Home Alternatif Cinta Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
che'
10/9/2021 20:53:41
46,164
Kategori: Alternatif
Genre: Cinta
XVIII


Di manakah damai itu bersembunyi

di balik tabir jeritan gagak – gagak hitam

seperti celaka riuh mengundang benci

seperti pesta dirasuk resah bertubi – tubi

pohonan kayu dalam firasat tingginya turut menjadi bodoh

dipermain gila kebisingan yang sibuk ini

damai terperosok kelu di belakang redup senja


benar – benar membingit kehairanan ini

meneka – neka ke mana damai melarikan diri.




Previous: XVII
Next: XIX

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.