1
PUAN ROSNI memandang tepat ke wajah aku. Aku dapat mengagak
apa yang dia hendak katakan. “Elly... saya betul-betul minta maaf. Saya tak
dapat nak buat apa-apa lagi.”
Dia serahkan sekeping cek. Aku sambut. Aku tengok angka
yang tertera. ‘Banyak ni je?’
“Saya tahu jumlah tu tak cukup. Tu je yang saya mampu.”
‘Aik... ahli sihir ke apa bos aku ni? Macam tau-tau je
apa yang aku nak tanya dia.’
“Saya janji yang saya akan bayar baki gaji awak bulan ni
dengan pampasan selama tiga bulan.” Lembut je suara Puan Rosni.
Kalau big boss
dah cakap macam tu. Aku nak cakap apa lagi?
“Yalah. Saya faham.” Aku cuba senyum.
“Elly... awak tahukan saya dah cuba sedaya upaya
selamatkan syarikat ni... tapi akhirnya saya kena mengaku yang saya tak mampu.
Kes showroom yang terbakar dekat PJ
tu pun tak settle lagi.” Puan Rosni
mengeluh.
Kalau dia mengeluh. Agak-agak aku macam mana? Dahlah hari
ni aku kehilangan pekerjaan! Mata pencarian aku ghaib tu wei! Tapi aku cuba coolkan diri aku yang dah tak berapa nak cool ni. Relaks Elly!
“Saya faham perasaan puan.” Nak tak nak terpaksa jugalah
aku keluarkan kata-kata hipokrit tu.
“Terima kasih Elly. Awaklah pekerja terbaik saya. Saya
berharap sangat yang kita dapat bekerjasama di masa akan datang.” Puan Rosni
hulurkan tangan.
Aku sambut jugalah huluran salam dia tu. Karang
dikatakannya aku ni kurang ajar. Tapi dalam hati lain pula jadinya. ‘Tak! Aku
takkan bekerjasama dengan perempuan ‘ular’ macam kau ni. Lidah kau tu bukannya
bercabang dua lagi. Entah berapa cabang dah yang tumbuh!’
“Saya keluar dululah.” Aku pun apa lagi. Tak
menyempat-nyempat keluar dari bilik bos aku. Ops... ex-boss!
Aku pandang balik nombor yang ada pada cek. “RM 1500! Kau
nak aku bayar apa dengan duit ciput ni!”
Aku mengeluh. Berat giler keluhan yang keluar dari mulut
aku ni. Tapi yang pastinya nafas aku tak berbau.
Kalau ikut hati aku ni nak je aku pedajal perempuan ular
tu! Bukannya aku tak boleh nak rembat barang-barang yang ada dalam showroom ni. Tapi bak kata ayah aku.
Kita jangan buli orang. Buli tu perbuatan tak sihat.
“Boleh mereng aku kalau duduk lama-lama dalam showroom ni. Baik aku kemas barang aku
dan blah.”
Aku
angkat kotak-kotak yang ada atas meja kerja aku. Kotak-kotak ni pun macam aku,
dah tak lalu nak duduk sebumbung dengan perempuan ular tu.
Baru
je aku nak masukkan kotak-kotak tu dalam bonet kereta. Ada dua orang lelaki
India datang dekat dengan aku. Takkan nak mengorat aku pulak? Pengsan!
“Ini
Cik Elly ke?” soal lelaki yang kurus 1 inci dari member yang seorang lagi.
Aku
angguk kepala. “Kenapa ya?”
“Kami
datang ni nak tarik kereta.” Member yang seorang lagi bersuara.
‘Badan
je besar. Tapi suara macam Doraemon.’ Dalam rasa terkejut, sempat lagi hati aku
ni melahirkan komen tak bertauliahnya. Dah kelabu asap dah hati aku ni. Jap
lagi aku pergi cuci.
“Boleh
saya tahu encik berdua ni dari mana?” Sopan lagi suara aku.
“Dari
bank. Saya Prakesh. Yang ni kawan saya Ramu,” tutur Prakesh.
Pandai
pun nak perkenalkan diri. Ingin dah lupa adat rakyat Malaysia. Bukan ke orang
Malaysia ni terkenal dengan sopan santunnya?
“Ada
surat?” Kotak-kotak dah selamat masuk dalam bonet.
“Surat?
Surat apa?” soal si Ramu aka
Doraemon.
‘Surat
kahwin kau! Ada?’ Itu apa yang ada dalam hati kelabu asap aku ni.
Yang real punya. “Surat dari banklah. Ada?”
Dua-dua
orang mamat ni pandang aku lain macam
then dia orang story bahasa
tamil. Aku tak faham. Tapi instinct
aku dapat teka yang dia orang ni pembohong. Entah dari ceruk dunia mana dia
orang datang, tup-tup nak mengaku yang dia orang tu wakil dari bank. Setakat
pakai kemeja tak bertie dah konfiden
sangatlah tu.
“Tak
ada surat. Tak ada kereta. Lagi pun kereta ni baru tertunggak sebulan setengah
je kot. Jap lagi saya bayar yang setengah bulan tu.” Aku terus ke tempat
pemandu.
“Cik
tak boleh bawak kereta ni. Bank dah suruh kami tarik!” Wah! Dah macam suara
opera Cina bila si Ramu ni menjerit. Nyaringnya sampai cair tahi telinga aku.
“Stop! Jangan nak berkasar dengan saya
dekat tempat awam ni. Baik! Sekarang jugak saya call bank.”
Tak
ada acah-acah dah. Memang aku dail betul-betul nombor bank yang selalu dok
kejar, suruh aku bayar tunggakan yang sebulan setengah tu. Tapi tak sempat pun
operator jawab, mamat India dua orang tu dah blah.
‘Tau
pun takut!’ Jerit dalam hati jelah. Karang kalau aku jerit betul-betul orang
kata aku baru keluar dari Tanjung Rambutan pula.
Finally
aku dapat memasukkan tubuh aku dalam perut kereta. Tapi baru je aku nak drive. Ada orang ketuk cermin kereta
aku. Nasib baik perlahan. Kalau kuat memang aku sekeh mamat... eh! Bukan mamat
tapi Madamlah.
‘Siapa
pulak ah so ni?’ Aku turunkan cermin kereta.
“Cik
Elly ke?” Tak menyempat-nyempat perempuan Cina tu soal aku.
“Ya
saya.”
“Nasib
baik I sempat jumpa you. I ingat you dah balik tadi.” Senyuman perempuan Cina tu
betul-betul manis. Untunglah kalau orang tak ada masalah. Ya ke dia tak ada
masalah? Nanti aku story.
“Kita
pernah berjumpa ke?” soal aku. Masih dalam kereta. Bukan tak sopan tapi aku
betul-betul dah serabut ni. Kalau boleh memang aku nak blah cepat.
“I
tak pernah jumpa you. Tapi suami I pernah bertemu dengan you as a client.”
“Client?” Dah berkerut dah kening aku
yang lebat ni. Asli okey! Tak pakai celak pun.
“Mr.
Tan... baru minggu lepas dia datang ke showroom
you.”
“Ooo... I ingat Mr. Tan.” Aku senyum. Kali ni
senyuman aku ikhlas. Tak pura-pura waktu dengan perempuan ular tu.
“I
Mrs. Tan.” Perempuan Cina ni tak nak kalah. Dia senyum lebih lebar daripada
aku. Okey! Dia menang.
‘Yalah.
Takkan Mrs. Tam pulak.’ Hati aku ni dah kenapa hari ni?! Asyik keluarkan
kata-kata yang negatif je. Bahaya!
“Maaf
Mrs. Tan. I dah berhenti kerja. I mean
secara rasminya I dah tak bekerja dengan Syarikat RCH Sdn. Bhd. Kalau Mrs. Tan
nak bincang apa-apa tentang house renovation, Mrs. Tan boleh berhubung
terus dengan Puan Rosni. I rasa dia masih ada dalam showroom tu.” Itu pun kalau perempuan ular tu nak layan kau.
“I
tahu yang you dah berhenti kerja. Sebab tu I cari you.”
‘Dia
cari aku sebab aku dah berhenti kerja? Tapi kenapa?’
“Sebab
I nak tawarkan sesuatu pada you.” Laju Mrs. Tan menjawab.
Terkejut
beruk aku dibuatnya. Silap! Beruk pun tak terkejut macam aku. ‘Perempuan ni ada
bela saka ke apa? Macam tau-tau je apa yang ada dalam hati aku ni.’
“Miss Elly... Are you okey?”
soal Mrs. Tan.
Alamak!
Macam mana aku boleh mengelamun ni! Buat malu kaum kerabat betullah aku ni. “I
okey. You nak tawarkan apa?”
Aku
kembali ke fitrah asal aku. Straight to
the point, memang inilah sikap sebenar aku.
“Apa
kata kita pergi minum. Nanti I story dekat
you.”
Cepat-cepat
aku angguk. Bukannya tak sabar. Tapi kesian dengan ah so cantik manis ni.
Berdiri dan berpanas semata-mata nak pancing aku. Aku harap-harap ‘umpan’ yang
dia sediakan tu marvellouslah!