sinis terbit dibibirnya apabila sebuah kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih memberhentikan kenderaannya dihadapan Haris.


Pintu ditempat duduk belakang terbuka luas seraya itu laju kaki panjangnya masuk ke dalam kereta mewah itu. Bagasi miliknya sudah pun selamat diletakkan didalam bonet kereta.


"Kita balik terus ke bos?" sapa orang suruhannya yang bernama Karim.


Haris yang sedang leka dengan telefon bimbitnya menoleh ke arah Karim. Senyuman sinis terbit dibibirnya. 


"Bawak aku pegi gudang. Aku nak tengok budak-budak ni buat kerja," jawab Haris senada. 


"Baik.." akur Karim. 


Kereta mewah itu meluncur laju membelah jalan raya kota Kuala Lumpur menuju ke arah destinasi yang ditujui. 


Hampir satu jam kemudian mereka akhirnya sampai juga di sebuah gudang usang yang agak jauh dari kesibukan kota Kuala Lumpur. Gudang yang dijadikan tempat untuk memproses segala jenis dadah untuk diedarkan kepada pelanggan-pelanggannya. 


Jika dahulu Haris hanya sekadar mengedar dadah disekitar Kuala Lumpur dan Bentong. Namun kini tidak lagi dia malah lebih berani untuk memproses dan membekalkan dadah diseluruh negara termasuk pasaran antarabangsa. 


"Selamat kembali bos besar..." sapa Jaiko menyambut kepulangan Haris a.k.a rakan kongsinya. 


Kedua-dua lelaki itu berpelukan seketika. Usai pelukan dileraikan Jaiko menepuk-nepuk bahu sasa Haris bersama senyuman sinis. 


"Kau balik ni lama mana?" soal Jaiko. 


"Selama-lamanya.." jawab Haris. 


"Akhirnya dah lama aku tunggu saat ni," ujar Jaiko lega. 


"Kenapa?" 


"Aku nak kau pulak take over. Aku nak berehat dah lama sangat aku tak enjoy dengan betina-betina dekat club tu," ucap Jaiko selamba. 


Tersungging senyuman sinis Haris. Kepala digelengkan seakan tidak percaya. 


"Dah lama kau cakap? Macamlah aku tak tahu tiap-tiap malam kau check in hotel dengan betina-betina tu semua," sinis Haris. 


"Ah kau macam tak biasa je. Aku dah stress keja nak lah jugak enjoy release tension," ujar Jaiko. 


"So macam mana bisnes?" soal Haris serius. 


"So far semuanya under control. Kau jangan risau pasal tu," ucap Jaiko. 


"Bagus. Customer kita makin ramai aku tak nak ada apa-apa masalah lepas ni. Nak-nak melibatkan pasaran luar.." keras Haris berkata. 


"Pasal tu kau relax je. Budak-budak pun aku dah kawtim supaya buat kerja jangan silap," beritahu Jaiko. 


"Bagus..." sahut Haris. 


Tidak menunggu lama kaki dibuka menuju masuk ke dalam ruangan gudang. Dia mahu memastikan anak buahnya melakukan kerja tanpa membuat sebarang masalah. 





~~~~~





Farah berjalan dengan penuh lenggang lengguknya menuju ke arah sebuah restoran yang baru dibuka. Senyuman manis tidak lekang dibibirnya. 


Saat kaki melangkah masuk menuju ke dalam restoran matanya sudah menyapa susuk kacak milik Aizat. Semakin lebar senyumannya. Kaki dibuka semakin laju menuju ke arah jejaka pujaan hati. 


"Hai hensem..." goda Farah. 


Mendongak Aizat apabila disapa seseorang yang kini sudah pun berdiri dihadapan kaunter restoran miliknya. Wajahnya berubah masam. 


"Mana kau tahu aku dekat sini? soal Aizat tegang. 


"Mak Long yang bagi tahu Abang Zat dah buka restoran. So Farah sajalah datang sini.. Lagi pun Farah ada sebab datang jumpa abang.." jawab Farah manja. 


"Sebab apa?" soal Aizat malas. 


"Farah rindu dengan Abang Zat. Abang Zat tak rindukan Farah ke?" soal Farah pula. 


"Rindu? Kau siapa nak aku rindu?" sinis Aizat berkata. 


"Farah ni kan bakal isteri Abang Zat takkan Abang Zat langsung tak rindukan Farah?" geram Farah. 


"Bakal isteri kau cakap? Dalam mimpi pun belum tentu aku nak kahwin dengan cacing kerawit macam kau ni.." ujar Aizat selamba. 


"Abang Zat..! Kenapa Abang Zat ni macam benci sangat dengan Farah? Apa salah Farah dekat Abang Zat huh..?" soal Farah geram. 


"Aku tak benci kau tapi aku menyampah dengan kau. Benci dengan menyampah dua benda yang berbeza Farah," jawab Aizat. 


"Menyampah? Kenapa? Apa yang buatkan sampai Abang Zat menyampah dengan Farah? Apa salah Farah?" bertubi-tubi Farah menyoal. 


"Kau tanya aku kenapa? Meh sini aku bagi tahu kau. Kau capangkan telinga kau besar-besar. Dengar apa aku nak cakapkan ni." 


Mata tunak merenung ke arah Aizat. Menanti bicara yang akan keluar dari mulut Aizat. 


"Cuba kau tengok diri kau sendiri. Tengok penampilan kau. Kau ni seorang perempuan tapi mana kau letak perasaan malu kau?" soal Aizat tegang. Jari telunjuk turun naik menunjuk ke arah Farah. 


"Kenapa? Apa masalah dengan penampilan Farah? Bukan Farah berbogel pun," soal Farah pelik. 


"Memang kau tak berbogel tapi dengan pakaian kau ni baik tak payah pakai baju la. Terjojol sana sini. Kau nak tunjuk dekat sape? Nak tunjuk dekat lelaki buaya dekat luar sana ke?" sinis Aizat menuturkan. 


"Apa Abang Zat merepek ni? Apa yang Farah pakai ni semuanya ikut fesyen terkini. Abang Zat ni yang kolot sangat tak ikut perkembangan semasa," jawab Farah tanpa rasa bersalah.


"Fesyen kau cakap? Fesyen apa? Fesyen ke neraka ke?" soal Aizat geram.


"Tu semua alasan Abang Zat je. Abang Zat memang tak penah sukakan Farah sebab tu Abang Zat cakap macam tu," rajuk Farah.


"Lantak kaulah Farah. Bercakap dengan kau ni tak penahnya menang. Kau je yang betul. Orang lain semua salah," sindir Aizat.


"Eleh.. Betulkan apa yang Farah cakap tadi," ujar Farah.


"Lagi satu tolonglah jangan nak tergedik-gedik sangat. Gelilah aku tengok," 


"Mana ada Farah gedik. Farah manja je. Abang Zat sendiri tahukan Farah memang dari kecil macam ni," bibir memuncung tanda dia merajuk. 


"Eh Farah naik berbulu lah mata aku tengok perangai kau ni. Makin aku cakap makin menjadi-jadi gedik kau. Dasar cacing kerawit..." ujar Aizat selamba. 


"Abang Zat...!" marah Farah. 


"Dah la daripada aku layan perangai tak semengah kau ni baik aku buat kerja aku lagi bagus," tidak menunggu balasan daripada Farah, Aizat segera berlalu meninggalkan Farah yang terkulat-kulat sendirian.


Farah menghentakkan kakinya geram. Panas hatinya. 


"Takpe tak lama lagi kau pasti akan jadi suami aku walaupun dengan keadaan terpaksa sekali pun," desis Farah. 





~~~~~





Mawar menghela nafas berat. Badan disandarkan di dinding batu. Mata dipejamkan. Dia lelah. Ain yang merupakan salah seorang penghuni disel tahanannya datang mendekat. 


"Banyak kerja kau hari ni?" soal Ain yang kini telah melabuhkan punggung disebelah Mawar. 


"Hmm.. Biasalah Ain.. Hari ni kan ada jamuan untuk pegawai-pegawai sini. Tu yang banyak kerja kena buat.." keluh Mawar. 


"Nak buat macam mana lagi. Dah kerja kita macam tu. Tak buat kang bising pulak dia orang tu semua," balas Ain. 


Mawar mengganguk tanda setuju. 


"Betullah apa kau cakap tu. Kita dekat sini kuli batak je. Apa yang disuruh kena lah buat. Kalau tidak teruk kita kena.." ujar Mawar. 


"Tak lama je lagi Mawar.. Tolak cuti semua lagi beberapa tahun je kau pun akan dibebaskan. Kau sabar je selama duduk dekat sini," nasihat Ain. 


"Sebut pasal bebaskan. Kau dibebaskan minggu depan kan?" soal Mawar laju. 


"Iya.. Minggu depan..." sahut Ain ceria. 


"Jadi apa plan kau lepas ni?" soal Mawar. 


"Aku..? Hmm... Aku nak terus balik kampung. Aku nak duduk dengan nenek aku lepas ni," ucap Ain. 


Ain sebenarnya merupakan seorang gadis bandar yang berasal daripada Kuala Lumpur. Namun disebabkan ingin hidup serba mewah dia mula terpengaruh dengan rakan-rakannya agar melakukan jenayah siber. Dan akhirnya dia meringkuk keseorangan didalam penjara. Manakala rakan-rakannya masih bebas diluar sana.


"Balik kampung? Dekat mana?" soal Mawar berminat.


"Perak. Kampung nenek aku..." nafas berat dihela oleh Ain.


"Tapi aku pelik kenapa kau tak balik rumah keluarga kau je? Mak ayah kau ada lagi kan?"


"Ada.. Tapi keluarga aku dengan kau tak sama Mawar. Mak ayah aku lepas je tahu aku masuk penjara dia orang buang aku. Dia orang tak izinkan aku jumpa dia orang lagi.." ucap Ain sebak.


Timbul rasa kasihan buat Ain. Belakang tubuh Ain digosok bagi memberikan secebis kekuatan buat gadis itu.


"Kau sabar okay. Mungkin ni ujian buat kau.." nasihat Mawar.


"Aku tahu aku salah. Tapi takkan langsung takde peluang kedua buat aku? Untuk aku tebus salah aku pada dia orang?" ucap Ain lirih.


"Kau doa je banyak-banyak. Semoga pintu hati mak dengan ayah kau terbuka untuk maafkan kau," pujuk Mawar.


"Entahlah Mawar.. Kadang-kadang aku sendiri rasa dah putus asa. Aku selalu fikir banduan macam kita ni ada ke yang sanggup terima kita walaupun kita memang betul-betul dah berubah?" soal Ain.


Terdiam Mawar seketika. Apa yang barusan dikatakan oleh Ain cuba dicerna sebaik mungkin.


"Kenapa kau cakap macam tu?" berkerut keningnya.


"Orang macam kita ni sampai bila-bila pun akan dipandang hina oleh orang-orang dekat luar sana. Akan dicop jahat sampai mati walaupun kita ni dah berubah. Paling sadis banduan macam kita ni belum tentu akan dapat peluang pekerjaan. Senang cakap peluang untuk kita memang tak penah wujud dekat luar sana," ujar Ain panjang lebar.


"Takkan lah sampai macam tu sekali. Aku tak percayalah.." ucap Mawar.


"Terpulang pada kau nak percaya ke tidak apa yang aku cakapkan ni. Nanti bila kau dah keluar kau akan tahu realiti dunia yang sebenarnya," ucap Ain.


Terdiam Mawar. Fikirannya masih menerawang tentang apa yang barusan dikatakan oleh Ain. Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal dia hadapi selepas ini. Namun dalam hati berdoa semoga semuanya baik-baik saja.


Semoga akan ada sinar yang akan menerangi kehidupannya selepas ini. 

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.