Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,875
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7
Aizat mengesat peluh-peluh kasar yang membasahi dahinya. Bajunya juga kini telah basah bermandi peluh. Dugaan buatnya pada hari ini apabila motorsikal yang selalu ditungganginya rosak.


Dia juga tidak tahu apa punca sebenar kerosakan motorsikal kesayangannya itu kerana dia tidak pernah sekali pun lupa untuk memeriksa motorsikalnya setiap bulan. Nafas dihela kasar. Tidak mahu terus kusut memikirkan tentang itu Aizat segera meneruskan langkah menolak motorsikalnya menuju pulang ke rumah.


Hampir setengah jam kemudian, Aizat sampai juga diperkarangan rumah teres satu tingkat milik Encik Bakri dan Puan Hanim. Motorsikalnya diparkirkan elok bersebelahan kereta Proton Wira milik Encik Bakri. Nafas dihela lemah. Peluh-peluh dilap kasar.


"Sampai jugak akhirnya," gumam Aizat perlahan.


Tidak mahu terus membuang waktu pintu rumah dibuka menggunakan kunci pendua miliknya. Kasut dibuka dan diletakkan diatas rak kasut. Mata mencari kelibat di mana keberadaan orang tuanya itu.


"Assalamualaikum mak, ayah Zat dah balik ni," laung Aizat.


Punggung dilabuhkan dikerusi yang berada diruang tamu. Nafas dihela lemah. Penat!


Puan Hanim yang sedang memasak di dapur laju berlalu ke arah Aizat. Dahi wanita tua itu berkerut pelik.


"Zat..? Awal kamu balik. Mak tak dengar pun bunyi motor kamu," hairan Puan Hanim.


"Motor Zat rosak mak. Sebab tu mak tak dengar bunyi motor Zat," jawab Aizat.


"Laa rosak..? Habis tu kamu balik naik apa ni?" soal Puan Hanim lagi. 


"Jalan kaki sambil tolak motor mak. Tu yang habis berpeluh-peluh ni," jawab Aizat lagi. 


"Tapi bukan ke hari tu kamu dah servis motor kamu tu?" soal Puan Hanim pelik.


"Tu lah yang Zat pelik mak," ujar Aizat pendek.


"Dah tu motornya kamu tak pegi hantar ke bengkel?"


"Motor tu rosak dekat taman perumahan kita ni jugak mak. Zat nak pusing hantar ke bengkel pun jauh sangat. Lagi pun waktu-waktu macam ni tengah panas terik. Boleh pitam Zat nanti," beritahu Aizat.


"Haa yelah. Kalau macam tu esok pagi jelah kamu pegi hantar motor kamu tu," ujar Puan Hanim.


"Baiklah mak.. Sunyi je rumah ni ayah mana mak?" mata Aizat sudah melilau mencari figura Encik Bakri.


"Ayah kamu ade dekat atas tu ha.." jawab Puan Hanim.


"Ooo.. Takpelah mak, Zat nak naik atas. Nak mandi badan ni dah berpeluh sangat dah ni," pamit Aizat.


"Iyerlah pegi lah mandi cepat. Berbau dah satu rumah ni," usik Puan Hanim.


"Hehehe yelah mak," laju Aizat bangun dan meninggalkan ruang tamu rumah mereka.


Tergeleng-geleng kepala Puan Hanim memandang ke arah Aizat si anak lelaki tunggalnya itu.





~~~~~





Mawar mengerling ke arah Imran yang sedang leka bermain permainan video didalam telefonnya. Mereka berdua baru sahaja selesai menghantar dua buah beg di dua destinasi yang berbeza. Disebabkan kerja mereka sudah selasai, jadi Imran mengajak Mawar untuk singgah sebentar disebuah restoran mamak bagi mengisi perut yang sudah berkeroncong hebat. 


Selesai sahaja menjamu selera Mawar berdehem seketika bagi menarik perhatian Imran yang masih leka dengan gadget yang berada di tangannya.


"Ehem.. Imran kalau aku nak tanya kau sikit boleh?" soal Mawar berhati-hati.


Imran yang sedar akan pertanyaan Mawar segera menoleh dan merenung ke arah Mawar dengan penuh tanda tanya.


"Boleh.. Apa dia..?"


"Sebenarnya aku dah lama tertanya-tanya barang yang selalu kita hantar tu barang apa?" soal Mawar. Mata memandang tepat ke dalam anak mata Imran.


Kelu lidah Imran saat mendengarkan soalan daripada Mawar sebentar saja tadi. Keadaan disekeliling restoran yang sedikit lengang itu dipandang sebelum dia kembali bersuara. Nafas dihela perlahan-lahan.


"Kenapa kau tak tanya Haris je?" soal Imran berbasa basi.


"Aku penah tanya sebelum ni. Tapi Haris cuma cakap aku tak perlu masuk campur soal tu. Aku cuma buat je kerja aku," jawab Mawar.


Imran mengangguk faham.


"Kalau dia dah cakap macam tu so aku tak boleh nak buat apa. Lagi pun aku sama macam kau. Kita ni kuli je, buat je kerja kita jangan sibuk hal dia orang semua," ujar Imran.


"Aku tahu kita ni kuli je tapi aku naklah jugak tahu serba sikit pasal kerja kita ni," keluh Mawar.


"Aku sebenarnya pelik dengan kau ni Mawar," ucap Imran.


"Pelik..? Pelik kenapa?" berkerut dahi Mawar seketika.


"Aku cuma pelik macam mana kau boleh setuju nak kerja dengan Haris tu," curiga Imran.


Mawar mengeluh panjang sebelum mula bersuara kembali.


"Keluarga aku orang susah. Ayah aku dah lama meninggal. Adik-adik aku masih lagi sekolah, jadi sebagai anak sulung aku lah yang kena bantu mak aku cari duit untuk keluarga kami. Dulu aku tolong mak aku menoreh getah. Tapi disebabkan sekarang musim hujan kami memang tak boleh nak menoreh. Kebetulan Haris ada datang jumpa aku pelawa untuk kerja dengan dia. Dia tawarkan aku gaji lumayan. Jadi aku pun setujulah nak kerja dengan dia," cerita Mawar panjang lebar.


"Ooo.. Macam tu.. Lama dah ke kau kenal dengan Haris tu?" soal Imran lagi.


"Dia tu dulu penah satu sekolah dengan aku. Sebab tu aku boleh kenal dengan dia," jawab Mawar.


Terangguk-angguk Imran mendengar.


"Kau pulak macam mana boleh kerja dengan Haris ni?" soal Mawar.


"Aku..? Cerita aku lebih kurang kau je. Cuma bezanya mak bapak aku bercerai. Lepas bapak aku bercerai dengan mak aku, dia kahwin pulak dengan perempuan lain. Mak aku pulak sibuk cari duit sampai masa untuk aku pun takde. So aku pun terabailah. Habis je sekolah terus aku bawak haluan aku sendiri, sampailah aku jumpa dengan Jaiko. Dialah yang bawak aku masuk kerja sekali dengan dia dan Haris," ujar Imran.


Mawar mengangguk faham.


"Kau takde adik beradik lain ke?" soal Mawar lagi.


"Takde.. Aku anak tunggal.." keluhan dilepaskan Imran.


"Lama dah ke kau kerja dengan dia orang..?"


"Dah nak dekat 3 tahun sejak aku kenal dengan Jaiko," jawab Imran.


Terangguk-angguk Mawar faham.


"Kau dah habis makan kan? Dahlah jom kita gerak balik. Kerja pun dah habiskan," ucap Imran. Tanpa pamitan Imran bangun dan segera berlalu ke arah kaunter pembayaran.


Melihatkan kepergian Imran, Mawar segera bangun dan berlalu ke arah kereta mereka yang diparkir tidak jauh dari restoran mamak itu.





~~~~~





Haris masuk ke dalam lot kedai yang disewa dengan membawa satu beg kertas berwarna putih. Mata melilau mencari figura gadis pujaan hatinya Mawar Saffiyah. Mawar yang sedang duduk disatu ruang itu mengamit pandangannya. Tersungging senyuman sinis dibibirnya. Kaki dibuka dan dibawa menuju ke arah gadis polos itu.


Mawar yang sedang leka membaca sebuah majalah hiburan tersentak apabila mendengar deheman daripada seseorang. Mendongak dia memandang figura Haris yang kini sudah terpacak dihadapannya. Senyuman nipis dilorekkan kepada Haris.


"Mawar.. Macam mana kerja? Okay?" soal Haris berbasa basi. Punggung dilabuhkan bersebelahan Mawar.


"Alhamdullilah.. Okay," jawab Mawar kekok.


"Bagus.. Ni aku sebenarnya nak bagi kau ni," beg kertas yang berada dipegangan tangannya dihulurkan kepada Mawar.


"Apa ni?" soal Mawar pelik.


"Bukalah..." jawab Haris pendek.


Perlahan-lahan beg kertas bertukar tangan. Tidak menunggu lama Mawar mengeluarkan isi perut dalam beg itu. Berkerut dahi Mawar apabila melihat sebuah kotak telefon yang kini selamat berada ditangannya.


"Telefon...?" soal Mawar pelik.


"Ye.. Telefon ni aku beli untuk kau. Senang lepas ni aku atau budak-budak ni nak call kau," ujar Haris.


"Tapi mahal sangat telefon ni. Aku takde duit nak bayar balik harga telefon ni," jujur Mawar.


"Yang tu kau tak payah risau. Aku tahu kau takde duit. Kau pakai je telefon ni. Aku bagi free dekat kau," ucap Haris.


"Tapi...." baru sahaja Mawar ingin bersuara laju Haris memotong. 


"Dah kau tak payah nak banyak bunyi. Kau ambil telefon ni senang lepas ni apa-apa hal aku nak contact kau," tegas Haris. 


Mawar mengangguk faham. 


"Terima kasih Haris," ucap Mawar ikhlas. 


"Sama-sama. Dah lah aku gerak dulu ada kerja aku kena buat. Telefon ni kalau kau tak reti nak guna kau boleh minta tolong Kassim atau Imran ajarkan. Aku pegi dulu," usai menghabiskan kata-katanya Haris segera bangun dan berlalu pergi. 


Mawar hanya memandang figura Haris yang sudah berlalu pergi. Kotak telefon yang berada ditangan direnung seketika. Terbit senyuman manis dibibirnya.









Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.