Home Alternatif Umum Nukilan Emosi
Rima 8

* 1 Ramadhan 2024 dijangka pada 12 Mac. 


-dan ~


Bulan kita berpuasa, dipanggil Ramadan. 

Seperti biasa, yang baik dijadikan teladan.

Manakala, yang buruk dijadikan sempadan. 

Beli ikut kemampuan. Ukur baju di badan...

sendiri. Bukan sekadar sedondon, sepadan...

masa raya. Jangan tabarruj; terlebih dandan.

Dunia ini sementara. Ia bukanlah medan...

perang: "Siapa cantik?" Dalam setandan...

pisang, ada busuk, tidak sewangi pandan.

Jangan busuk hati, ingin menjadi 'bidan...

terjun', sebagai penyondol. Takut bertindan 

dosa. Jangan dilupa apa tujuan kewujudan 

kita? Dunia ini melalaikan, penuh kecindan!


© Nuansa Embun 


* Aku lahir pada bulan Ramadhan.

Previous: Rima 7
Next: Rima 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nuansa Embun