Home Novelet Seram/Misteri Makhluk
Makhluk
TEN
27/3/2020 23:57:02
21,549
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

Dinaz tidak berapa mengendahkan mesej tersebut. Dia tidak suka masuk campur. Kalau ada pihak yang nak melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan lantaklah. Kalau sakit nanti baru tahu. Detik hatinya.


Malam kian berlarut dan jam menunjukkan pukul 1 pagi. Dinaz terasa haus dan ingin menikmati teh o tanpa gula sambil menyiapkan projek yang tidak sempat dibuat siang tadi. Dia berjalan ke arah dapur sambil membawa handphonenya yang dipegang lemah. Tiba di pintu dapur, Dinaz terdengar akan bunyi sesuatu di luar tingkap dapurnya. Bunyi seolah seolah sesuatu sedang berlanggar dengan dinding berdekatan cermin tingkapnya "Bammm..bammmm".


"Binatang apa pulak ni?" detik hatinya sambil memetik suis lampu dapurnya. Apabila lampu dapur telah terang menyinar. Dia melihat bahawa ada bayang bayang seperti seekor haiwan berada di bahagian atas kanan tingkap dapurnya.


Hatinya berdebar-debar. Lampu dapur tidak cukup terang untuk menyuluh keluar tingkapnya yang tertutup rapat. Gentian kaca jenis berwarna kelam juga membuatkan penglihatannya terhad untuk melihat keluar rumahnya.


"Kreekkk...Kreeekkk" kedengaran bunyi seperti gigi bergemeretak.


"Mungkin musang kot ni" detik hatinya sambil berjalan ke arah tingkap kaca yang tersusun tertutup rapat. 


Kini Dinaz berdiri betul betul dihadapan tingkap rumahnya. "Kreekkk...kreekkk" bunyi yang sama kedengaran. Hati Dinaz bertambah tidak sedap. Jantungnya berdegup kencang sehingga terasa darah mengalir di urat lehernya. Namun dia memberanikan diri mendekati tingkap itu. Tangannya kirinya menggenggam handphonenya. 


Lampu handphone dinyalakan. Dia terfikir untuk menakut-nakutkan haiwan itu dengan "flash light" handphonenya.


"Kreekkk..." bunyi gigi bergemeretak itu masih kedengaran. Dinaz menyuluh dan melambai lambai tingkapnya dengan "flash light" handphonenya untuk seketika. Tingkap yang masih tertutup itu terus dilambai lambai dan disuluh sebagai tanda untuk menakut nakutkan haiwan yang berada di bahagian luar rumah.


Dinaz diam dan cuba mengamati sebarang bunyi pergerakan. Suasana seperti sudah sunyi sepi. Bunyi dan bayangan tadi seperti sudah tiada. Dinaz perlahan lahan membuka tingkap. Tingkap kaca yang tersusun jenis "louver" dibukanya sedikit demi sedikit.


Apabila tingkapnya sudah terbuka penuh, dia mendekatkan mukanya untuk melihat keluar tingkap. Dinaz dapat melihat dengan jelas pokok laici rendang diluar rumahnya. Kini dia memberanikan dirinya untuk menoleh ke bahagian atas dimana bunyi tadi kedengaran. 


Tiba tiba satu tangan berbulu hitam tebal masuk melalui tingkap bahagian tengah dan mencengkam bahagian rambut tengkuk Dinaz dari belakang. Dinaz terkejut dan cuba menolak dirinya kebelakang. Namun terlewat. Tangan besar berbulu hitam itu menarik mukanya ke arah tingkap. Dinaz cuba melawan, dia melepaskan handphonenya dari tangan kirinya dan menggengam erat bulu tangan dan menolak tangan makhluk itu. Namun dia tidak berdaya melawan kudrat makhluk itu. Muka Dinaz ditarik sehingga betul betul berada di hadapan tingkap. Mata Dinaz kini berada dihadapan kaca tingkap. Dia dapat merasakan pasrah dengan apa yang dilakukan terhadap dirinya. Jantungnya berdegup kencang. Dinaz cuba melepaskan dirinya namun kekuatan makhluk itu seperti luar biasa.


Tangan kanannya sekuat hati menolak dinding di sebelah tingkap untuk menolak dirinya kebelakang. Namun kekuatan makhluk tersebut lebih daripadanya. Dinaz terasa bahagian atas tengkuknya pedih. Giginya diketap menahan kesakitan. Air matanya mengalir. Tangan hitam berbulu lebat seperti gorilla itu terus mengcengkam rambut tengkuknya dengan lebih erat. Terbayang mukanya akan diseret atau ditarik terhempas ke cermin tingkap. Dinaz menumbuk numbuk tangan makhluk itu. "Haaaaarghhhhhh.." kedengaran bunyi dengusan seperti makhluk itu terasa jengkel tangannya ditumbuk sebegitu. Dinaz dapat merasakan bahawa makhluk itu sedang menikmati apa yang dilakukan terhadap dirinya. Dia berserah diri.


"Haaahahahaha"..kedengaran suara makhluk itu tertawa. Suara garau bergema masuk ke dalam rumahnya. Dinaz merasakan ada kelonggaran seketika pada cengkaman di tengkuknya. Dia menolak dirinya sekuat kuat hati kebelakang menjauhi tingkap. Dinaz terjatuh terduduk, sakit di punggungnya tidak terasa kerana kesakitan di bahagian atas tengkuknya itu lebih teruk lagi. "Haaaahahahaha".. makhluk itu ketawa lagi. Seperti sedang mentertawakan apa yang dilihatnya.


Dinaz terduduk, pandangannya masih terpaku ke arah tingkap. Perlahan lahan menggunakan kudrat kakinya dia cuba menolak dirinya kebelakang untuk keluar dari dapur. Dia tidak memikirkan apa apa kecuali mahu menyelamatkan dirinya. Dinaz tiba di satu sudut di antara pintu dapur dan ruang tamu rumahnya. Dia terus menangis teresak-esak dan menekup mukanya dengan kedua dua tangannya yang menggigil. Sesuatu yang tidak pernah dialaminya selama ini. Dalam kepenatan, dia tertidur..


Jam menunjukkan pukul 6 pagi, Dinaz terjaga dan terbaca mesej "Whatsapp group"nya. "Malam tadi aku dengar lagi bunyi pelik tu". Mesej dari Zul itu meremangkan bulu romanya. Dinaz memberitahu tentang kejadian malam tadi di dalam group itu memandangkan kisah dari Zul itu mungkin berkaitan. Zul dan Firdaus terkejut dan menasihati Dinaz supaya melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Dinaz termenung di katilnya. Dia mengeluarkan sebatang kayu besbol dari bawah katilnya. Terdapat kesan luka di bahagian jari Dinaz. Kayu besbol digenggam erat. Hatinya meruap ruap kemarahan. "Kurang ajar betull!" bisik hatinya. Dia ingin membalas dendam.

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.