Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,550
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 7ii

Sementara menanti pintu pagar dibuka untuknya, matanya bersiar menikmati permandangan di kawasan taman perumahan itu. Taman yang selayaknya didiami oleh mereka yang berharta itu diperhatikan dengan penuh rasa kagum. Lihat sahaja struktur binaan setiap rumah di situ; banglo semuanya. Ada yang dua dan ada juga tiga tingkat. Terdetik di hatinya untuk punya rumah seperti ini suatu hari nanti. Entah tercapai entahkan tidak, bertahun-tahun tentunya mahu merealisasikan angan kosongnya itu.

Lebih buatkan hati Nur Husna memasang angan untuk berumah di situ melihatkan persekitaran yang dikelilingi dengan flora yang menghijau, ditambah lagi membayangkan dirinya akan diulit bayu dingin dan segar setiap hari kerana kawasan perumahan ini dibina di kawasan bukit bukau. Disajikan dengan lukisan alam pula. Ah, sangat segar dan nyaman. Terhindar dari hiruk-piruk kota lagi. Pasti penghuninya sangat tenang dan tenteram.

“Sejukkkk..”

Berdesir suara halus Nur Husna memecah hening pagi yang masih biru gelap langitnya. Tangannya disilang di dada, menggosok-gosok tubuhnya yang kesejukan. Manakan tidak, matahari pun belum menunjukkan sirnanya. Baju yang tersarung di tubuh hanya baju kurung nipis, berbawal bidang 45 dan berselempang beg silang. Manalah tahan tubuhnya yang kurus itu dengan kesejukan hening pagi begini. Segar tapi sejuk!

“Haaashuuu..”

Ha, kan dah bersin. Itulah kau, tegar sangat nak datang lepas Subuh. Macam kau yakin sangat dia ada. Sapu tangan dibawa ke hidung lalu dihembus hidungnya yang mula berair.

Seriously Nur Husna, pagi-pagi you dah terpacak depan rumah I. Dengan pakai macam ni? Nak mati beku ke apa?”

Kalau tak kerana Nur Husna ini kuat semangat orangnya, sudah lama dia terjun masuk gaung saat disergah suara itu dari arah belakangnya. Memang salam Nabi ajar waktu nak jumpa mak mentua saja kot. Haish, tak reti-reti nak bagi salam tu dah kenapa? Sudahlah gelap-gelita, tak ada orang lagi. Eee, geram pula aku. Jelingan tajam diberikan apabila Azam masih rancak mentertawakannya. Sukalah tengok muka terkejut beruk aku tadi.

Ketika jemari runcingnya sedang asyik mengurut dadanya; tindakan refleks kalau jantungnya berdegup laju, terasa bahunya memberat membuatkan Nur Husna berpaling ke sisi memandang wajah terhibur Azam sekali lagi. Berkerut dahinya melihatkan kot hitam yang tadinya tersarung di tubuh Azam sudah dipakaikan ke bahu Nur Husna.

“Encik buat apa ni?”

I tak nak you pula yang sakit. I nak pergi jauh ni. Janganlah buat I bertambah risau. Umi sakit ni pun dah buatkan I berat hati nak pergi. Kalau tak disebabkan umi yang paksa I pergi, jangan haraplah I nak tinggalkan umi. Sekarang you pula selamba je datang pagi-pagi pakai nipis macam ni. Demam siapa nak jaga? Bertambah serba salah I minta tolong you. Sorry Nur Husna, I susahkan you ke?”

Azam yang sedang bercekak pinggang membebel yang entah apa-apa itu langsung tidak masuk ke telinganya. Gara-gara terlalu terharu dengan keperihatinan Azam, dadanya kembali dipegang. Jantung yang tadinya sudah berentak biasa kembali berpalu dengan rentak irama rancak. Dia risaukan aku? Tapi kenapa? Kita bukan siapa-siapa bukan? Oh hati, jangan kau nak buat perangai.

“Nur Husna?”

“Ar.. Ar.. –Hah! ~Ooo, tolong menolong. Tolong menolong. Sesama kita amalan yang mulia. Ooo, bantu membantu. Sesama kita. Berat jadi ringan, yang susah jadi senang.~ Erk..? Tak begitu Encik Azam –Huarr, apa aku merepek ni!”

Kerana selalu sangat dendangkan lagu kanak-kanak berjudul Tolong Menolong; Muskhlis buat anak asuhannya. Tak sempat menahan mulutnya, spontan itulah yang meluncur laju. Jangan ditanya mengapa. Nur Husna juga tidak tahu. Tabiat barunya itu semakin menjadi-jadi apabila gelabah berdepan dengan Azam. Dek malu yang teramat, segera beg sandangnya diangkat menjadi penghadang wajahnya yang membahang. Oh Tuhan, jangan bagi aku malukan diri sendiri!

You ni kelam kabut la Nur Husna. Tapi I suka. The way you are, always makes my heart flutter even more and more. Tunggu tercabut je dari soket. What have you done to me Nur Husna?

“Err.. err.. apa pula saya Encik Azam. Jangan dibiarkan encik. Nanti terlebih had laju km/jam rosak jantung tu saya tak tanggung. Tak cukup duit tabung saya dalam bank nak ganti. Susah saya encik.” Mata Nur Husna semakin membulat. Mulutnya derhaka!

“Apa susah. Kasilah jantung you.”

“Eh tak boleh! Matilah saya kalau encik ambil jantung saya.”

Arrrrrr.. I hate you Nur Husna. Mulutnya ditekup kuat-kuat mengelak daripada ianya derhaka lagi dengan repekan yang bukan-bukan. Aduh Nur Husna! Kau dah kenapa bengong sangat ni! Kasi cerdik sikit jawaban tu tak boleh ke!? Yang kau pun satu, pergi layan sangat mamat sengal tu dah kenapa!? Ha tengok, ada dia kesiankan kau yang dah separuh nyawa hilang kulit muka? Dia gelakkan kau lagi ada lah! Dah la gelak macam aku ada buat lawak sarkas! Argghhh, stresss!

Dalam hatinya berdongkol geram dengan diri sendiri, bagai pak turut Nur Husna melangkah juga masuk ke dalam rumah apabila disuruh Azam yang masih bersisa ketawanya. Terhibur sungguh lelaki itu. He must’ve enjoyed seeing the worse side of me. Huh! What a jerk!

Nur Husna terus dibawa menuju ke ruang makan yang sudah terhidang pelbagai jenis juadah sarapan pagi. Di situ Puan Rosnah yang masih pucat wajahnya sedang sibuk memasukkan bihun goreng ke dalam piring. Menyedari kehadiran Nur Husna dan Azam, bibir pucatnya itu lebar mengukir senyuman manis menyambut kehadiran mereka. Azam menyapa ibunya lalu mendaratkan kucupan mesra di pipi wanita itu. Manis!

Come sweetheart, duduk sini. Sarapan dengan umi.”

Alahai, kenapa Puan Rosnah ni layan aku macam anak dia ni? Nur Husna cuba mesrakan senyumannya agar tidak kelihatan terlalu kekok dan tidak selesa. Sudahlah niatnya hanya mahu menyalami wanita itu terus disambut dengan pelukan mesra. Dikucup lagi kedua pipi tembam Nur Husna bagai melepaskan rindu. Dek tidak mahu menghampakan layanan tuan rumah itu, Nur Husna membalas pelukan Sang Ibu itu.

Baru sahaja mahu menarik kerusi di samping Puan Rosnah, Azam terlebih dahulu mendahului tangannya menarik kerusi tersebut lalu mempersilakan Nur Husna untuk duduk dengan lirikan mata dan senyuman penuh budiman. Semakin merah rona pipi Nur Husna segan dengan layanan kedua-dua tuan rumah ini. Tersipu malu Nur Husna melabuhkan duduknya sambil memandang Azam untuk mengucapkan terima kasih dengan gerakan bibir tanpa suara.

‘My pleasure, precious.’

Sama sepertinya, jawaban turut dibalas dengan gerakan bibir tanpa suara beserta anggukan dan senyuman manis penuh gula. Oh tak lupa juga kenyitan mata coklatnya. Menawan! Nur Husna memegang dadanya lagi. Aduhai pemuda rupawan, jangan kau goda hatiku yang belum pernah ternoda buat lelaki. Lupakah kau siapa aku andai pinangan keluarga kau diterima? Jadi hentikanlah, hatiku penat melawan rasa yang semakin terbuai dengan arus layanan kau. Sedangkan hati aku selamanya bukan untuk kau. Senyuman Nur Husna mula bertukar kelat setiap kali memikirkan hakikat itu dan satu nama itu.

Azami Norhakim.

“Awal Husna datang. Mesti tak sempat sarapan kan? Mujur umi dah siap masak. Yelah, Zam nilah. Nak sangat pergi awal-awal. Lepas Subuh dah nak gerak katanya. Itulah kelam kabut masak awal pagi.”

“Umi ni, Zam dah cakap kan tak payah masak. Umi tu yang beria-ria nak masak. Kalau Zam larang pun bukan umi nak dengar kan. Sudahlah umi tu tak sihat sepenuhnya lagi.”

Sengihan sumbing dipaksa ukir lagi. Telinganya hanya ditadah mendengar pertengkaran kecil dua beranak itu. Entah, jawaban apalah yang sepatutnya diberikan. Tak akanlah mahu mengaku Nur Husna terhegeh-hegeh mahu bertemu Azami Norhakim. Itu namanya menjemput Azam untuk membahannya dengan senang hati. Lelaki yang kuat mengusik itu, pastilah tidak melepaskan peluang mahu mengenakan Nur Husna. Inikan pula mahu mengaku depan ibu kandung Azami Norhakim, gelojoh benar perangai kau Husna. Tak fasal-fasal disingkirkan terus daripada menjadi menantu pilihan.

Ya, kerana satu nama itu Nur Husna nekad untuk mencemar duli di mahligai ini awal pagi begini. Sebut nama lelaki itu, entah ada entahkan tidak. Sedari tadi Nur Husna sudah seperti zirafah, memanjangkannya lehernya. Matanya pula tidak duduk diam, liar memerhati kiri ke kanan mencari-cari satu susuk yang entah bagaimana rupanya. Tapi orang yang dinanti tak kunjung muncul. Setidak-tidaknya kalau tidak dapat berbual panjang sekalipun, sekurang-kurangnya dapat berselisih bahu pun sudah memadai. Tidaklah Nur Husna tertanya-tanya lagi siapa gerangan lelaki misteri itu. Tapi sepertinya, rumah ini tiada penghuni lain selain Puan Rosnah dan Azam. Selain Qalbi yang pastinya sedang tidur di bilik. Hurmmm.. tak ada rezekilah namanya. Mahu bertanya, tak sopan lah pula.

“Husna, kenapa kuis-kuis bihun goreng tu. Tak sedap ke umi masak?”

“Eh.. ar.. eh tak. Sedap puan. Ha, ni nak bertambah lagi ni. Sedapnya puan. Bolehlah nanti Husna belajar dengan puan.” Gelabah Nur Husna menyusun ayat apabila ditegur saat dia sedang asyik melayan perasaannya.

“Panggil umi ye sayang. Husna kan bakal menantu umi.”

Ha sudah. Tinggi benar harapan Puan Rosnah ni nak jadikan aku menantu dia. Puan, kalaulah Azami Norhakim tu tak main sembunyi-sembunyi macam ni dah lama saya suruh mak dengan Along suruh Azami masuk meminang awal dulu lagi. Tapi mujurlah hati aku memang tak boleh disangkal lagi. Hanya nama itu. Walaupun aku tahu, pemilik nama itu tidak bersungguh pun mahu memperisterikan aku yang serba kekurangan ni.

“Baik umi.”

“Haa, kan sedap dengar. Tak adalah macam orang asing. Husna kalau lapang datanglah rumah umi. Kata nak belajar masak bihun goreng kan. Pintu tu sentiasa terbuka untuk Husna. –Tadi kamu datang dengan siapa?”

“Dengan jiran saya puan.. ermm, maksud Husna umi. Long Fuad memang selalu keluar lepas Subuh sebab nak ke kebun. Selalunya minta tolong Along atau Angah, tapi diorang dah balik ke rumah diorang. Husna pun tak ada lesen memandu, sebab tu Husna tumpang Long Fuad. Sudah alang-alang satu jalan Long Fuad mahu ke kebun tadi.”

Alasan yang separuh benar disampaikan. Padahal Long Fuad tidak kisah pun sebenarnya kalau Nur Husna mahu pergi lewat sikit. Tapi, Nur Husna itu tak pernahnya tak kelam-kabut. Entah apalah yang dikejarkan dengan Azami Norhakim tu sampai tergesa-gesa ajak Long Fuad keluar lepas Subuh. Sudahnya, dihantar juga Nur Husna menaiki lori Long Fuad yang sering dibawa untuk ke kebun. Bukan tidak punya kereta, tapi sudah alang-alang jalan untuk ke kebunnya satu arah untuk ke taman. Lebih baik naik lori saja, tak perlulah patah balik semula ke rumahnya nanti.

“Kenapa tak cakap. Kalau tak boleh Zam pergi ambilkan.”

“Eh, tak perlu umi. Lagipun Encik Azam kan sibuk. Husna tak nak susahkan siapa-siapa.”

“Haah lah, lupa pula umi –“

“Eh, tak ada susahnya. Kalau Nur Husna bagitahu Zam, dengan senang hati Zam pergi ambil tau. Kerja tu tak apa, Zam kan bos. Tapi itulah kan. Nak buat macam mana kan umi. Dah orang tak sudi. Tak akanlah Zam nak terhegeh-hegeh pula. – Umi, Zam nak gerak dah ni. Nak naik atas dulu, nak jumpa Qalbi kejap. Lepas tu terus pergi.”

Nur Husna yang terkebil-kebil disindir begitu oleh Azam hanya memerhati laku Azam menyalami Puan Rosnah dan mencium lama dahi uminya. Matanya terus menyoroti langkah lelaki itu meninggalkan ruang makan. Eh, NurHusna pula yang dipersalahkan. Sudah-sudahlah buat ayat kiasan yang entah apa-apa. Suka sangat berbelit-belit yang membuatkannya semakin tidak faham. Azam seperti mahu sampaikan sesuatu. Bukan sekadar katanya yang sering berkias, lirikan matanya, bahasa tubuhnya dan semua lakukanya seolah-olah sedang berbicara tentang sesuatu. Dan sesuatu itu, Nur Husna tak faham. Hatinya pernah terlintas akan ‘itu’, tapi ditepis jauh-jauh. Mustahil. Sangat Mustahil. Azam itu bakal abang iparnya andai pinangan Azami Norhakim diterima nanti. Jadi tak mungkin Azam tega menyimpan rasa buat Nur Husna.

“Tambah lagi Husna.”

Pelawa Puan Rosnah dengan suaranya yang agak lemah daripada tadi. Nur Husna memandang wajah pucat Puan Rosnah yang sedang mengurut dahinya sambil menghulurkan mangkuk berisi bihun goreng. Lekas tangan Nur Husna menyambut lalu diletakkan di sisi piringnya yang sudah hampir kosong.

“Umi, umi okey?” Cemas Nur Husna menerpa. Puan Rosnah mengukir senyum paksa sambil menggeleng kepalanya.

“Umi okey sayang. Boleh Nur Husna ambilkan ubat umi dekat laci tepi tu. Tak makan ubat lagi sebab tu pening tiba-tiba ni.”

Tak berlengah lagi, ubat segera diambil dari laci kabinet tepi peti sejuk. Gelas kosong diambil lalu air putih ditadah. Kemudian, Nur Husna kembali ke meja dan mengeluarkan ubat mengikut apa yang tertera pada plastik ubat. Puan Rosnah dibantu untuk habiskan ubatnya.

“Umi dah okey. Nak Husna bantu apa-apa lagi?”

“Tak perlu sayang. Dah okey dah ni.”

“Kita ke bilik ye umi. Umi kena rehat. Jangan buat kerja lagi.”

“Eh, ni tak kemas lagi. Siapa –”

“Umi tak perlu risau. Husna kan ada. Kejap lagi Husna tolong kemaskan apa yang patut. Sekarang ni kita ke bilik ye. Umi kan tak sihat. Kena banyak berehat. Umi janganlah banyak buat kerja. Nanti penat, masuk wad lagi macam mana?” Bebel Nur Husna panjang lebar memotong percakapan Puan Rosnah melihatkan kedegilan wanita itu. Puan Rosnah hanya tersenyum manis.

“Iyelah Husna. Husna dengan Zam tu sama je. Bebelkan umi je kerja. Marilah, umi nak ke bilik. Husna tahu je kan bilik Qalbi. Husna buat je rumah ni macam rumah sendiri ye. Kalau nak apa-apa ambil je. Jangan segan-segan.”

“Baik umi. Eh, marilah Husna tolong bawa umi ke bilik.”

“Tak perlu. Umi kuat lagilah nak berjalan.”

“Umi, I am going. Anything just give me a call. Assalamualaikum.”

Lantang suara lelaki itu melaung menyampaikan pesan. Kederangan derap langkahnya tergesa-gesa menuruni tangga terus ke ruang tamu depan.

“Iyelah. Elok-elok pergi.”

Puan Rosnah juga tidak kurangnya beradu suara membalas. Nur Husna tersenyum kecil. Terhibur dengan keletah dua beranak itu.

“Eh – Ya Allah, umi lupa. Husna, nah ambilkan beg kertas ni. Dalam ni ada bekal Azami. Umi bekalkan ke dia. Boleh Husna berikan ke dia. Umi nak kejar dia tak larat, tak sempat pula nak bagi nanti.”

Nur Husna terpinga-pinga apabila beg kertas yang berisi bekas makanan di dalamnya bertukar tangan. Tubuh Husna terdorong apabila ditolak lembut oleh Puan Rosnah.

“Azami!! Tunggu kejap. Ambil bekal ni dulu. Nanti lapar.”

Dalam tertanya-tanya Nur Husna turutkan juga mengatur langkah cepat untuk menyerahkan beg kertas tersebut.

Azami? Diakah?

Semakin laju langkahnya kerana teruja. Beginikah pertemuan mereka?

Tapi tadi bukan suara..

Langkah Husna terhenti, matanya terpaku. Pandangan mereka beradu.

Renungannya tajam. Bibirnya terjungkit sinis. Air mukanya dingin.

Previous: Bab 7i
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ