Home Alternatif Fantasi Alamria
Alamria
Iqbal Rafiuddin
12/7/2018 19:59:17
43,841
Kategori: Alternatif
Genre: Fantasi
Bab 3

Aku terlentang di atas gerabak. Cuaca kat luar Kampung Kodok ni bukan main panas lagi Dah dua botol air aku habiskan. Ni nak masuk ketiga tapi Kak Merah marah aku. Katanya aku nak bunuh dia. Kedekut bukan main. Dah la semenjak semalam membebel jerawat naik ke muka. Aku tak sangka dalam sifat dingin dia, wujud jugak karekter tipikal orang perempuan.

"Kau rasa kat Bandar Gaia ada tak orang jual ubat untuk hilangkan jerawat ni?" tanya Kak Merah sambil memandu kereta kuda. Sesekali dia belek muka dengan cermin kecik di tangan.

"Mana la saya tahu kak. Ni first time saya keluar dari kampung. Akak la yang lebih arif. Oh ya takkan la takda magik boleh hilangkan jerawat?"

"Kalau ada, tu la ilmu pertama aku belajar."

Aku hairan dengan jawapan Kak Merah. Magik ni boleh diajar-ajar ke? Bukan kalau kau lahir dengan magik tu, itu jela magik yang kau ada sampai ke tua?

"Boleh ke kak?"

"Boleh apa?"

"Belajar magik orang lain?"

"Ada caranya." ujar Kak Merah.

Aku jadi teruja. Segera aku duduk sebelah Kak Merah. "Kalau camtu saya pun boleh la belajar?"

"Dalam badan kau mana ada unsur magik. Mustahil la kau nak belajar."

Aku jadi muram balik. Baru je ingat aku ada harapan untuk buat magik macam orang normal yang lain. Nampaknya harapan aku terkubur lagi.

Aku terus kembali ke belakang gerabak. Sambil-sambil itu aku baca jurnal milik ayah. Bandar Gaia tempat yang kami nak kunjung ni adalah bandar paling kecik dalam negara Alamria. Dia juga paling dekat dengan Kampung Kodok.

Dekat-dekat pun 3 hari perjalanan jugak untuk ke sana. Bergantung juga dengan jenis kenderaan. Kuda memang haiwan transportasi paling lambat. Paling laju ialah Balolow, sejenis beast. berkaki enam. Kepalanya besar,tanpa leher. Tubuh pula tanpa bulu dan melekit. Aku pernah tengok sekali je Balolow masuk kampung Kodok. Itu haiwan transportasi paling mahal. Digunakan oleh orang besar.

Tapi sebenarnya haiwan tunggangan yang paling laju ialah Windwalker. Haiwan yang mempunyai trait naga, berkaki dua berbulu banyak. Rupa seperti burung besar. Cumanya ia tak sesuai membawa pedati dan barangan yang banyak. Dan ia tak boleh bergerak secara kumpulan tak seperti balolow dan kuda.

Ekonomi bandar Gaia bergantung sepenuhnya pada perdagangan dan pertanian pokok Astora, sejenis tumbuhan menghasilkan 3 perisa. Daun merah, ia manis seperti madu. Daun kuning emas ia pahit dan daun Turqoise ia lemak-lemak. Rasa lemak-lemak daun Astora inilah yang disukai orang dalam masakan.

Dari segi politik pula bandar Gaia dipimpin oleh seorang Lord. Namun begitu keadaan politik bandar Gaia tidak stabil. Menurut jurnal yang ditulis oleh ayah, dia cakap Lord yang ada kini bukan lah pewaris sebenar. Perwaris yang sepatutnya mewarisi bandar Gaia. Maka kerana itu wujud kumpulan ketiga yang cuba gulingkan Lord sedia ada. Kerana kumpulan ketiga ini percaya, mereka adalah selayaknya memimpin bandar Gaia walaupun mereka pun tiada darah perwaris. Ini berlaku 15 tahun dulu, sekarang tak tahu la apa jadi.

Setelah lama berjalan, akhirnya kami tiba juga ke bandar Gaia atau aku panggil ia sebagai bandar koko kerana kelihatan seluruh landscapenya kelihatan warna coklat, termasuklah pakaian penduduknya. Kuning, coklat, orange. Perempuan-perempuan di sini selesa mengenakan sejenis selendang pada tubuh mereka. Rambut mereka pula di pendekkan malah kalau lelaki kelihatan botak saja. Tapi ada juga memakai topi dan turban. Aku boleh nampak peradaban sini kelihatan sangat berbeza dengan Kampung Kodok walaupun jaraknya tak ada la jauh sangat.

"Aku tak selesa orang ikut aku kemana-mana. Kau pun dah besar. Pi jalan sendiri. Kau jangan risau. Kalau apa-apa jadi pada kau, burung aku akan menyanyi untuk aku." ujar Kak Merah.

"Burung?"

"Little magic yang aku letak pada kau. Pergila, ini kali pertama kau kat dunia luar kan. Tapi hati-hati, jangan naif sangat. Nanti kau mudah ditipu. Jaga kantung poki kau. Kalau hilang atau kena curi, aku tak nak ganti. Dan jangan sesat plak nak balik nanti. Ingat nama penginapan kita ni, Mastur Inn." nasihat Kak Merah.

Aku angguk kepala. Pertama-tama sekali aku kena cari kedai makan. Berbekalkan 200 poki Tok Jun kasi, aku rasa cukup aku untuk bershopping sekali. Tapi untuk pengembaraan yang panjang, 200 poki terlalu sikit. Maknanya tak boleh la suka-suka nak habiskan. Kak Merah cakap average makanan yang dijual di seluruh Alamria adalah 10 poki. Kalau aku makan 2 hari sekali, maka aku cukup makan untuk 10 hari je.

Wuu ini rasa nak menangis ni. Tok, susahnya hidup dunia luar tok! Akid tak mampu.

Tapikan sebenarnya aku tak perlu risau. Sebabnya Kak Merah boleh support duit belanja aku wohooo. Elaun setiap minggu, 100 poki. Saja ja nak buat cuak.

Pap!

"Ma'aw.(maaf)" seorang budak kecik bertelinga haiwan terlanggar aku, kemudian terus dia berjalan dengan kakinya yang comel tu. Ekornya meliuk-liuk. Wah! Kaum Fenix. Pertama kali aku bersua dengan kaum Fenix. Aku kagum melihat satu spesis selain dari manusia. Aku dengar kaum Fenix terkenal dengan kelincahan mereka.

Ah apa-apa jela. aku nak pi makan. Dah tentula kena cuba makanan dekat sini. Semua makanan dicampur dengan astora. Entah apa rasa lah. Uish terliur pula fikirkan. Dengan adanya 200 poki ni..eeeh..

Aku sentuh bahagian aku letak kantung poki aku. Peliknya. Mana pi kantung aku ni? Habis semua bahagian aku seluk. Dah hilang!!!????

Aku toleh kiri ke kanan, takut jatuh ke. Tiba-tiba baru aku teringat. Mata aku memincing.

"Fenix tuh! Hanat punya budak!"

Aku kena cari fenix tu balik, kalau tak seminggu ni aku akan kebulur. Arghhh

<><><><>

Merata-rata aku cari, tak ada satu fenix pun aku jumpa. Buat penat aku je, dah la lapar tak makan sejak pagi tadi. Aku tengok ke langit. Hari dah makin gelap. Aku kena cepat-cepat balik ke tempat penginapan kalau tak Kak Merah mungkin akan marah aku.

Aku sampai bilik penginapan kami dengan perasaan hampa. Akak Merah sewa bilik yang paling luas. Ruang dalam macam ruang tamu besarnya. Malah terdapat beranda di hujung sana. Akak Merah ni kaya betul.

Aku tengok kawasan katilnya. Apakah? Banyaknya botol-botol kecik.

"Kau dah balik Akid? Best tak jalan-jalan kat bandar?" Akak Merah keluar dari bilik air. Dia menggosok rambutnya yang basah dengan tualanya. Pakaiannya. Sexy pulak aku tengok. Tak sanggup aku tengok. "Kau malu ke?" Kak Merah ketawa.

"Diam la!"

"Tu kau tengok, aku beli macam-macam ubat muka. Ahahaha, jerawat ni ingat dia sapa boleh kuasai muka aku. Dia ingat dia rakan karib wanita?" Kak Merah berjalan ke arah katil dan melompat riang. Kemudian dia tengok aku yang masih berdiri tegak.

"Apahal aku tengok pelik semacam je kau ni? Kau dah makan blom?"

Mula-mula aku fikir aku nak diam membatu je. Tapi lama kelamaan aku tak dapat menahan emosi yang terkumpul dalam hati aku. Akhirnya terburai gak. Aku merengek. "Duit saya kena curik kak! Saya lapar, dari pagi tadi tak makan."

Kak Merah tepuk dahi. "Aku dah agak dah benda ni akan jadi. Bodohnya lahai"

<><><><>

"Shedap nyaw kak!..(kunyah) Konopow mokonop..(kunyah) pat kito top dop gini? (Kenapa makanan tempat kita tak sedap gini?)" kata aku dengan mulut yang penuh. Serius lain macam rasa dia. Beza dengan masakan Tok Jun masak yang rasanya plain. Dua tiga pinggan terbang ke mari lalu dengan perlahan ia mendarat atas meja kami. Dessert! Mata aku terbeliak tengok.

"Kau jangan gelojoh. Nanti tersedak."

Uff uff ufff..

"Bodoh kan dah kabo!" Kak Merah marah aku.

Argh! Tangan aku meraba-raba tekak.

"Khok! Air kak ai.khok.."

Kak Merah hulurkan secawan air, cepat-cepat aku sambut dan minum sampai habis. Sesudah itu aku hentak cawan atas meja. "Fuh!! Sedap gila! Sedap sampai nak mati."

"Bukan main lagi kau eh, apapun kita kena cari fenix tu." kata Kak Merah.

"Lupakan jelah kak, bandar ni luas la. Lagipun saya sendiri tak tahu rupa fenix tu macam mana. Nanti tertangkap fenix yang lain. Tak pasal-pasal jadi kes lain." ujar aku.

"Untuk pengetahuan kau, kaum fenix jarang mengembara jauh-jauh. Mereka tinggal kat selatan. Buat apa datang jauh-jauh ke utara ni? Lagi satu kaum fenix takkan bergerak seorang. Mereka ni sejenis kaum hidup sekelompok. Hmm." Kak Merah menongkat dagu. Bagi aku apa yang berlaku biar la berlalu. Duit boleh dicari lain.

Tiba-tiba Kak Merah sentuh dahi aku dengan jari telunjuknya. Bila dia angkat jarinya dari kulit dahi aku, sejenis cahaya biru turut ditarik keluar sekali. Macam tarik benang. Aku terpegun. Dia bawak keluar sesuatu dari dahi aku!

Kemudian bawa jarinya menyentuh dahinya sendiri. Mata Kak Merah terpejam rapat. Lama juga dia diam. Aku sambil suap dessert sambil perhatikan dia. Aku agak dia tengah membaca memori aku. Mata Kak Merah kembali buka.

"Cam na kak? Dapat apa-apa?" tanya aku.

"Betul la tu fenix tapi.." Kak Merah terdiam.

Ini yang tak best ni, ada tapi-tapi. Nak buat suspen ke apa ni?

"Tapi apa kak?"

"Ada sesuatu yang lain."

"Apa pulak tu kak? Fenix tu ada member ke apa?"

"Tak ini tak ada kaitan dengan fenix. Ah kau makan jelah bagi habis. Esok ikut aku. Ada benda aku nak tengok-tengok."

Aku ikut perintah. Aku teruskan aktiviti melahap. Tiba-tiba aku dari belakang Kak Merah, aku nampak kelibat fenix sedang terpinga-pinga seperti mencari seseorang.

"Kak fenix tuh kak!" Jari telunjuk aku tunjuk belakang Kak Merah. Silap aku, aku menjerit agak kuat sehingga fenix tu boleh dengar dari jauh. Sempat pandangan kami bertemu sebelum dia melarikan diri. Aku apa lagi terus bangun la.

"Kak! Jumpa dekat inn nanti."

Aku terus melompat dan berlari dan mula mengejar fenix tersebut. "Hoi jangan lari!" Cilaka, laju betul langkah dia. Dari celah-celah orang hingga celah-celah lorong aku kejar dia. Aku cuma perlu pastikan kelibatnya masih dalam pandangan aku je.

Sehinggalah sampai satu lorong gelap. Aku kehilangan dia. Kalau dah nama fenix, memang laju dia macam lipas kudung. Mengah aku dibuatnya. Dalam keadaan tercungap-cungap tu, ada satu benda yang menarik perhatian aku. Aku tersenyum. Bayang-bayang pada dinding. Terima kasih kepada lampu jalan. Aku boleh nampak bayang-bayang sedang bergerak-gerak, sedang menyorok.

Segera aku berlari ke arah tempat dia menyorok. Cuba teka apa yang aku jumpa?

Fenix tu la! Dia terkejut, tapi tak dapat nak lari sebab jalan mati. Aku pun dah hadang satu-satu jalan keluar dia. Fenix ni kecik ja, macam budak umur 10 tahun. Rambut warnanya coklat cair. Nampak kasar rambut dia. Matanya boleh terpantul cahaya. Macam mata kucing lah. Jantina perempuan.

"Dik kau bagi balik duit aku la."

Fenix menyeringai. "Sapa adik? Ngaw. Kau fikir badan kau besar sikit dari aku, kau boleh panggil aku adik?Ngaw"

Marah pulak fenix nih.

"Dah tu. Umur kau berapa tahun plak."

"16 tahuniaw!"

Aku terkejut. Lebih kurang umur aku je jugak. Tapi badan dia, oh mungkin badan fenix semuanya bersaiz kecik macam ni.

"Ok la sorry, tapi 200 poki aku bagi la balik. Kau tak kesian ke, aku ni baru je nak keluar merantau. Lepas tu kau curik."

Fenix tu tenung aku lama. Dah kenapa dia ni?

"Kau ada kawan kan? Aku pernah tengok dia sebelum ni. Nama dia Merah kan? Kami perlukan orang macam dia. Kalau kau boleh yakinkan kawan kau untuk tolong kami. Aku boleh janjikan kau boleh dapat lebih daripada 200 poki kau. Kau boleh lagi kaya." ucap fenix tuh.

"Kau jangan nak tipu aku."

"Aku tak tipu. ngaw"

"Kau nak suruh Kak Merah mencuri untuk kau ke hape hah?"

"Lebih dari tu. Ngaw"

Aku terkejut. "Apa maksud kau hah?"

"Aku perlukan pertolongan dia untuk gulingkan pemerintahan Lord sedia ada. ngaw"

"What!?"

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iqbal Rafiuddin