Prolog

Prolog

Dengannama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Tahun 1400, Kampung Baru,TanahMelayu.

Bintang-bintangterdampar di dada langit yang terbentang luas, dan bulan kelihatan samar-samardi balik awan kelabu yang berarak sedikit-sedikit ke segenap arah. Melatitermenung sendiri , kadang-kadang mengeluh lesu sambil menyapu helaian rambutyang berjuntai di wajah. Rambut ikal mayang yang panjang dibiar lepas dan yangmengacau-ngacau di pipi, di sisip ke telinga. Dia mengeluh lagi, kali ini lebihpanjang dari yang tadi. Rindu terasa kejap, menanti bayangan yang tidak kunjungtiba, hari demi hari sehingga sekalian hari, genap empat puluh malam tiadalangsung bayu yang berpuput kencang melibas layar Badang Perkasa, melabuh sauhapatah lagi. Hanya sepi dan kelam di kaki pantai, ombak beralun nipis dansenyap, tidak mampu menggetarkan butir-butir pasir putih di situ. Pantai sunyisahaja.

Jendelakayu yang sudah uzur itu dikatup kemas, perlahan-lahan sahaja. Bimbang bunyiyang berkeriut menggangu mimpi enak Bonda. Langkah disusun tidak berdetap dimuka lantai kayu, lalu ke pembaringan melepas jasad yang tidak bermaya membawasenak keliru di fikiran. Jendela bergerak-gerak, dihembus bayu malam. Melatimendamparkan tangan ke dahi, berbaring lurus beralas ambal. Beralih-alih lagijasadnya, sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Mata masih lagi degil, engganberteman mimpi yang bagus-bagus. Air hangat mula mengalir di tubir mata,menitis ke pipi mulus Melati, dibiar kering sendiri. “Di manakah kamu sekarang?Kau di mana kasihku? Puas menanti kau melunas janji, pulanglah…” rintih Melatidalam samar api pelita yang kian malap.

Bondaterdiam, kasihnya tumpah pada Melati yang kian susut badannya. Pandangan Bondamerayap pula ke wajah Melati. Dielus-elus perlahan dengan jari kasarnya. “ Janganlahkau berduka anak ku sayang, andai benar Qalleed jodohmu, pasti dia akan kembalipadamu…” Bonda memujuk halus, antara dengar dan tidak bersama desir ombak pantai.Bukanlah Bonda tidak tahu, anaknya itu sakit, sakit rindu akan Qalleed dilautan biru. Belayar jauh ke selatan, entahkan hidup entahkan tidak. BiarlahAllah sahaja yang menjaga jasad dan roh menantu kesayangannya itu. Bonda berdoadalam kelam malam, hanya mampu pasrah pada takdir yang menentukan andai itusudah suratan. Suaminya juga hilang di dunia itu, dunia yang hilang dalam kelamyang hitam legam apabila malam melabuh tirai.

 Kejahatan melimpah di segenap ruang.Menyumpah-nyumpah kebaikan manusia di muka bumi. “ Arrrrrrrrhhhh! Aku benci kaumanusia! Kau akan ku sesatkan semua! Taring bertempik keras mengguntur isialam. Kukunya yang panjang, tajam dan sumbing itu mampu membunuh tenang didada, wajahnya yang buruk menggerutu ditutup kain lusuh berwarna hitam. Badannyayang berbau nanah dan hanyir darah juga disarung jubah buruk dan hitam.Kepalanya yang jarang rambut juga berlitup kain hitam. Semuanya hitam, sebatidengan gelap malam yang kian merangkak pergi. Dia harus pulang ke gua, menukarpakaian baru dan wajah baru. Tika siang, Taring akan berubah menjadi tampan danbersih. Menjual sayur dan buah di Pekan Sungai Siput. Semuanya seperti tiadayang aneh, tiada berbau hanyir dan busuk.

Qalleedbangun perlahan, sedikit merangkak dari tanah berdebu. “ Dahaga…aku dahaga…”Qalled merintih halus, matanya meliar mencari bekas air di mana-mana. Tempurungberselerakan di meja batu, diambil dan dituang satu-satu, hampa, setitik airpun tiada. Hanya debu yang berlapis nipis, terbang melayang-layang lalu melekatdi birai bibir dan wajah Qalleed. “ Ya Allah…aku dahaga…tolonglah aku yaAllah…,” Qalleed begitu syahdu menadah kedua-dua telapak tangannya, berdoasambil turun perlahan semula ke tanah dan berlutut. Air mata bercucuran rebahke muka pipi berjambang nipis. Wajah diraup kejap lalu dia mengeluh perlahan.Qalleed duduk semula, termenung mengingat wajah-wajah tersayang. Melati, Bonda,Ibu dan Ayah. Satu-satu terlayar di ruang rindu, membariskan senyuman manisbuatnya. Qalleed tersenyum, lalu melempar pandang ke arah seorang lelaki tuayang nyenyak tidur beralas ambal. Baju yang sedikit terselak ditarik perlahanoleh Qalleed. “Aku masih punya Allah…Allah yang Esa…mungkin ini bukti cinta-Nyabuatku, manusia yang lalai dalam nikmat-Nya….” Qalleed bermonolog sepi dalambenak sendiri. Sesungguhnya, manusia beriman adalah manusia yang diuji dengan kesakitan,kekurangan dan kesusahan.

“Dan Kamimenguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepadaKami-lah kamu semua akan dikembalikan.” [Al-Anbiyaa’ 35]

 

 

 

 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh