Home Novelet Umum ROMPAK
ROMPAK
senjakalamalam
2/9/2017 21:33:02
5,655
Kategori: Novelet
Genre: Umum
Senarai Bab
01

 

“Adilkah undang-undang yang dibuat oleh manusia?Melepaskan orang yang bersalah dan membiarkan mangsa terkapai kapai di situ.Sungguh kejam undang-undang yang dibuat oleh manusia.Di mana keadilannya di situ?”

“Boleh encik Izwan teruskan?”

 Aku berdecit sinis.Seperti tiada apa yang patut diceritakan.Sepertinya di mata mereka,aku tetap yang bersalah di dalam perihal ini.Namun,jikalau aku hendak jatuh dan pergi,biarlah aku jatuh dan pergi dengan kisahku diceritakan supaya dijadikan pengajaran buat semua.Bahawasanya undang-undang manusia ini ada korupsinya.Begitulah juga kenapa golongan elit terlepas walaupun mereka jelas bersalah.Sedih!

 

1400

 

Aku melihat perompak serta pembunuh yang telah membunuh mama dengan Syafiqa dengan pandangan yang jelek sekali sewaktu beliau dibawa oleh pegawai polis masuk ke dalam makhamah.Aku bersumpah bahawa dendam yang membara ini tidak akan padam dan aku tidak akan tenang  selagi aku tidak lihat lelaki itu mati.

Namun,di akhir pembicaraan,hatiku punah.Diharapkan bahawa lelaki itu ditahan seumur hidup ke dalam penjara ataupun mati di tali gantung hanya mendapat dimasukkan ke pusat pemulihan dan diberi pantauan.Apa yang telah berlaku?!

Menurut hakim,perompak tersebut pada ketika itu dibawah pengaruh dadah dan mendapat hitam putih dari pihak hospital bahawa dirinya itu kurang waras.Apakah?!

Sekali lagi,aku melihat pembunuh tersebut dibawa keluar ke dalam makhamah dengan pandangan yang penuh dendam.Aku berjanji bahawa suatu hari nanti,aku akan bunuh juga lelaki ini sungguhpun dendamku yang membara ini bakal membakar diri kesuma.

 

10 tahun kemudian

 

Aku merenung ke arah batu nisan milik papa.Kini,papa pula pergi meninggalkanku.Kehidupan kami selepas kejadian beberapa puluh tahun lalu tidaklah sebahagia sebelum itu.Papa juga sukar menerima hakikat bahawa perompak serta pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja.Aku mengeluh berat.Aku mengusap lembut batu nisan milik papa.Kemudian,mataku terarah ke batu nisan yang terletak sebelah papa.Mama…Wan janji ma.Wan akan menuntut bela terhadap orang yang sudah membunuh mama dan Syafiqa.Itu janji Wan.Tangan kiriku digenggam kemas.

Aku meletakkan kunci di atas meja dan menapak ke bilik.Malam ini aku akan menamatkan segalanya.Aku membuka almari dan kelihatan beberapa artikel mengenai rompakan dahulu serta maklumat pembunuh tersebut.Namanya Syafiq Bin Zainol.Syafiq…Aku akan pastikan darahmu berada di tanganku malam ini.Aku mencapai topeng “Scream” lalu dimasukkan ke dalam beg.Beberapa bilah pisau yang disarung,diikat kemas di pinggang.Sweater hitam dicapai lalu aku keluar memulakan operasi.Dendam yang membara selama 10 tahun akan ku padamkan pada malam ini.

Kereta aku berhentikan dihadapan rumahnya.Hujan mulai turun membasahi cermin kereta.Renyai kemudiannya lebat.Aku berdecit sinis.Inilah yang telah berlaku sedekad lalu.Dan aku akan lakukan seperti mana kau telah lakukan kepada keluargaku sedekad lalu.Topeng dicapai lalu disarung ke wajah.Inilah penamatnya…

Aku melompat pagar rumahnya dan membuka mangga pada gril.Pintu tidak dikunci.Hanya gril sahaja yang berkunci.10 tahun aku belajar ilmu membuka kunci untuk melakukan misi ini.Setelah memasuki ke dalam rumah,aku mencapai peti utama.Suis utama dimatikan dan segala lampu terpadam.Kedengaran beberapa minit kemudian kunci bilik dibuka.Syafiq…Itulah dia.Pembunuh dan perompak sepuluh tahun lalu…Peristiwa tersebut bagai bermain di minda.Sebaik Syafiq melangkah ke peti utama,aku melangkah perlahan di belakangnya bersama kain yang telah direndam cecair chloroform.

“Pembunuh”Bisikku.Syafiq tersentak.Namun,sebelum sempat lelaki tersebut berpaling,aku sudah menekup wajahnya dengan kain tersebut.Pada mulanya lelaki tersebut melawan namun akhirnya badan lelaki tersebut lemah dan akhirnya tidak sedarkan diri.Aku membawa lelaki tersebut keluar rumah dan meletakkan di dalam kereta.Untuk keselamatan,cable tie dicapai lalu kaki dan tangannya diikat menggunakan cable tersebut.

Aku membawanya ke rumah arwah mama dan papa.Rumah yang menyimpan pelbagai kenangan manis dan juga kenangan pahit terutamanya kenangan pada malam tersebut.Aku mengikatnya pada sebuah kerusi.

Air di dalam baldi aku simbahkan ke arahnya membuatkan lelaki tersebut mengelupur seketika.Dirinya mula sedar akan keadaan sekeliling dan mula bergelut.

“Apa semua ni?Siapa awak?”

Aku berdecit.Topeng dibuang dan dilempar ke sisi.

“Kau kenal aku?”
Lelaki tersebut menggeleng.Aku tersenyum sinis.Mungkin dia tidak kenal sebab aku hanya berusia 15 tahun ketika itu.Aku mencapai tape hitam lalu ku tarik dan mengoyaknya sedikit.Aku letakkan tape tersebut ke mulut Syafiq.Kelihatan lelaki tersebut bergelut untuk melepaskan diri.

“Shuhh…Aku akan pastikan semuanya akan berakhir dengan perlahan dan seksa”Ujarku sinis.Aku mencapai pisau lipat yang berada di kocek seluar dan halakan ke arahnya.

“Aku dah syak kau memang tidak gila.Cuma kau hanya terlalu high dengan dadah.Betul tak?Pandai juga kau ya.Membayar doktor untuk menyediakan hitam putih yang menyatakan kau gila.Tapi,aku tidak salahkan doktor juga sebab orang sekeliling pun memang memandang kau macam orang gila.Tetapi,aku tengok malam ni kau tidak lah gila.Waras juga.Siap minta,merayu untuk dilepaskan lagi.”Jelasku sinis lalu menoreh sikit pipinya.Kedengaran melalui tape hitam lelaki tersebut berdecit kepedihan.

“Biar aku ingatkan kau”Aku mencapai keratan akhbar 10 tahun lalu.”Kau ingat?Kau pernah membunuh wanita dan seorang bayi di dalam rumah ini 10 tahun yang lalu”

Kelihatan Syafiq mencelik matanya luas.Beberapa minit kemudian,riak wajahnya berubah.Riaknya seperti merayu untuk dilepaskan sambil menangis.

“Apa?Kau minta maaf?Kau rasa dengan minta maaf dapat pulangkan balik mama dan adik aku?Kau rasa dengan minta maaf segalanya akan menjadi okay?Kau rasa dengan maaf kau dapat terlepas walaupun pada hukum manusia kau sudah terlepas tapi tidak di hukum aku!”Dengan dendam yang membara,aku menikam lelaki tersebut.Menikamnya sekali lalu mengeluarkan pisau tersebut.Kelihatan Syafiq menahan pedih.Darah merecik keluar dari perutnya.

“Sakit?Pedih?!Waktu kau membunuh wanita tu,kau rasa dia tak sakit?Tak pedih?”Bagai syaitan merasuk di dalam diri,aku menikam lagi lelaki tersebut.Entah untuk ke berapa kalinya aku tidak pasti.Sehinggalah lelaki tersebut lemah,lunyai dan akhirnya mati bermandikan darah.Aku menikam lagi untuk beberapa kali selepas lelaki tersebut menjadi kaku sambil menangis.Menangis bukannya kerana sedih.Namun bahagia kerana dendamku selama ini telah tercapai.Tetapi,ianya seketika….Aku memandang pisau di tangan.Darah merecik sehingga ke baju dan wajah.Aku menangis lagi.Menangis kerana aku masih terasa tidak bahagia.Merasakan apa yang aku harapkan dengan kematian lelaki ini tidak tercapai.Aku tidak merasakan langsung kepuasan.Ya,aku merasakannya seketika tadi.Namun,ianya hanya sementara.Kini,aku berasa kosong.Apa yang perlu aku buat kini?Aku terlalu obses untuk membunuh lelaki ini sehinggakan aku tidak tahu apa langkah yang perlu aku lakukan seterusnya.Aku buntu!

 

Previous: PROLOG
Next: EPILOG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.