Home Novelet Alternatif ETHEREAL
ETHEREAL
Lee
18/10/2021 15:22:51
14,162
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Senarai Bab
ADAM

Hari yang sepatutnya aman damai buat seorang Naila berubah jadi hari yang paling malang saat dia dikehendaki di bilik mpp. Kalau dah dia kena datang, tak lain tak bukan Adam mesti akan ada juga. Punyalah susah payah dia nak larikan diri, alih alih kena juga bersemuka. Sir Ivor sudah pandang dirinya semacam. Dia paling pantang kalau ada yang ganggu sewaktu dia tengah mengajar. Tapi nak tak nak dilepaskan juga Naila pergi. Salah satu kelebihan jadi anak emas cikgu, dia dapat keluar tanpa dengar sebarang perlian atau bebelan.

Pintu bilik mpp ditolak kasar. Sepi saja. Emm okay. Laju kakinya melangkah menuju bilik mesyuarat. Terlihat Hamziq, Mulan dan Adam sudah mulakan perbincangan. Pintu diketuk perlahan seraya ketiga tiga mereka memandang Naila yang baru muncul.

“You called me?”

Hamziq angguk. “Sorrylah panggil waktu waktu gini.” yeah right. “Tapi kita kena bincang pasal program korang berdua. You both proposed different programs but on the same day.” 

Melihat wajah tidak senang Naila dan Adam, Hamziq mula geleng kepala. Tak sangka yang dulunya budak berdua ni rapat tapi sekarang dah jadi musuh. Disikunya Mulan di sebelah untuk mengambil alih situasi.

“What’s wrong with you guys actually?” soal Mulan.

“Nothing.” laju kedua duanya menjawab. Masing masing pandang seketika sebelum beralih pandangan. Tak suka. Suasana di bilik mesyuarat makin janggal. Semua membisu dan tak tahu nak kata apa lagi.

“Hamziq, aku nak tarik diri boleh?”

Enam patah perkataan. Terus Adam menoleh Naila seakan tidak percaya apa yang didengarnya tadi. “You're joking right?”

“Oh shut it Adam. I’m not talking to you.”

Tanpa menunggu balasan Hamziq mahupun Mulan, Naila bangkit dan terus meninggalkan mereka bertiga di bilik mesyuarat. Mulan mula pandang Adam. keningnya dijongket. Tahu sangat mereka berdua ni ada krisis.

Oh cinta.

🎭

It was his mistake after all…

Tiang bola difokus, Adam mula menjaringkan bola. Hari ni punya latihan saja sudah banyak jaringan digolkan. Tapi untuk fokus lepas kejadian tengah hari ni tadi agak mencabar. Terdengar sorakan dari arah tempat audiens. Adam senyum bangga bila namanya disebut sebut. 

Kalau dulu, dia punya cheerleader tersendiri. Selalunya ‘dia’ akan duduk di kerusi paling atas tiap kali Adam punya latihan petang. Tak bersorak tak menjerit. Hanya senyum bangga. Tapi itu dulu. Sebelum mereka berdua jadi seperti sekarang. Strangers with perfect memories to be remembered.

Sekarang ni bersua muka pun tidak, apatah lagi mahukan Naila ada di sini. Memang tidaklah kan? Heh. 

Bahu Adam ditepuk Irzd, “Good catch up for a distracted guy.” tak tahu juniornya ada masalah pasal siapa. Tapi kalau dah asyik terpandang pandang kerusi audiens, Irzd dah boleh teka sebab apa. “Bro, I need you to be in good spirits for the final tournament next week. Jangan sebab kau tak boleh fokus, satu sekolah dapat malu.” sedas peringatan diberikan. Sudahlah semalam dia bagi nasihat pasal kembarnya, takkan sekarang dia juga nak kena bagi nasihat untuk tak berfikir sangat pasal Naila?

Apa yang dikatakan Irzd ada betulnya. Final tournament makin mendekat dan dia sibuk duk teringat dekat Naila. Nafas ditarik perlahan supaya mindanya kembali fokus pada bola keranjang. ‘Persetankan semua benda weh. Yang penting basketball dan bukannya hal Naila.’

“Aku tak fikir apa, Irzd. Jangan risaulah. The Victorians are gonna win this tournament.” 

“Prove it.”

🎭

Tamat saja latihan petang, Adam menuju ke tempat parkir motor. Sambil dia berjalan dia terdengar satu suara yang amat dikenalinya. Bukan nama dia yang dipanggil tapi nama orang lain. Tak pelik la kalau Naila memanggil orang lain dan bukan dirinya. Lagi pun mereka berdua bukannya ada apa apa.

Dilihatnya Naila dan kawan barunya, Harijun meninggalkan kawasan sekolah sama sama. Ada satu rasa yang mula menjentik hati. Cumanya dia sendiri tak tahu rasa apa.

‘Ada perasaan ni menyusahkan saja.’ bentak Adam dalm diam.

🎭

Weh, dorm aku cool gila!

.

Aku harap kau tak musnahkan rumah kita. Awas kamu!

.

It’s not a bad idea after all to stay here.

.

Kat sini ada balai cerap!

Sekian sahaja bebelan yang menyemakkan kepalanya. Tahulah teruja dengan tempat baru, tak pasal pasal dia kena tadah dengar apa yang kembarnya fikir. Memanglah seronok ada kembar dan ada kelebihan telepati, tapi kalau dah semua benda nak dikongsi, penat jugak Adam. sebelum Lily pindah, tak ada sangat yang diborakkan. Ni bila dah jadi Victorian, Lily jadi jakun walaupun sekadar perkara yang kecil.

‘Tapi tak apalah, biarkan saja dia gembira. Setidaknya dia ada kawan dah sekarang dan aku tak perlu nak risaukan hal Lily dah.’ omelnya semata untuk menyedapkan hati.

Berada di rumah bersendirian buatkan Adam jadi rindu dengan keluarganya. Rindu nak cari pasal dengan adik perempuan. Rindu nak dengar bebelan mama. Kalau waktu waktu gini, mesti dia dan Lily tengah gaduh berebutkan remote tv. Bak kata orang, bila berjauhan baru lah nak terasa rindu!

Buku latihan Chemistry dibuka. “Chemy, chemy… kalau tak disebabkan kau ni asas kepada sains, memang dah lama aku drop engkau.” leceh tahu. Sudahlah Sir Jo bagi kerja berlambak. Itu belum lagi math mode dengan fizik yang nak kena hantar esoknya.

Jam hampir menginjak angka dua pagi saat Adam selesai dengan segala tugasan sekolah. Usai mengemas meja, badannya direbahkan atas tilam katil. Rasa sengal seluruh badannya dek kerana duduk lama sangat. Saat matanya mahu terlelap, akuarium kura kuranya dipandang. Satu senyuman mula terukir bila dia kembali teringat momen lama.

Naila hulur bekas akuarium kecil. Dia tersengih sambil memandang Adam, “Well urm… I may not be the first or the last person to wish you a happy birthday. So happy bornday, Adam. Nah hadiah. Whatever happens in the future, I really hope that you are gonna take good care of them.”

Dalam bekas akuarium tersebut ada sepasang kura kura. Kecil dan comel.

“Satu nama Iridium. Sekor lagi nama dia Aluminium.”

Bulat mata Adam -tak bulat pun, dah orangnya sepet nak bulat amende lagi- bila si Naila bagi nama berdasarkan unsur yang ada di jadual berkala. Tak tahulah Adam sama ada Naila nak usiknya atau betul betul nekad bagi nama begitu. Tahulah dia memang minat subjek kimia!

Bekas akuarium dibeleknya sebelum diletakkan dalam loker buat sementara. Kerja gila namanya kalau nak bawa kura kura masuk kelas! Budak kelasnya bukan boleh percaya sangat. Silap haribulan dah mati dulu sebelum Adam sempat bawa mereka balik ke rumah.

Sambil dia mengunci pintu loker, Adam paling sebelah. Aik? Laju betul naila lesap. Adam hanya senyum dengan telatah Naila. Tak kisahlah kalau Naila bukan orang pertama yang ucap hari jadi, janji dia ingat sudah cukup okay.

Loceng mula berbunyi menandakan rehat sudah tamat. Pelajar yang masih ada di Cerulean Cover mula bergegas ke kelas masing masing. Begitu juga Adam. dia jadi semangat nak masuk kelas seterusnya. Disebabkan subjek bahasa asing tak semua sekolah ada, itu yang Adam teruja lebih nak belajar bahasa jepun. Walaupun dah tiga tahun di Victor High School, tetap saja dia teruja untuk belajar bahasa asing. Heh, ni kalau subjek kimia tak ada pula nak teruja macam ni!


Previous: LILY

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lee