Home Buku Islamik Tarikh Ad-Daulah
Tarikh Ad-Daulah
Sehzade Fateh
10/9/2020 20:25:58
16,577
Kategori: Buku
Genre: Islamik
Siri 2

Tarikh Ad-Daulah

Siri 2:Kelahiran membawa berkah

 

Pada tanggal 12 Rabiul Awal , kelahiran yang dinanti oleh Bani Hashim telah lahir.Seluruh alam menjadi tenang dengan kelahirannya.Rumah ibunya bercahaya denagn kelahiran insan mulia ini.Di negeri Parsi,api majusi yang sekian lamanya dipuja oleh kaummajusi secara tiba-tiba terpadam.Sesuatu yang luar biasa berlaku.

 

Para bijak pandai istana mula menafsirkan sesuatu yang hebat telah lahir.Di kota Mekah,Bani Hashim sangat gembira dengan kelahiran insan ini dan anak ini diberi nama Muhammad.Hari bergilir hari,tahun bergilir tahun.Ketika usia Muhammad mencecah 6 tahun,ibunya pula pergi menghadap illahi.Tinggallah ia Bersama dengan datuknya pula,Abdul Mutallib.Tidak lama selepas itu , datuknya meninggal pula dan ia pun tinggal bersama pak ciknya iaitu Abu Talib.

 

Di dalam keluarga Abu Talib inilah,baginda Rasul diajarkan berniaga dan mengembala.Dan pada masa inilah tanda-tanda nubuwwahnya menyerlah.Semasa perjalanan baginda S.A.W ke Syam,awan sentiasa memayunginya dan di Syam seorang pendeta mengingatkan kepada pakciknya membawa pulang baginda dengan segera pulang ke kota Mekah dikhuatiri dibunuh oleh orang Yahudi.

 

Baginda S.A.W juga mempunyai akhlak yang sungguh mulia sehinggakan penduduk Mekah menggelarnya Al-Amin yang membawa maksud yang dipercayai.Hari bergilir hari,tahun bergilir tahun genaplah usia baginda 25 tahun.Baginda S.A.W menikahi Khadijah binti Khuwailid.

 

Baginda S.A.W sering mengasingkan diri dari kalangan penduduk Mekah untuk menghindari perbuatan bangsa Arab ketika itu.Baginda beruzlah di Gua Hirak,Jabal Nur.Pada suatu malam suatu yang tidak dijangka bakal mengubah dunia serta memulakan tugas Baginda sebagai Rasul utusan Illahi.

 

Tarikh Ad-Daulah

Siri2:Kelahiran membawa berkah

Rujukan:

Al-Quran

FiqhSirah – Sheikh Said Ramadhan Al-Buti

 

Previous: Siri 1
Next: Siri 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Sehzade Fateh