Home Novelet Seram/Misteri ANTOLOGI SERAM: AKU BUDAK ASRAMA
ANTOLOGI SERAM: AKU BUDAK ASRAMA
Hikari Hana
26/2/2019 16:28:50
10,312
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
KISAH 1

KISAH 1: SATU DAH BANGUN

 

Aku memulakan kehidupan ku sebagai penghuni asrama pada usia16 tahun.Dengan keputusan kesemua A dalam PMR aku diterima masuk ke salahsebuah sekolah asrama penuh di daerah Muar. Kalau nak tahu Muar ni bukan sahajaterkenal dengan mee bandung Muar je tau tapi juga cerita-cerita mistik. Kuburlama bole hnampak bersepah tak kira tengah bandar ataupun tepi dapur rumahorang.

 

Sekolah aku juga sama. Menurut cerita orang, sekolah kamimerupakan tapak perkuburan lama, namun kubur-kubur itu dipindahkan semasa kerajaanmemutuskan untuk membina sekolah di situ. Namapun kubur lama, jadi ada kuburyang sudah hilang tanda tidak dipindahkan kerana gagal dikesan. Namun yanguniknya ada sedikit kawasan dengan perkuburan baru dikekalkan, maka hasilnyaterdapat satu kawasan poket ditengah padang sekolah yang dikekalkan sebagaitanah perkuburan.

 

Pada awalnya naik ngeri juga, pada minggu orientasi kamiberlari dikeliling padang di mana kami akan melalui kawasan perkuburan, kadangkala ketika jenazah sedang dikebumikan. Biasanya kalau ada jenazah baru yangdikebumikan kami akan berhenti dan turut sama menghadiahkan surah Al-Fatihahuntuk jiran baru kami itu. Menurut pelajar lelaki kawasan perkuburan itumerupakan laluan paling selamat untuk “fly” malam. Kesahihan cerita itu tak puladapat aku pastikan, biasalah pelajar perempuan mana “fly” malam, paling extremepun merayap lepas light off. Namapun budak asrama, kalau tak langgar peraturansikit-sikit tu masuk kategori skema dah.

 

Memang awal minggu orientasi lagi kami dah dimomokkan denganmacam cerita hantu oleh senior, hantu jepun la, pontianak la, bola api danmacam-macam lagi.Aku bukan la jenis penakut sangat, bukan tak percaya cumadalam bab-bab hal misteri ni aku blur sikit. Kalau ada benda-benda pelikbiasanya aku lambat perasan dan tak fikir banyak. Abaikan je, sampai la satuperistiwa ni.

 

“Wok semalam pergi tandas sorang-sorang ke?,” Kak She yangjuga kakak katilku bertanya ketika kami mengemas katil di suatu pagi. Kakakkatil bermaksud kakak senior yang tidur di katil tingkat bawah. Sudah menjaditradisi senior akan tidur di tingkat bawah manakala junior akan tidur ditingkat atas. Kakak katil bertanggungjawab menjaga kebajikan adik katil danjuga memberikan name timangan kepada adik katil, dan aku digelar Wok yang bermaksudsayang dalam bahasa Jawa.

 

“Aah Kak She. Kenapa?,”aku menjawab. Pelik juga takkan pergitandas lepas lampu tutup pun melanggar peraturan.

 

“Kan Akak dah pesan jangan pergi sorang-sorang kalau lebihpukul 12.00 malam. Awak ni tak tau takut betul. Kejut la Flyyn tak pun kejut jeAkak,”Flynn tidur di katil sebelahku tapi masalahnya budak sorang tu jenistidur mati, nak bangun pagi pun puas aku gegar katil.

 

“OK je kak lagi pun bukan lewat sangat pon, dalam pukul 1.30macam tu. Kalau lewat sangat saya ajak teman,”segan sebenarnya nak kejut kakaksenior malam-malam buta, lagi pula aku tak selesa kalau ada orang menunggu diluar pintu tandas ketika melepas hajat, apatah lagi kalau yang nombor dua.

 

Nak dijadikan cerita, malam itu aku lupa nak mengambil wuduksebelum tidur.Memang menjadi rutin warga asrama perlu mengaji pada pukul 11.30malam sebelum lampu dimatikan, jadi memang semua tidur dalam wuduk. Tapi nakdijadikan cerita selepas mengaji aku tidak terus tidur, aku menyambungmenyiapkan kerja sekolah yang tidak sempat disiapkan semasa prep malam tadibersama Peah dorm mate merangkap classmateku. Tepat pukul 1 kami terus panjatkatil. Wuduk dah terbatal dari tadi,almaklum kalau ada wuduk memang angin degkinak keluar.

 

Malam itu tepat jam 3.30 pagi aku terjaga. Aku sememangnyajenis “lights leeper”, senang terjaga walau ada sedikit bunyi dan senangtertidur semula,tak sampai seminit sudah berlayar ke alam mimpi. Tapi malam ituberbeza, entah kenapa sukar untuk aku lelapkan mata. Aku toleh ke kanan, amboinyenyak sungguh Flyyn tidur sampai ternganga mulut. Dalam mata terkebil-kebilcuba tidur,tiba-tiba mata terpandang ke arah almari di hujung kaki, hanyadengan samar-samar cahaya dari lampu koridor ku lihat ada bayang kanak-kanaksedang mengcangkung di atas almari. Cepat-cepat mata kututup, meyakinkan dirisegalanya hanya ilusi.

 

“Hehehehe...,”suara kanak-kanak ketawa.

 

“Satu dah bangun...,”ah sudah dia mula menyanyi.

 

“Tapi dia pura-pura tidur...,”alamok kantoi.

 

“Jangan tipu...,”tak semena katilku seperti bergoyang.Terasa sesuatu benda berat menghempap badanku. Kaki, tangan kaku bagaikandiikat pada katil. Mata tertutup rapat bagaikan di gam. Masa tu aku tak dapatingat langsung ayat-ayat Quran.

 

“Hehehe...,”gelak lagi.

 

“Dua dah bangun...,”ada orang lain dah bangun.

 

“Tapi dia buat-buat tidur,”.

 

“Jangan tipu...,”serentak dengan itu badanku mula ringan.Cepat-cepat aku membaca surah-surah yang mula aku ingati. Saat ayat  terakhir kubaca, badan menjadi ringan danserentak tu aku bingkas bangun. Hanya Allah sahaja tahu perasaanku, akubernafas tercungap-cungap dengan peluh merecik seperti baru habis marathon.

 

“Uhhh...ughhhh...ughhh...,”eh takkan dia datang balik. Akuberpusing-pusing mencari arah suara itu. Kelihatan Peah bergerak-gerak  seperti mengigau. Sah Peah budak nombordua.Terus aku lompat katil dan berlari ke arah katil Peah yang terletakbersebelahan pintu masuk.

 

“Peah..Peah...bangun...bangun...,”aku mengejut Peah, dalammasa sama aku terus membaca ayat Kursi berulang kali dalam hati.

 

“Allahhhh...,” Peah terjaga dalam keadaan sama dengan akuseperti tadi.

 

“Jom tidur bawah,”aku mengajak Peah.

 

“OK..,”Peah bersetuju, baik aku atau Peah masing-masing takbercerita. Malam itu kami berdua tidur di atas carpet di ruang tengah dorm.

 

Keesokakan hari aku dan Peah menceritakan kejadian tersebutkepada Kak Nab iaitu ketua dorm kami.

 

“Hantu Almari. Kan Kak Belle ketua blok kita pernah cerita.Biasa memang dia akan kacau tepat pukul 3.30 pagi. Dorm sebelah pernah diakejut semua orang,bayangkan dia nyanyi sampai budak nombor 16. Lepas ni tidurambik wuduk, dah pesan kan,”Kak Nab berpesan.


Itulah pengalaman misteri pertamaku di tinggal di asrama.Semenjak hari tu aku mula kurang blur dalam hal-hal ni, kalau ada perkara yanganeh cepat-cepataku membaca ayat-ayat pendinding.   

Previous: EPILOG
Next: KISAH 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.