Home Novelet Seram/Misteri Sihir Pemisah
Sihir Pemisah
ErAisyaaa
19/12/2018 22:49:22
36,374
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
bab 1

Dimana ada dengar tempat yang boleh mengubati sihir, disitu lah keluarga Adam dan Salina pergi untuk mencuba. Mereka sudah mencuba serata tempat untuk berubat tetapi kesan sihir masih ada. Anak-anak mereka turut membawa mereka ke tempat-tempat perubatan islam yang dikatakan dapat mengubati sihir. Namun begitu, tetap sahaja sama.

Solat hajat, solat dhuha dan segala jenis solat telah dibuat untuk melawan sihir tersebut namun tidak menampakkan kesan. Paling tidak pun kesan sihir itu hilang untuk beberapa hari sahaja. Tetapi selepas itu, Salina tetap merasakan dia begitu membenci suaminya.

Salina seringkali menimbulkan pertengkaran antara mereka sehingga anak-anak merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Telah dirujuk kepada orang alim dan mendapati keluarga ini terkena sihir yang dihantar atas rasa dendam atas kebahagiaan yang dikecapi oleh keluarga ini.

 

“Awak tu bang, suka sangat lah tengok jiran sebelah tu apasal? Awak nak kawen dengan dia ke?” Salina berkata dengan nada yang cemburu kepada Adam. Adam yang menggelengkan kepalanya sambil berkata, “ Tak habis-habis lagi ke awak ni Ina? Saya dah tak berhubung dengan dia lagi. Sudah-sudahlah cemburu tu.”

Namun Salina masih merasa curiga terhadap suaminya. Dia tahu dia dan suaminya di bawah pengaruh sihir bagi memecah belahkan keluarga mereka tetapi dia sendiri tidak dapat menahan perasaannya. Dia tetap merasakan suaminya sering mencuri lihat jiran sebelah rumah mereka.

Ya! Penghantar sihir itu adalah jiran sebelah rumah mereka. Mereka mengetahuinya setelah jirannya sendiri mengakui. Sungguh busuk hati jirannya itu sehingga sanggup mahu meruntuhkan masjid yang telah didirikan selama lebih 20 tahun.

 

“Ya Allah, kau buangkanlah rasa benci ini terhadap suamiku malah kau curahkanlah perasaan kasih dan sayangku terhadap suamiku. Aku tahu aku hamba yang sedang diuji olehmu tapi aku bermohon kepadamu hindari aku dan keluargaku daripada busuk hati serta dendam orang lain. Aku tidak meminta kau menjatuhkan hukuman kepada orang yang menghantar sihir ini kepada keluarga tapi aku hanya memohon keluargaku selamat dari sihir ini. Aamin Ya Rabbal ‘alaminn.” Salina berteleku di tikar sejadah sambil memikirkan masalah yang melanda keluarganya.

Salina dan Adam telah bertemu dengan seorang pakarperubatan islam iaitu Ustaz Alias untuk meminta pertolongan dalam masalah mereka. Mereka menceritakan satu demi satu cerita tentang masalah yang menyesakkan kepala mereka.

“Pada mulanya kami berjiran memang okay. Dan dalam setahun ini saya merasakan badan saya selalu sakit seperti dicucuk-cucuk oleh jarum. Saya juga merasa benci dan asyik nak marahkan suami saya disebabkan hal-hal yang remeh. Selepas saya dan suami balik daripada menunaikan umrah, Allah tunjukkan kepada saya kebenarannya satu persatu. Saya mendapati suami saya saling berbalas mesej dengan jiran sebelah rumah saya. Hati saya membara ustaz. Saya terus pergi menyerang rumah jiran saya tu. Jiran saya mengakui dia terpikat dengan suami saya dan nak runtuhkan rumah tangga kami. Nasib masa itu anak dan menantu saya ada, mereka yang menghalang saya daripada berbuat kecoh. Sejak kejadian itu, kebencian saya terhadap suami saya makin menjadi –jadi , badan saya sakit-sakit. Suami saya pula tak sakit apa-apa tetapi dia selalu saja mempunyai keinginan untuk menatap wajah jiran saya tu. Sehari tak jumpa macam, orang gila.”Salina berkata. Ustaz Alias mengangguk tanda faham kisah dan masalah yang melanda suami isteri itu.

“Masya Allah, besar dugaan Puan Salina dan Encik Adam sekeluarga. Ya betul, daripada tanda-tanda yang diceritakan oleh Puan Salina tadi adalah tanda keluarga puan terkena sihir pemisah. Saya akan cuba membantu puan sekeluarga. Sekarang saya berikan air yang telahpun saya bacakan ayat-ayat quran terpilih. Mudah-mudahan ia dapat membantu sedikit sebanyak puan sekeluarga.” Air diberikan  kepada Salina dan setelah selesai urusan itu, mereka pun pulang ke rumah.

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.