Home Buku Islamik Tarikh Ad-Daulah
Tarikh Ad-Daulah
Sehzade Fateh
10/9/2020 20:25:58
903
Kategori: Buku
Genre: Islamik
Siri 3

Tarikh Ad-Daulah

Siri 3:Bermula Seruan Illahi

 

Pada malam itu,Nabi Muhammad S.A.W didatangi malaikat Jibril dan menyampaikan wahyu yang pertama iaitu Surah Al-Alaq ayat 1 – 5.Pada malam itu,Baginda pulang ke rumah dan meminta untuk diselimuti.Lantas,turun wahyu surah Al-Mudathir (Orang yang berselimut) ayat 1-5.

 

Nabi Muhammad mula menyampaikan dakwah kepada keluarga serta kaum kerabat baginda dahulu.Dan pengikut pertama Nabi Muhammad S.A.W dari kalangan kanak-kanak adalah Saidina Ali Bin Abi Talib.Baginda mula menyampaikan dakwahnya menyeru untuk menyembah Tuhan yang Esa.

 

Lelaki pertama yang memeluk Islam ialah Saidina Abu Bakar.Saidina Abu Bakar RAH membantu Nabi Muhammad S.A.W menyebarkan Islam dan Berjaya menarik beberapa orang lagi.Mereka bermarkaz di Rumah Arqam bin Abi Arqam.

 

Saban hari pengikut Nabi Muhammad SAW semakin ramai dan ini membimbangkan pemuka dan pembesar Quraish.Mereka mengambil langkah untuk membuat tawaran dahulu kepada Nabi Muhammad SAW.Antara yang ditawarkan adalah harta , wanita dan pangkat.

 

Namun,semua tawaran itu ditolak oleh Nabi Muhammad SAW.Pembesar Quraish mengambil langkah selanjutnya iaitu menghalang usaha dakwah Baginda.Mana-mana pengikut Baginda akan dihukum bahkan diseksa dengan kejam.

 

Perbuatan pembesar Mekah itu sedikit pun menggentarkan hati orang Mukmin.Bahkan mereka lebih kuat.Tekanan demi tekanan dihadapi oleh orang Mukmin.Yang paling teruk diseksa adalah dari golongan Hamba.Summayyah hamba Abu Jahal diseksa sehingga syahid begitu juga dengan suaminya.

 

Bilal bin Rabbah,hamba kepada Ummayah bin Khalaf dihempap batu dan diheret dipadang pasir tetap menyatakan keimanannya dengan mantap tanpa gentar kepada pemuka Mekah.

 

Pembesar Quraish mula memikirkan cara lain untuk menghapuskan usaha dakwahBaginda.Mereka akan menyekat dan memulau ekonomi Orang Islam serta memulaukanorang Islam dan yang membela mereka.

 

Tarikh Ad-Daulah

Siri3:Bermula seruan Illahi

Rujukan:

Al-Quran

FiqhSirah – Sheikh Ramadhan Al-Buti

Previous: Siri 2
Next: Siri 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Sehzade Fateh