"Tolong aku Darius, aku tak mahu buat keputusan yang salah dalam hidup aku."
"Tolong? Kau minta tolong pada aku? Lelaki yang kau hancurkan hatinya suatu ketika dahulu? Sejak bila kau pandai berjenaka Naqiela, kau sendiri patut tahu aku bukannya orang yang patut kau mohon pertolongan."
"Aku sedar, aku yang bersalah. Tapi tolonglah aku Darius,atas nama persahabatan kita dahulu."
Riak muka Darius berubah saat mendengar kata-kata tersebut. Jelas hatinya panas mendengar ayat tersebut.Dengan nada marah Darius membalas semula kata-kata yang keluar daripada mulut wanita tersebut.
"Jangan kau jadikan persahabatan kita dahulu sebagai alat untuk kepentingan kau. Aku masih ingat apa yang kau lakukan pada aku hingga ke saat ini.Kau ingat aku ini manusia yang mudah memaafkan? Kau silap, Naqiela. Aku bukan manusia yang kau sangkakan itu. Aku bukan Darius yang mampu kau tundukkan dengan kata-kata manis kau itu.Not anymore.I’m not going to repeat the same mistake again"
"Jangan begitu Darius, aku kenal kau.Walaupun apa yang kau katakan,kau tetap Darius,lelaki yang pernah mencintai aku satu ketika dahulu." Naqiela merenung aku dengan wajahnya yang sayu. Matanya kelihatan seakan-akan bakal menitiskan air mata pada bila-bila masa sahaja.
"Dalam hati aku kini tiada lagi rasa cinta, yang ada cuma memori pahit yang menjadi parut yang berkekalan di jiwa. Sekali lagi kau silap Naqiela, Darius yang pernah kau kenali satu hari dulu sudah lama mati. Darius yang ada di hadapan kau ini hanya cengkerang kosong manusia daripada jasad individu yang bernama Darius. Tiada rasa cinta hanya ada sengsara di dalamnya."
Naqiela memandang aku penuh sayu.Darius yang pernah dikenalinya dulu kini berubah banyak. Dia tahu ini semuanya disebabkan peristiwa itu. Peristiwa yang tiada sesiapapun mahu ia berlaku. Namun, semuanya berlaku atas izin daripada Tuhan yang Maha Esa.Ternyata tasik yang dilimpahi dengan sinaran dari lampu limpah menjadi saksi aku dan Naqiela.Sunyi keadaan ketika ini.Tak ramai yang berada di tasik ini ketika ini.Mungkin kerana sudah agak lewat malam. Kebiasaannya aku juga tidak akan berada di Kawasan ini pada waktu sebegini kerana ia hanya akan menimbulkan fitnah dan menyebabkan orang lain beranggapan kami berdua melakukan perbuatan yang tidak enak dipandang.
Tapi, kali ini aku sendiri tak tahu kenapa. Aku tak tahu kenapa aku bersetuju ingin bertemu dengan Naqiela. Sejak pertemuan aku dengan Naqiela pertama kali setelah 10 tahun berlalu, membuatkan kenangan silam yang aku benamkan di dalam dasar hati terapung semula dan menganggu ketenteraman jiwaku. Rasa cintaku padanya telah pun tiada yang ada cuma amarah dan dendam terhadapnya. Ya, selama 10 tahun, hatiku ternoda dengan titik hitam. Ikrar aku andai satu hari nanti aku bertemu semula dengan Naqiela,aku akan pastikan kehidupannya dipenuhi dengan sengsara. Namun lain pula jadinya ketika ini.
Aku pandang wajahnya. Naqiela yang aku kenali dahulu juga mengalami perubahan. Wajahnya semakin ayu dan menawan.Tak tahula set penjagaan kulit muka jenama apa yang digunakannya. Setahu aku, memang sejak azali dia memang cantik. Bukan setakat itu sahaja, kecomelannya juga meningkat berkali-kali ganda. Biasalah gadis jenis ketinggian sayup-sayup nie. Tak nampak dimamah usia. Dengan bertudung moden dan kebaya pulak pada malam ini, Lirikan matanya pula jika direnung tepat, pasti menggugurkan iman mana-mana para lelaki di luar sana.
Tetapi aku, peristiwa itu membuatkan hati aku keras. Tiada siapa rasanya mampu menawan hati aku ini lagi. Sedangkan ketika aku disana juga, wanita tersebut juga tidak mampu mencairkan hatiku. Sehinggalah insiden tersebut berlaku. Hampir setiap hari aku menyesali apa yang berlaku. Namun, perkara sudahpun berlaku. Apa yang kini mampu dilakukan adalah bergerak ke hadapan menyelusuri perjalanan hidup yang masih belum tahu di mana kesudahannya.
IMBAS SEMULA
10 Tahun Lalu,
Sudah dua tahun aku berada Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, Kedah Darul Aman. Setelah mendapat keputusan yang agak baik ketika peperiksaan SPM, maka aku ditawarkan masuk ke matrikulasi ini. Program yang dipilih adalah Program Matrikulasi Dua Tahun kerana aku ingin terus menyambung pengajian aku ke peringkat ijazah selepas ini.
Sepanjang dua tahun belajar di kolej ini, banyak sudah yang telah diharungi. Kini tingal sebulan sahaja lagi untuk menamatkan pengajian aku disini. Aku juga kini bekenalan dengan seorang wanita yang dikenali Naqiela. Kebetulan hari ini merupakan majlis hari jadi di rumahnya. Mungkin aku boleh cuba beritahu perasaan aku pada dia hari ini.
Jadi, aku pun bertolak ke lokasi yang diberikan setelah singgah membeli hadiah untuk Naqiela. Aku cuma mampu hadiahkan kerongsang kepadanya. Aku kan student. Dahla aku pula bukannya keluarga yang berada dengan kemewahan. Ayah pula selalu sibuk, jarang dia ada di rumah. Aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dilakukannya. Nasiblah ayah aku selalu kirimkan wang kepada kami. Jadi tak perlulah mak aku membanting tulang. Cuma, duit yang diberikan mencukupi untuk keperluan asas kami. Dengan sejak akhir-akhir ini, kesihatan mak aku juga agak terjejas akibat faktor usia. Harap apa yang aku berikan ini mampu menambat hati Naqiela.
Perjalanan dari Changlun ke lokasi yang diberikan oleh Naqiela adalah selama satu jam 30 minit. Sakit bontot jugalah aku sebab kebas duduk di atas motorsikal Lagenda ZR aku. Setibanya aku di lokasi yang diberikan oleh Naqiela, aku pandang rumah yang tersergam megah di hadapan aku kini.
“Uishhh, Betul ke nie rumahnya?. Bapak aahhh.” Bisik aku dalam hati.
“Tak tahu pulak aku yang Naqiela ni anak orang masyuk.Sebab dari cara dia,nampak bersederhana je. Ke aku salah rumah nie?” fikir aku lagi.
“Encik nie datang untuk majlis hari jadi Cik Naqiela ke?” soal pengawal keselamatan yang terlihat kelibat aku di hadapan pintu pagar rumah agam ini.
“Ye, saya kawan dia daripada kolej.”
“Sekejap ye saya bukakan pintu pagar untuk encik. Nanti encik parking dekat sebelah sana.” Pengawal tersebut menunjukkan lokasi tempat letak kenderaan yang dikhaskan untuk tetamu rumah agam ini.
“Terima kasih” balas aku sambil dengan pantas tanpa melengahkan masa meletakkan motor Lagenda ZR aku di tempat yang dinyatakan.Sambil membetulkan pakaian aku yang sedikit selekeh setelah berada di atas jalan selama sejam lebih, aku terus menuju ke lokasi majlis hari jadi sahabat aku Naqiela.
Sebaik sahaja kaki aku melangkah ke kawasan majlis tersebut,ternyata tetamu-tetamu yang hadir bukan daripada kalangan orang-orang biasa. Ahli korporat, personaliti tv, artis. Perghhh, memang bukan majlis hari jadi biasala. Aku dah mula rasa sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Tetapi disebabkan aku masih belum bertemu dengan Naqiela, jadi aku gagahkan jua menyesuaikan diri dengan para tetamu yang hadir. Nasibla ternampak beberapa kelibat geng aku yang juga dijemput. Akhirnya setelah beberapa seketika, insan yang dirai pada hari ini telah muncul tiba. Alangkah cantiknya Naqiela pada mala mini. Rambut hitamnya yang panjang lurus ke paras pinggang berkilauan. Pakai shampoo Sunsilk ke apa?. Itu belum tengok pakaian dia. Macam sang puteri kayangan baru turun ke bumi. Macam manalah aku tak tertawan. Tanpa melengahkan masa, aku bergegas menuju ke Naqiela.
“Selamat Ulang Tahun Naqiela. Ini hadiah daripada saya”
“Ehh, Darius.Sampai jugak awak. Terima kasih sangat datang.Aww, thanks so much”
Saat aku dan Naqiela baru ingin berbicara dengan lebih lanjut,datang kelibat lelaki dari arah belakang cuba menolak aku ke tepi. Main kasar nampak mamat nie. Bila diteliti, aku yakin mamat yang kurang asam ini anak orang berada.
“Tolong jangan bergaul mesra sangat dengan Naqiela. Awak tak layak untuk dia.” Tegur lelaki tue kepada aku.
“Habis kau tue layak ke? Dengan adab ke mana, kau ingat ada ke perempuan nak kat kau?”
“Guys, please. Jangan gaduh boleh tak. Ramai tetamu tengah tengok.”
“Mamat ni yang mula dulu. Saya tak kan nak diam je”
“Tolong hormat sikit, nama aku Iskandar Bin Dato Ismail. Bukan sebarang mamat tau.”
“Iskandar, please… tolong jangan rosakkan majlis i.”
“Come on la Naqiela. Takkan lelaki macam ni u ada perasaan kot. Apa kata parents u? Not a chance.”
Kelihatan disebabkan kekecohan tadi, kedua-dua ibubapa Naqiela menghampiri ke lokasi tersebut. Naqiela yang menyedari perkara tersebut,terus mengeluarkan ayat yang mengguris hatiku.
“Darius is just my friend at my college. Sikit pun tak ada perasaan pada dia. I cuma tak majlis ini rosak sebab korang berdua bergaduh.”
“Only friend? After all that we been through?”
“Hei, kau nie kotor sangat. Meh aku tolong bersihkan kau.”
Satu tolakan diterima oleh diriku. Percikan air kolam kedengaran.Aku sekarang telah berada di dalam kolam renang rumah agam ini setelah ditolak oleh lelaki bernama Iskandar. Time nie kalau dalam scene drama kamera close-up muka aku dalam air. Sure huduh bebenor. Aku dengan pantas berenang ke tepi untuk naik semula. Tiada guna aku berada di majlis ini lagi. Dengan basah kuyop, aku terus menuju ke lokasi motor aku. Kelihatan Iskandar dan beberapa rakannya sedang mentertawakan diri aku. Naqiela pula sedang mengejar aku dari belakang.
“Darius, I’m sorry. U okay?”
“Selama ini, awak memang anggap saya sebagai kawan sahaja?”
“Saya…”
“Dua tahun awak, kita sama-sama menyemai kasih. Sekarang awak dengan mudah mengatakan kita cuma just a friend ”
“Err..awak lelaki yang baik Darius”
“Jadi?”
“Bagi saya, awak cuma sekadar kawan istimewa saya”
“Kawan?..Apa yang kita lalui selama dua tahun ini cuma kawan? Adakah selama ini awak cuma pergunakan saya?”
“Saya….”
“Tak apalah Naqiela. Anggap sahaja ini kali terakhir kita berbicara. Saya baru tahu darjat kita tidak sama. Air muka awak lebih penting daripada perasaan saya kan?”
“Bukan bagitu Darius. Saya..”
Aku dengan masih basah lagi menghidupkan motor aku lalu bergegas meninggalkan Naqiela. Aku tak mahu dengar lagi sebarang alasan daripada Naqiela. Aku tak mahu tengok mukanya saat ini. Segala yang aku dan dia lalui, berakhir kerana dia tidak mahu keluarganya tahu tentang diri aku ini. Fine, jika itulah caranya aku akan tunaikan. Aku juga berjanji tak akan buka hati aku buat mana-mana wanita yang ada di muka bumi ini.
Time nie lagu Awie – Tragedi Oktober jadi lagu background aku ride pulang sambil kenangan-kenangan manis bersama dengan Naqiela bermain di dalam minda. Dari basah sampai kering baliklah aku ketika itu. Memang menyuntuh hati dan perasaan. Air mata jantan aku pun turut sama mengalir.
Setelah peristiwa itu, tiada lagi khabar daripada Naqiela. Dikhabarkan dia menyambung pengajian ke luar negara selepas itu. Aku yang ketika itu memang marah dengan Naqiela cuma fokus pada sesi peperiksaan. Selepas itu, aku memang tak berhubung langsung dengan Naqiela. Ketika itu jugalah, ibu aku sakit tenat dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.
TAMAT IMBAS KEMBALI
“Sebenarnya Darius pada ketika itu saya dapat tahu yang saya telah pun ditunangkan dengan Johan. Namun,saya berjaya menangguhkan perkahwinan kami di atas alasan saya ingin menyambung pengajian saya di luar negara terlebih dahulu.” luah Naqiela perkara sebenarnya yang berlaku.
“Jadi,awak buat keputusan mudah dengan melukakan hati saya pada saat dan ketika itu?”
“Saya rela jadi watak jahat di dalam cerita ini Darius. Saya tak mahu awak terlibat sama”
Jawapan yang diberikan oleh Naqiela membuatkan aku terdiam. Kenapalah baru kini aku tahu kebenaran tersebut. Namun, segalanya telah tertulis. Penyesalan kini tiada guna. Baru aku faham kenapa raut wajahnya seminggu yang lalu sangat sayu.
SEMINGGU YANG LALU
“Jadi Encik Darius,tunang saya dah ada maka bolehlah kita teruskan sesi perbincangan kita.”
“Baiklah, jadi encik Johan boleh ceritakan apa yang encik rancangkan untuk majlis pernikahan dan persandingan nanti?”
“Saya sebenarnya tak berapa kisah sangat. Cuma biasalah, bila kedua-dua ibubapa masuk campur, segala macam diorang nak. Panggil kawan-kawan perniagaan, sanak-saudara, orang kampung. Terpaksalah kami buat besar-besaran.”
“Saya faham, cuma kenapa Encik Johan pilih saya sebagai jurugambar perkahwinan encik.? Saya kalau ikut, tak ramai kenal saya lagi. Perniagaan saya pun baru setahun jagung putik je.”
“Actually, saya impressed dengan hasil kerja saudara Darius setelah tunang saya tunjukkan pada saya. Soal macam mana dia jumpa, you should ask her. Tapi saya tak hairan pun sebab perempuan ni kalau dia nak cari sesuatu yang dia nak, mesti dia akan jumpa punyalah.”
Aku memandang pada Naqiela. Ternyata Naqiela sedang menyembunyikan sesuatu disini. Kenapa aku tahu? Sebab aku dulu ex-boyfriend dia. Aku tau riak muka dia kalau dia ada sorok sesuatu. Pattern riak muka dia still tersimpan dalam ruang memori otak aku. Cuma au tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Naqiela.
“Baiklah, cuma saya hanya mampu tawarkan sesi fotografi sahaja. Kalau untuk videographer saya rasa Encik Johan kena cari orang lain. Jadi untuk sesi fotografi, adakah saya cover untuk kedua-dua belah pihak ke macam mana?”
“U, ceritalah pada dia apa yang dah u dah rancang untuk majlis kita”
“Macam nie saudara Darius, kami rancang encik cover dari majlis nikah, sanding sekali dengan outdoor.Kami juga kalau boleh nak pakej yang include sekali dengan photo album dan potret kahwin gambar kami berdua.”
Naqiela menerangkan seperti yang diminta oleh encik Johan. Namun, raut mukanya terasa sayu. Tiada rasa keghairahan sepertimana bakal pegantin yang pernah berurusan dengan aku dahulu. It’s not my concern anymore. Aku sekarang cuma Darius, jurugambar perkahwinan. Nothing more.I shouldn’t involve with her anymore. Jangan lupa apa yang berlaku 10 tahun yang lalu Darius.
“Ini untuk kedua-dua belah belah pihak punya majlis ke?”
“Tidak, kami cuma buat satu sahaja. Itupun kami buat di hotel. Jadi takdelah penat sangat lepas kenduri nanti.”
“Ohh, maafkan saya Encik Johan. Satu lagi, boleh tak berikan tarikh majlis tersebut untuk saya lock tarikh tersebut? Saya perlu buat lawatan sehari sebelum majlis berlangsung untuk melihat pencahayaan dan lokasi pelamin supaya saya boleh adjust setting kamera saya untuk majlis anda berdua”
“Baiklah,saya serahkan urusan tersebut pada tunang saya Naqiela. Saudara Darius arrange sahaja dengan dia.U ok?”
“Sure, no problem for me. Ini nombor saya. Boleh saya dapatkan nombor saudara Darius?”
Naqiela menyerahkan sekeping kertas yang telah ditulisnya nombor telefon sebentar sahaja tadi sambil tersenyum kelat. Memang kelat sungguh la bila tengok. Aku pun keluarkan kad nama bisnes aku untuk diberikan kepada Naqiela.
“No saya ada dekat kad tue. Boleh hubungi saya guna nombor tue.”
“Baiklah, rasanya dah boleh kot kami undurkan diri terlebih dahulu. Kalau ada apa-apa masalah,hubingi sahaja kami. Kami minta izin beredar terlebih dahulu. Makanan dan minuman saudara Darius saya bayarkan. Kami pergi dahulu”
“Terima kasih. Jumpa lagi nanti.”
Kedua-duanya mereka terus bangun meninggalkan meja makan tersebut. Kelihatan Johan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran sambil Naqiela berada disisi. Setelah beberapa ketika, kedua-duanya hilang dari pandangan. Namun, apa yang menganggu fikiran aku ketika ini adalah pandangan sayu yang diberikan Naqiela kepada aku saat keluar dari restoran ini.
“Apa sebabnya dia buat muka sayu kat aku?Patut dia gembira bakal bersama kekasih hati tidak lama lagi. Dah kenapa buat muka sedih plak. Ishh, aku plak yang duk risau pasal apa. Naqiela tue dah lama tinggalkan kau. Perasaan aku pun dah tiada. Kau jangan main-main wahai hati aku. Benci aku masih membara di dada. Cuma sikap professional kerja aku sahaja yang buatkan emosi aku tewas kali ini.” Monolog aku sendiri
Dah tiba masanya untuk aku pula beredar dari sini. Katil memanggil-manggil di rumah. Tak jadi nak semula ke pejabatnya petang ini. Disebabkan Naqiela fikiran aku jadi tak tentu arah. Pasti tak jalan kerja je kalau masuk ofis. Jadi baik pulang sahaja ke rumah buat masa ini.
TAMAT IMBAS KEMBALI
“Sebab itulah rupanya. Persoalannya, bagaimana awak boleh jumpa syarikat saya? Sedangkan kita dah putus hubungan lama.?”
“Awak masih ingat Atilia? Dia kata pernah terserempak dengan awak time wedding job kat kampung dia. Dia yang bagitahu saya pasal perniagaan awak. Lagipun memang dah lama saya cari awak Darius. Saya tahu memang salah saya sebab memutuskan hubungan kita begitu sahaja seolah-olah seperti kasih sayang yang awak berikan tidak bernilai pada saya. Namun, hakikatnya saya juga tersiksa demi menurut perintah ibu bapa saya.”
“Benda dah jadi, anggap sahaja tiada jodoh buat kita. Lagipun, awak pun dah nak kahwin dengan Johan kan.”
“Sebab itu saya mohon Darius tolong siasat tentang Johan. Saya ada dengar banyak khabar angin yang tak baik tentang dia. Saya tak mahu pasangan hidup saya cuma memberi saya kesengsaraan daripada kemanisan kebahagiaan.”
Lama aku fikir time ni. Patutkah aku tolong dia? Sebab masalah dia bukan masalah untuk aku. Aku cuma uruskan gambar perkahwinan diorang sahaja. Tapi mungkin sebab aku di didik untuk membantu orang yang dalam kesusahan oleh ibu ku, buat aku akur dengan permintaan tersebut.
“Baiklah, apa yang awak nak saya buat?”
“Saya nak awak siasat aktiviti harian dia. Siasat dengan siapa dia berjumpa, apa yang dia buat, pukul berapa dia balik ke rumah”
“Awak ada trust isu ke dengan Johan? Dasyhat sangat ni”
“Anggap sahaja naluri wanita. Saya syak Johan ada sorok sesuatu dengan saya.”
“Perempuan memang macam tu ek. Selalu prasangka buruk. Saya tengok Johan tue baik je”
“Awak baru jumpa dia sekali. Awak punya sikap naïve still macam dulu.”
“Bukan naïve, tetapi bersangka baik. Tuntutan agama.” Balas aku terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Naqiela
“Apapun, ini maklumat yang awak perlukan untuk tugasan tersebut. Bayaran akan saya buat selepas tugasan selesai.”
“Dah rasa macam cerita spy plak rasa. Baiklah Naqiela, saya terima tugas ini. Apa-apa saya akan maklumkan semula.”
“Terima kasih Darius. Awak sahaja harapan saya sekarang.”
Naqiela terus beredar dari lokasi. Waktu pun makin lewat ketika ini. Tiba-tiba, bunyi tapak kaki menghampiri aku. Aku toleh ke belakang. Tiada kelibat sesiapa. Kemudian suara lelaki kedengaran.
“Nampaknya kau dah tahu sebab apa dia sedih Darius.”
“Ye, macam mana dengan apa yang saya suruh?”
“Keputusan ujian tersebut negatif. Ternyata apa yang dia bagitahu pada kau semuanya adalah benda betul”
Kelihatan kelibat lelaki menjelma di sebalik pokok di hadapan aku. Di tepinya kelihatan sebuah objek berbentuk bulat terapung.
“Professor Firdaus, terima kasih sudi bantu saya.”
“Panggil professor F saja. Takut ada orang rakam perbualan kita”
“Prof ni psiko teruk sangat. Sebelum saya jumpa Naqiela saya dah pasang sistem keselamatan di sekitar kawasan ini.”
“Tak salah untuk lebih berhati-hati”
“Saya perlukan bantuan prof untuk permintaan dia.”
“Saya tahu, sebab itu saya bawa N.E.I.S dengan saya”
Tiba-tiba muncul sebuah objek bulat yang terapung di sebelah Professor Firdaus.Nasiblah aku pernah bertemu dengan objek bulat ini sebelum ini.Kalau tidak,dah lama aku terperanjat.Muncul mengejut dah macam hantu.
“SAYA ADA NAMA OK. SAYA BUKAN MACAM ROBOT DALAM STAR WARS TAKAT BOLEH GOLEK-GOLEK ATAS LANTAI. SAYA DIBINA DENGAN PELBAGAI FUNGSI.” objek bulat itu bersuara sambil terlihat emosinya sedikit marah.
“Prof buat Ryu merajuk dah tue. Maafkan professor ye. Pelik sangatlah robot merajuk.” pujuk aku pada objek bulat itu.Ternyata kata-kata professor tadi membuatkan objek bulat ini terguris hati.
Objek bulat tadi kini terbang ke arah aku.Objek ini merupakan robot hasil ciptaan Professor Firdaus yang dibina untuk melakukan beberapa perkara. Disebabkan mempunyai kepintaran tersendiri, robot ini mempunyai emosinya sendiri. Majunya teknologi sekarang hingga emosi mampu diberi pada sebuah mesin.
“Saya gurau je. Ryu awak ikut Darius buat masa ini. Darius, saya nak gerak dah. Saya takut musuh kita dapat hidu pergerakan kita. Awak juga kena hati-hati. Kalau boleh jangan gunakan S.H.A.S. Guna keupayaan pada Ryu sahaja. Hanya aktifkan jika benar-benar perlu. Awak tahu kan apa akan terjadi jika awak aktifkan S.H.A.S?”
“Ye, saya tahu. Sebab itu saya minta bantuan prof. Saya akan ingat perkara tersebut.”
“Bagus, masa untuk saya kembali bersembunyi. Apa-apa cari saya di tempat biasa”
Professor tersebut terus hilang sekelip mata. Teknologi cloaking digunakan sepenuhnya untuk memastikan tiada sesiapa dapat melihat kehadirannya ketika ini.
“Baiklah Ryu, aktifkan cloaking mode. Nanti kalau kita terserempak dengan orang lain,dituduhnya kau hantu pulak"
“AI AI DARIUS. SISTEM CLOAKING DIAKTIFKAN….”
Masa untuk aku pulang ke rumah. Cukuplah drama untuk hari ini.Mata pun dah mula terkulai layu.Biarlah badan ini berehat bagi memulihkan tenaga sebelum tindakan seterusnya dapat dilakukan.