Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,671
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 13

13: JANGAN TINGGALKAN SAYA

Pang!

Semua terdiam saat tangan kecil itu laju bertindak menamparlelaki yang lancang bicaranya mengguris hati seorang wanita. Air mata yangdipaksa tahan, tidak terhalang lagi mencurah-curah bagai air terjun. Bellasemakin serba salah, tak tahu yang mana harus diterpa dahulu. Siapa yang harusdipujuk. Jujurnya hatinya turut terkesan apabila abangnya terlalu kejam menuturkata hina, setega itu sikap abangnya yang dijulang selama ini kepada seoranggadis yang sudah digelar tunangnya. Tapi kakinya berakar ke tanah mahu memujuksaat melihat abangnya pula dilempang keras gadis itu. Dia serba salah!

Langit dipandang gelisah, bintang dan bulan yang tadinyacantik bercahaya di dada langit mulai kelam dilindung arakan awan hitam.Dentuman guruh sayup-sayup dari jauh. Patutlah angin malam ini sejuk lainmacam. Anginnya pula kuat menghantar petanda sedari petang. Rupanya isyaratdaripada langit mahu memuntahkan isinya bila-bila masa sahaja lagi. Seolah-olahalam sangat tahu, ada hati sedang disakiti. Bercucuran tangisnya disertai alamtidak lama lagi. Kelak basah kuyup mereka jika tidak segera dicari tempatperlindungan.

“Err.. abang, kak Husna. Jom kita balik. Nak hujan ni.”

Bella memecahkan kesunyian yang berdetik lamanya dengankekeliruan dan ketegangan menyelubungi mereka. Tangan Nur Husna dicapai,menarik tubuh gadis itu untuk dekat dengannya. Nur Husna tak berpaling lagi.Mahu pandang mereka pun dia tak mahu. Hatinya terlalu sakit. Sakit umpama racunberbisa sedang merobek-robek hatinya. Crocs disarung, lampu pelitadicapai, tanpa pandangan kedua menonong langkah Nur Husna meninggalkan AzamNorhakim malah huluran Bella juga tidak disambut.

Langkahnya semakin laju meninggalkan mereka yang masih statikdi belakang. Bibirnya digigit kuat menghalang esakan yang semakin kuatberbunyi. Mata semakin kabur dengan limpahan air mata. Dibiarkan bertali arustanpa ada rasa mahu mengesatnya. Panggilan keras yang menyeru namanya daribelakang, ditulikan deria telinganya tanpa berhentikan langkah. Derapan kakiyang mengejar juga tidak diendahkan, malah kakinya semakin laju melangkah.Rangkulan pada lengannya ditepis kasar. Hampir terpelecok kakinya dek ditahanberkali-kali tapi semuanya ditepis. Hinggalah Azami Norhakim mendahuluilangkah, berhenti di depannya lalu mencengkam dua bahunya. Rontaannya tidak membantukali ini. Nur Husna terkunci tapi terus membuang pandang ke sisi. Dia bencimahu melihatwajah itu. Dia benci! Sangat!

Hey! Hey! I’m sorry. I crossed the line. Shh..Shh.. oh please. Jangan menangis. I tak tahu nak pujuk perempuan.”

Kata sinisnya sudah berubah. Lembut nadanya tapi penuh denganresah entah mengapa. Mungkin menyesal dengan kelancangan mulutnya. Dia meraupwajahnya apabila Nur Husna masih dengan tangisannya tapi tidak mahu langsungmemandang wajah Azami Norhakim. Kecewa benar sisi wajah itu. Kedengaran bisikansumpah seranah berkali-kali meniti di bibir Azami Norhakim, marah dengan dirisendiri. Ada sedikit rasa sesal.

Dia lupa, dia berurusan dengan seorang wanita yang sangatlembut hatinya. Yang sangat sensitif jika disentuh kekurangan dirinya. Dekterlalu jengkel dengan kaum itu, hidupnya lebih sering dihabiskan denganlelaki. Malah urusan kerjanya lebih disibukan kerjasama dengan lelaki. Jadi dialepas laku. Mulutnya sudah biasa berbicara nista jika dengan lelaki. Berdepandengan Nur Husna, dia lupa. Kerana tidak suka dengan perempuan, hamburan rasajengkelnya dilepaskan kepada Nur Husna tanpa rasa bersalah. Jika dia tidaksuka, dia jujur nyatakan terus tanpa ada lapik bahasanya. Jika dia mahukansesuatu, dia lakukan sesuai dengan kemahuan dan rancangannya tanpa pedulipendapat yang lain. Asalkan hasratnya tercapai. Itu dia, Azami Norhakim. Diabuat apa yang dia rasa berfaedah untuk dirinya. Soal hati? Dia tak pernah kisahakan semua itu.

Azami menunduk sebentar, berfikir tanpa melepaskan cengkamanpada bahu Nur Husna. Gadis itu masih begitu, tak mahu memandang dan semakinhanyut dengan esakkannya. Perlahan dia mendongak, mencari wajah si gadis yangdirundung duka. Keluhan perlahan dilepaskan sebelum mencari nafas untuk berkatalanjut.

You nak putuskan pertunangan ni?”

Seperti tersedar, wajah itu berpaling. Matanya semakinmengecil, bibirnya semakin melorot ke bawah; mencebik mahu menangis lagi. Jemarikecilnya dibawa ke mulut, tangisannya mula berbunyi nyaring. Kakinya tegakdipasak, tiba-tiba terjelepok ke tanah. Terhinjut-hinjut bahunya menangis.Terluka benar dia dengan kelancangan Azami Norhakim.

“Nur Husna!”

Azami Norhakim turut cemas mencangkung apabila gadis itusudah terduduk di tanah tiba-tiba.

“Apa awak buat dekat saya ni Azami. Tsk.. tsk..”

Azami Norhakim diam. Menanti bicara Nur Husna yang sepertimahu berkata lanjut.

“Kita baru bertunang petang tadi. Tsk.. tsk.. Tapi kenapabaru sekarang awak cakap awak tak suka saya tsk.. tsk.. Kalau ikutkan hati sayatsk.. tsk.. Sekarang juga saya bagitahu keluarga saya dan keluarga awak tsk..tsk.. Kita putus tunang tsk.. tsk.. Tapi.. tapi.. huarr...”

Nur Husna semakin meraung. Matanya terbayang-bayang segalajerih payah Puan Senah, Rozaimah, Maisarah mempersiapkan segalanya hanya untukNur Husna. Perancangan yang sempurna, persiapan yang gah mengjangkau kemampuanmereka yang sederhana. Duit yang begitu banyak dibazirkan, semuanya hanya untukNur Husna. Janji antara dua keluarga yang baru disimpul siang tadi, disaksikansatu kampung yang datang memeriahkan majlis. Kenduri arwah dan kesyukuran yangdilangsungkan sekali, mengalahkan majlis kahwin secara besar-besaran.Dimeriahkan jiran tetangga dan sanak saudara, mendoakan mereka menunai janjihingga ke jinjing pelamin. Bahagia hingga ke anak cucu. Hingga syurga.

Tapi, memikirkan jika keputusan memutuskan pertunangan inidiambil, pastilah bertahun-tahun berita aib ini melata di bibir-bibirkampungnya. Malu dan aib sudah tentu terpalit arangnya ke keluarganya. Pulauandan hinaan apatah lagi. Majlis tunang yang gah dilangsungkan, julung-julungmewahnya malah pertama kali meriahnya di kampung mereka. Pasti macam-macam kataorang terhadapnya dan keluarganya. Kekecewaan ibu dan Alongnya apatah lagi.Sudahlah mereka itu manusia paling bersemangat menguruskan segala-galanya.

Nur Husna tersepit. Sangat buntu mahu bagaimana.Ketidaksudian Azami Norhakim untuk peristerikannya, terpaksa hatinya hinggatega merancang syarat umpama Nur Husna itu boneka hanya kerana mahu kemahuannyatercapai. Dia mahu membentuk Nur Husna menjadi wanita sempurna sesuai dengancita rasanya. Nur Husna benci dengan keadaannya. Dia tak sanggup dipandang hinasebegini rupa. Daripada terus-terus dihina, Nur Husna lebih rela memutuskanpertunangan mereka. Tapi sekali lagi, Nur Husna tersepit. Kemahuan hatinya takmungkin semberono disuarakan. Hati keluarganya juga perlu dijaga. Air mukamereka sangat mulia dipandang masyarakat kampungnya. Tegakah dia mahu memaksakemahuan hatinya?

Baru sekarang Nur Husna sangat faham hikmahnya. Mengapa NabiSAW itu mengajarkan umatnya, sembunyikan pertunangan dan war-warkanperkahwinan. Pertunangan hanya tempoh berkenalan dan suai kenal hati budiantara dua pihak. Jika tidak sekata dan sehati sejiwa, ikatan boleh diputuskandengan cara baik. Tanpa libatkan pihak lain, melainkan dua buah keluarga. Aibterjaga, mulut orang juga terjaga. Yang tak tahu, tetap tak tahu. Yang tahu,meraikan perpisahan tanpa memutuskan silaturrahim persaudaraan. Nabi SAW sudahajar, umatnya saja jahil mahu belajar. Seperti dia, Nur Husna. Hingga dirasakansemuanya betul belaka memandangkan segalanya sudah sebati dengan masyarakatkini.

“Nur Husna...”

“Benci sangat ke awak dekat saya? Tak boleh ke awak terimasaya seadanya tsk.. tsk.. Saya tak sanggup nak kecewakan mak tsk.. tsk.. Alongdan Angah tsk.. tsk.. Walaupun saya nak sangat putuskan pertunangan ni. Tapi,saya tak boleh tsk.. tsk.. Hina sangat ke saya ni pada awak? Sampai awaksanggup letak syarat yang bukan-bukan Azami..”

Rayu si gadis, matanya sembabnya sayu mencari anak matacoklat itu. Berharap lembut hati lelaki di depannya ini. Azami Norhakim lamamengunci bibirnya, diam berfikir sebelum perlahan bersuara.

“Tak boleh Nur Husna. I tak boleh nak terimakekurangan pasangan I. I need you to be perfect. Untuk Ibanggakan dan untuk I tunjukkan kepada semua orang. I nak isteri Idipandang tinggi walaupun hanya seorang gadis kampung. I sanggup terimapenjodohan ni, tak boleh ke you terima syarat I? Tak banyak pun. Justprepare yourself to be a perfect wife to me.”

Ego dan sombong yang sudah menjadi darah daging sebati dalamdirinya, membuatkan dia tetap mahu apa yang diinginkan. Tidak difikirkansituasi gadis yang serba-serbi kurang dalam dirinya. Nur Husna sangat jauh mahuberlari mengejar untuk berdiri sama tinggi dengannya yang sudah berdiri dipuncak. Nur Husna semakin menunduk, hatinya semakin kecewa.

“Saya boleh ikut syarat awak untuk jadi ibu susuan Qalbiwalaupun saya tak tahu apa kaitannya dengan awak. Tsk.. tsk.. saya tak kisahsebab saya sayangkan Qalbi tsk.. tsk.. tapi syarat lain.. saya tak tahu.. sayatak yakin.. tsk.. tsk.. Saya tak boleh nak kuasai semua kemahiran yang awaktetapkan dalam masa dua bulan. Tsk.. tsk.. Saya tak boleh Azami. Tsk.. tsk..saya ni bakal isteri awak, bukan kuli awak. Untuk belajar selok-belok duniaawak, saya lagi tak tahu Azami. Dan.. kenapa awak kejam.. tsk.. tsk..”

Nur Husna semakin mencengkam t-shirt hijau tua yang dipakaiAzami di sebalik hoodie. Ditarik sebelum ditumbuk-tumbuk dada lelakiitu.

“Kenapa awak kejam sangat tsk..tsk.. Dua bulan awak bagi masatsk.. tsk.. Dan awak bagi syarat yang saya tak boleh terima langsung. Awak naknilai pengetahuan dan kemahiran saya tsk.. tsk.. seminggu sebelum tarikh akadnikah kita tsk.. tsk.. awak ingat saya ni pelajar awak ke? Tsk.. tsk.. Awak lebihkejam tsk.. sk.. sebab awak sanggup nak putuskan pertunangan kita kalaupencapaian saya tak menepati apa yang awak mahukan! Awak kejam! Awak kejamAzami! Tsk.. tsk..”

Penumbuk semakin laju bekerja, menghentam dada bidang lelakiitu. Dia mahu melepaskan rasa kecewa dan tidak percayanya apabila mengingatkansemula segala syarat tak masuk akal yang ditetapkan Azami Norhakim

“Awak ingat saya ni perempuan murah ke? Awak ingat saya nipatung ke? Tsk.. tsk.. saya tak peduli langsung dengan duit awak walaupun awakcakap awak nak gantikan kerugian persiapan majlis pertunangan dan perkahwinankita yang tak jadi. Tsk.. tsk.. Saya tak nak semua tu Azami. Awak kejam! Sebabawak sanggup nak batalkan pertunangan kita tanpa ragu-ragu kalau saya gagal.Tsk.. tsk.. Awak tak pedulikan perasaan keluarga saya tsk.. tsk.. Awak takpedulikan padangan serong masyarakat terhadap kami. Tsk.. tsk.. awak tak pernahterfikirkan semua tu ke Azami? Huarrr..”

Semakin kuat raungan Nur Husna. Langit yang memang saratmemberat, memuntahkan segala isinya tanpa sempat sebahagian penghuni bumi untukmencari tempat berlindung. Nur Husna tidak ambil kisah dengan hujan lebat yangsemakin menggila. Selebat air matanya yang turun mencurah-curah. Tersedu-sedandia menangis meluahkan rasa hatinya. Dia sangat kecewa.

“Jom balik. Nanti kita sambung bincang.”

Azami Norhakim mengajak lembut dan cuba membangunkan NurHusna yang terkulai tidak mahu bergerak. Gadis itu terus menangis dan menangis.Seolah-olah itu kekecewaan terbesar yang dia pernah alami. Usahanya untukmembangunkan Nur Husna juga ditolak kasar oleh gadis itu. Berkali-kalitangannya ditepis, malah ditumbuk, ditampar dan semakin meronta-ronta apabilaAzami Norhakim bertindak untuk mencempungnya.

“Bella jalan dulu. Cepat nanti demam!”

Sergah Azami Norhakim apabila melihatkan Bella masih setiaberdiri di situ. Tubuh mereka sudah basah kuyup ditimpa hujan lebat yangmencurah-curah.

“Lari Bella!”

Azami Norhakim semakin mendesak apabila Bella teragak-agakmahu meninggalkan Azami Norhakim dan Nur Husna. Tidak mahu dimarahi abangnyalagi, laju langkahnya berlari ke arah rumah Puan Senah yang tidak jauh darisitu. Sekurang-kurangnya dia boleh dapatkan payung untuk mereka.

“Lepaslah! Turunkan saya!”

Nur Husna semakin meronta dalam dukungan Azami Norhakim.Penumbuk kecilnya semakin laju memukul dada Azami Norhakim. Nafasnyatersekat-sekat, tangisannya tersedu-sedan, tersentap-sentap suaranya dek amukantangisnya yang kecewa. Azami Norhakim semakin mengeratkan pelukannya.

“Shh.. shh.. It’s okay.. shh..”

Lembut suaranya memujuk. Berbisik di telinga Nur Husnadisusuli kucupan lembut di dahi gadisnya. Hatinya meronta mahu menyatakan halyang sebenarnya tapi dia tak boleh selain memilih untuk berdiam kata. Sayu dansedih turut mencengkam hatinya, perit melihat kekecewaan Nur Husna yang hinggabegitu sekali kesannya.

“Saya benci awak!”

Shh.. I know. Dah, jangan nangis. You can hate meas you want, my dear. But please, stop crying. Shh..”

“Kenapa awak kejam dengan saya? Saya benci awak!

Nur Husna semakin merepek diluar sedarnya. Tumbukan semakinbertalu namun sudah perlahan temponya. Kepalanya semakin dirapat ke dada AzamiNorhakim.

“Shh.. I know..”

Dahi Nur Husna dikucup lagi. Dan tanpa sedar, tangan NurHusna semakin tinggi merangkul leher Azami Norhakim seeratnya. Seperti tidakmahu dilepaskan lagi. Wajahnya semakin hilang disebalik dada Azami Norhakim.Benar-benar berharap agar dirinya akan terus berada dalam kehangatan dakapanlelaki itu. Dia mahu tetap begitu. Kerana lelaki ini, namanya yang pertama kalidisimpan jauh untuk bertakhta dalam hatinya. Lelaki ini, hatinya memilihdia tanpa syarat.

“Jangan tinggalkan saya.. saya takut..”

Bisik Nur Husna perlahan.

“No. I’m not, dear. Shh.. I’m here. Don’tworry.”

Suara itu semakin tenggelam dan tanpa sedar Nur Husnatersenyum dalam dukanya. Kalau itu hanya sekadar ilusinya, dia akur. Betapa diaberharap, dia akan terus tetap dalam impian ilusinya. Jemari semakin kuatberpaut pada baju si dia, tidak mahu melepaskan lagi.


Previous: Bab12ii
Next: Bab14i

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ