6
MULUT
Anissa yang menguap kecil ditutup dengan jari telunjuk Arlisa. Nyenyak anaknya
tidur di katil kecil yang terletak di sudut bilik itu. Melihat wajah Anissa
membuatkan hati Arlisa yang sedikit tegang tadi jadi tenang semula. Benarlah
kata orang, melihat wajah anak-anak kecil mampu menyejukkan hati yang sedang
marah atau berduka.
Arlisa berpaling ke jendela
biliknya. Kelihatan kenderaan Adam, Mercedes SLS mula memasuki perkarangan
rumah. Suaminya yang keluar dari pagi tadi bersama Arman, baru pulang ke rumah.
Entah apalah berita yang dibawanya. Entah hati si Adam itu masih lagi berbahang
amarah ataupun sudah sejuk semula. Walau bagaimanapun, hati Arlisa masih lagi
terluka. Dia memalingkan wajahnya dari menatap jendela dan kembali merenung
wajah Anissa.
Adam pantas mendaki tangga naik ke
tingkat atas. Kakinya berjalan laju menuju ke kamarnya sendiri. Namun sebelum
dia memulas tombol pintu, matanya beralih pada kamar dia dan Arlisa yang
sedikit renggang. Hati Adam tiba-tiba rasa sayu. Benarkah tindakannya memarahi
Arlisa tadi? Ya ALLAH… Arlisa mesti terluka!
“Lisa…” Adam menguak pintu bilik
yang renggang itu buka. Kelihatan Arlisa yang sedang berdiri di tepi katil
kecil Anissa berpaling. Wajah Arlisa masam kelat.
“Anissa dah tidur ke?” tegur Adam
sekadar berbasa-basi. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk menangkup semula
hati Arlisa yang terluka. Dari raut wajah isterinya, Adam tahu Arlisa tidak
mahu berbicara dengannya.
Arlisa yang berjubah merah jambu berjalan
ke birai katil. Dia duduk memalingkan wajah dari Adam. Nak memujuklah tu! Tak
apa… kita kena jual mahal sikit!
“Marahkan I lagi?” Adam duduk di
sebelah Arlisa. Bahu isterinya ditepuk perlahan.
Arlisa diam. Air matanya bergenang
di kolam mata. Sakit hatinya apabila orang yang dia cintai langsung tidak
mengendahkannya tadi. Sekarang ni tiba-tiba pula nak berbaik-baik. Hmm!
“I minta maaf. I tahu… I salah. I
marah you. I memang tak boleh nak kawal kemarahan I sebab I risaukan you dan
anak-anak. Maafkan I ya?” ujar Adam tulus.
“Tak apalah… I dah maafkan.” Arlisa
bersuara sebak. Air matanya yang mula meleleh ke lurah pipi dilap pantas.
Egonya tadi perlahan-lahan mengecil.
Adam yang menyedari isterinya
menangis cepat-cepat turun dari katil dan duduk melutut di hadapan Arlisa. Ibu
jarinya pantas mengesat air mata Arlisa.
“Don’t
cry… Rasa bersalah I makin bertambah kalau you menangis.” Tangan Arlisa
dicapai Adam lalu dia menyambung bicaranya. “I love you. How could I hate you if I couldn’t live without you, Lisa?
You adalah suatu perkara yang terindah dalam hidup I. I am sorry because…I tak boleh jadi seorang suami yang sempurna
untuk you. I ni pemarah, ego tinggi…”
“Hmm…” Arlisa tersedu-sedan. Segala
kata-katanya tersekat di hujung lidah. Air mata masih membasahi pipi.
“Tak nak menangis lagi please? You lagi kuat menangis dari
Anissa!” gurau Adam.
“Mana ada!” Arlisa menepuk lengan
Adam. Ish! Sempat aje dia perli aku tau. “You janji jangan marah I lagi?”
“I janji sayang. I tak marah you
lagi. Tapi you kena janji dengan I juga.”
“Apa dia?” Arlisa mengerutkan wajah.
Hujung tangan jubahnya diangkat untuk menyeka air mata yang hampir kering.
“Jangan buat sesuatu perkara tanpa
pengetahuan I. Lain kali beritahu I… Insya-ALLAH, kita boleh selesaikan semua
masalah dengan cara yang baik dan tenang,” pesan Adam serius.
Arlisa mengangguk-angguk laju tanda
akur dengan arahan Adam. “Dahlah… dekat 7.30 dah. Pergilah turun untuk berbuka.”
“Okay. I turun dulu tau. You jaga
Anissa elok-elok,” ucap Adam yang bangun dari simpuhannya. Dia kemudian mencuit
hidung Arlisa lembut.
***
ARLISA
yang sedang nyenyak tidur terjaga apabila telefon pintarnya berdering.
Dikalihkan kepalanya melihat Adam yang sedang tidur lena di sisi. Siapa pula
yang telefon malam-malam begini?
Arlisa turun dari katilnya dan
mencapai telefon pintar di meja kopi. Nombor yang tidak dikenali tertera di
skrin telefonnya. Tanpa teragak-agak, Arlisa menjawab panggilan tersebut.
“Hello?” ucap Arlisa berbisik.
“Lisa. Aku nak jumpa kau sekarang.”
Suara parau itu amat dikenali
Arlisa. Apa yang dia nak lagi? Berani dia telefon aku malam-malam begini!
“Nak apa lagi ni, Kamal?” soal
Arlisa perlahan namun dalam nada yang tegas.
“Jumpalah sekejap. Aku nak beritahu
kau sesuatu perkara yang penting mengenai duit yang aku minta tu,” pujuk Kamal.
Arlisa tidak membalas kata-kata
Kamal. Matanya dipicingkan ke arah Adam yang kuat berdengkur. Hatinya jadi
berbelah bahagi. Nak kejut Adam atau tidak?
“Lisa? Kau dengar tak ni? Aku tunggu
kau dekat belakang pagar rumah kau tu. Cepat! Aku beri masa sepuluh minit aje!
Kalau lambat… kau tahulah apa yang aku nak buat nanti!” Kamal mula menggertak
Arlisa. Degil! Bukan mudah nak meyakinkan si Arlisa ni.
“Okay… tapi sekejap je. Aku tak
boleh nak jumpa kau lama-lama. Kalau ikutkan hati aku dah lama aku telefon
polis tau,” kata Arlisa resah. Ya ALLAH, aku terpaksa tipu Adam lagi! Kalaulah
dia tahu ni… matilah aku!
“Jangan berani-berani nak telefon
polis. Kalau kau nak Adam dan baby
kau tu selamat… baik kau dengar aje cakap aku!”
“Lagi seminit aku turun…” Arlisa
pantas mematikan telefon. Kakinya menjengket ke almari dan mengeluarkan sehelai
kot hitam tebal paras lutut. Perlahan-lahan pintu kamar dibuka dan Arlisa
berjalan keluar ke koridor.
Sebaik sahaja Arlisa keluar dari
pintu belakang rumah, cuaca sejuk mulai menggigit badannya. Astaghfirullah,
boleh sakit badan kalau tak jaga diri betul-betul ni! Namun kakinya digagahkan
jua melangkah. Kelihatan kelibat Kamal berdiri di tepi tiang lampu berhadapan
dengan jalan belakang rumahnya.
“Datang juga kau ye…” Kamal
tersengih-sengih. Arlisa sudah masuk perangkap!
“Kau nak apa? Kan ada lagi dua hari
sebelum suami aku beri duit tu,” ujar Arlisa tanpa memandang ke wajah Kamal.
Kamal masih lagi tersengih. Tangan
kanannya merayap pada bahu Arlisa.
“Eh? Apa ni?” Arlisa pantas menepis
tangan gatal Kamal. Matanya menjegil marah. Apa yang dia nak malam-malam macam
ni?
“Alah… nak sentuh sikitpun tak
boleh…” Tangan Kamal galak bergerak. Kini ke rambut Arlisa dan lengan wanita
itu.
Arlisa bergerak dua tapak jauh dari
Kamal. Dia tidak sedap hati. Ada yang pelik dengan sikap Kamal. Kenapa dia
bertindak begitu kepadanya? Ya ALLAH, apa yang aku dah buat ni?
“Kamal! Kau dengar sini baik-baik
ya… Kalau kau tak ada benda nak cakap dengan aku, baik kau pergi je dari sini!
Aku takkan teragak-agak untuk call
polis sekarang juga dan tangkap kau.” Arlisa memberi amaran. Tangannya sudah
bersedia dengan kepal tumbukan. Berpantang tak berpantang! Kalau Kamal cuba
buat yang tak elok kepadanya, kepal tumbukan ini akan menyinggah ke muka lelaki
durjana ini.
“Relaks Arlisa… aku datang ni cuma
nak beritahu yang… aku dah tak nak ugut kau lagi. Aku dah dapat job yang lumayan dan lebih baik dari
ugut-mengugut ni. So, I’m here to say
goodbyedan selamatlah dalam kehidupan berumah tangga,” bicara Kamal dalam
nada menyindir.
Entah mengapa Arlisa kurang percaya
dengan kata-kata Kamal walaupun hatinya terasa sedikit lega. Mengapa tiba-tiba
berubah fikiran? Seperti ada yang tidak kena di mana-mana…
“So
apa lagi yang kau tercegat Lisa? Balik masuk rumahlah ye… mak aku dulu cakap
tak baik perempuan tengah berpantang keluar malam-malam macam ni,” sindir Kamal
lagi kepada Arlisa. Hatinya tidak tahan menahan tawa. Mudah benar Arlisa yang
lugu ini ditipu olehnya.
Arlisa merenung Kamal tajam. Hatinya
panas bagai disalai. Apa sebenarnya muslihat dia?
“Semoga kau akan tertangkap nanti,
Kamal. TUHAN tu Maha Adil. Kau takkan terlepas!” Arlisa perlahan-lahan berundur
ke belakang dan masuk semula ke dalam pagar rumahnya. Kelibat Kamal yang mula
berlari-lari anak menuju ke motosikal yang diparkirnya di hujung jalan itu
ditenung lama sehingga hilang dari pandangan. Apabila hatinya sudah lega,
barulah Arlisa masuk semula ke dalam rumah.
***