-ia ~
Aku taknak hati disakiti lagi. Aku jadi fobia.
Mungkin, sampai bila2 aku takkan bersedia
cari jodoh semula. Dah banyak app., media
sosial aku cuba. Tetapi, tidak jumpa si dia.
Cari jodoh macam cari makna di ensiklopedia.
Aku juga teringin rasa dicintai dan bahagia.
Bila tua, kami teringat akan segala nostalgia.
Bertahun bersama pasangan berhati mulia.
Umur aku sudah 29 tahun. Bukan lagi belia.
Hormon tak stabil. Macam di makmal kimia,
kadangkala, aku meletup. Macam mumia,
aku jadi menakutkan. Agaknya, di dunia
tiada jodohku. Tapi, aku yakin akan kurnia
Nya, ada jodohku di akhirat. Alien Utopia.
Aku pelik orangnya dan macam kulit popia,
hatiku sensitif, mudah koyak. Sinar suria
dan pelangi selepas hujan. Aku cuba ceria.
Aku tak kisah walau tak dapat penuhi kriteria
mereka cari. Cuma hampa, mulanya beria,
ajak ingin jumpa, tapi, tak jadi. Rasa dipersia
sahaja. Namun, akur tiada jodoh. Jodoh itu rahsiaNya. Pada tahun depan, 30 pula usia.
Bila2 ajal akan tiba. Ia tunggu dengan setia.
© Nuansa Embun