PERKENALAN
"Titipkan kenangan dalam setiap perkenalan" ujar seseorang kepadaku..
Aku tidak setuju.
Bagi diriku tidak semua perkenalan perlu diselitkan sesuatu untuk dijadikan sebagai kenangan.
Kerna ada perkenalan yang tidak perlu dikenang jika ianya mengguriskan jiwa raga sanubari seseorang.
Tetapi jika ianya hadir dengan ketulusan dan keikhlasan dari seseorang, akan ku sentiasa jadikan setiap perkenalan dengan dirinya sebagai satu memori yang bakal ku ceritakan pada generasiku akan datang untuk dijadikan pedoman dan tauladan dalam hidup.