Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,599
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab12ii

You tunggu apa lagi? Dah baca kan, dah faham kan? Yoursignature, please. Rimas I duduk sini, dengan banyak nyamuknya.Dengan perempuan macam you lagi. Oh god –Hey, cepatlah. Younak kena I panggil penterjemah ke dekat you baru nak faham? Baru younak tandatangan?”

Marah Azami Norhakim apabila melihatkan Nur Husna sepertiterkaku tidak terkutik. Fail sudah hampir renyuk digenggam tangan kecil itumenahan rasa. Air mukanya, mencuka. Sudahlah sakit hati bacakan kandungan failyang diberi, ditambah lagi perasa pedasnya dari lidah tajam Azami Norhakim.Bernanah rasanya hatinya yang mulai membengkak.

Mata Nur Husna semakin membulat dan merah, tidak percayamendengarkan kata-kata Azami Norhakim yang berunsur sindiran pedas itu. Lelakiyang berselubung hoodie berlagak misteri itu dipandang tajam setajammata pedang. Jika pandangan itu boleh menembusi manusia, kelak sudah berlubangbelakang Azami Norhakim yang masih berlagak santai. Tidak berpaling langsungmenghadap Nur Husna. Jijik agaknya mahu memandang wajahnya.

Oh Tuhan! Mengapa aku sangat merasa kesilapan sekarangini....

Anak mata yang teruja tadi mulai berubah sinarnya. Percikanamarah mendominasi, ditambah lagi rasa sakit hati dan benci yang mulaimenguasai hatinya yang mudah terusik dengan kata-kata sinis. Apatah lagikata-kata itu datangnya daripada Azami Norhakim, lelaki yang diagung-agungkandalam lena dan sedarnya! Oh, betapa dia rasa begitu bodoh sekarang ini.Kepalanya penuh, didesak dengan persoalan. Apa yang difikirkan lelaki ini? Apayang dilihat pada ikatan sebuah perkahwinan itu? Kalau dia sememangnya tidakmahu, mengapa diberi harapan?

Dek terlalu marah, tidak sempat dirinya menahan, tangannyayang mendahului akal. Laju menghentak fail di tangan ke bahu lelaki yang sedangsantai duduk di belakangnya. Refleksi satu kali mengundang untuk terusmenghentak yang kedua dan ketiga dan berkali-kali melepaskan geram dan kecewayang membuak.

“Hey! Hey! Stop! Aw! Aw! Aw! I said STOP!”

Nur Husna berhenti mengambil nafas yang tercungap-cungapapabila dijerkah lelaki itu. Bella sudah terlopong, spontan berdiri di sisipelantar dengan mata membulat. Gelisah dia melihat Nur Husna dan Azami Norhakimsilih berganti, tidak menyangka serangan mendadak daripada Nur Husna.

Disangka mereka Nur Husna sudah puas daripada amarahnya, tapisekali lagi tangan kecil itu laju bekerja. Tidak sempat menahan dan mengelak,Nur Husna yang tadinya duduk sudah bangun naik berdiri di atas pelantar. Azamiyang tidak sempat mengelak, hanya mampu berdiri tanpa sempat berundur jauh selainpertahankan diri dengan tangannya.

“Are you insane, woman!”

Nur Husna tidak peduli. Dia Nur Husna. Bukan gadis kampungyang kononnya sentiasa patuh sepanjang masa. Daripada mula dia sudahdihidangkan dengan kekecewaan berdepan dengan perkenalan seorang AzamiNorhakim, tapi dipertahankan dan dipujuk diri apatah lagi disenangikeluarganya. Jadi dia yakin pilihannya tepat. Segala yang dirasa pada sikapacuh tidak acuh Azami Norhakim untuk meneruskan ikatan ini, Nur Husna buat taktahu dengan semua itu. Tapi, apabila sudah bertemu muka ke muka begini,ternyata sikapnya begitu kontra daripada apa yang disangka. Lelaki ini begitumenjengkelkan! Tambahan lagi dengan syarat yang tidak masuk akal daripada AzamiNorhakim. Dia fikir Nur Husna itu kuli!? Aku gila atau dia yang gilasebenarnya!?

Dadanya berombak laju kerana amarah yang menguasai emosi. NurHusna memang gadis yang tidak akan kompromi dengan lelaki. Iya, memang NurHusna tak pernah ada kisah silam yang pahit antara dia dan lelaki hinggabuatkan dia anti pada kaum itu. Nur Husna tidak sampai benci pada mereka tanpaasbab yang kukuh. Cuma dia sangat berhati-hati. Sebab lelaki yang ditemui,bukankah sikap mereka selalunya besar kepala, ditaktor, suka mengarah, suka menangdan egois! Huh! Dan Azami Norhakim yang sudah membuka pekung sisinya yang satuini depan Nur Husna. Memang salah besar!

Dia dingin dengan lelaki, tentu ada sebabnya bukan saja-saja.Dia sombong dengan mereka, kerana sikap mereka sendiri. Kalau baik laku mereka,Nur Husna tak akan tunjuk sisi kasarnya yang satu ini. Apa? Mereka fikir NurHusna itu perempuan lemah yang hanya patuh menurut segala telunjuk mereka. NurHusna bukan lembu yang boleh dicucuk hidungnya bila-bila masa. Dia manusia. Diawanita. Yang punya perasaan dan prinsip.

“Nur Husna, I said stop!”

Kali ini jerkahannya bersama tindakan. Kedua-dua lengan NurHusna dihentikan dengan cengkaman kasar. Pap! Bunyi fail jatuh ke lantaipelantar tidak dipedulikan oleh mereka. Masing-masing tegang bersabung matatajam mencerlung. Tercungap-cungap kedua-duanya kerana penat memukul dan penatpertahankan diri. Bella sudah memegang kepala, gelisah mahu melakukan apa.Kalau dibiar, gondol pula bukit kecil ini nanti hasil perang kedua-dua terunadara yang sedang bertegang urat. Kalau mahu didamaikan, bagaimana? Salahlangkah, dia pula yang dilempar masuk gaung. Difikir mereka mahu berbincangbiasa-biasa sahaja, kerana itu Bella rela menemani abangnya. Tapi lain pulajadinya.

Don’t touch me! Lepaslah!”

Nur Husna bergelut tenaga lalu merentap kuat kedua-duatangannya melepaskan diri. Mujur cengkaman Azami Norhakim tidak terlalu kuat.Kalau tak, tergeliat lengannya yang hanya tulang itu. Walaupun begitu, pedihjuga rasanya cengkaman tangan besar Azami Norhakim. Nur Husna menjeling lagi,bertaut mata coklat yang masih tajam memandangnya.

Nur Husna tersedar. Mata coklat!

Dengan bantuan bias samar cahaya api, mata coklat itudirenung lagi. Memastikan dia tidak silap. Sinar amarahnya sudah berubahkeliru. Tertanya-tanya. Mustahil! Dan mengapa lelaki ini, menutup separuhmukanya dengan memakai topeng mulut bewarna hitam? Hanya mendedahkan dahiluasnya dan dua mata coklat itu. Warna coklat yang ada percikan hijau dankelabu tercalit pada anak mata itu jika diperhatikan betul-betul secara dekat.Dan mata itu Nur Husna tahu, hanya ada pada seorang.

“Encik Azam?”

Lelaki itu kelihatan terkejut. Segera matanya dilarikan.Wajahnya dialihkan, menayangkan sisi mukanya yang ditutupi hoodie. DahiNur Husna berlapis, keliru dan tertanya-tanya.

“Azami. I Azami Norhakim.”

Nyata lelaki itu. Menafikan telahan Nur Husna.

“T-tak! Saya kenal mata encik. Hanya Encik Azam ada anak matawarna ni. Ah..! Jangan cakap ini semua penipuan encik? Encik Azam! How dareyou?! Apa yang encik rancangkan sebenarnya? Encik tipu saya!”

Kasar wajah itu berpaling. Bengis. Matanya dipejam rapat,kedengaran ketapan antara gerahamnya. Dua tangannya di sisi digenggam membentukpenumbuk menahan diri. Kelihatanya urat-urat hijau mulai timbul disebalikkulitnya pada dahi dan tangannya. Mata dibuka, membalas renungan amarah NurHusna di hadapannya.

I Azami Norhakim. Azam. He’s my brother. My twin. Weshare the same blood. Where do you think I got these beautiful irises from? Apa?You ingat, abang I je lah yang ada mata ni. Pity you! Huh!Macam ni berangan nak jadi isteri I? Menuduh melulu tanpa menyiasat danbertanya. Apa yang umi fikirkan? I see nothing in you, Nur Husna.”

Dia provok. Sengaja mahu membangkitkan jiwa memberontak dalamdiri Nur Husna. Mata Nur Husna membesar sebelum terkebil-kebil. Kenaifan mulamembelenggu diri, seolah-olah percaya terus maklumat yang disampaikan tanpabertanya lagi. Jarinya dibawa ke mulut, digigit tanda gelisah dan serba-salah.Amarahnya tiba-tiba hilang, malah serba-salah pula yang menguasai emosi.Percaya sungguh dengan kata-kata lelaki itu. Kepala yang mendongak, berani,perlahan melorot ke bawah. Menunduk memandang lantai pelantar. Terkesan sungguhdengan provokasi Azami Norhakim yang merendah-rendahkannya. Nur Husna tahu kekurangandirinya, sangat jauh untuk berdiri sama tinggi dengan Azami Norhakim.

“Minta maaf. Saya... say–”

Nur Husna berhenti apabila matanya menangkap fail biru yangtersadai di pelantar. Isinya sudah terkeluar, keronyok dan terlipat berselerak.Melihatkan itu, sinar matanya kembali membara. Sakit hati dan kecewanya kembalibertandang. Segera fail dicapai kasar dan menunjuk kepada Azami Norhakim denganwajah bengisnya.

“Okay. Saya minta maaf sebab tuduh melulu tadi. Saya taktahu. Encik Azam tak pernah cakap dia ada kembar. Dan kembar itu awak. Ijust knew you as his younger brother. But.. don’t you think this is too much.Awak ingat perkahwinan ni tempat kerja awak ke? Awak ingat saya ni pekerja awakke? Sesuka hati awak nak letakkan syarat dan kontrak macam ni? Apa ni Azami?”

Suara Nur Husna sudah tinggi sehasta daripada biasa. Tiadalagi lemah lembutnya. Kerana sekarang ini, dia sedang marah. Sangat marah.Postur tubuh Azami Norhakim yang tadinya menegang mula berlaku santai. Duatangannya mula disangkut pada kiri kanan poket denimnya. Keningnya diangkatsebelah. Kolam matanya berkocak sinis, kalau dapat dilihat pasti jungkitanbibirnya juga sama.

You siapa? I siapa?”

Nur Husna terkedu dengan pertanyaan itu. Matanya bulat, takdisangka.

You fikir dengan english you yang berterabur,pendidikan setakat diploma; itupun tentang kanak-kanak yang tak ada kenamengena dengan I. You fikir setaraf la you dengan I? Nevermind,I tak kisah sangat pun. But when umi kept bragging to me about you, whatwith all your kindness, how sweet you are, your cuteness, your humility yadayada yada. Then, I just relized that actually you slack in everything.”

Azami membongkok, mendekati Nur Husna. Sedikit menunduk.Walaupun Nur Husna sudah tinggi dibantu pelantar, namun tidak mampu menyamaiketinggian Azami Norhakim yang menggalah. Terasa dirinya sangat kerdil denganbahasa tubuh Azami Norhakim. Ditambah lagi dengan hamburan sinis, sorotanmatanya yang jengkel dan kata-katanya yang menghina. Nur Husna rasa terperosok.Hatinya sangat sakit, berdarah dengan provokasi lidah Azami Norhakim.

A businessman like myself, I don’t really have time toplay husband and wife like all the other lovey dovey couples out there. And, todeal with your weaknesses? That’s too much for me. You can’t cook. You can’t dolaundry. You know nothing about being a perfect wife. And you can’t even knitfor me like umi. You’re nothing for me to rely on. You’re nothing. And, I heardyour father forbid you to tidy the house, or even do any heavy work because ofthe accident. Huh! Supposedly it’ll damage your health! Might break abone will it? Bullshit! That bone’s been fractured 10 years ago! You’ve nevereven tidied a house! And, NOW you wanna be my WIFE? Dream on, lady! You’venothing what I want in a wife. Such a waste! You’re the most useless woman Ihave ever known.”

Nur Husna menggigit bibirnya kuat, tak terasa sakit lukabibirnya yang mula berdarah. Hatinya lebih sakit dan terluka. Matanyaberkaca-kaca menunggu masa empangan tubir matanya pecah. Seumur hidupnya, pertamakali dirinya dihina sebegini rupa.

Oh, now what? Berlakon cengeng macam perempuannormal. Eh, you fikir I kisah? You fikir I nakpujuk you? Jangan mimpi girl. Not even in your dream?

“Hentikan Azami. Kalau awak benci sangat dengan kecacatan luardan dalam saya, kenapa awak biarkan hubungan ni diteruskan? Peluang awak dahada sebelum ni, terlalu lama peluang diberikan pada awak, untuk awak ke depandan bagitahu semua orang yang awak tak setuju dengan penjodohan ini. Awak dahtahu kekurangan saya. Awak dah tahu saya ni tak layak langsung untuk jadiisteri awak. Jadi kenapa? Kenapa awak tak hentikan pertunangan ni dari mula?Kenapa?”

Kali ini, Nur Husna mengeluar hampir semua suaranya. Dicampurserak dan sebak. Tekaknya perit kerana terlalu berusaha menahan tangisan yangmembuak-buak mahu mengalir. Kalau dia menangis, lagi seronoklah lelaki ini mahumenghinanya. Nur Husna tak mahu kelihatan lemah. Nur Husna tak mahu kelihatanbodoh dan terhegeh-hegeh. Nur Husna benci diperkotak-katikkan sebegini rupa. Diarasa terhina! Sangat!

I tak pilih. I dah bantah. Umi yang terlaluteruja nak kan you jadi isteri I. Entah apa yang umi nampak pada you.Entah-entah lepas kahwin, mengandung pun tak boleh.”

Pang!

Previous: Bab 12i
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ