SEDIA
Mengapa kau hadir jika dirimu belum bersedia
Kau ambil dirinya dengan lembut
Namun kau pinggirkan dirinya tanpa sepatah kata
Apakah kau tidak merasa kesakitan yang si dia lalui?
Apakah yang kau mahukan dari dirinya?
Apakah kau sekadar hanya mahu bersuka ria?
Tahukah engkau si dia yang kau pinggirkan itu
Seorang gadis yang tidak pernah peduli tentang lelaki
Tidak pernah kisah tentang perhubungan
Tidak pernah mempunyai perasaan ingin menyayangi insan bernama lelaki
Si dia yang dikelilingi insan sekaum yang mempunyai pelbagai masalah dalam perhubungan
Yang mempunyai prinsip
Yang mempunyai perasaan namun diketepikan demi tersayang
Berubah sedikit demi sedikit demi menjaga perhubungan bersama engkau
Kerna dia percaya engkau menyayangi dirinya sama seperti dirinya menyayangi dirimu