Home Novel Cinta Khaisyar
Khaisyar
Raha
10/9/2022 14:16:06
15,702
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Panas mula mengawasi diri. Entah kenapa nikmat tadi hilang tiba-tiba dengan munculnya rasa bahang ini.


Pantas sahaja selimut ditarik dari terus membaluti aku yang nyenyak sejak tadi. Kepala didongakkan ke atas.


Sah. Ayah dah tutup kipas. Ni mesti nak suruh aku bangun dah ni.


Telefon di sebelah aku buka. Nak tengok sekarang dah jam berapa.


Angka enam ditunjukkan. Semerta, aku mengeluh kecil. "Haih. Awal lagi." 


Malas-malas, aku bangun dari pembaringan. Rambut yang dah serupa karpet bangla dibiarkan saja. Mulut mula meregangkan segala jenis otot dengan dibuka seluas-luasnya.


Hari ni dah hari Isnin. Hari paling memenatkan. Hari paling aku malas.


Bukan apa, tapi bila dah dua hari cuti terperap dalam rumah- makan, tidur, tengok cerita, scroll ig, scroll tiktok lepastu sambung tidur balik... Bila tiba-tiba dah kena start rutin-yang-sihat semula, memanglah terasa berat.


Aku mula memejamkan semula mataku dalam keadaan duduk. Kantuk mulai kembali mengawasi diri. Malas betul nak mulakan hidup hari ni.


Orang kata kalau nak segar, lepas bangun pagi pergi masuk bilik air untuk mandi. Sebagai perempuan misali, aku ni jenis malas mandi.


Atau aku seorang je yang macam tu sebenarnya?


Haih lantaklah. Yang penting aku memang malas nak bagi kulit aku ni merasa air sejuk pagi-pagi macam ni. Sejuk dia tak boleh bawak bincang. Lagipula sumber air rumah aku dari air bukit, lagilah sejuk kalah air batu pagi-pagi macamni.


Water hilter? Jawabnya pergi tadah air lepastu masak sendirilah, ya.


"Khaira! Bangun! Dah pukul berapa dah ni." Tiba-tiba suara dari luar bilik mula memetir. Siapa lagi kalau bukan ayah.


"Ya, bangun dah ni." Jerit aku.


Aku mula bangkit. Selimut dilipat kemas, cadar katil juga aku tegangkan setegang-tegangnya. Usai mengemas, tuala yang disangkut ditarik kasar. Malas macam manapun, tak akan aku nak pergi sekolah tak mandi?


Setelah dua puluh minit aku dalam tandas, barulah aku keluar dengan baju sekolah yang sudah tersarung. Lama-lama dalam tu aku banyak berangan je lebih.


Keluar-keluar je, terus terpacak muka bapak aku. Ni mesti nak cakap aku dah lewat walaupun jam baru enam setengah.


"Dah, Khaira. Pergi solat, lepastu siap. Dah lambat ni." 


Aku mengagguk kecil. Angguk jelah walaupun aku bukan boleh solat pun sekarang ni.


Masuk bilik, aku terus bersiap. Sunscreen disapu di atas muka. Aku ni bukanlah jenis jaga muka sangat, jerawat pun bersepah je atas muka ni. Tapi setakat letak sunscreen, moisturizer tu aku buat jugalah.


Tudungku dipakai. Part paling susah. Bukan apa, tapi tahu-tahu jelah tudung sekolah dua lapis ni macam mana- susah betul nak dapat bentuk perfect tu.


Usai, aku mengambil jam tangan di atas meja. Jam ni memang aku sayang giler. Someone special bagi kot, tak akan tak sayang?


Aku mengerling sekilas jam tersebut. Hrm... ada dalam dua puluh minit juga aku bersiap. Lama betul eh?


Dapur dituju. Ada seplastik cekodok pisang dan sebungkus nasi lemak atas meja. Ni ayah akulah yang beli. Biasanya aku masak untuk sarapan pagi, tapi bukan hari Isnin sebab Isnin aku memang selalu lambat.


Cekodok pisang dari dalam plastik diletakkan dalam pinggan. Air teh-o panas aku buat. 


"Ayah! Makan!" Aku jerit panggil ayah dari dapur. Sepantas kilat, terus ayah aku datang.


Selesai makan, tangan ayah aku ambil- bersalaman.


Aku pergi sekolah jalan kaki je. Peliklah pula kalau naik kenderaan dah kalau sekolah tu jiran aku. Sebabtu kalau keluar rumah pukul 7:25 pun aku masih sempat nak masuk pagar sebelum cikgu disiplin buat kerja.


"Belajar rajin-rajin." Pesan ayah sebelum dia pun bergegas naik motorsikalnya.


Aku tersenyum kecil sebelum mengangguk. 


Ya, aku adalah harapan.



Pejam celik, dah lima bulan aku jadi pelajar tingkatan lima. Masa-masa macam ni memang busy giler la, dah nak dekat SPM, kan?


Kadang-kadang tak sedar pun masa berlalu macam tu je. Rasa baru semalam aku keluar dari perut mak aku.


Ok, mengarut.


Aku merenung kosong kertas latihan sejarah di hadapan aku. Jam dikerling. Lagi lima minit sebelum waktu sejarah habis.


Sejarah fun je sebenarnya. Tapi time otak aku gak berfungsi macam hari ni, aku rasa macam disuap ubat tidur.


Aku buat-buat selak buku teks sebelum cikgu dapat tangkap aku sebab tak buat kerja dia.


"Koyak lagi buku teks kau tu karang, Khair." tegur orang disebelah aku.


"Kau rajin eh buat kerja?" aku tanya dia perlahan-lahan. Aku kenal sangat dengan orang sebelah aku ni, Munira. Jarang dia nak siap kerja, kalau siap pun hasil meniru aku.


"Jarang juga pelajar cemerlang ni malas." bidasnya semula.


Aku menjeling dia sekilas. Tiba-tiba, loceng telah berbunyi.


Pantas aku tersenyum. Aku menggeliat kecil meregangkan segala sendi otot yang dah lembik tadi.


Ketua kelas mula menjalankan tugasnya. Menyuruh semua pelajar bangun. 


"Terima-" Ucapan kami tergantung apabila terdengar bunyi speaker sekolah.


Ya Allah, pengumuman apa pula masa-masa macam ni!


"Assalamualaikum dan...... jahtera. Sa..... muman.... pada semua.... lajar.... lima, sila turun ke....... sekarang. Saya ulangi, perhatian kepada semua.... tingkatan...... sila tu.... ke de..... sekarang. Terima kasih."


Mendengarkan itu, aku melopong. Bukan aku seorang, satu kelas.


"Sekolah ni miskin sangat ke sampai speaker pon macam haram!" jerit salah seorang classmate aku.


Kami cuma mengangguk, mengiyakan. 


Salam dengan terima kasih bukan main clear je bunyinya. Sampai dekat pengumuman yang dia nak bagitahu, dah serupa suara itik.


Aku pandang Munira disebelah "Kau dengar ke apa dia cakap tadi?" Tanyaku.


Dia mengangkat bahunya "Aku tak sure tapi dengar macam suruh student form five turun dewan."


Kami mula buat tak endah dengan pengumuman tersebut. Entahlah, dia nak umumkan harini makcik kantin nak bagi makanan free mungkin.


"Student form five, turun dewan!" Tiba-tiba ada satu ketukan padu menerjah kelas lima amfibia, kelas aku. Kami semua yang sedang buat kerja sendiri ni terus memandang susuk tersebut.


Mak aih, cikgu kasut kuning dah datang.


"Tadi dah ada pengumuman dah, tak dengar ke? Sebabtu bila ada pengumuman, dengar! Jangan bising! Awak dah form five, matanglah sikit! Tak akan..."


Aku dah malas nak dengar. Terus aku melintasi guru tersebut yang masih berdiri tegak di depan pintu kelas aku dengan sedikit menunduk hormat.


Dewan dituju. Berpusu-pusu pelajar yang sama batch dengan aku menuju ke sana. Tak adalah ramai mana batch aku, ada dalam 150 orang saja.


Haah, tak ramai pun.


Aku malas bersesak-sesak di laluan utama dari blok E ke dewan. Jadi, aku ambil keputusan untuk lalu ikut bahagian belakang. Tak ramai lalu situ sebab panas walaupun lebih dekat.


Mata diliarkan memandang sekeliling. Cahaya matahari yang memancar ditutup dengan telapak tangan dari terus menembusi mata.


Tiba-tiba, terasa ada sesuatu menyinggah bahagian bahu aku. Terus aku terjerit kecil.Habis jantung aku bagai nak terkeluar kerana terkejut. 


Aku sedikit terkejut bila ada satu kot pengawas di atas bahu. Siapa pula nak sedekah kot dia dekat aku ni?


Pantas, kepala dipusingkan ke belakang melihat apa yang terjadi sebenarnya.


Terus, dikornea mata aku terpampang seorang lelaki beruniform pengawas tanpa kot. Siapa pula mamat ni? 


"Sorry kalau terkejut. Tapi belakang kau ada kesan darah. Ambil lah kot aku dulu buat tutup." Bisiknya perlahan tanpa sedikit pun memandang ke arahku.


Aku sekali lagi terkejut. Dengan segera kot itu disarungkan. Lantaklah kalau nampak pelik pun bila pakai uniform putih dengan kot biru tua ni.


Tanpa mengucapkan apa-apa kepada lelaki tadi, aku terus berlari patah balik ke kelas. Nak ambil 'benda tu' dulu sebelum ke tandas.


Apalah nasib aku harini.



Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raha