Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
43,829
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
PROLOG

PROLOG

Di petang Jumaat itu bumi UTM Skudai dibasahi hujan. Pelajar-pelajar mula bertebaran meninggalkan bangunan fakulti setelah tamat kelas. Ada yang berteduh menunggu hujan reda,ada yang berpayung meredah hujan tak kurang juga yang kurang sifat sabar meredah hujan tanpa payung. Di satu sudut bangunan Fakulti Alam Bina seorang pemuda bersandar santai di dinding menunggu hujan reda sambil membelek kamera DSLR di tangan. Cukup bergaya hingga mencuri hati gadis-gadis yang lalu lalang. Sekali-sekala dihalakan lensa kamera secara rawak mencari sudut-sudut menarik untuk dirakam.

Bangunan...kaku.

Kereta...bosan.

Langit...kelam diselubungi awan mendung.

Satu pun gambar yangdiambil tak berkenan di hati. Hujan tidak menunjukkan tanda akan berhenti.Sungguh dia ingin pulang ke bilik secepat mungkin, katil empuk bagai melambai-lambai menanti si tuan untuk bermalas-malasan setelah menghabiskan masa hampir lapan jam di studio menyiapkan projek. Begitulah rutin kebanyakanpelajar Fakulti Alam Bina setiap Isnin dan Jumaat. Bagi Ikmal Firdaus pelajar tahun akhir jurusan seni bina, sejak dari malam semalam dia sudah berkampung di studio membetulkan projeknya untuk ditunjukkan kepada pensyarah.  Namun projeknya ditolak dan harus sekali dibaik pulih lagi sehingga menepati piawaian. Sungguh dia letih.

“Yo...bro. Tak balik lagi? Tadi tak sabar sangat nak balik terjun tiruk atas katil,” Rashid rakan sekelas merangkap presiden Kelab Fotografi menyapanya.

“Hari ni aku park motor aku kat Arked Meranti. Malas nak aku nak meredah hujan, sejuk,”dia menjawab.

“Cheh...badan besar hati kecik, hujan pun takut. Haaa...encik vice president, poster Photography Showcase kasi naik paling lewat Rabu depan eh. Dekat bangunan B08 tu ko buat giant punya sebab dia dekat dengan jalan utama. Lepas tu yang cinonet tu tampal kat tempat yang ko rasa strategik. Ko dah design blom menatang tu?,”perosak bahasa sungguh kawannya yang seorang ni.

“Dah tapi tak siap sepenuhnya lagi. Wording aku dah bereskan,tapi aku tak jumpa lagi gambar menyentuh jiwa nak buat background.Nanti aku e-mail kat ko design yang separuh siap tuh,” entah kenapa antara beribu-ribu gambar yang diambil satu pun tak menarik di matanya.

“Haru sungguh kau ni. Kau tiap masa tak berpisah dengan kamera buah hati pengarang jantung,takkan satu gambar pon tak berkenan? Serabut betul. Apa pun aku tak kira hari Rabu depan menatang tuh dah naik. Ok lah aku blah dulu, awek aku dah tunggu kat Meranti,” penyakit orang bercinta, demi buah hati hujan lebat sanggup dia redah.

Setelah ditinggal bersendirian, segala fokus yang tersisa kembali dihalakan pada kamera di tangan. Lensa digerakkan secara rawak tanpa arah tujuan dengan harapan ada yang menarik hati. Tiba-tiba lensa berhenti kearah bus stop bertentangan. Dengan pantas butang di klik. Imej seorang gadis berbaju kurung berpayung merah muncul di skrin. Tangan dihulurkan keluar menadah air hujan, bibir terukir senyuman, matanya bersinar bak kanak-kanak yang dilepaskan bermain hujan. Cepat butang kamera ditekan.Yesss...gotcha.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.