Home Novelet Cinta Amnesia
Amnesia
Que
5/11/2019 11:16:01
30,847
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Part 2

Mata hanya pandang hidangan di hadapan mata. Banyak sungguh makanan yang terhidang buat santapan tengahari mereka. Nampak menyelerakan tapi,

“Kenapa tak makan?” Soal Puan Maria. Semenjak tadi dia nampak anaknya hanya memandang makanan di hadapan mata tanpa ada tanda mahu menjamah. “Itukan makanan kegemaran Nad.” Beritahunya.

 Nadiya angkat wajah. “Makanan kegemaran Nad?” Soalnya. Dipandang pula ayam goreng kicap di hadapannya dan beberapa lagi lauk-pauk yang terhidang. Ini makanan kegemaran aku ke? Tapi, kenapa aku macam tak ada selera dengan makanan ni?
 “Ha’ah. Itu semua Nad suka. Makanlah,” Suruhnya lembut. Dia akan buatkan sesuatu yang diminati Nadiya sehingga ingatan anaknya kembali pulih. Itulah hasratnya. Tidak mahu anaknya terusan begitu sampai bila-bila. Dia mahu anaknya yang dulu.
“Tapi Ma,” Ayatnya mati. Dia pandang Encik Nazrul. Lelaki itu tenang memandangnya bersama senyuman di bibir. Lantas Nadiya mengeluh. “Tak ada apalah.” Tak sampai hati pula nak beritahu yang dia tak suka dengan masakan Mamanya.

Puan Maria senyum melihat Nadiya yang mula menjamah makanan. Jujur, dia sangat merindui anaknya. Nadiya sekarang bukan 'Nadiya'nya. Sangat berbeza. Seolah mereka mempunyai tubuh yang sama, tapi jiwa yang berlainan.
 Dan, keadaan di meja makan sunyi sehinggalah mereka selesai makan tengahari. Serasa seolah mereka berada dalam dunia sendiri. Melayan perasaan. Dan tidak seperti selalunya. Bosan.
“Nad.” Puan Maria datang bersama satu dulang di tangannya.
            Nadiya hanya pandang Mamanya. Sangat kagum dengan Mamanya yang setia pada Papa. Sedia melayan Papanya tidak kira keadaan. Sangat menghormati Papa. Seolah Papa adalah segala-galanya pada Mama. Ciri isteri solehah tersemat di jiwa Mama.
            “Sekejap lagi, Fiq ajak Nad keluar. Nad pergi bersiap ya, sayang.” Suruhnya lembut. Tangannya lincah menuang air teh di cawan dan diserahkan pada Papa yang lagi menonton televisyen.
            Nadiya pandang Mamanya. Syafiq ajak keluar? Pergi mana? Dan lagi satu, “Boleh Nad tanya Mama sesuatu?” Pintanya terlebih dahulu. Takut Mama tak mahu menjawab soalannya.
            Puan Maria kerut dahi. “Sejak bila Nad reti minta izin kalau nak tanya sesuatu ni?” Senyum. Hairan dengan anaknya. So not my daughter, huh. Kembalikan anak aku semula, Ya Allah. Aku rindu dia. Aku rindu anak aku. Aku rindu Nadiya yang dulu. Kembalikan ingatannya. Aku mohon.
            Nadiya senyum kelat. Begitukah dirinya yang dahulu? Mahu menyoal tanpa meminta izin? Sangat tak hormat pada orang. “Apa hubungan Nad dengan Syafiq?” Soalnya. Jujur dia ingin tahu. Kenapa Syafiq begitu baik padanya? Kenapa Syafiq selalu ada di sisinya? Kenapa?
            Puan Maria berpandangan dengan Encik Nazrul. Masing-masing terkelu. Masing-masing kaku. Apa yang mereka perlu jawab?


“NICE.” Pujian terluah dari bibirnya.
            Syafiq di sebelah tersenyum mendengar pujian itu. Dia mengangguk. “Kan?” Senyum lagi. Bibir yang kering dibasahkan. “Dulu, you selalu melepak dekat sini.” Dipandang pemandangan di hadapannya.
            Sebuah taman yang dijaga rapi. Tidak tercemar dengan sampah dunia. Masih terpelihara. Dan sangat cantik. Pemandangan yang hijau sangat menyamankan mata yang memandang. Kanak-kanak yang riang bermain sesekali membuahkan senyuman di bibir.
            “Dekat sini?” Tanya Nadiya ingin kepastian. Anggukan dari Syafiq buatkan dia tersenyum. Patutlah hatinya begitu dekat dengan tempat ni. Rupanya, dia memang gemarkan tempat ini semenjak dulu.
            “You akan duduk dekat sini sampai lupa waktu dah Maghrib. Sampai lupa nak balik rumah. Dan kadang-kadang tu, I yang kena tarik you balik rumah.” Dengar Syafiq gelak. “Memory.” Dia mengeluh pula.
            Nadiya gigit bibir. Memori apa lagi yang aku bina bersama Syafiq? Banyak sangatkah? Kenapa aku rasa yang setiap saat Syafiq ada bersama aku? Dan, “Syafiq.” Panggilnya lembut. Kejujuran harus diluahkan.
            Syafiq yang menunduk menoleh pada Nadiya. Hanya memandang seolah membenarkan Nadiya menyambung ayat yang seterusnya.
            “Kenapa,” Jeda. “Kenapa,” Ayatnya mati tiba-tiba. Kenapa susah sangat dia nak bersuara?
            “Kenapa apa?” Tanya Syafiq setelah melihat Nadiya seperti gagap mahu bersuara. Ada sesuatu yang mengganggu Nadiyakah?
            Nadiya menoleh pandang Syafiq. Anak matanya pada anak mata Syafiq. “Kenapa hati saya,” Jeda lagi. “Kenapa hati saya tidak pada awak?” Soalnya akhirnya. Rasa yang sekian lama dia pendamkan.
            Wajah Syafiq berubah.
            “Maksud saya, hati saya macam tiba-tiba sakit bila dengan awak. Rasa macam terluka. Rasa macam perasaan saya hancur bila dengan awak.” Diam. “Saya tak tahu kenapa.” Dia menggeleng. Jujur.
            Syafiq mengeluh. Itukah apa yang dirasa Nadiya padanya? Yeah, hati takkan menipu dan dia tahu Nadiya jujur padanya. Dan dia juga tahu,
            Semua itu berpunca dari dirinya. Dia yang buat Nadiya sebegini. Nadiya kemalangan kerananya. Nadiya hilang ingatan kerananya. Hati dan perasaan Nadiya jadi begini juga kerananya. Semuanya. Semuanya kerananya. Dia penyebab Nadiya jadi begini.
            Dialah yang salah. Dan kesalahannya ini, hanya dirinya dan Nadiya yang dulu saja yang tahu. Dan juga seseorang, seseorang yang menjadi punca dia melakukan sebegini.
            “Kenapa?” Suara Nadiya kedengaran lagi.
            Syafiq mengeluh lagi. Hilang punca. Dia tarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. Dia pandang Nadiya sebelum bersuara, “Apa first impression you bila pandang I?”
            Nadiya tatap mata Syafiq lama. Pandangan pertama dia bila nampak Syafiq? “Awak baik.” Senyum. Jujur. Itulah apa yang dia nampak waktu kali pertama terlihat Syafiq di hospital.
            Syafiq juga senyum. Aku baik, huh? Kalau aku baik, aku takkan lukakan hati dan perasaan Nadiya dulu.
            Syafiq tarik nafas mahu bersuara, “I mungkin tak tahu, apa hint yang hati dan perasaan you nak beritahu bila you cakap yang you sakit bila dengan I.” Menggeleng. “I tak tahu.” Jeda. “But just so you know, I rela andai you dah ingat semuanya nanti, dan you tahu hal yang sebenar, dan saat tu you nak tinggalkan I. I rela.”
            Berkerut dahi Nadiya menghadam ayat Syafiq. “Apa maksud awak?” Sungguh dia tak faham.
            Syafiq hanya tersenyum. Dia bangkit kemudiannya. “Jomlah.” Bersedia mahu bergerak pergi.



NADIYA pandang Syafiq. Lepastu matanya jatuh pula pada rumah di hadapannya. Rumah yang bercat biru sangat mendamaikan hatinya. Cantik. “Ini rumah siapa?” Tanya Nadiya.
            “Jom turun.” Dan Syafiq melangkah keluar dari perut kereta. Nadiya yang bingung hanya menurut.
            Pintu rumah yang terbuka dipandang. Masih lagi tertanya-tanya ke mana Syafiq membawanya. Rumah siapa Syafiq bawanya ini? Tapi, kenapa dia macam familiar dengan rumah ini? Kenapa macam dia selalu ada di sini?
            “Feeling something about this house?” Tanya Syafiq seperti memahami.
            Nadiya angguk. “Tenang.” Ucapnya jujur. Bibirnya mengukir senyuman.
            Syafiq angguk. Betul. Rumah ni seperti syurga buat Nadiya. Syurga kedua selepas rumahnya. “Jom masuk.” Ajak Syafiq.
            Selepas memberi salam, muncul seorang wanita dari dapur. Tersenyum menyambut kedatangannya lewat petang itu. Nadiya membalas senyuman Puan Seri. Seingatnya, wanita ini juga ada bersama saat dia sedar di hospital tempoh hari. Dan sehingga kini, dia masih tertanya-tanya, apa hubungan Puan Seri dan Syafiq dengan dirinya.
            “Ni Mummy I.” Beritahu Syafiq. Dan dia senyum melihat Nadiya menunduk menyalami Mummynya.
            “Nak panggil apa?” Tanya Nadiya. Janggal pula berhadapan dengan wanita yang dikenali sebagai Mummy Syafiq ini.
            Puan Seri senyum nipis. “Panggil macam selalu Nad panggil Mummy lah.” Beritahunya. Dia juga sedaya upaya akan buatkan Nadiya kembali mengingati kisah silamnya.
            “Mummy?” Soalnya sedikit janggal. Mana bisa dia punya dua ibu dalam satu masa. Pelik. Dan tidak selesa.
            Puan Seri angguk. “Duduklah dulu. Mummy tengah goreng keropok tu, lepas ni kita makan sama-sama.” Dan Puan Seri melangkah ke dapur kembali.
            Syafiq pandang Nadiya. “Ni rumah I.” Dia senyum. “You selalu juga melepak dekat sini. Selalu datang sini kalau you merajuk dengan Mama you.” Senyum lagi. Nadiya yang manja. Pantang dimarah, pasti merajuk.
            Nadiya hanya diam. Patutlah dia rasa senang dengan Puan Seri sejak dahulu. Tempat bermanja dia juga rupanya.
            “You duduk dululah, I nak naik atas sekejap.” Dan Syafiq melangkah pergi.
            Sementara Nadiya memandang sekeliling ruang tamu. Rumah yang sederhana besar. Duduk letak perabot dan sofa yang teratur lagi buatkan ruang yang kecil kelihatan besar. Sangat kemas.
            Dia bergerak pula pada bingkai gambar yang tergantung di dinding. Ada gambar Syafiq bersama keluarganya. Ohh, Syafiq ada kakak? Kenapa dia tak pernah nampak pun kakak Syafiq sebelum ni?
            Dan dia beralih pula pada gambar seterusnya. Gambar kakak Syafiq berbaju jubah. Wajah bahagia sudah tamat belajar. Dan jujur dia mengakui, kakak Syafiq sangat cantik pada matanya. Mata bundar itu lebih mengikut Puan Seri. Lawa.
            Di sebelah gambar itu, ada gambar Syafiq pula yang berbaju jubah. Lagi tersenyum memandang kamera bersama jambangan bunga di tangan. Dahi Nadiya berkerut tiba-tiba saat melihat dirinya juga berada dalam gambar itu berdiri bersebelahan Syafiq.
            Aku dengan Syafiq? Di hari konvo sama-sama?
            Matanya beralih pula pada gambar di sebelah. Ada gambar seorang bayi seperti baru beberapa hari dilahirkan. Wajah yang suci. Jauh dari dosa. Dan kenapa,
            “Auch!” Tangan naik pegang kepala. Argh! Kenapa kepala aku sakit sangat ni? Dia cuba seimbangkan tubuhnya yang mahu tumbang. Pandangan sudah mula kabur. Semua benda seolah ada dua.
            Kenapa dengan aku?
            Kenapa sakit sangat ni?
            “Nad!” Dan dia dengar suara seseorang sebelum tubuhnya dibawa ke sofa. Tubuhnya dibaringkan di situ. “You okay?” Tanya suara itu lagi.
            Nadiya pejamkan matanya. Tangan masih lagi memicit kepala. Sakit sangat. Teramat. “Nad, kenapa ni?” Suara itu kedengaran lagi.
            Dan, Nadiya terkesima. Suara tu. Suara tu sama dengan suara yang selalu dia dengar sewaktu dia dalam koma.
            “Nad.” Suara itu.
            Nadiya buka mata. Berkerut-kerut dahinya mahu memulihkan pandangannya yang kabur tadi. Dan matanya hanya terpaku pada seseorang saat pandangannya kembali pulih. Terkejut.
            “Syafiq?” Soalnya.
            “Nad, you okay?” Tanya Syafiq risau. Terkejut dia bila turun dari tangga dan melihat Nadiya seperti mahu rebah.
            Mata Nadiya statik pada Syafiq. Suara Syafiq ke tadi? Kenapa, “Syafiq.”
            Syafiq betulkan duduknya. “Ya. I ni, Syafiq. You okay ke?” Dia takut. Takut kalau terjadi sesuatu pada Nadiya.
            “Saya nak balik.” Pinta Nadiya drastik.
            Syafiq terkejut. Nak balik? Tak sampai setengah jam pun lagi Nadiya bertandang ke rumahnya. “Mummy I dah masak tu.” Cuba menghalang. Nadiya perlu berada lebih lama lagi di sini.
            Apapun yang terjadi, dia harus bantu Nadiya untuk kembalikan ingatan wanita itu. Walaupun dia tahu, risikonya amat besar bila Nadiya sudah pulih nanti. Dia redha walau apa pun yang berlaku nanti.
            “Saya nak balik.” Putusnya muktamad. Bersedia mahu berdiri.
            Syafiq mengeluh hampa. Nadiya yang keras kepala. “Okay, I jumpa Mummy I kejap.” Syafiq bangkit dan bergerak ke dapur. Cuba membina ayat apa yang mahu diucapkan pada Mummynya supaya wanita itu tidak berkecil hati dengan Nadiya.
            “Mummy.” Panggilnya lemah. Mengeluh dirinya saat melihat senyuman Mummynya. Pelbagai makanan petang sudah tersedia. Tinggal mahu dihidang saja di hadapan. Tapi, “Nad nak balik dah.” Ucapnya lemah.
            “Eh, awalnya?” Seperti yang dijangka, senyuman Puan Seri mati. “Duduklah dulu.” Suaranya semakin menjauh.
            “Nad,” Ayatnya mati. Mengeluh. “Mummy pujuklah dia.” Berharap.
            Puan Seri hembus nafas. Dia pandang anak lelakinya. Tangannya naik menyentuh bahu anaknya. “Sabar ya, sayang. Allah duga tak lama. Nanti dia akan kasi bahagia tu juga.” Penuh tersirat ayat Puan Seri menenangkan anak lelakinya sebelum melangkah ke ruang tamu mendapatkan Nadiya.
            Sementara Syafiq terduduk di kerusi. Bahagia tu takkan datang buat Fiq, Mummy. Sebab ni semua salah Fiq. Fiq yang buat Nad macam tu. Fiq hancurkan hati dan perasaan Nad, Mummy. Fiq punca segalanya, Mummy.
            Allah takkan kasi bahagia tu pada Fiq, Mummy.
            Takkan.



NADIYA pandang Mamanya yang lagi seronok memasak untuk makan malam nanti. Selepas saja pulang dari rumah Syafiq petang tadi, dia terus terlelap mahu menghilangkan sakit di kepala. Entah kenapa, selepas melihat gambar-gambar tu, kepalanya tiba-tiba sakit. Sakit yang berdenyut.
            “Mama.” Panggil Nadiya lembut. “Kakak Syafiq, dah kahwin ke?”
            Puan Maria pandang anaknya sekilas. “Kenapa Nad tanya soalan tu?” Jawabnya dengan soalan. Hairan dengan anaknya. Dia juga perasan, Nadiya hanya mendiamkan diri sebaik saja pulang dari rumah Syafiq petang tadi. Hanya duduk dalam bilik tidak mahu keluar. Ada sesuatu yang berlaku kah?
            Naluri seorang ibu kuat mengatakan, ada sesuatu yang berlaku.
            Nadiya jungkit bahu. “Entahlah.”
            Puan Maria angguk. Saat-saat seperti ini, tidak boleh nak bohong pada Nadiya. “Nad panggil kakak Fiq, Kak Shaz.” Beritahunya. Api di dapur ditutup. Mangkuk kosong diambil sebelum mengalihkan sayur di kuali ke dalam mangkuk.
            “Kak Shaz?” Soal Nadiya lagi. Kak Shaz? Kenapa memori dia dengan Kak Shaz langsung tiada? Kenapa dia tak rasa apa-apa dengan nama itu? Rasa seolah kosong.
            Puan Maria angguk. “Dia dah kahwin dah. Tapi sekarang dia duduk dekat Sabah, ikut suami dia kerja dekat sana.” Beritahu Puan Maria lagi. Enam bulan sekali baru mereka pulang ke semenanjung melawat keluarga.
            Nadiya angguk. Kak Shaz dah kahwin rupanya. Mungkin sebab Kak Shaz tak selalu ada dengan dia, yang buatkan memorinya dengan wanita itu seolah tiada. “Mama, siapa yang jaga Nad sepanjang Nad koma?” Soalnya lagi.
            Puan Maria senyum. Dia cuci tangannya sebelum dilap dengan tuala di singki. Makanan yang terhidang di atas meja ditutup dengan tudung saji. Dan dia duduk di hadapan anaknya. Mahu menjawab setiap pertanyaan yang keluar dari mulut anaknya ini.
            “Nad nak tahu ke siapa yang jaga Nad?” Nadiya angguk. “Fiq yang jaga Nad.” Jujur Puan Maria. “Dari awal Nad masuk hospital, sampailah Nad keluar hospital, dialah yang setiap hari jaga Nad. Tak ada skip langsung.” Tambahnya lagi.
            Sementara Nadiya terkelu. “Syafiq yang jaga Nad, Mama?”
            Puan Maria angguk. “Dia selalu beritahu Mama, masa Nad koma, kelopak mata Nad bergerak-gerak seolah-olah mahu terbuka, tapi Nad tak sedar pun.” Jeda. “Dia pun ada beritahu, kalau Nad sedar, biarlah dia orang pertama yang Nad nampak. Dan, apa yang dia nak, jadi kenyataan. Dia orang pertama yang Nad nampak bila Nad sedar, kan?”
            Nadiya hanya mendiamkan diri. Hanya mendengar setiap patah kata yang diucapkan Mamanya. Mahu mengetahui sejauh mana hubungannya dengan Syafiq. Mahu tahu sedalam mana dia mengenali Syafiq.
            “Nad adalah nyawa dia. Dia sanggup buat apa saja untuk Nad.”
            “Mama.” Nadiya pandang wajah Puan Maria. “Nad tak faham.” Menggeleng. Sungguh dia tidak mengerti. Apa maksud Mama? Kenapa Mama cakap macam tu?
            Sementara Puan Maria hanya tersenyum.



“HEYA.”
            Langkah Nadiya dan Syafiq mati. Mereka kini berhadapan dengan seorang wanita yang berpakaian seksi. Rambut lurus yang sedikit perang itu dibiarkan lepas melepasi pinggangnya. Ditangannya ada satu beg tangan berjenama.
            “Ingat aku lagi?” Tanya Tiara pada Nadiya bersama senyuman sinisnya. Sempat dia mengerling Syafiq disisi Nadiya.
            Nadiya hembus nafas. Wanita yang menganggap dirinya Malaikat Maut? Huh. “Kau siapa yang aku perlu ingat?” Soal Nadiya sinis. Entah kenapa, dia memang tiada jiwa bila berdepan dengan wanita ini. Hatinya sakit.
            Tiara gelak. “Aku salute kau yang sekarang. Pandai melawan.” Sinis. Tiara pandang pula Syafiq di sebelah Nadiya. Dia tersenyum pada lelaki itu. Jelas wajah kebencian pada wajah Syafiq. Hey, yang kau benci ni dululah yang kau tergila-gilakan, tahu? Yang kau benci ni dululah yang kau sanggup tinggalkan Nadiya. Heh.
            Tiara kembali pada Nadiya. Dia senyum sinis. Tahu yang Nadiya memang tidak menyukainya. Baik sewaktu Nadiya hilang ingatan ataupun tidak, wanita itu tetap tidak menggemarinya. “Nad. Nad.” Dia pandang tubuh itu. Makin cantik. “Kau akan tahu sisi gelap jantan ni bila kau dah ingat semuanya nanti, Nad.”
            “Tiara!” Mata Syafiq tajam pada Tiara. “Don’t you dare.” Amarannya keras.
            Tiara hanya senyum. “I swear yang kau akan tinggalkan jantan ni bila kau dah ingat semuanya.” Ucapnya lagi. “Jantan ni dah bunuh kebahagiaan kau, Nad. Percayalah cakap aku.”
            “Leave, Tia.” Halau Syafiq. Urat di leher jelas kelihatan.
            Sementara Nadiya, masih lagi keliru. Apa yang berlaku? Apa yang diucapkan perempuan ni? Kenapa dia cakap macam tu?
            “I will, but.” Jeda. Dia pandang Nadiya. Ayat terakhir sebelum dia pergi. “Whatever sweet word come out from his mouth, it’s just a shit.” Jujurnya.
            Syafiq, telan liur. Tiara tak guna!



NADIYA menapak menuruni anak tangga. Tiba di anak tangga terakhir dia terdengar suara Mama bercakap dengan seseorang di dapur. Suara yang agak familiar pada pendengarannya. Dan corak perbualan mereka agak serius. Kakinya melangkah ke dinding yang menghala ke dapur dan berdiri disitu.
            Bukan niatnya mahu mencuri dengar, tapi namanya yang disebut dua wanita itu menariknya untuk melekat di situ. Apa yang mereka bualkan?
            “Tak baiklah kita pisahkan mereka macam ni,” Suara Mama. Jelas nada risau.
            “Aku pun rasa macam tu.” Jeda. “Apa kata kita terus terang je.” Suara Puan Seri.
            “Tapi, macam mana? Macam mana kalau Nad tak terima?” Suara Puan Maria lagi.
            “Kita kena terus terang juga. Tak kisahlah apa pun yang berlaku. Sekurangnya, beban kita berkurang nanti.” – Puan Seri.
            “Terus terang apa?” Nadiya yang penuh dengan sifat mahu tahu mencelah. Terpinga-pinga dia memandang Mama dan Mummy di dapur. Kenapa bersembang di dapur? Kenapa tidak di ruang tamu saja?
            Dan, baru dia perasan Syafiq juga ada bersama mereka. Hanya diam menekur meja makan. Apa lelaki tu buat di sini?
            “Nad.” Puan Maria berpandangan dengan Puan Seri. “Sebenarnya,” Puan Maria telan liur dari mahu bersuara. Ayat apa yang harus dia ucapkan? Dipandang Puan Seri minta bantuan.
            “Nad, kita keluar jom.” Ajak Syafiq tiba-tiba.



SYAFIQ pandang sekeliling restoran. Tak ramai sangat orang berkunjung waktu lewat petang macam ni. Keadaan restoran pun tenang je tak sesak macam waktu makan tengahari. Dan dia hulurkan telefonnya dan kunci kereta bersama dompetnya pada Nadiya.
            Nadiya yang terpinga-pinga mendongak pandang Syafiq. Apakah? “Tolong jaga kejap. I nak pergi tandas.” Dan Nadiya hanya angguk.
            Lima minit menunggu, makanan dan minuman sudah tiba, tapi bayang Syafiq dia langsung tak nampak. Lamanya Syafiq pergi tandas. Dan saat dia mahu mengalihkan telefon bimbit Syafiq ke tempat yang jauh dari dari gelas, entah macam mana dia tertekan salah satu butang di telefon itu dan skrin telefon menyala.
            Dahi Nadiya berkerut saat terpandangkan wallpaper skrin telefon itu. Gambar Syafiq bersama seorang bayi yang masih kecil. Dan kejap,
            Mata Nadiya statik pada wallpaper itu. Ini bukan ke gambar baby yang ada dekat rumah Syafiq? Ah, tak syak lagi. Bayi yang sama. Tapi,
            “Sorry late.” Syafiq datang bersama senyuman di bibir. Dia menyisip air yang dipesannya dengan straw yang disediakan. Lega tekaknya yang kering. Dia pandang pula Nadiya yang kaku tiba-tiba itu.
            “Nad, you okay?” Soalnya. Pelik melihat Nadiya.
            Nadiya dongakkan kepala pandang Syafiq. “Siapa baby ni?” Tanyanya sambil menunjuk pada wallpaper di telefon.
            Pergerakan Syafiq terhenti. Dia pandang skrin telefonnya yang menyala bersilih ganti dengan wajah Nadiya. “Kenapa?” Nada suaranya berubah.
            Nadiya menggeleng. “Kenapa baby tu sama dengan gambar baby yang ada dekat rumah awak?” Tanya Nadiya ingin tahu. Kenapa banyak sangat benda yang dia perlu tahu sekarang ni? Rasa macam dia perlu menyelesaikan satu episod demi satu episod untuk mengetahui kebenaran dan pengakhiran cerita ni.
            “Syafiq,” Panggil Nadiya bila Syafiq tinggal diam diri.
            “Kita makan dulu,”
            Nadiya mengeluh. Kenapa Syafiq perlu berahsia dengannya? “Ini bukan anak Kak Shaz kan?” Soalnya. Sebab Mama dah beritahu tentang itu beberapa hari yang lepas. Tapi Mama hanya mendiamkan diri saat dia menyoal bayi itu kepunyaan siapa.
            “You kenal Kak Shaz?” Tanya Syafiq terkejut. Nadiya dah ingat semuanyakah?
            Nadiya menggeleng pantas. “Mama ada cerita haritu,”
            Syafiq hembus nafas lega. “Itu bukan anak Kak Shaz,” Dia basahkan bibir yang kering.
            “Jadi?”
            Syafiq mengeluh lemah. “Kita makan dulu,”
            “Syafiq,” Masih mahu menuntut jawapan.
            Dan diam Syafiq buatkan Nadiya mengalah.



DIA kaku. Tubuhnya membeku. Kenapa? Siapa manusia yang memeluknya secara tiba-tiba ini? Pelukan yang kuat dan erat pada tubuhnya membuatkan Nadiya sukar untuk bernafas. Berkali-kali dia cuba menolak tubuh yang lagi memeluknya, tapi acapkali itu jugalah dia menemui kegagalan. Ni manusia ke hantu? Badan gila berat.
            “Siapa?” Tanya Nadiya ingin tahu. Dia tak pernah nampak manusia di hadapannya. Siapa dia? Kenapa dia datang sini tiba-tiba dan terus peluk aku?
            “Oh gosh, kau betul tak kenal aku Nad?” Suara itu melengking tinggi. Siap goncang kedua bahu Nadiya sebab terkejut.
            Nadiya kerut dahi bersama gelengan di kepala. “Siapa?” Dia soalnya lagi. Serius, dia tak tahu manusia di hadapannya ini siapa.
            “Akulah Puteri Lilin.” Dia senyum manis.
            Nadiya jungkit sebelah kening. Puteri Lilin dari celah mana pula ni? “Puteri Lilin?” Soalnya hairan. Inilah kali pertama dia dengar nama orang macam ni.
            Dan wanita di hadapannya menghamburkan tawa. Mungkin lawak dengan reaksi yang diberi Nadiya padanya.
            Nadiya hanya kerdipkan matanya. Masih tidak mengerti akan situasi sekarang ni. Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa perempuan ni? Aku kenal dia kah? Tapi siapa? Kenapa Mama atau Papa atau Syafiq langsung tak pernah beritahunya tentang wanita ini? Nadiya musykil.
            “Eh Kris? Bila sampai?” Dengar suara Puan Maria dari belakang.
            Baik Nadiya mahupun wanita yang masih di muka pintu menjatuhkan pandangan pada Puan Maria.
            Nadiya pandang Mamanya. “Mama kenal dia?” Soalnya.
            Puan Maria pandang anaknya sebelum jatuh pada Kristine yang tersenyum. Dia mengangguk. “Kenapa Nad tak bawa dia masuk, sayang?” Tanya Puan Maria lembut.
            Nadiya garu kepala. “Dia siapa?”
            Dan Puan Maria menepuk dahinya. Macam mana dia boleh terlupa nak beritahu tentang Kristine pada Nadiya? “Ini kawan baik Nad,”
            Tapi belum sempat Puan Maria sudahkan perkenalan tentang Kristine pada Nadiya, Kristine pantas mencelah. “Tak apa auntie, Kris boleh explain everything to her.” Dan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sempat dia menarik tangan Nadiya supaya mengikutinya.
            Puan Maria senyum. Dia percaya pada Kristine. Semenjak Nadiya berkawan dengan gadis itu semenjak sekolah menengah lagi, dia mula menganggap Kristine sebagai anaknya. “Auntie buat air dulu. Kamu duduklah dulu.” Dan Puan Maria melangkah ke dapur.
            Kristine senyum. Dia pandang Nadiya disebelah. Senyuman makin melebar. “Kau serius tak ingat aku?” Soalnya.
            Dan Nadiya hanya angguk. Dia tak ingat siapa perempuan ni. Dah oh, tadi Mama ada beritahu yang perempuan ni kawan baik dia. “Kau..”
            Kristine angguk. “Akulah kawan baik kau. Kita mula kenal dari sekolah menengah. Satu kelas sampai habis sekolah menengah. Lepastu masuk universiti sama-sama. Semuanya sama-sama.” Dia mula bercerita.
            “Kau siapa?”
            “Aku Kris.” Senyum.
            “Kris Dayanti?”
            Dan Kristine lambakkan tawanya. “Am I look like Kris Dayanti?
            Nadiya menggeleng.
            “So I’m not.” Jeda. “Aku Kristine Xie. Tapi kau selalu panggil aku Kris.” Jeda lagi. “I’m a chinese girl.
            Nadiya hanya tekun mendengar. Jadi, dia punya kawan? Kawan dari sekolah menengah? Tapi kenapa dia tak pernah nampak Kris sebelum ni?
            Kris pegang tangan Nadiya. Wajah simpati dan kasihan ditayangkan. “Nad, I am sorry.” Ucap Kris tiba-tiba. “Aku baru dapat tahu yang kau kemalangan.” Tangan Nadiya dipegang erat. Sumpah dia sangat terkejut sebaik saja dapat tahu yang Nadiya kemalangan.
            Nadiya menggeleng. “Aku.. Aku tak faham.”
            “Take a deep breath, and start it again.” Suara Puan Maria. Dia meletakkan dulang di atas meja. Kemudian dia pandang dua sekawan itu. “It’s takes a lot of time to recovered you, Nad.
            “Just ask anything to her, and you'll find the answer of your questions.” Beritahu Puan Maria pada Nadiya.
            “Huh?”
            Puan Maria angguk.



BUNYI loceng yang kedengaran buatkan perbualan antara keduanya terhenti tiba-tiba. Nadiya dan Kris masing-masing berpandangan. Masing-masing tertanya-tanya.
            “Kejap aku pergi tengok.” Nadiya bangkit.
            Minit berselang, Nadiya masuk kembali bersama Syafiq disisi. Memang waktu-waktu macam ni Syafiq akan datang ke sini berbual dengannya. Entahlah, dia sendiri tak faham kenapa lelaki ini perlu berbuat sedemikian.
            “Kris.” Panggil Nadiya bersama senyuman. Tak sabar nak bawa Syafiq berjumpa dengan Kris. Mendengarkan dari apa yang diberitahu Kris padanya tadi, dia dan Syafiq dah lama tak berjumpa. Dan mungkin ini pertemuan mereka kembali.
            Kristine menoleh. Tapi pandangannya kaku pada Syafiq. Pantas dia berdiri. “Apa kau buat dekat sini?” Tanya Kris pada Syafiq.
            Seperti Kris, Syafiq juga terkejut dengan kehadiran wanita itu hari ini. “Kau buat apa dekat sini?” Soalan Kris dia tanya semula pada wanita itu. “Bukan kau dah jadi warga tetap Kanada ke?”
            Kristine pandang Nadiya. Wajah itu tampak bahagia. Tapi, Nadiya tidak tahu tentang hal yang berlaku antaranya dengan Syafiq kah? Dan Kris mula pandang Syafiq. Dari raut wajah itu, dia seolah mendapat sesuatu. Sesuatu jawapan yang,
            “Kau tak beritahu dia semuanya kan, Fiq?” Tebaknya.
            Wajah Syafiq berubah mendengar soalan itu.
            Melihatkan wajah Syafiq, Kris senyum sinis. “Aku dah agak.” Ucapnya. Dia pandang Nadiya. Dia mengeluh perlahan. Nadiya perlu tahu keseluruhan cerita. Nadiya perlu tahu punca dia kemalangan. Dan Nadiya perlu tahu apa yang berlaku pada wanita itu sebelum dia hilang seluruh ingatan.
            “Kris,” Suara Syafiq. Halkumnya bergerak. Dan dia menggeleng saat matanya bertentang dengan mata Kris. Memberitahu sesuatu melalui pandangan mata mereka.
            Kristine mengeluh. Apa yang dia perlu buat sekarang?
MALAM TU, Nadiya tak ke mana-mana. Hanya duduk dalam bilik dan melayan diri. Dia pandang sekeliling bilik. Warna coklat gelap menjadi latar belakang dindingnya. Dipadankan dengan perabot yang segalanya diperbuat daripada kayu yang sangat cantik.
            Dan matanya terpandangkan satu meja belajar di hujung bilik. Entah kenapa, seperti ada sesuatu di meja itu yang buatkan dia melangkah ke sana. Kerusi di meja itu diduduki. Laci meja paling atas ditarik.
            Ada bermacam jenis kertas yang tersusun rapi. Ada banyak batang pen di situ. Segala kertas itu dibawa keluar dan diletakkan di atas meja, di hadapannya. Segala isi kertas itu dibacanya. Dan dia tidak menjumpai apa-apa di situ. Hanya kertas-kertas biasa yang diperlukan dalam menyiapkan assignment rasanya.
            Kertas itu dimasukkan kembali dan laci pertama ditutup.
            Dia tarik pula laci meja yang kedua. Juga sama. Tiada apa. Hanya ada pelbagai jenis buku motivasi berbahasa inggeris sahaja di situ.
            Laci ketiga pula menjadi target seterusnya. Dan dahinya berkerut bila terpandangkan sesuatu. Baldu berwarna biru dan satu sampul yang juga berwarna biru dibawah baldu itu dibawa keluar.
            Kedua barang itu dibawanya ke katil dan dia duduk bersila. Baldu berwarna biru dibuka. Ada sebentuk cincin yang bertatahkan tiga butir berlian di atasnya. Sangat cantik. Dengan sekali pandangan pertama saja, cincin silver platinum itu telah mencuri perhatiannya.
            “Nice.” Cincin itu dikeluarkan dan disarung pada jari manisnya. “Kenapa cantik sangat ni?” Geramnya. Sangat suka dengan cincin yang sudah tersarung di jari. Bibir semenjak tadi mengukirkan senyuman.
            Bunyi ketukan di pintu buatkan Nadiya pantas melangkah ke pintu. Siapa pula yang mengganggu waktu-waktu macam ni? Pintu dibuka dan muncul Syafiq. Berkerut dahi Nadiya pandang lelaki itu.
            “Awak buat apa dekat sini?” Tanya Nadiya.
            Sementara Syafiq menelan liur. Matanya semenjak tadi tidak berganjak dari kepala Nadiya. Memandang rambut itu yang tidak bertutup.
            Nadiya yang perasankan keadaan itu pantas menutup pintu sekuat hati sebelum menyarung kepalanya dengan pashmina yang disangkut di belakang pintu. Dia mengetap gigi kuat. Kenapa Mama bagi izin Syafiq naik atas?
            “Nad.” Suara Syafiq dari luar. “Maaf, I tak sengaja.” Ucap Syafiq lagi.
            Nadiya mendengus. Serius, dia tak faham dengan keadaan sekarang ni. Kenapa Syafiq boleh naik sampai dalam bilik dan kenapa Mama dan Papa mengizinkan? Nadiya mendekatkan tubuhnya pada pintu yang masih tertutup. “Awak nak apa?” Soalnya dibalik pintu.
            Syafiq bersandar pada pintu. “I nak ajak you keluar makan,”
            “Tapi saya dah makan.” Pantas Nadiya menjawab.
            “It’s just a light dinner.
            “Kalau saya tak nak?”
            “You kena nak jugak,”
            “Sebab?”
            Syafiq mengeluh. Nadiya yang ini seperti Nadiya yang dulu. “You tak kasihan ke pada I? Sanggup datang sini malam-malam, tapi you tolak ajakan I?”
            “Kenapa awak tak mesej atau telefon je?” Soal Nadiya hairan.
            “Sebab I tak ada kredit.”
            Nadiya mengeluh. “Saya tak terima tu sebagai jawapan.” Peliklah dengan Syafiq ni.
            “Please Nad,” Syafiq merayu.
            Nadiya diam.
            “Nad,”



YEAH, selepas di pujuk dan dirayu oleh Syafiq, dan atas keizinan Mama dan juga Papa, maka di sinilah dia. Berada di hadapan Syafiq. Duduk berdua di sebuah restoran.
            Nadiya ketuk meja dengan jarinya. Dia pandang sekeliling. Keadaan restoran yang sangat janggal buatnya. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini.
            “This is your favourite restaurant.” Beritahu Syafiq.
            Nadiya pandang wajah lelaki itu. “Serius?”
            Syafiq angguk. “Indeed,” Senyum. “You akan selalu ajak I makan dekat sini.”
            “Selalu?” Fakta terbaru tentangnya. “Dengan awak?”
            Syafiq angguk. “I adalah syurga you.”
            Dahi Nadiya berkerut. “Pardon?” Entah kenapa, tapi dia rasa nak tergelak.
            Syafiq angguk. Wajahnya tenang. “Bagi you, I ni merupakan life guardian you.” Tambahnya lagi. Itulah apa yang pernah Nadiya beritahunya sebelum ini. Dan kini, dia hanya memutarkan kembali ayat itu.
            “Stop talking nonsense, Syafiq.
            Syafiq senyum nipis. Tapi senyumannya mati tiba-tiba bila terpandangkan sesuatu di jari manis Nadiya. Tegak badannya tiba-tiba. Mata helangnya tajam memandang cincin yang tersarung itu. “Mana you dapat cincin tu?” Soalnya.
            Nadiya pandang cincin yang tersarung di jari. “Cincin ni?” Dia angkat tangan kanannya. Anggukan dari Syafiq buatkan dia senyum. “Saya jumpa dalam laci meja dalam bilik.” Balasnya ceria. “Cantik. Dan saya pakainya.”
            “Boleh I tengok?”
            Nadiya angguk pantas. Dia mencabutkan cincin itu dari jarinya dan menyerahkan pada Syafiq. Cincin yang sangat cantik pada matanya itu dipandang. Kenapa dia rasa macam tak nak berpisah dengan cincin tu?
            Syafiq membelek cincin di tangan. Dia hembus nafas perlahan. Tak syak lagi. Cincin ni, cincin ni memang milik Nadiya. Memang kepunyaan Nadiya.
            Cincin itu dibeleknya lagi. Diteliti segenap isi cincin itu. Dan bibirnya mengukir senyuman lebar saat matanya terpandangkan apa yang dicarinya semenjak tadi dijumpainya. Ada satu tulisan yang terukir di cincin itu.
            Tulisan seperti,
            Danish’s.

Previous: Part 1
Next: Part 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Que