Home Novel Cinta Jangan Bicara Cinta
Jangan Bicara Cinta
NAWAR WAHID
26/3/2021 19:33:00
23,174
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari kejahatan fitnah dajal."

Takutnya aku pada fitnah manusia. Jiwa dan batin akan tak tenteram hanyalah disebabkan fitnah dan kata-kata tidak benar oleh rakan sendiri. Tak guna jika kita mengharapkan keredhaan manusia sedangkan redha Tuhan tak dicari. 

Apa perasaan kau kalau kawan baik sendiri menabur dusta? Sakit hati? Marah? Rasa nak maki kan! Kenapa? Apa dia buat pada kau? 

Minta dijauhkan pada tujuh keturunan aku. Yang memfitnah naik hantu, yang difitnah naik gila. Hidup rasa terkongkong disebabkan perkataan dan perasaan palsu. Hidup nak puaskan hati orang. Sebab tu, Tuhan tu Maha Mengetahui. Dia tahu apa akan terjadi pada hambanya akhir zaman. Dia tahu syaitan sangat kuat menggoda manusia disebabkan janjinya yang pernah dilafazkan di hadapan Tuhan. 

Sayangnya Tuhan pada kita. Dia tak pernah berpaling pada kita waima sekelip mata. Malah, telah diatur dengan baik. Nabi banyak kali berpesan. Baca surah Al Kahfi. Hafal ayat 1-10. Tak pandai tak apa. Belajar. Banyakkan doa. 

Hawa terkumat-kamit menuturkan doa elak fitnah akhir zaman. Dia terbongkok-bongkok di bawah meja mencari dompet merahnya. Entah mana dia letak. Hati rasa tak senang. Dia rasa geram dengan diri sendiri. Hawa hela nafas berat. Gadis yang masih bertudung dan berbaju sekolah menurunkan pandangannya ke luar tingkap dan ke padang bola. Dia nampak tiga orang jejaka sedang leka ketawa dan bersembang. Di tangan Israk kelihatan dompetnya yang dicari. Matanya panas melihat bagaimana mereka mengeluarkan gambarnya lalu ketawa seraya itu. Kurang ajar kau!

Penat aku tutup aurat aku ni, kau senang-senang nak tengok!

Hawa berlari keluar kelas. Dia turun anak tangga tergopoh-gopoh. Apabila tiba di muka pintu sekolah, dia menjerit sambil jari telunjuk menunding ke arah Israk. Bengangnya!

"Astaghfirullahal a'zim! Israk! Kau ni dah buang tabiat ke? Bak balik dompet aku!" Hawa datang mendekati mereka.

"Nak ambik ah sini!" Israk mencabar.

Hawa tidak cepat mengorak langkahnya. Dia pandang Sodiqin. Help me please? Again? Er, please?

"Er.. eh, Israk, dah ah! Bagi jela balik. Aku penat ni. Aku nak balik. Kalau dok layan minah ni aku rasa tak sampai rumah nanti." Sodiqin bersuara. Matanya langsung tidak memandang Hawa. Gadis itu mengangkat kening. Dia hulur tangan agar dompet itu dipulangkan.

Israk capai tangan Hawa dan dia sengih.

"Israk! You stupid! Asal kau pegang tangan aku?" Hawa cepat-cepat tarik tangan dia dan letak pada dada. Mata Hawa membulat. Nafas dia tidak terurus. Dia takut sangat dengan kelakuan Israk. Sangat tak boleh diterima akal.

"Kau hulur, aku sambut!"

"Ish! Buang tabiat eh? Bak balik dompet aku la." Hawa meneriak.

"Lah, nak, mintak la elok-elok. Cuba cakap macam ni, Israk, please pulangkan semula dompet saya ni?"

Hawa mendengus. Dia jeling pada Israk. Dan tiba-tiba riak wajah dia serta merta bertukar. Gadis itu tersenyum. Dia pegang kedua-dua tapak tanggannya lalu dibawa ke bawah dagu.

"Assalamualaikum."

"Ha, ya. Waalaikummussalam." Israk tersenyum. Sodiqin melirik matanya pada perubahan wajah Hawa. Comel gila minah ni.

"Cik Israk, boleh tak saya nak dompet saya semula? Kesian cik Israk penat pegang dompet tu. Berat kan?" Mata Hawa terkebil-kebil. Bulu mata melentik turun naik.

"Allahu akhbar, bergetar tulang rusuk abang ni." Israk berdehem.

Hawa senyum tak ikhlas. "Bak ah balik. Aku ada tuisyen lepas ni."

"Aish! Potong ah! Tadi dah comel, sekarang nampak macam pontianak sundal malam raya."

"Haha!" Azad gelak sambil terbongkok-bongkok.

Hawa tendang kaki Azad. "Senyap ah!" Terkial-kial jejaka itu mengurut kakinya. Dahi mengerut menahan sakit.

Dalam masing-masing sibuk mencari masalah, Sodiqin tarik dompet Hawa dari tangan Israk.

"Bak dompet ni!" Kata Sodiqin seraya itu dia lari laju ke arah motornya.

"Eh, Qin!" Israk nampak terkejut. Dia menjerit nama Sodiqin kuat. Hawa tak berganjak. Dia nampak runsing. Ah, nak buat apa ni!

Hawa berlari ke arah Sodiqin. Mamat itu yang berpakai t-shirt hitam terus menaiki motor Yamaha R1. Dia meletakkan bag dompet Hawa ke dalam bagnya. Hawa jadi tak keruan.

"Eh, Sodiqin! Kau nak buat apa dengan dompet aku? Please la, bagi balik!" Hawa rasa nak nangis. Dia penat dan dia dah lambat pergi tuisyen.

Sodiqin buat tak dengar. Dia bonceng motor itu dan memulas pedal minyak. Enjin mengaum kuat. Motor Sodiqin meluncur laju meninggalkan Hawa. Gadis itu yang memang sudah kepenatan terus mencangkung di atas jalan raya. Dia merengek macam budak kecil. Air mata dah mula bergenang di kelopak mata. Sakitnya diperlakukan sebegitu. Sodiqin tak fikir ke macam mana dia nak pergi tuisyen lepas ni? Kalau ke sana jalan kaki akan ambil masa 30 minit. Dia tak ada duit nak beli tambang bas dan beli roti untuk kenyangkan perut. Dah la nanti makan malam lambat. Ish, kenapala boleh jadi macam ni!

"Eh, Hawa!" Tiba-tiba ada seorang lelaki menegur gadis itu. Hawa pantas bangun. Wajahnya nampak takut. Dia rasa tertekan. Dia tenung dua orang lelaki dihadapannya. Seorang lelaki yang kelihatan dalam umur 30an berkepala botak cuba mendekati Hawa. Hawa melangkah ke belakang. Rakan lelaki itu yang sedang memegang kayu panjang tersenyum melihat Hawa. Jantung Hawa berdegup kencang. Fikiran dia melayang pada peristiwa lima bulan lepas. Jiwa dia meronta-ronta dan memberontak.

"Be..berani kau datang sekolah aku!" Hawa meneriak. Dia rasa bengang.

"Kau ingat kau boleh lari? Nak lari mana cik kak? Hutang dulu belum lunas lagi. Jangan ingat kau tukar sekolah ni, kitaorang boleh lupa apa jadi." Lelaki itu angkat kening kanan. Marah dia membuak. Sebab kau hidup aku jadi teruk!

"Pergi! Aku cakap pergilah! Jangan sampai aku jerit! Kau tak tahu sini ada o...orang!" Hawa kata teragak-agak apabila dia lihat kawasan sekeliling, tak ada orang!

"Jeritlah. Aku tak takut. Nak jerit ke nak apa, suka hati kau! Bob! Cepat tarik perempuan tak guna ni!" Kata Loca tenang.

Belum sempat Bob nak tarik tangan Hawa, penumbuk Israk melayang pada wajah Bob. Kaki Israk terus menendang pada perut si musuh. Apabila Bob terjelepuk jatuh menahan sakit, Israk tolak badan Loca. Tak berganjak. Badan dia terlampau sasa. Loca hayun kayu panjang yang diambil dan dipegang kemas mahu memukul Israk. Tak sempat dihayun lagi, Azad terus rangkul leher Loca daripada belakang. Mereka bergelut antara satu sama lain.

"Aaah! Israk lari! Lari bawa Hawa dari sini!" Azad menjerit.

Israk yang melihat Hawa sedang menangis ketakutan terus menarik budak perempuan itu dan lari dari situ. Langkah mereka laju meninggalkan perkarangan sekolah.

Apabila mereka sampai di satu sudut yang jauh dari sekolah, Israk terus melepaskan tangan Hawa. Dia membiarkan Hawa terduduk di atas tanah kotor. Dia lihat budak perempuan berbaju sekolah itu menangis seperti terseksanya jiwa. Dia harap tak ada orang nampak. Ni nampak macam dia yang buat Hawa nangis.

"Hawa..." Israk cuba memujuk. Dia tak tahu nak pujuk sebenarnya!

"Huwaaa...." Hawa makin teriak.

"Dah. Dah. Kita dah jauh dah ni. Dorang tak dapat kejar dah." Israk mencangkung dihadapan Hawa. Dia cuba renung anak mata Hawa yang sudah lebam dan mukanya yang sembab.

"Israk..."

"Ya, ya, ya?" Laju jejaka itu menyambut panggilan.

"Hawa lapar. Sodiqin dah ambik dompet! Huwaa. Dah la tadi tak sempat makan." Hawa seka air mata dia dengan lengan baju.

Israk tersengih. Tak berani nak gelak. Takut nanti kena ketuk.

"Lah, waktu macam ni pun boleh lapar?"

"Yela. Aku sebenarnya boleh je pukul dorang, tapi tak ada energi." Hawa sengaja mahu membela diri.

"Haha! Hawa, kau ni! Aku tak kisahla. Dah jom aku teman pergi kedai." Israk tepuk bahu Hawa. Gadis itu cepat-cepat bangun. Dia pegang perut. Laparnya!

"Aku nak makan steak!" Hawa betul-betul mengidam daging berkuah sos lada hitam.

"Aduu... mana nak cari benda tu!"

"Ada, tu!" Jari dia tunding pada sebuah kedai makan. Dia hulur tapak tangan pada Israk.

"Duit?" Hawa jungkit bahu. Apa? Sebab kau la aku tak ada duit sekarang ni. Israk mencebik.

"Kau ni siapa eh Hawa?" Israk berhati-hati mengeluarkan duit dari dalam dompet.

"Aku Hawa Hawani lah."

"Maksud aku, kenapa dorang kejar kau tadi. Kau buat apa dekat sekolah lama?"

"Kalau tak nak bagitahu boleh tak?" Hawa mengeluh berat. Dia rasa tak tenteram apabila fikir pasal tadi.

"Ok! Ok! Nah! Rm50 cukup?" Israk menghulurkan duit itu. Hawa capai duit kertas itu lalu mengucapkan terima kasih.

"Dah la. Kau balikla Israk. Aku tak rasa dorang ada dekat area ni. Lepas makan aku ada tuisyen sampai malam. Bag aku ni ada baju extra. Salu memang aku siap-siap dekat tempat tu je." Hawa mula bercerita.

"Oh..."

"Oklah. Aku pergi dulu la. Lagi pun, aku nak balik rumah sekarang ni dengan mata aku merah. Baju pula kotor. Nanti babah cakap apa pula. Eh, sorry tau, Israk. Bye! Kau balikla dulu! Aku dah sampai dah tempat tuisyen aku. Bye!" Hawa melambai-lambai ke arah Israk.

Mata Israk tak berkelip melihat Hawa tersenyum ceria sambil mengangkat tangan melambai dirinya. Perasaan apa ni? Kenapa aku rasa pelik. Seperti terpaku pada kecantikan kau.

"Erh...bye?" Israk acuh tak acuh membalas. Hati dia bergetar. Lutut rasa lemah.

***
Hawa menunggu untuk solat Isyak. Dia ambil Al-Quran di dalam almari. Kelas tadi habis pukul 8.30. Selepas itu rehat 45 minit. Pukul 9.15 kelas sambung sampai pukul 10.30 malam. Lepas habis kelas, memang rutin Hawa akan berjalan kaki perlahan-lahan balik ke rumah. Hawa membaca beberapa helaian kertas itu dengan khusyuk. Usai habis, dia memulakan solat Isyak dan menyelesaikan solat dengan sempurna. Hawa tarik nafas dalam. Tangan di angkat ke atas. Dia berdoa dengan penuh taqwa dan redha. Hati dia tak tenang.

"Ya Allah, lindungi aku Ya Allah. Sesungguhnya apa yang berlaku petang tadi betul-betul mengetuk perasaan hamba yang hina ini. Aku sangat kerdil. Aku tidak punyai apa-apa di dunia ini. Ia milik Kau yang abadi. Jangan kau palingkan perhatian Kau pada aku. Jika tiada Mu ya Allah, tiada guna aku hidup dan menjalani sisa hidup ini lagi. Bantu aku Ya Allah. Bantu aku! Amin, amin ya Rabbal A'lamin."

Alhamdulillah. Selesai juga.

Hawa segera bangun, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Makannya petang tadi masih mengenyangkan. Dia rasa nak minum air sahaja. Hawa turun ke bawah bangunan rumah kedai itu. Tujuannya untuk membeli air mineral di mesin menjual air. Hawa memasukkan duit syiling lalu ditekan nombor dua. Kedegang! Sebuah botol air berguling ke bawah di dalam mesin. Hawa capai botol air. Penutup air dibuka laju. Dahaganya! Belum sempat dia nak teguk airnya, botol air itu dirampas kasar. Hawa menoleh.

"Eh! Israk!" Air di dalam botol digogoknya laju. Hawa merenung jejaka di hadapannnya. Dia pandang Israk yang nampak bersahaja dengan baju kasual dia. Dia memakai serba hitam dengan cermin mata hitam. Orang ramai yang lalu lalang curi-curi pandang wajah Israk. Botol air yang sudah habis diminum dicampak ke dalam tong sampah. Hawa, ada benda aku nak cakap ni! Israk terus menolak badan Hawa ke dinding. Hawa terpaku tidak berganjak. Gadis itu tarik nafas dalam. Dia rasa Israk dah gila!


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.