Home Novelet Alternatif ETHEREAL
ETHEREAL
Lee
18/10/2021 15:22:51
17,569
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Senarai Bab
PROLOG

Telinga kedua-dua budak perempuan di kiri kanannya dipulas sepuas-puasnya. Terjerit-jerit mereka mereka berdua dibuatnya. Masing-masing tayang muka tidak puas hati. Siapa je yang tak marah kalau telinga kena pulas tiba tiba? Tak ada ribut, tak ada angin, aih alih-alih kena pulas? Ikutkan hati, mahu saja dilapah-lapah untuk dibuat daging salai. Tapi tulah, kalau buat karang kena tarbiah dengan mama. Uih, lagi seram!

"Along ni dah kenapa?" bentak si bongsu. Tangannya laju menggosok telinga yang baru saja jadi mangsa pulas.

Melihat si adik sudah berpeluk tubuh tanda protes, Adam hanya biarkan. Dia melompat dari belakang kerusi hanya semata untuk duduk di tengah-tengah. Sengaja sebenarnya dia cari pasal. Dari tadi dia memanggil tapi langsung tiada yang menyahut. Rupa-rupanya sibuk layan cerita Randy Pangalila!

"Kenapalah aku ada abang yang macam ni? Malang sungguh." rungutnya perlahan tapi masih lagi boleh didengari Adam.

Adam hanya tayang senyuman sarkastik. Langsung tak terkesan dengan rungutan Irish. Remote tv ditangan Irish dirampas. Sengaja. "Aku taknak korang layan drama melayu yang entah apa apa. Tak berkembang sel otak nanti." katanya sebelum kembali ralit pada android ditangan. Entah apa yang disibukkan sangat dengan telefon!.

Si abang di sebelah dijeling. Tengok pun tidak, dah terus kutuk? "Baik kau join sekali, long. Ni haa cerita Gantung. Kau kan layan Fixi." balas Irish bersahaja. Matanya masih lagi tertancap pada kaca skrin. Bila muncul saja pelakon Randy Pangalila, mulalah dia menggedik.

Melihat perangai adiknya menggedik, cepat-cepat Adam tutup tv. "Geli bodo!" kata Adam sambil menggeletis kegelian.

"Along!" jerit Irish saat si along tutup tv. Bantal doraemon dicapai dan dipukul tepat pada muka Adam. Mulalah episod baling membaling bantal.

Bila si adik dan si kembar mula baling bantal, Lily bangkit dari sofa. Remote tv diambil. Bosan deh dengar budak dua ekor ni berperang. Sudahnya dia pulak yang ketuk kepala mereka berdua. Serentak Adam dan Irish memandang Lily. Masing masing tercengang dengan tindakan Lily. Lily makin pening dengan perangai adik dan kembarnya.

"Lil masuk tidur dulu. Ingat pesan mama jangan tidur lambat ya wahai kembar, adikku." ujar Lily sebelum menapak menuju biliknya meninggalkan Adam dan Irish di ruang tengah.

Adam pandang Irish. Keningnya diangkat berkali kali sambil menyoal, "Kau asal taknak tidur lagi ni?"

"Orang nak tengok muka Gibs laa"

"Eh kiddo kudus, kau pergi naik tidur sekarang!" arah Adam penuh mandatori. Irish kecilkan matanya. Rasa geram makin berbakul-bakul.

"Mamaa,along kan dia buli orang!" jerit Irish. Melopong Adam bila lihat Irish guna kad mama. Dasar adik!

Tak lama kemudian suara mama mula memetir satu rumah. Lekas mereka berdua beradik berlari masuk bilik masing masing. Tu mama baru petir dari dalam bilik, kalau mama petir depan depan? Aduuu naya!


Next: LILY

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lee