Home Novelet Thriller/Aksi KERANA AKU BUKAN DIA
KERANA AKU BUKAN DIA
Syaf_Asriqa
13/7/2020 15:02:46
127,433
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2

ENAM TAHUN KEMUDIAN...

SESEKALI si gadis bertudung bawal putih memandang rakan sekerjanya yang ligat memerhatikan gerak gerinya yang sedang mengemas beg yang berisi dengan ubat-ubatan. Seakan-akan ada persoalan yang bermain di benak fikiran rakannya itu. Tanda nama disemat di baju uniformnya sebelum loker dikunci rapat. Afrina lantas berdeham apabila Umairah dan Adara seolah-olah sedang dihurung dengan sebuah persoalan mengenai dirinya.

"Kenapa? Korang mesti tak expect yang harini dah masuk bulan kedua aku kerja dengan Datin Khalida kan?" soal Afrina.

"Exactly! Aku tak pernah nampak kau stres hadap Datin Khalida yang sombong dan cerewet itu. Kau ni dah kira jururawat yang keenam bekerja dengan dia tau. Tapi tulah tak pernah sekali pun aku tengok kau merungut. Muka tegas kau tu jugalah yang kau tunjukkan selama sebulan ni," ujar Umairah diselit dengan pujian kepada rakannya itu.

"Ala, baru sebulan! Kak Shiha dulu setahun jadi jururawat peribadi Datin Khalida. Kau tak payah nak bangga sangatlah yang kau boleh bertahan dengan datin tu. Kau ingat prestasi kau semakin meningkat kau boleh nak ambil semua job kat Atma Home nursing ni?" kata Khadijah yang baru masuk ke dalam ruangan rehat itu.

"Memanglah! Kak Shiha tu paling senior antara kita semua sebab tu dia dah masak sangat dengan pesakit macam Datin Khalida tu. Tapi dia berhenti pun sebab ikut suami dia pindah Kelantan. Apa pun aku tabiklah dengan Afrina. Di antara kita semua ni tak ada yang bertahan macam Afrina. Hadap datin dalam keadaan cool je. Tak ada pun balik klinik dalam keadaan kusut macam baru beperang dengan datin. Macam dia okay je kerja dengan datin tu," kata Adara. Dia menghirup Teh O panas yang baru sahaja dibancuh sebentar tadi.

Khadijah mencebik. Sejak Afrina menjadi sebahagian daripada jururawat peribadi di Atma Home nursing sering kali dia dibandingkan dengan gadis berwajah tegang itu. Apa kelebihan Afrina pun dia tidak tahu. Apa yang dia nampak pada Afrina hanyalah seorang gadis sombong dan misteri. Mahu lihat Afrina senyum sahaja sukar. Bagi Khadijah, tak sepatutnya Afrina meneruskan wajah tegangnya ketika berhadapan dengan pesakit.

"Hah, kau okay ke kerja sana Afrina?" soal Khadijah. Kasar.

"Ada nampak aku tak okay ke?" soalan dibalas dengan soalan. Tersunging senyuman sinis di bibir Afrina melihat wajah kelat Khadijah.

"Aku tanya je pun! Berlagak macam..."

"I have to go! Aku tak ada masa nak bertekak dengan kau," pintas Afrina seraya mencapai beg lalu disangkut di bahunya.

"Kau tak payah nak berlagak dengan akulah, Afrina! Kau tu..."

Afrina kematian langkah. Matanya dijelingkan ke atas sebelum dia berpaling memandang wajah Khadijah. Tak habis-habis gadis yang tua setahun darinya itu mencari pasal. "Sekurang-kurangnya aku tak ambil kesempatan terhadap keluarga dia. Betul tak?" kata Afrina sebelum dia memetik jari dan menaikkan jari telunjuknya.

"Oh lagi satu sebelum aku terlupa... skandal kau tu dah ada orang baru tahu jadi aku rasa kau dah boleh cari hidayah supaya kau tak ada sifat dengki dekat orang lain. Yelah, nanti tak pasal-pasal kau kena gantung kerja pula kan kalau kau buat kerja yang bukan-bukan," ujar Afrina. Dia tertawa sinis seraya kembali mengatur langkah keluar dari klinik itu. Puas hatinya setelah memarakkan api yang sedia ada.

Umairah dan Adara sudah saling berbalas senyuman tatkala Khadijah jadi kaku. Seakan-akan baru sahaja terkena panahan petir dengan kata-kata Afrina yang lancang. "Itulah kau, dikulum menjadi manikam, dimuntahkan menjadi sekam! Baik kau diam kalau kau dah tahu si Afrina tu lancang. Kan dah kena!" ujar Umairah, sinis.

"Tambah lagi satu babe, jangan disangka air yang tenang tak ada buaya!" tambah Adara lagi. Segera dia bangun dan meneruskan pekerjaannya yang tergendala. Meninggalkan Khadijah yang sudah semakin kepanasan walaupun cuaca redup pagi itu. Tiga sekawan ini memang sering membuatkan hatinya jadi panas!


PRANG!

"Kau nak racunkan aku ke apa ni? Aku bayar gaji kau mahal-mahal dan ini layanan kau terhadap aku? Eh kalau aku tak fikirkan yang klinik tu adik aku punya memang dah lama aku tak guna perkhidmatan klinik Azizah tulah! Semua jururawat dia tak ada otak. Tak boleh pakai. Dah jumpa jururawat yang bagus gatal nak berhenti pula," bentak Datin Khalida setelah memecahkan segelas air suam. Sungguh, dia berang apabila dia dipaksa makan ubat pagi itu. Hampir tersedak dia dibuatnya tatkala Afrina mendesaknya dengan memasukkan dua biji ubat ke dalam mulut.

"Datin, racun ni jugalah yang bantu datin kawal darah tinggi datin tu. Datin ni memang tak nak sembuh ke? Ni luka kencing manis datin ni pun terkena infeksi sebab datin langgar pantang makan. Memang kami tak ada otak dan sebab kami tak ada otaklah kami cuba bagi yang terbaik buat datin walaupun datin hina kami macam kami ni tak ada perasaan!" tegas Afrina. Tipulah kalau dia tidak tertekan menghadap Datin Khalida. Namun, dia sudah dididik untuk sentiasa ikhlas terhadap semua pekerjaan yang diberikan kepadanya. Hal itu juga merupakan sebahagian daripada Fardhu Kifayah.

"Biadab betul mulut kau ni kan! Tak ada siapa boleh..."

"Ya datin. Tak ada siapa yang boleh lawan cakap datin. Sekarang, datin makan dulu sarapan yang Mak Timah dah buatkan untuk datin. Lepas tu saya nak masukkan insulin dalam badan datin pula. Saya nak bersihkan gelas datin yang mahal ni dulu. Nanti kalau saya ada duit saya ganti yang baru," kata Afrina seraya melangkah keluar dari kamar Datin Khalida.

"Kurang ajar punya budak! Gaji kau dua bulan pun tak dapat nak ganti gelas aku ni. Faham tak?!" Sayup-sayup kedengaran Datin Khalida mengherdik Afrina. Namun, gadis itu hanya buat-buat tak dengar sahaja.

Sampai sahaja kakinya menjejak di tingkat bawah, anak dan menantu Datin Khalida kelihatan sedang menjamu sarapan. Suasana kelihatan dingin buat seketika apabila mereka memandangnya dengan pandangan yang tajam. Sememangnya bagi Afrina, keluarga ini merupakan keluarga yang pelik. Duduk semeja namun hanya menantu sulung Datin Khalida sahaja yang banyak berbicara.

"Afrina dah sarapan?" soal Amelia, isteri anak sulung merangkap anak tiri Datin Khalida.

"Dah," jawab Afrina. Dia tersenyum kecil sekadar memaniskan wajah seraya mencari batang penyapu dan penyodok sampah.

Kelibat Mak Timah langsung menjadi fokus utama gadis itu. Rumah agam itu terlalu besar bagi seorang Afrina sehingga jarak dari ruang makan ke belakang rumah juga dipisahkan dengan ruang dapur dan ruang utiliti yang menyimpan barang-barang dapur. Semuanya disimpan secara terpisah. Inilah rumah orang kaya namun Afrina tak pernah nampak kebahagiaan di dalam rumah itu. Masakan tidak, anak-anak Datin Khalida tidak pernah sesekali mengambil berat ke atas wanita itu.

"Mak Timah pergi pasar. So, you nak I tolong apa-apa ke?" suara Zanif, menantu bongsu Datin Khalida kedengaran di belakang Afrina saat kakinya sudah melangkah ke belakang rumah. Dia berpaling menghadap pemuda yang berdiri di belakangnya sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

"Saya nak penyapu dan penyodok," ujar Afrina.

Zanif mengangguk. Dia ke stor dan mengambil barang yang diperlukan oleh Afrina. "You datang sini dulu kejap. Ada banyak barang pula kat stor ni. Tolong I suluh stor ni kejap sebab lampu stor dah rosak," arah Zanif.

Afrina hanya menurut. Bilik stor yang kelihatan gelap itu sememangnya menganggu pencarian Zanif. Jadi, Afrina hanya menunggu dan menyuluh dengan menggunakan telefon pintarnya. Namun, pencarian yang lama itu membuatkan Afrina tak senang duduk. Bukannya dia tak tahu perangai si Zanif yang miang itu. Itu info yang dia dapat daripada rakan sekerjanya. Ada juga yang tak tahan bekerja kerana tertekan dengan sikap Zanif sekali.

"Lama lagi..."

"Nah! Jumpa pun," pintas Zanif. Dia menghulurkan penyapu dan penyodok kepada gadis berwajah tegang itu. Segera Afrina menyambut. Namun, tangannya digenggam erat oleh Zanif. Berkerut dahi Afrina tatkala panahan mata Zanif itu kelihatan menyeramkan.

"You ni cantik. Apa kata kalau kita berkenalan..."

"Maaf Encik Zanif. Niat saya untuk bekerja dan bukan nak menggatal. Saya cari rezeki yang halal untuk sara hidup saya dan keluarga saya. Terima kasih sebab tolong saya," pintas Afrina seraya merentap kasar tangannya daripada genggaman Zanif. Dia mengeluh berat. Ini masuk kali ketiga Zanif menggatal dengannya. Tak padan dengan bapa anak satu!

Sepeninggalan Afrina, Zanif tersenyum sendiri. Tapak tangan yang mengenggam tangan Afrina sebentar tadi ditadah sebelum pipinya diusap. Seakan-akan membayangkan tangan Afrina membelai wajahnya. Dia sudah bosan dengan isteri yang seakan-akan orang gila itu dan disebabkan itulah Zanif tak putus-putus ingin mencuba menarik perhatian jururawat yang bekerja dengan ibu mertuanya. Malangnya, hanya Khadijah sahaja yang berjaya ditarik ke dunia gelapnya itu.


Sedutan bab 3...

"Kau dengar ni baik-baik! Jangan... cari... pasal... dengan... yang... namanya... Hud Aidan!" jerkah Hud dengan perkataan yang disebut satu per satu sebagai penegasan sambil memijak kepala lawannya. Sepakan kuat ditujahkan ke tubuh lawannya yang sudah kaku di atas jalan. Mati atau tidak, Hud tidak pasti. Apa yang dia tahu dia berpuas hati menjatuhkan lelaki yang cuba membunuhnya.

NOTA PENULIS: Terima kasih kerana sudi memilih karya ini sebagai bahan bacaan kalian ^_^ siapa yang ada wattpad boleh baca karya saya yang lain dalam wattpad ye

https://www.wattpad.com/story/232820056-kerana-aku-bukan-dia

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaf_Asriqa