Home Novel Cinta Jangan Bicara Cinta
Jangan Bicara Cinta
NAWAR WAHID
26/3/2021 19:33:00
23,156
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Dah masuk seminggu Hawa Hawani bersekolah di Sekolah Menengah Chanzeler (SMC). Hati Hawa memberontak marah. Peristiwa seminggu lalu betul-betul mencabar keimanan dia. Ingat dia perempuan pakai tudung, senang-senang kau nak pijak ego aku! Heh! Aku cili mulut kau Israk. Aku cili lepas tu letak kicap dan seterusnya aku tampar-tampar mulut kau. Eiiii! Geram!

"Hawa?" Wani disebelah menepuk bahu Hawa perlahan. Dia nampak rakannya runsing. Selepas kejadian meja hilang, sampai sekarang tak ada siapa tahu mana hilang kerusi dan meja. Hawa syak ni angkara tiga jantan tu!

"Ha? Kenapa Wani?"

"Kau ok tak? Aku nampak kau bercakap sorang-sorang, kasihan aku tengok. Nak aku teman kau borak?" 

Hawa merengek. "Wani! Aku rasa meja dan kerusi tu hilang sebab tiga orang tak guna tu." Tangan Hawa membuku. Dia tunjuk genggaman dia pada Wani. Rakannya itu menolak tangan Hawa sambil ketawa.

"Kau ni memang bercita-cita nak jadi detektif ke?"

"Tak lah. Aku memang anak inspektor polis. Jadi, aku dah terbiasa. Aku rasa nak tahu."

"Hawa... Hawa... kau ni kuat berangan betul. Eh, dah lah! Aku nak pergi rehat. Kau nak makan sekali tak ni?" Wani menolak kerusi lalu dia bangun.

Hawa menggeleng-geleng. Katanya, aku nak diet la. Tak rasa nak makan. 

"Ikut suka hati kau lah, Hawa. Aku pergi dulu dengan Adelina eh. Bye!" 

Hawa bukan tak suka Wani, tapi rakannya ini macam tak kisah apa yang berlaku dalam kelas. Asyik nak baca buku je. Bosanlah.

Hawa menggeliat seraya melihat rakan-rakan sudah hilang dari pandangan. Bilik kelas kosong. Dia hela nafas berat. Huh! Ngantuknya. Biasalah. Memang setiap hari dia akan bangun pukul 5 pagi untuk solat tahajud dan sambung solat subuh. Memang dah jadi rutin dia sejak kecil lagi. 

Gadis itu mengeluarkan buku Al mathurat untuk dibaca. Baginya apabila dia berzikir pada saat dia penat, segala resah dan kepenatan hilang. Apabila mulut menutur perkataan sayangnya aku pada Tuhan, segala perasaan marah terus hilang. 

Sedang dia sibuk membaca Al Mathurat itu, dia terdengar tapak kaki budak lelaki. Dia sudah agak siapa yang ada di belakang kelas. Hawa memperlahankan bacaan dia. Dia tarik nafas dalam apabila bacaannya terganggu. Fikiran Hawa dah tak menentu. Dia rasa dia patut keluar daripada kelas sekarang juga!

Tiba-tiba buku kecil yang dipegang Hawa dirampas oleh seseorang. Hawa jeling pada Israk. 

"Bagi la balik!"

"Kau baca apa ni?" Israk duduk di atas meja di hadapan Hawa. Kakinya disilangkan. Tangan masih memegang buku itu. Jujurnya, dia tak pernah tahu apa benda yang dipegang Hawa. 

"Itu namanya Al Mathurat. Macam buku zikirlah. Bagus untuk kau. Kau tak pernah baca kan?" Hawa mengejek. 

"Asal? Kalau aku tak pernah pun kau sibuk apa?" Israk baling buku itu di atas meja. 

"Eish! Tak yah la campak-campak buku ni. Berdosa tahu tak? Ibarat kau campak perkataan Tuhan tu atas lantai. Kau nak ke Tuhan tarik balik nikmat yang sedia ada? Nak rasa sakit?"

Tiba-tiba Sodiqin mencelah daripada belakang. Dia berdiri di hadapan Hawa. 

"Cepat. Aku lapar." 

Hawa menjelir lidah. "So?"

"Aku nak kau beli dua kotak air nescafe dan dua plastik roti. Cepat." Sodiqin mengarah. 

"Kau ni kenapa, Sodiqin?" Hawa naik angin. 

"Aku cakap pergi, pergi jela. Jangan sampai aku tengking kau, Hawa!" 

Hawa telan air liur. Dua lawan satu, pasti dua menang. Jangan melawan Hawa.

"Ops. Sorry boss. Aku pergi dulu la. Nak tunggu korang bagi duit tak la. Ni kira macam tengah membuli la kan? Uuu.. takutnya." Hawa buat-buat takut. Kaki dia laju keluar kelas.

"Ish minah ni! Sekeh kang!" Israk terus berdiri. Sodiqin tersengih melihat gelagat Hawa.

"Eh, bang! Asal kau gelak? Kenapa kau senyum? Aku tak nampak kelakar tau. Apa yang lawaknya?" Israk tepuk lengan Sodiqin kasar.

"Tak. Aku ehem. Dah ah! Aku nak tidur. Makanan sampai bagitahu aku." Sodiqin berdalih tidak mahu jawab.

Sepuluh minit berlalu. Hawa sudah berada di dalam kelas. Dia lihat Sodiqin yang tertidur berbantalkan lengan di mejanya. Langsir putih itu mengibar dengan kuat saat angin meniup kencang. Kain itu sesekali menampar wajah Sodiqin. Israk? Entah mana mamat ni pergi.

Hawa duduk di kerusi menghadap Sodiqin. Kacak juga kau ni. Hidung mancung. Bulu mata ni ish, panjangnya. Rasa nak sentuh. Nak main sikat bulu ni. Boleh tak? 

Pipi kau ni pop, pop! Melepak! 

"Dah puas pandang aku?" Sodiqin angkat kepala dan menyandar ke kerusi kasar. Dia tenung wajah Hawa yang ketakutan. Alamak, dia tak tidur ke!

"Eh, kau tak tidur ke? Haha! Aku ingat kau tidur."

"Kalau aku tidur pun suka hatilah. Yang kau nak pandang aku macam nak makan kenapa?" Sodiqin menghulurkan tangannya. 

Eh, dia ni nak suruh aku pegang tangan dia ke? Eh, Sodiqin! Hello! Aku ni perempuan! Buat apa aku nak pegang tangan kau. Bukan mahram tau tak? Kalau orang nampak tak ke malu aku nanti? 

"Bak roti!" 

"Oh... roti! Ya! Aku hampir terlupa."

"Tak sampai sepuluh minit pun aku suruh kau beli kan? Itu pun lupa?" Bebel Sodiqin. 

"Alah! Tak yah la marah-marah. Stress tahu tak!" Hawa rasa bontot dia panas! Dia bangun cepat. Mata dia jeling pada Sodiqin sambil langkahnya mula menapak ke arah mejanya. 

****
Sesi kelas kelima sudah berakhir. Apabila pelajar dengar guru matematik tak akan hadir ke kelas, mereka naik bulu. Azad menarik kolar baju Am yang sedang leka membaca buku.

"Eh, Am! Sini kau! Cepat la!" Azad tepuk kepala Am apabila Am lambat-lambat bangun. 

Wani mengeluh di sebelah Hawa. "Dah start dah. Bising betulla dorang ni." Hawa menjeling ke arah tiga jejaka yang sedang membuli Am. Seorang budak lelaki berbadan sedikit gempal. Rambutnya pendek. Matanya sepet. 

"Apa lagi dorang ni eh? Tak habis-habis." Hawa kalih belakang. Rakan lain tak berani nak lawan budak bertiga tu. Nakal tahap dewa. Kaya pula tu. Maknanya kalau kau silap masuk gaung, alamatnya tak jumpa rumahlah. Habis la hidup kau nanti. Fuh! Hawa, jangan masuk campur. Pekakkan telinga anda. Fuh! Fuh!

Buku kecil yang agak tebal setebal kamus dewan itu dipukul-pukul ke kepala Am. Am tak berganjak. Masih menunduk. Tak berani nak melawan. Dia pernah melawan dan selepas itu teruk jadinya. 

"Firwan! Tak kan kau tak nak buat apa-apa!" Sengaja Hawa meneriak. Firwan jungkit bahu. Malas nak report. 

Hawa genggam tudung dia sampai jadi comot. Selepas itu dia betulkan semula tudung dia. Ia macam satu sesi terapi penenang la kiranya apabila dia berjaya betulkan tudung dia. Bunyi orang dipukul kedengaran. Hawa rasa nak buka langkah. Hawa tolak kerusi yang dia sedang duduk dan berdiri. Wani cepat-cepat pegang tangan Hawa. Rakannya itu menggeleng-geleng kepala. Jangan, Hawa. Parah nanti. Hawa mendengus. Dia rimas!

"Israk! Sodiqin! Azad!" Hawa menjerit naik satu oktav. Salleh yang sedang menjilat lolipop terlopong mulutnya besar. Ini memang kes besar. Kau berani sebut nama tiga budak ni? Nahas kau!

"Apa! Apa! Apa!" Azad menjeling ke arah Hawa. 

"Kau!" Hawa tunding jari. Dia menapak ke arah tiga budak lelaki itu. Dia pandang Am yang sedang menangis kesakitan. Dia rasa marah. 

"Kau tahu tak sekarang ni waktu kelas. Waktu belajar! Kalau korang tak berhenti, aku report cikgu!" Hawa memberi amaran. 

"Hawa sayangku. Semenjak kau datang sini, aku selalu sangat dengar suara kau. Tapi sayang, janganla masuk campur. Kalau kau tak nak kau yang kena, baik kau blah! Blah lah!" Azad membulatkan mata. Mahu menakutkan Hawa. 

"Aku nak keluar!" Hawa sengaja menekankan perkataan keluar. Dia nak beritahu bahawa dia akan keluar dan beritahu cikgu. 

"Eh..." Israk berlari ke arah Hawa dan keluar ke pintu terlebih dahulu. Dia halang Hawa untuk keluar daripada pintu. Tangan dia dah mendepa luas. Kalau Hawa lalu pasti Israk akan peluk dia. 

"Tepilah!" 

"Nak duduk kat kerusi kau balik ke kau nak peluk aku?" Israk masih menyakat. Kedengaran Azad ketawa besar. Kurang ajar kau ni!

"Kenapa? Kau... nak..." Hawa memberanikan diri untuk mendekati Israk. Dia tahu Israk akan membelakangkan badannya. Sodiqin yang melihat terasa panas. Dia tahu Israk tak akan berganjak. Kau ni Hawa memang suka buat masalah kan!

Hawa yang makin mendekati Israk tiba-tiba terhenti. Dia rasa tangan Sodiqin menghalang langkah Hawa. Gadis itu melihat Sodiqin yang begitu bersahaja memegang lengan dia. 

"Israk. Tepi!" Sodiqin mengarahkan rakannya untuk ke tepi. Mata Sodiqin nampak betul-betul marah. 

"Hawa, kau ni kenapa eh? Suka hatila kitaorang nak buat apa! Yang kau masuk campur ni kenapa? Aku benci tahu tak kau menyibuk!"

"Lepasla tangan aku ni, Sodiqin!"

"Kalau kau tak nak tengok kitaorang, tak payah datang sekolah ni lagi. Menyusahkan!"

"Sakitlah! Lepaslah!" Hawa melihat genggaman Sodiqin sangat kuat. Pergelangan tangan Hawa sudah nampk merah. Apabila Sodiqin lihat orang ramai berpusu-pusu melihat apa yang berlaku, Sodiqin terus melemparkan tangan Hawa. Hampir terjatuh gadis itu ke lantai. 

Ei! Sakitnya hati aku! Sodiqin! Kau ni kenapa huh? Apa masalah kau!

"Kalau kau tak nak jadi mangsa kitaorang seterusnya, baik kau blah la Hawa. Aku meluat tengok muka kau ni." Sodiqin mendengus kemudian dia terus keluar dari kelas. Israk dan Azad yang sedang mentertawakan Hawa hanya menjeling. 

"Padan muka kau! Ahaha! Penyibuk!" Azad menolak bahu Hawa dengan jari telunjuknya. 

Hawa terasa sangat malu. Kau ni, Hawa! Duduk diam-diam tak boleh ke? Kan dah dapat setepek daripada Sodiqin! Kau kan, suka menyusahkan orang! Hawa tak berhenti mengetuk kepalanya. Wani daripada jauh juga tergelak melihat rakannya yang tak keruan. Itulah, aku dah cakap. Jangan layan si Sodiqin tu. Kau tak tahu dah berapa ramai orang berhenti sekolah sebab dia!

***
Kelihatan di tingkap Hawa keseorangan. Dia menjengah kepala dia ke tingkap. Mana pula bag duit aku ni? Dah la ada kad pengenalan. Gambar aku  tu kan tak bertudung. Kalau orang nampak, malu la aku!

Sodiqin yang sedang bermain bola sepak pada waktu petang memberhentikan langkahnya. Azad tanya kenapa. Jejaka itu menggeleng kepala. Mungkin dia salah orang. Apa Hawa buat dekat kelas tu seorang diri? Semua budak dah balik kot. 

Israk yang sedang leka duduk di bangku dipandang Sodiqin. Nafas Sodiqin laju dan pendek. Dia cuba ambil nafas daripada lariannya. Israk buat apa pada Hawa? Lain macam aku tengok. 

"Israk!" Sodiqin meneriak. Israk melambai. Dia kata meh la sini. Azad mengikut dari belakang apabila Sodiqin mula berjalan ke arah Israk. 

"Qin, tengok ni. Aku curi. Biar padan muka dia. Kau tengok tu, tengah mencari lagi. Oh, yang paling interesting, tengok ni gambar dia tak pakai tudung. Seksi juga minah ni." Israk membelek sekeping gambar. Sodiqin sambar kasar. Dia tenung gambar Hawa yang tak bertudung. Ya lah, memang cantik. Senyuman dia seperti penyakit berjangkit. 

Apabila Sodiqin sudah pastikan itu gambar Hawa, dia lempar gambar itu semula pada Israk. 

"Kau nak buat apa dengan bag duit dia ni?" Tanya Sodiqin.

"Lah, saja. Aku suka nak kacau dia. Aku nak tengok dia naik angin lagi. Marah cantik. Gelak pun cantik."

"Hmm." Sodiqin mengeluh. Dia capai botol air kosong dan teguk laju. 

"Asal? Kau cemburu? Jealous?" Israk angkat kening. 

"Mana ada."

"Eh, aku nak kacau dia sampai dia jatuh cinta pada aku. Dan aku nak rasmikan body dia. Kau tak nak dia kan?" Israk menjeling pada anak mata Sodiqin. 

"Taklah. Suka hati kau la nak buat apa. Aku malas nak masuk campur."

"Betul ni? Aku pantang orang cabul plan aku." 

"Dah la. Jom blah." 

"Eh, jap lah. Aku nak tunggu Hawa. Dia confirm datang berlari pada aku bila dia nampak bag duit dia ada pada aku."

"Tu! Tengok tu Hawa dah nampak! Ok guys, buat macho!" Israk tiba-tiba duduk tak keruan. Nak duduk silang kaki ke nak berdiri masuk tangan dalam poket?

"Israk! Sodiqin! Azad!" Hawa mencekak pinggang di hadapan pintu sekolah. Dia tunding jari dia pada Israk. Mata dia membulat kemerahan.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.