Home Novel Cinta Khaisyar
Khaisyar
Raha
10/9/2022 14:16:06
15,745
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Mataku diliarkan memandang sekeliling. Mencari seseorang yang boleh dibuat teman dikala ucapan pengetua yang tak habis-habis mengisi waktu kami sebagai seorang pelajar.


Balik-balik, isinya perkara yang sama juga.


Akhirnya, aku pasrah saja duduk di bahagian belakang. Maklumlah, masuk lambat sebab 'masalah' tadi.


Kerana kantuk yang mula menguasai diri,  aku mula melelapkan mata walaupun dewan ni dah bising dengan macam-macam suara. Apa tujuan dia kumpulkan kami semua harini pun aku tak tahu.


"Seterusnya, dipersilakan... An-Nur Khaira Makayla. Beliau telah mendapat tempat pertama dalam tingkatan pada peperiksaan lepas dengan mendapat anugerah terbaik lima mata pelajaran, iaitu biologi, matematik tambahan, bahasa melayu, pendidikan islam dan sejarah."


Terus, mata aku segar bugar. Mak aih, dia tengah bagi anugerah cemerlang untuk mid year exam haritu ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal!


Dalam keadaan kelam kabut, aku bangun dari barisan. Nampak pelik, sebab biasanya mereka yang diberi anugerah akan beratur siap-siap di luar dewan. Aku je terkecuali tadi sebab lambat.


Masalah lagi.


"Sekali lagi, dipersilakan An-Nur Khaira Makayla untuk naik ke pentas."


Aku semakin melajukan langkah. Tapi baru aku tersedar sesuatu...


Tak akan aku nak naik pentas dengan kot ni?


Memanglah aku dah basuh tadi tapi... kesan darah tu still melekat. Sekolah dah lah miskin sampai sabun pun tak ada dalam tandas.


Kalau aku pakai kot, nampak pelik. Kalau tak pakai, nanti ada orang perasa benda tu macam mana?


"Sokay. Naik je dengan kot aku."


Terkejut, aku memandang ke arah punca suara. Ya Allah, mamat tu ada sebelah aku. Dia nampak je aku termenung dari tadi. 


Dia dah beratur kat luar, maknanya dia pun akan dapat anugerah la? Lepastu tak akan dia nak naik pentas tanpa kot ni?


Masalah.


"Panggilan terakhir, dipersilakan An-Nur Khaira Makayla untuk naik ke pentas."


Buntu.


"Naiklah cepat. Tak payah fikir pasal aku."


Aku hanya mengangguk kecil mendengarkan itu. 


Kini, semua mata menumpu ke arahku. Aku buat tak endah. Mata tertancap ke arah kamera di hadapan bersama senyuman yang jelas dibuat-buat.


"Dia ni bijak. Tapi tulah tak lawa."


"Ustazah ni lagi ke?"


"Dia ingat dia bijak, orang suka dia ke?"


"Kenapa dia pakai macam tu? Nak attention ke?"


"Dia ni orang miskin tu kan?"


Suara-suara yang membisik aku endahkan. Entahlah, aku dah tak ada masa nak kisah pasal benda ni semua. 


Sejak bila aku buat semua ni sebab orang pun aku tak tahu.


Aku turun dari pentas. Ingin kembali ke barisan tempat aku duduk tadi.


"Seterusnya, dipersilakan Muhamad Amsyar Ziaulhaq. Beliau telah berjaya meraih tempat kedua dalam tingkatan."


Seluruh dewan memberikan tepukan. Tak seperti aku tadi yang hanya ditepuk dua tiga orang.


"Handsome weh!"


"MashaAllah, bakal imam aku!"


"Dahlah handsome, bijak pula tu."


Aku tersenyum hambar. 


Gedik.


Malas hendak melayan, aku hanya menunduk memandang lantai. Entah handsome macam lembu jiran aku je kot. 


"Eh, mana kot dia? Tak kena marah dengan cikgu kasut kuning tu ke?"


Suara yang berdekatan dengan aku itu berjaya membuatkan aku kembali tegak 90 darjah. Kornea mataku pantas melihat kawasan pentas. Terpampang wajah lelaki pemilik kot yang tersarung pada badanku.


Aku cuba buat tidak endah namun bahuku tiba-tiba ditolak kasar dari arah tepi.


"Ni kot Am kan?"


Aku pandangnya dengan wajah keliru. Am? Siapa Am? Kucing nenek dia ke?


"Apa yang kau hamak sangat nak pakai kot boyfriend aku, hah!?" Jeritnya kasar sebelum tangannya menarik tudung aku di bahagian awning.


Boyfriend dia? Muka macam ni ada boyfriend? Aku ingat aku dah cukup hodoh, ada yang lebih dari aku rupanya.


Aku cuma buat tak endah. Tangannya pun sudah melepaskan awning aku. Tak apa, jangan risau... awning aku steady je. Aku dah cucuk pin so memang tak akan bergerak.


Orang cakap kalau tak layan, nanti dia penat sendiri. Tapi dia ni aku tak tahu spesies apa, makin aku diam makin dia agresif.


Dia bertindak menarik kot yang tersarung ditubuhku menyebabkan aku yang dalam keadaan tidak stabil merempuh seseorang di depan aku.


"Hei, you gila ke!" Jerit orang yang aku rempuh tadi.


Suasana menjadi semakin kecoh. Aku pun tak tahu apa masalah manusia-manusia ni.


Aku cuma diam. Sebab aku tahu, kalau aku buat apa-apa pun, bukan ada guna.


Tiba-tiba suasana di situ kembali sunyi. Hanya ada satu dua suara yang membisik sesama sendiri. 


Termasuk, suara-suara gedik. 


"My bae..."


"Our abang handsome!"


Aku. Dah. Malas. Layan.


Pantas, kot yang sudah sedia terlerai dari badan aku terdampar di atas lantai dewan dan aku hanya biarkan saja. Aku bangun dan terus melangkah keluar dewan. 


Lantaklah kesan darah ke apa. Aku dah malas.


Dan tanpa aku sedar... ada orang lain yang mengejar dari belakang. 



"Makayla!"


Langkah aku terhenti. Sarkastik, badanku dipusingkan 360 darjah ke arah belakang. 


Aku mencerlung tajam ke arahnya.


Aku langsung tak endahkan dia. Terus saja berjalan menuju ke mana aku pun tak tahu.


"Ma-"


"Stop calling me with that name." kataku kasar.

Langkah aku diteruskan. Dan aku berasa sedikit lega selepas menyedari yang dia sudah tidak lagi mengekori aku.


Helaan dilepaskan. Air mata yang hampir menitis aku tahan seboleh-bolehnya.


Aku patut berterima kasih kepada lelaki itu. Tapi aku sendiri tak tahu, dia menolong aku atau menambah masalah pada aku?


Kenapa... semua orang benci aku?


Soalan itu aku boleh jawab sendiri. Sebab dia.


Orang yang nampak macam paling rapat dengan aku. Dan tak akan ada orang yang tahu, betapa dia selama ni cuma gunakan aku.


Dia burukkan lagi nama aku yang sedia buruk dengan permainan dia.


Aku cuma buat-buat innocent. Kononnya tak sedar yang dia tengah 'guna' aku. Hakikatnya aku dah lama tahu, cuma buat-buat tak tahu.


Penat sebenarnya. Tapi semua ni sebab...


Orang yang aku sayang. Walaupun dia tak pernah nak sayang aku.


•••


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raha