Home Alternatif Fantasi Alamria
Alamria
Iqbal Rafiuddin
12/7/2018 19:59:17
43,200
Kategori: Alternatif
Genre: Fantasi
Bab 2

Aku terjaga dari tidur. Aku batuk berulang kali. Ada bau asap yang tak menyenangkan. Tengik dan menusuk. Seluruh perpustakaan ini kelihatan berkabus. Bukan mata aku yang bermasalah. Sapu tangan dikocek diambil keluar lalu aku tutup mulut dan hidung ku.

Apa sudah jadi ni? Segera aku naik ke atas. Bau asap semakin kuat. Aku dah mula rasa tak senang hati. Aku yakin sesuatu yang buruk telah berlaku.

Aku berlari keluar daripada bilik, ternyata perasaan aku betul. Kecuali bilik aku, diluar semuanya hampir musnah. Semacam dilanggar ribut taufan yang besar. Bumbung terbuka, dinding jatuh. Barang-barang habis berselerakan.

"Tok Jun!!!"

Aku panggil Tok Jun. Risau apa-apa jadi pada orang tua itu. Tiba-tiba aku dengar derapan kaki pantas menuju ke arah aku. Bila aku mahu memusingkan tubuh ku. Seperti ada tiupan angin lembut jauh lagi pantas daripada reaksi aku terus melalui melepasi aku.

Sejurus kemudian bunyi besi berlaga kedengaran jelas di telinga aku. Aku cuba mencari punca bunyi dan terkejut melihat Kak Merah turut berada di sini. Wajahnya kelihatan ketat, dan membelakangi aku.

Kak Merah berdiri bersama keris besarnya. Di hadapannya terdapat dua orang memakai jubah dan berkerudung cuba melindungi dari wajah mereka daripada terlihat orang. Aku perasan, semacam ada simbol v dan bulatan bersatu pada pakaian dua orang misteri tu. Bulu roma aku menegak, aku mengesan mereka ini adalah orang bahaya.

"Apa dah jadi kak!?" tanya aku terpinga-pinga.

"Diam, menyorok tempat selamat dulu." balasnya.

Aku ikut perintah, segera aku berlari ke arah bilik yang ada disitu. Tapi aku gatal juga mahu lihat perlawanan Kak Merah. Aku ingin melihat keupayaan Kak Merah yang digembar-gembur kan oleh penduduk kampung.

Salah seorang daripada orang misteri itu mula mengangkat tangan bersama apungan barang-barang di sekitar. Dengan isyarat jari terus barangan itu terbang ke arah Kak Merah seperti burung yang meluncur mendapatkan mangsa. Aku hampir menjerit. Risau.

Kak Merah sebaliknya, langkahnya tak berganjak, dia memilih untuk melibas dengan keris besarnya. Dengan sekali libasan, semua barang tersebut terbelah dua, tidak ada satu pun mengenai Kak Merah.

"Hmmp haiwan perosak." sindir Kak Merah sambil itu dia menghentak kakinya ke lantai. Ada satu vortex hitam muncul di belakang dua orang misteri tersebut. Dengan laju mereka tersedut masuk dan hilang bersama vortex tersebut. Hilang macam angin je. Sangat kuat magik kepunyaan Kak Merah. Patut la digelar perempuan paling kuat dalam kampung Kodok.

"Kak! Apa dah berlaku? Siapa mereka tuh? Mana Tok Jun?" tanya aku. Aku keluar dari tempat persembunyian. Bertubi-tubi pertanyaan aku halakan pada Kak Merah.

"Mereka tuh kumpulan kultus songsang dipanggil sebagai Voice Overhaul. Mereka datang sini sebab mereka cari baetylus." jelas Kak Merah dengan tenang.

"Bae...baetylus? "

" Itu sejenis batu magik. Yang boleh grant kuasa magik kepada seseorang."

"Eh? Bukan semua orang ada magik ke? Kenapa nak cari benda tu lagi?" Aku mula garu kepala yang tak gatal.

"Kau ni banyak tanya la. Untuk kau tahu, tak semua orang lahir dengan magik yang powerful. Batu tu pula dapat memberikan kekuatan magik yang luar biasa. Mesti lah mereka mahu." Dia terus menarik lengan aku, terpaksa aku ikut gerak langkah Kak Merah.

Baetylus? Aku teruja nak tahu lebih lagi pasal batu tuh. Untuk orang yang tiada magik. Benda tu semacam holy grail untuk aku. Bayangkan kalau aku ada batu tuh.

"Lupakan, tak semua orang boleh kawal batu tu." Kak Merah semacam boleh baca apa yang bermain dalam kepala aku. Aku mencebik. Tak kira, apapun aku tetap nak cari batu tu juga. Kak Merah tak akan faham perasaan orang tidak ada magik hidup dalam dunia macam ini.

Kami keluar dari rumah, di luar kebanyakan rumah sudah hancur, ada yang terbakar dan berasap. Mayat bergelimpangan di mana-mana sahaja. Ia pemandangan yang agak ngeri. Langit pada hari ini kelihatan merah. Tak sangka mereka sampai sanggup membunuh demi mendapatkan apa yang mereka nak.

Kami terus berjalan. Sampai di depan bangunan Akademi, kami berhenti. Aku lihat beberapa orang tenaga pengajar disitu sibuk menguruskan orang ramai yang bersesak-sesak mahu masuk berlindung ke dalam Akademi.

"Aku rasa kau selamat di dalam tu."

Aku pandang muka Kak Merah dengan wajah yang tak gembira. Dia mahu aku masuk berkumpul dengan orang-orang yang dah hina aku sepanjang hayat? Aku rela mati dari bersesak dengan mereka.

"Kalau kau duduk luar ni, kau akan mati. Kau tu dah la tak ada magik. Macam mana kau nak pertahankan diri kau?" marah Kak Merah. Aku tak mampu nak balas apa-apa melainkan tunduk sahaja kepala. Betul kata Kak Merah. Aku tak kuat.

"Nah jaga ni." Kak Merah menyerahkan beg sandangnya. Selain Keris besar, beg sandang ini aku selalu lihat ada bersamanya.

Aku ambil dari tangannya. "Apa ada dalam ni kak?" Aku cuba membuka namun secara tangkas tangan Kak Merah sentuh tangan aku, menghalang aku dari teruskan niat aku untuk lihat isinya.

"Kau jangan gatal tangan. Aku suruh jaga je. Bukan suruh tengok isinya. Kalau kau berani bukak, kepala kau putus. Badan kau meletup. Aku dah pasang magik khas pada beg tuh." Kak Merah beri amaran keras. Ngeri pulak membayangkan. Tak sangka aku baru je terselamat daripada menerima nasib tanpa kepala dan daging bertaburan.

Sesuatu seperti bunyi angin menderu kuat.

Bunyi itu menarik perhatian aku dan Kak Merah. Beberapa orang ahli kultus tercampak ke langit. Terlihat Sang Falsafah Aji Samat menghala tapak tangannya ke atas. Hari ni hari bertuah nampaknya dapat tengok Sang Falsafah dan Kak Merah bertarung.

"Pergi cepat!" arah Kak Merah. Aku terus berlari ke arah Akademi.

Sempat aku toleh ke belakang. Lebih kurang lima orang berjubah terbang ke arah Kak Merah, tapi semuanya terpukul dek tanah sekeras batuan terangkat memacak ke langit, ia muncul dari sekitar Kak Merah. Masing-masing terpelanting.

"Bagi saya masuk!" pinta aku kepada tenaga pengajar di pintu masuk Akademi.

"Oh kau ke Akid? Masuk lah. Dah tahu tak ada magik kenapa lambat datang sini? Kau nak menyusahkan orang ke?" kata salah seorang dari pengajar disitu. Aku mencebik. Malas dilayan. Segera aku masuk ke dalam ruang akademi. Di dalam terdapat satu padang yang luas dikelilingi oleh bangunan akademi. Ia membentuk bulatan. Orang ramai melihat aku dengan jelik. Tengok apa? Macam la aku ni raksasa. Dalam keadaan darurat macam ni pun masih lagi boleh tayang sifat busuk Mereka. Ni la manusia. Aku bergerak ke tiang paling hujung. Tersorok dari mata orang ramai.

"Liat jugak nyawa kau ni ya? Dalam banyak-banyak orang yang mati di luar sana tuh, kenapa kau masih ada kat sini?" sindir Dororan, gadis sama usia dengan aku. Rambut kuning, disikat ke belekang. Alis mata tajam. Aku dengar dalam Akademi, dia antara pelajar cemerlang. Tak perasan dia juga ada kat sini. Seorang diri.

"Cuba kalau hari ni kau jangan benci aku sangat boleh tak?"

"Diam lah! Tak adil kenapa keluarga aku yang kena bunuh dan bukannya kau? Kau tu dalam kampung ni bukan berguna pun. Kenapa kau yang hidup?" Dororan naikkan suaranya. Dia mencekak kolar baju aku. Aku terkedu. Memang la menyakitkan hati bila dengar Dororan cakap macam ni, tapi aku dah terbiasa. Dororan pula, kehilangan keluarganya. Mesti perit. Aku biarkan dia menangis teresak-esak. Kemudian dia melepaskan kolar baju aku.

"Kau fikir kita boleh pilih ke apa yang kita nak? Kalau kau sebut tak adil. Kau fikir balik, kau rasa aku nak pilih ke lahir ke dunia ni tanpa magik? Kena hina dengan kau, orang kampung semua? Kau ada tengok aku salahkan orang lain sebab apa yang jadi dekat aku? Bila semuanya kena pada kau, mula kau fikir dunia ni dah berakhir, tak fair untuk kau. Tapi bila ia kena orang macam aku? Kau dan orang lain bukan main suka. Bersorak. Dalam keadaan macam ni pun, masih ada sentimen benci dekat aku. Kau fikir kau je layak dapat keadilan semua tuh? Habis aku?" aku meluahkan semua yang terpendam. Aku pun turut menangis.

Dororan berhenti daripada menangis. Terdiam dia mendengar apa yang luahkan. Orang lain yang berdekatan ada juga terdiam sama. Semua mereka menunduk sahaja kepala. Mungkin timbul rasa bersalah. Aku tak peduli. Aku tak perlukan rasa bersalah Mereka. Semua dah pun jadi.

Waa!

Jeritan orang ramai, semua berlari berpusu-pusu menuju ke arah bangunan meninggalkan kawasan padang. Sekepul asap warna hijau muncul, sebelum ia perlahan-lahan hilang dan muncul seorang lelaki berjubah tanpa kerudung. Rambutnya warna hijau. Pandangan matanya meliar jahat melihat semua orang yang ketakutan melihat dia. Biji matanya juga warna hijau berkilau. Terdapat satu garis parut menjalar dari dahi ke bawah melalui mata. Senyuman terukir sinis.

"Salam semuanya!! Nama aku Jade. Aku disini mencari seorang lelaki dan perempuan. Namanya Raikal dan Lydia. Mereka memiliki sesuatu yang kumpulan kami mahu. Serahkan mereka dan semua orang yang ada disini selamat."

Semua orang saling berpandangan. Aku pernah dengar nama tuh. Tok Jun ada ulang kali sebut nama tu dekat aku. Tu nama mak ayah aku. Mengetahui hal ini membuatkan aku bertambah cemas. Aku menapak mundur perlahan-lahan. Tanpa aku sedar badan aku sudah melanggar dinding dan terpijak sesuatu. Aku tergelincir dan terjatuh. Semua orang termasuk lelaki jahat tu melihat aku.

"Di..dia anak kepada mereka! Tangkap dia, bebas kan kami!" jerit salah seorang penduduk kampung. Aku mengetap bibir, betapa bencinya mereka terhadap aku. Tapi aku tak boleh salahkan mereka. Mereka terdesak.

Jade segera bertukar menjadi asap hijau lalu secara tiba-tiba muncul di hadapan aku, dengan tubuh masih lagi berasap. Senyuman dia sangat menakutkan. Mata aku terbuka luas melihat dia. Aku takut sangat. Tolong jangan apa-apakan aku. Rayuan aku hanya di dengari aku sendiri. Badan aku mula menggigil tanpa aku sedar. Bayangan kematian mula bermain dalam benak fikiran.

"Hei"

Bola-bola cahaya kecil muncul di tepi wajah Jade sebelum meletup mengenai nya. Aku tunduk sambil menutup kedua telinga. Namun mata aku masih terbuka luas. Lelaki hijau itu sempat menjadi asap. Sebenarnya bebola cahaya itu merupakan magik khas Dororan. Light Ball Projection. Kebolehannya mampu menjadi bom skala kecil, malah selain untuk bertarung ia berguna untuk digunakan untuk menerangkan kawasan gelap. Maaf terlebih terperinci pula aku jelaskan magik Dororan ni. Tapi kenapa dia selamatkan aku?

Jade muncul diatas bumbung bangunan. Dia ketawa besar. Tak ubah seperti bunyi burung gagak.

"Sungguh tak aku sangka, ada yang berani lawan aku! Tak apa. Jika sudah begitu berani. Jangan salahkan aku kalau ada yang jadi makanan anjing. " Jade mengangkat kedua belah tangannya. "Bangun! Anak-anakku!"

Tak semena dari tanah tersebut keluar makhluk hijau kristal humanoid dengan banyak. Semua orang menjadi cemas. Makhluk kristal hijau mula menyerang orang ramai. Keadaan menjadi kecoh. Ada yang melawan. Masing-masing menggunakan magik masing-masing. Tetapi kebanyakan hanya ada magik kelas rendah. Iaitu magik mengapung barang. Mereka melontar objek kearah makhluk hijau tersebut, namun ia tak berkesan kerana tubuh makhluk-makhluk tersebut keras.

Dororan pun turut menyertai pertarungan. Magiknya adalah yang paling berkesan. Salah satu makhluk tersebut kelihatan berkecai apabila bebola cahaya milik Dororan meletup pada makhluk tersebut. Aku buat apa? Aku lari lah apa lagi. Dalam kekecohan tu aku merangkak, masuk ke dalam kelas. Macam mana aku nak lawan? Aku tak ada magik. Mati la aku macam ni.

Aku cuba mengintai melalui tingkap. Makhluk hijau tu muncul macam tiada kesudahan. Jade diatas bumbung hanya ketawa. Rileknya dia. Aku perhatikan setiap dari magik orang kampung. Macam-macam. Tapi semua tak berapa efektif nak lawan dengan makhluk hijau tu.

Kedengaran satu eraman suara betul-betul di cuping telinga aku.

Aku toleh kepala perlahan-perlahan. Sudah ada makhluk hijau tepi aku. Rengihannya dengan giginya yang tajam betul-betul menaikkan bulu roma aku. Belum sempat aku berbuat apa-apa terus dia melibas aku dengan tangannya yang keras tuh.

Badan aku melayang terus menghempas ke dinding. Sakitnya! Kerana terlalu sakit, aku tak mampu berdiri. Aku cuma mampu merangkak. Jangan bunuh aku. Jangan bunuh aku tolongla. Aku merayu tapi suara aku tak keluar. Aku terus merangkak, menangis cuba lari dari makhluk hijau namun makhluk itu berjaya menangkap sebelah kaki aku lalu terus diangkatnya aku lagi dan dicampak ke tingkap.

Tubuh aku melaga cermin-cermin tingkap sehingga bertaburan kaca di lantai.

Aku mengerang. Kesakitannya tak usah cakap lagi la. Aku kini terbaring diluar. Sekarang seluruh badan aku terasa seperti lumpuh. Aku tak boleh nak bergerak. Aku boleh dengar nafas aku berat. Aku boleh rasa darah dalam mulut aku. Pandangan aku menghala ke langit. Langit hari ini kelihatan merah. Merah macam darah.

"Oho. Jadi benarlah mak bapak kau adalah Raikal dan Lydia kan? Mesti kau tahu di mana mak bapak kau sorok Baetylus tu?"

Siapa?

Dalam pandangan samar dan hiruk pikuk tu, aku nampak Jade berjalan ke arah aku. Kenapa mak ayah aku ada kaitan ngan Baetylus? Itu ke punca mereka menghilangkan diri? Supaya kampung ni selamat dari ancaman?

Argh! Rambut aku ditarik, Wajah Jade dengan wajah aku didekatkan rapat. Aku boleh bau nafas buruknya seolah bau ikan hanyir. "Bagitahu mana benda tuh!!" jerit Jade. "Kalau tak kau takkan jumpa hari esok."

"Tak jangan ambil," tangan aku menggenggam kemas beg sandang yang diberi oleh Akak Merah. Aku mengalirkan air mata. Aku tak mahu mati hari ini. Aku masih belum melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Jade tersenyum. Sinis melihat aku melindungi beg ditangan. Secara tak sabar dia merentap beg Kak Merah dari aku.

"Kenapa tak bagi awal-awal, kalau tak, tak ada satu kampung jadi mangsa." Jade ketawa berdekah-dekah. Seronoknya bukan main. Kepalanya mendongak ke langit. "Tuan Archilles pasti bangga dengan aku!"

Dia membuka zip beg tersebut.

Pup!

Tak semena kepala nya terputus dua dari badan dan bergolek jatuh. Badannya yang masih berdiri kemudian mengembang dan terus meletup. Aku senyum. Tak sangka Kak Merah betul-betul letak magik dia pada beg tersebut. Semua makhluk hijau akhirnya berderai menjadi debu. Aku pula jatuh pengsan.

<><><><>

"Hei Akid bangun."

Mata aku celik. Aku lihat Tok Jun sedang duduk di tepi katil aku. Aku bangun dari baringan memeluk tubuh lelaki tua itu. Syukurlah Tok Jun masih hidup. Dia hanya ketawa.

"Akid, kali ini memang dah sampai masanya kau kena keluar dari kampung ni. Ini ada sesuatu tok nak bagi kau." Tok Jun hulurkan sebuah buku. "Ini jurnal pengembaraan ayah kau. Ia berguna untuk kau diluar sana."

"Tok bagaimana orang kampung tok?"

Tok Jun senyum. "Orang kampung rasa terhutang budi pada kau dan mereka suruh kau cepat-cepat keluar dari kampung ni."

"Aih tok, tu bukan terhutang budi tok."

"Atuk nak sedapkan hati kau nih. Jujurnya bila mereka dapat tahu ayah mak kamu ada kaitan dengan semua ini, mereka jadi bertambah benci dengan kamu. Itu sebab tok nak kamu keluar dari kampung ni. Tok tak gemar perilaku orang kampung terhadap kau. Kau deserve yang terbaik."

Aku melihat telapak tangan ku sendiri. Sedar tak sedar air mataku mula menitis jatuh.

"Kau tak payah sedih sangat. Mereka mungkin tak tahu, tapi aku tahu tindakan kau tu menyelamatkan satu kampung ni. Good job."

Aku angkat kepala, aku lihat Kak Merah muncul entah dari mana.

"Maaf kak, beg..eh"

Aku lihat beg tu disandang elok pada badan Kak Merah. Nampaknya beg itu sudah diambilnya. Aku fikir beg itu tercicir di Akademi.

"Kau ingat ni beg biasa-biasa ke? Sebab tu aku tak kasi kau tengok isinya."

"Dalam tu ada Baetylus ke kak?" tanya aku curiga. Manakan tidak, Kak Merah menjaganya seolah ada sesuatu yang penting di dalamnya.

"Tak, tak payah kau tahu lebih-lebih. Sampai masa kau tahu la."dia cuba menafikan. Namun entah kenapa aku rasa, dalam itu berisi baetylus tersebut.

Aku mengeluh. Malam hari, aku dan Kak Merah sudah bersedia untuk keluar dari kampung secara diam-diam menggunakan kereta kuda yang ada. Tetapi rancangan kami telah dijebak oleh Dororan. Mulanya aku cemas juga tapi sikap Dororan berlainan pula kali ini.

"Ini aku sediakan roti untuk kau makan dalam perjalanan. Terima kasih Akid, aku tahu sebab kau la lelaki jahat itu mati. Aku mintak maaf selama ni aku banyak hina kau. Aku jadi terikut dengan orang-orang kampung. Betul kata kau, kau lebih layak untuk bersedih. Sepanjang hidup kau adalah tragedi."

Aku sengih. Dororan ni nama saja hodoh, tapi muka dia comel juga. "Kau jangan risau la. Aku tak ambil hati. Kau tengok la, sekembali aku ke kampung ni. Aku dah ada pangkat Sang Falsafah Akid." Aku dabik dada.

Dororan senyum. "Semoga kau berjaya capai cita-cita kau."

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iqbal Rafiuddin