Home Novelet Umum ROMPAK
ROMPAK
senjakalamalam
2/9/2017 21:33:02
5,658
Kategori: Novelet
Genre: Umum
Senarai Bab
PROLOG

Satu kesilapan akibat kecuaian.Hanya dengan itu,ia mampu merubah duniamu pada sepanjang hayat.Seperti di dalam iklan di television,bagaimana memandu sambil menggunakan telefon dan akhirnya membawa kepada kemalangan,begitulah juga dengan kisah yang bakal diceritakan ini.Dengan itu,sentiasa peka dengan keadaan sekililing dan jangan perkara remeh dibuat temeh.Sebab mana tahu,hanya dengan itu,perkara remeh itu mampu meninggalkan parut yang mendalam sepanjang hidup…

 

2200

 

Seperti tuan menceritakan nasib,sayangilah orang yang tercinta dan sentiasa peka dan jangan ambil mudah.Semuanya bermula seperti malam biasa.Syafiqa sedang menonton television bersama mama sambil aku berada di tingkat dua.Di dalam bilik.Jam di komputer riba dijeling sekilas.Jam sudah menunjukkan jam 2202.Aku menutup sedikit komputer riba lalu diletakkan di atas katil.Langkahku menapak ke tingkat bawah untuk mendapatkan air untuk membasahkan tekak.

“Papa tak balik mama?”Soalku sambil membawa cawan lalu dihirup sedikit sebelum melabuh duduk sebelah mama.Turut serta menonton filem hindustan di siaran 108 Astro Zee.

“Papa on call malam ni.Esok pagi balik lah tu”

Aku hanya mengangguk.Tidak lama kemudian,hujan mula turun dengan lebat.Siaran astro seperti biasa,siaran tergendala dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk tidur sahaja memandangkan tiada apa yang dilakukan.

“Jangan lupa kunci pintu”Pesan mama sebelum naik ke tingkat atas.

Aku hanya menangguk.Awal lagi.Lepak dulu di bawah ini.Lagipula baru sahaja turun ke bawah.Aku mencapai telefon bimbit di kocek seluar lalu laman facebook diakses.Beberapa saat kemudian,terdapat mesej masuk.

 

:Kau ada mana?

:Rumah lah.Kenapa?

:Kau on Skype tak?

:Aku baru off.Kenapa?

:Kau on balik sekarang

:Kenapa pula?

:On ja lah.Kecoh Syawani dengan Hanan tengah bergaduh tu.

:Gaduh dalam Skype?Seriously?

:Yup!Kau kena buka bro.

:Kejap.

 

Tanpa membuang masa,aku terus berlari ke tingkat atas.Mencapai komputer ribaku dan laman Skype diakses.Jarum jam dikerling sekilas.Baru jam 2300.Awal lagi.Nantilah aku kunci rumah.Lagipula hujan lebat ni.Mana lah ada orang nak datang rompak pun hujan lebat ni.

Masa berdetik begitu pantas sekali selepas itu.Tanpa disedari,aku sudah terlelap.Tidak sedar jam berapa waktu itu dan berapa lama aku terlelap.Aku tersedar saat bunyi guruh bergema ke dalam rumah dan beberapa saat selepas itu,bekalan elektrik terputus.Aku mencapai telefon bimbit lalu butang utama ditekan.Jam menunjukkan 0300.Aku mengeliat seketika.Komputer riba yang sudah kehabisan bateri akibat dibiar hidup diletakkan di atas meja.Silap pula tidak membawa sebotol air bersama tadi.Sudah menjadi kebiasaan kalau bangun awal pagi ni,mencari air.Dengan malas,aku membuka pintu dan melangkah ke tingkat bawah.Namun,langkahku terhenti saat mendengar bunyi orang menggeledah barang.Aku cuba memberanikan diri memanggil adik aku,Syafiqa sambil mengaktifkan lampu suluh di telefon bimbit.Manalah tahu jika memang benar itu Syafiqa.Senyap!

Beberapa saat kemudian,kedengaran deruman tapak kaki menapak laju ke tangga.Aku sempat menghalakan sekilas pada lembaga yang berlari itu.Kelihatan seorang lelaki berbadan besar,bertopeng serta mengenggam sebilah parang berlari ke arahku.Dengan pantas aku kembali ke bilik lalu menghempas pintu.Sempat lelaki tersebut menahan dengan kakinya namun akibat hentaman yang kuat,lelaki tersebut melangkahkan kakinya ke belakang lalu aku mengunci pintu tersebut.Jantung aku berdegup kencang.Peluh merecik keluar.Perompak tersebut mula mengetuk pintu dengan parang tersebut.Seperti mahu menangis.Itu yang dirasaku kini.

Kedengaran kunci pintu berhadapan denganku dibuka.

“Mama!”Jeritku pantas.

“Mama!Masuk dalam bilik ma!Ada perompak!Mama!Mama!”

 Kedengaran suara mama menjerit dan beberapa barang jatuh dan pecah sejurus selepas itu.

“Mama!”Jeritku sambil mengalirkan air mata.

Polis!Ya,ya…Polis!Dengan pantas aku mencapai telefon bimbit lalu 999 di dail.

Kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan ini…

Ah!!!Waktu sebegini pula kredit hendak tamatnya!Kebetulan pula SOS top up telah aku gunakan tempoh hari.Ah!F*&k!Aku melemparkan telefon bimbit ku lalu membuka tingkap bilik untuk mendapatkan bantuan.

“Tolong!Tolong!”Namun sayang!Suaraku bagai kelam dengan deruman air hujan yang turun dengan lebat mengenakan zinc beserta bunyi guruh yang diselang seli.Ya Tuhan!Apa yang perlu aku lakukan ini?Aku buntu!

“Aku mencapai semula telefon bimbit lalu menguak sedikit pintu.Kelihatan pintu mama terbuka luas.Ya Tuhan!Mama!Pintu dibuka luas dan bilik mama dituju ku.Kelihatan sekujur tubuh wanita dan bayi terbaring di atas lantai dengan darah yang banyak di atas lantai.Almari,laci pula habis semua diselongkarnya.

“Mama!!!!!!!!”Jeritanku beserta deruman guruh yang paling kuat bunyinya menggegarkan rumah tersebut pada waktu itu.

 

Next: 01

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.