Bab 3

Tahun2012, Kuala Terengganu, Malaysia

QaisyAdam sukar melelapkan mata. Badan beralih ke kiri, tidak lama selepas ituberalih ke kanan pula. Wajah Iman Humairaa terbayang-bayang di ruang matamembuat hati tidak keruan, rindu barangkali. “ Iman..bukan abang tak nak menikah dengan Iman..Cuma,kesempatan masa untuk kita Iman..Abang takmampu..” Qaisy Adam bermonolog sendiri. Kelopak mata diusap-usap, bangun daripembaringan. Jarum jam menunjuk ke angka 3.30 pagi. Selipar berbulu kapasdisarung ke kaki, perlahan berjalan menuju ke bilik air. Rambut diraup kebelakang, tangan didepakan membetulkan sendi-sendi malas.Bismillahirahmanirahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi MahaPenyayang. Lantas air yang terasa dingin menyentuh jari-jari kasar, disapu kemuka, lengan dan dahi dan seterusnya. Apabila yakin air telah disapu rata,Qaisy keluar. Bersedia dengan T-shirt putih dan pelikat biru mudaberpetak-petak hitam. Sejadah baldu berimejkan masjid berwarna maroon dihampar perlahan. “Allahuakbar...” Takbir diangkat, suara yang sedikit serak menambah syahdusesiapa yang mendengar. Surah Al-Fatihah di baca perlahan, syahdu mengalirkanair jernih ke pipi. Suara dikawal perlahan, bimbang mengganggu fantasi mimpimama dan papanya di kamar, biarpun berdinding konkrit tebal 6 inci. Rukuk demirukuk, sujud demi sujud dilakukan dengan begitu tertib.

Tangandiangkat separas dada, muka sedikit diangkat membutirkan bait-bait syahdu.Suara terus berlagu syahdu, bercerita kepada yang Maha Esa. Qaisy bangun lagi,takbir yang baru diangkat. Suara syahdu yang bisa menerbitkan rasa simpatisiapa-siapa yang mendengar terus berbaris perlahan dari bibirnya. Rasagementar, takut akan kekuasaan Allah s.w.t termaktub kemas di hati, rasagembira berlagu rindu menghadap yang Maha Esa, buah-buah harapan tercetus darijiwa meminta kepada yang Maha Pemberi. Ketiga-tiga rasa bersatu di pundak kalbudan sanubari. Air mata menitis, serentak titisan-titisan embun pagi yang mulatumbuh di muka-muka daun keladi di dalam taman, di luar rumah agam milik ibubapanya.

Biji-bijitasbih bergerak-gerak di jari-jemari kasar Qaisy. Bibir kelihatanbergerak-gerak memuji-muji Ilahi. “ Ya Allah, tiada tuhan selain Allah, MahaSuci Allah, Allah Maha Besar dan Segala Puji bagi Allah tuhan semesta alam...”

Bibiryang dulu merah, manis tersenyum memandang Iman, buah hatinya kini sudahkelihatan kering merekah kusam. Sesekali darah perlahan mengalir di antararekahan-rekahan kecil. Dicapai tisu putih lalu ditekap perlahan. Rambut diraupsampai ke muka. Tangan diangkat meneruskan takbir. Allahuakbar...Allah MahaBesar...

Imanterbangun dari tidur, mengelus-ngelus rambutnya yang sedikit menggerbang.Lantas memikirkan kembali mimpi yang terlayar tanpa diduga. Air mata mengalirperlahan di pipi, Iman tersendu-sendu menahan sedih bimbang kedengaran dekBonda. Qaisy Adam yang berada dalam mimpinya. Berbaju serba putih segak,melambai lesu di ruang waktu yang tiada ketahuan siang atau malam. Imanterkebil-kebil memandang siling bilik yang bercorak bunga-bunga putih. Imankembali merentas mimpi sedih yang baru singgah di maya fikir. Badan beralih kekiri dan ke kanan. Perasaan dirasakan tidak tenang.Ya Allah...apakah ini satupetanda Qaisy semakin jauh daripadaku...? Air mata mula mengalir lesu di biraitelinganya.

Imanmeletakkan kepala di riba Bondanya. Bonda mengelus perlahan rambut Iman yangpanjang, di biar bertebar di atas katil. Jiwa Iman jadi lemah, jadi lesumemikirkan mimpi yang mungkin bukan apa-apa. Namun Bonda begitu mengerti,dalamnya kasih Iman terhadap Qaisy, teman semenjak kecilnya. Qaisy seringkalibermain di halaman rumah Minang Kabau ketika mereka menetap di Negeri Sembilan,tanah tumpah darah Iman yang sebenarnya sebelum balik semula ke Terengganusetelah kematian neneknya, Opah Melah.

“Iman..oooIman...Qaisy datang ni, meh la main ngankite...Iman!!!..” Qaisy mula menjerit apabila batang hidung Iman tidakkelihatan. Bonda hanya tersenyum memandang raut comel Qaisy, Qaisy yang duluhanya memakai seluar pendek dengan lori kayunya di tangan. “ Kejap yer sayang,Iman duk main dengan kucing diatu..nanti keluar la tu..Qaisy meh sini nak, jangan duk tengah panas, marahpulak ibu Qaisy nanti...” Bonda menggamit Qaisy yang mula merenik peluh didahi, berlari-lari lalu duduk di tangga. Iman menapak perlahan keluar daripintu kayu rumahnya, mendukung kucing putih bermata hijau. Iman terjenguk-jengukmencari ibunya di depan beranda.” Bonda, ooo Bonda..!!” Iman sedikit menjerit,kelibat Bonda tidak kelihatan di pandangan. Bonda bangun dari tangga lalutersenyum gembira melihat Iman, kelihatan kebingungan mencarinya. “ Meh siniIman, Qaisy datang ni..” Iman sekadar memandang Qaisy di atas tangga.

Kelip-kelipkusangka api,

Kalauapi mana puntungnya,

Hilangghaib kusangka mati,

Kalaumati mana kuburnya...

 

Imansendiri sahaja akhir-akhir ini. Qaisy langsung tidak mengirim berita, sms apatah lagi panggilan telefon. Imanberdiam diri di dalam kamar. Cuti semester dihabiskan untuk menyiapkan thesis yang akan dibentang pada bulandepan sebaik sahaja semester baru bermula. Thesis Iman yang bertajuk “Human and Their first language Acquisition In Pastand Modern Times” masih di dalam bentuk softcopy yang perlu dicetak sebelum dihantar untuk dibuat semakan olehpensyarah kelasnya. Ulas bibirnya kadang-kadang terkumat-kamit membacabaris-baris pernyataan yang sedang ditaip. Dia sering bermonolog sendirian.Bonda hanya kadang-kadang melihat Iman melalui bukaan pintu yang agak terbukasedikit. Makan dan minium Iman sudah tidak teratur seperti selalu. Badansemakin susut, hanya bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja pengajian sahaja.

Email Inbox  sentiasa dibuka sekiranya laptop dipasang dan ditekan-tekanpapan kekuncinya. Al- Quran kelihatan agak berhabuk di sebelah laptop Iman. Ya,berhabuk. Menandakan sudah lama tidak dibelek-belek dan dikucup. Sepi sendiri,kemas rapi berdiam dalam lembaran-lembaran yang merindukan bacaan sipecintaNya, kedap.

Bondayang hanya memerhati tingkah Iman hanya menggeleng-gelengkan kepala, tidaksetuju dengan keadaan Iman yang semakin tidak terurus. Hubungan Iman danIlahnya dirasakan akan renggang, hanyut dibawa taufan rindu dan cinta kepadamakhluk. Iman lupa siapa yang memberi nikmat kasih sayang di dalam jiwanya. Diasemakin alpa, jauh dari si Pemberi nikmat...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahun1400, Melaka, Tanah Melayu

            Abang Qalleed...Abang Qalleed...lekas bangun lekas, Saricuba mengejutkan Qalleed dengan suara yang halus, antara dengar dan tidak.Qalleed lantas membuka mata dan melihat Sari yang berselubung dengan kain batikjingga tua bercorak kekwa kecil. Sari berpaling ke belakang sekejap-sekejapberjaga-jaga. Mangga besi berkarat tebal bersisik itu cepat-cepat dibuka laludipukul kuat dengan batang kayu sepanjang lengan. Sekali dan dua kali, peluhdingin mula mengalir perlahan di dahi Sari menggambarkan ketakutan yang semakinmenghimpit ruang fikiran. Pintu kurungan terbuka setelah mangga dipecahkan. Qalleddengan pantas keluar dari situ tanpa menghiraukan Orang Tua yang masih lenadibuai mimpi. Dia langsung tidak pedulikan apa yang sedang berlaku. Dia sukaberbaring begitu. Orang Tua tidak mengendahkan panggilan Qalleed untuk keluardari situ, tempat kurungan Taring yang kejam dan berdusta dengan kekuasaaanYang Maha Esa. Sari masih dalam ketakutan, peluh terus merembes ke dahi.Dirasakan sejuk mengalir ke tepi wajahnya. “kita harus lekas Abang Qalleed,kita perlu lekas sebelum Taring kembali lagi ke sini !” Qalleed mengiyakankata-kata Sari. Mereka pantas berlari menuju ke jalan pantai. Berlari laju danmeninggalkan kawasan gua itu. Orang Tua ditinggalkan berada dalam kurungantanpa menghiraukan kalutan Qalleed yang melepaskan diri. Qalleed berdoa agarOrang Tua sedar dan lekas pergi dari situ untuk menyelamatkan diri sepertinya.

                        Qalleed berlari pantasmenyusuri ombak pantai yang agak bergelombang. Angin bertiup semakin kencangmembawa awan- awan hitam dan kelabu. Langkah Sari semakin perlahan laluberhenti berlari. Qalleed merasa pelik lantas berhenti di belakang Sari. “kenapa tuan hamba berhenti tuan hamba? Bukankah masih jauh perjalan kita?” Qalledterus-terusan bertanya kepada Sari. Sari hanya pantas menggeleng-gelengkan kepalasambil membetulkan kain batik dikepalanya. “ Tidak Abang Qaleed, hanya sekadardi sini mampu saya menghantar Abang Qalleed.” Qalleed hampa. Pandangandihalakan ke arah laut biru yang terbentang luas. Ombak semakin ganas menerkampantai. Awan- awan semakin berarak pantas berkumpul. Mungkin sahaja langitmenangis lagi petang ini. Angin semakin kuat bertiup, menerbangkan daun-daunkering ke sana dan ke sini, batang-batang pokok kelapa semakin galakmeliuk-lentok dibedal angin baran. Prangggggg! Kilat sabung-menyabung memanahpohon-pohon kayu, patah jatuh menyembah bumi. Sari semakin panar, ketakutan.“Abang harus pergi sekarang. Nun, Sari ada menyediakan sampan kayu untuk Abanglari dari sini. Sari mendoakan Abang Qalleed selamat sampai ke ke mana sajaAbang mahu pergi. Berdoalah pada Allah ya Abang. Selamat tinggal...”, rintihSari lalu berlari-lari anak menuju beberapa kaki ke kanannya. “ Terima kasihSari! “ Semoga Allah merahmati tuan hamba.” Qalleed memandang Sari sekilassambil tersenyum tawar. Barangkali bimbang akan perjalanan hebat yang bakalditempuhinya. Tali sampan yang disimpul kemas dibuka pantas. Setelah memastikan Qalleed sudah masuk ke dalamsampan, Sari melepaskan tali dari pegangannya. Tangannya melambai-lambai  ke     arahQalleed. “Abang!! Semoga selamat tiba!!..” sempat Sari menjerit melawan bunyi anginyang semakin kuat. Qalleed sekadar memandang sekilas lantas terus mendayungkuat membelah ombak-ombak tajam. Biarpun tangan semakin ketar, semangat semakindikuatkan bagi melarikan diri daripada Taring.      Qalleed berusaha keras mendayung. Kepala didongakkan menghadap ke hadapan.Kelihatan ombak semakin mengganas, berelung-relung melibas laut.

                        Air semakin banyakmemasuki ruang-ruang sampan. Kayu melengkung mula merekah, satu-satu. Qalleedtetap lagi mendayung. “Allah, selamatkanlah pelayaranku ini...Aku mohon padaMuYa Rabb...” tuntas hati Qalleed tidak henti-henti memohon pada Sang Pencipta.Biarpun kulit jari-jari tangan sudah mula menampakkan rekah dan pecah-pecahnipis, Qalleed tetap berdayung gagah. Penat jerih diusir jauh. Peluh bercampurmanik-manik masin dan pahit air laut yang kasar memercik ke muka dibiarkanmengalir ke tubuh.

                        Laut seakan sepitiba-tiba. Ombak yang tadi mengganas kencang mula surut. Deru angin yangmelanda badai juga lenyap ditelan desir-desir angin halus. Guruh-guruh kasarmembentak dada langit juga sepi. Qalleed mengucap syukur.             Sampan terbelah hancur, terkopaksatu-satu. Qalleed mencapai kayu sebagai pelampung, cuba berenang-renang menujuke tepian walaupun titik daratan masih jauh dari penglihatan. Bahu terasalenguh yang amat, tidak lagi mampu berenang jauh. Kayu sampan dicapai kemas.Qalleed berhenti di tengah lautan, hanya mampu bertawakkal kepada Allah yangMaha Perkasa...     

            

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh