Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,539
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 9

9: Permintaan

TerhiburNur Husna melihatkan bayi kecil di depannya ini sedang ketawa mengekek. Walautiada sebatang gigi yang tumbuh selain gusi lembut sebagai penyeri, namun itutidak mampu menyembunyikan seri comel wajah bulat dan tembam itu. Sekali lagisuara selak dengan tawa lantang si bayi memenuhi ruang banglo apabila Nur Husnaasyik sekali membuat bunyi letupan di perut Qalbi menggunakan dua bibirnya.Mungkin geli diperlakukan begitu rupa hingga tak dapat menahan dirinya daripadaketawa kuat. Hingga belum sempat Nur Husna menyembamkan wajahnya ke perut Qalbiuntuk diusik sekali lagi, bayi itu sudah menjerit suka kerana teruja.

“Seronokbenar Qalbi ada orang main dengan dia. Lepas ni Husna tak ada, sunyilah nakdengar dia gelak ketawa macam ni.”

NurHusna berpaling ke sisi apabila disapa Puan Rosnah. Tidak berdiam diri, NurHusna bangun memimpin wanita itu untuk bersandar di sofa berhampiran. Memangsengaja Nur Husna tidak bermukim di dalam bilik Qalbi. Kalau di bawah lebihmudah sekiranya dicari Puan Rosnah sekaligus bersiap-siaga jika diperlukanpertolongan daripada wanita itu. Walaupun dilarang Puan Rosnah, tapi kedegilanNur Husna buatkan wanita itu hanya mampu menggelang.

Walaupunhanya sekadar menghampar toto di lantai ruang tamu serta dikelilingi peralatankeperluan Qalbi. Selain memudahkannya, Nur Husna tidak perlu berulang-alikturun naik dari bilik Qalbi. Bilik itu hanya akan digunakan jika mahumenidurkan Qalbi. Selainnya, masa banyak dihabiskan di bawah sahaja.

Yangpenting, tidak gaduh Puan Rosnah perlu bersusah-payah memanjat tangga jika mahuberbual kosong dengannya. Seperti sekarang ini. Wanita ini, walaupun sedangdiuji dengan kesihatan yang memburuk, tapi itu tidak langsung menjadi alasankepadanya untuk bergerak lincah dalam banglo ini. Walaupun terbatas keranamudah penat, tapi itulah sikap orang tua. Tak pandai untuk duduk diam. Adasahaja kerjanya. Diam-diam sahaja, sudah selesai tiga juadah untuk dimakan.Ataupun kuih muih sudah terhidang di depan Nur Husna bersama seteko kopi untukminum petang.

KalauQalbi tidur, sempatlah mahu dibantu apa yang patut -walaupun Nur Husna dengandapur merupakan musuh tradisi- tapi dicuba juga. Tak enak kalau sekadar menjadipemerhati. Mujur Puan Rosnah seperti memahami. Cepat sahaja mata tua itu dapatmembaca gerak-geri Nur Husna yang kekok dengan kerja dapur. Disuruh sahaja NurHusna duduk di meja membantu yang asas sahaja –seperti potong bawang; walaupunbanjir juga air matanya- kalau tidak membantu pun, sekadar menjadi temanberbual sudah memadai. Tidaklah kesunyian wanita itu.

“Barulahterasa hidup sikit banglo ni. Meriah rasanya dengar gelak tawa Husna denganQalbi. Kalau Bella tak ada macam ni lah umi. Seorang diri. Zam tu susah nak adadekat rumah.”

Sepanjangduduk di banglo ini, itulah yang didengar. Keluh-kesah seorang ibu yangkesunyian. Nur Husna tahu alasan Puan Rosnah yang tidak mahu menggunakankhidmat pembantu rumah. Alasan Nur Husna; selain kurang beban kerja rumah, PuanRosnah punya teman berbual. Jawab wanita itu, bukan mahu menunjuk diri sendiriterlebih mampu, tapi trauma yang menghantui dirinya.

Jikatidak dicerita, Nur Husna tidak akan tahu sepuluh tahun lalu suami Puan Rosnahmeninggal kerana diracun pembantu rumah yang dipercayai. Lebih menyedihkan,perbuatan kejam itu tega dibuat kerana arwah suaminya punya hubungan sulitdengan wanita itu tapi berpaling tadah daripada janjinya mahu peristerikan dia.Hancur luluh hati isteri yang menggunung cintanya buat suami. Apatah lagisuaminya diambil pergi buat selamanya.

Setelahitu, Puan Rosnah yang dulunya menetap di ibu negara berhijrah ke tanah Pahangdemi memulakan hidup baru. Hanya dengan anak cucunya, Puan Rosnah menghilangkankesunyiannya. Selain bergiat aktif dengan aktiviti persatuan dan beramah mesradengan jiran tetangga.

“Selaluke Encik Azam tu kerja luar umi? Lepas tu, umi seorang diri, tak takut ke?Kalau Husna, satu kampung dah Husna suruh datang rumah temankan Husna.”

NurHusna menyambut bualan Puan Rosnah sambil tangannya lincah memakaikan Qalbidengan pakaian. Anak kecil itu baru sahaja sudah dimandikan. Lepas ini,mengantuk lah mata tu kalau sudah diberikan susu. Selalunya dekat Darul Sakinahbegitulah ragamnya, cepat sahaja mata itu terlelap. Biasalah bayi sekecil ini,kerjanya tidur sahaja.

Tapi,dua hari menjaga Qalbi di sini, bersungguh anak kecil itu bersengkang mata mahubermain. Jauh sikit meraung mintakan perhatian. Awalnya disangka Nur Husna,Qalbi itu kelaparan mahupun lampinnya basah minta ditukar. Tapi apabila botoldisua, dialih mulutnya. Lampinnya pula kering sentiasa. Tapi, nampak sahajamuka Nur Husna, mulutnya ramah entah apa butir katanya. Gayanya seperti seronokbercerita.

Lepasitu, tahulah Nur Husna bahawa bayi asuhannya itu mahukan perhatian, inginkanteman berbual. Tak padan dengan kecil. Riuh mahu berbual! Tak kira lagibilamana Nur Husna dan Puan Rosnah sedang rancak bersembang. Sibuk mulut mugilitu mahu menyampuk bersama. Mana tak riuh rumah banglo itu dengan gelak tawamereka.

“Selalusangat Azami tu, susah nak lekat dekat rumah. Kalau nak nampak batang hidungtunggu hujung minggulah baru jumpa. Itupun lepas umi marah, sibukkan sangat dengankerja sampai lupa balik rumah. Tapi, Alhamdulillah. Belakangan ni, Azami dahpandai urus masa dia. Dah hadkan waktu kerjanya, malam bonding timedengan keluarga. Lagi-lagi lepas dia kenal Husna. Sebab tu umi suruh dia cepatkahwin. Biar ada yang urus makan pakai. Umi pun ada teman. Macam sekarang.Seronok umi ada teman bual. Harapkan nak tunggu Bella. Budak tu sibuk dengansekolah, jarang sangat ada di rumah. Cuti pun kadang-kadang sudah ada aktivitiyang dirancangnya dengan kawan-kawan. Tinggallah umi seorang dekat rumah.”

NurHusna yang sedang mengagah Qalbi yang sedang berbaring di depannya mengerutkandahi. Puan Rosnah yang sedang termenung menikmati permandangan luar rumahdipandang sekilas. Nama yang disebut Puan Rosnah kembali dicernanya. Aneh sebenarnya.Setahu Nur Husna, tak adalah pula Nur Husna sebut nama Azami Norhakim dalampertanyaannya tadi.

NurHusna sedar, bukan sekali Nur Husna perasan akan kesilapan Puan Rosnah.Seringkali nama Azami disebut setiap kali soal Azam yang sedang mereka bicarakansedangkan Nur Husna tidak pernah sekali pun buka topik tentang Azami Norhakim.Sudahnya Nur Husna buat kesimpulan sendiri yang Puan Rosnah itu lagi sedangrindu akan Azami.

Maklumlah,daripada apa yang dirisik daripada Azam apabila lelaki itu menghantar mesejkepadanya bertanyakan aktivitinya seharian di rumah malam semalam; Azami itusudah lama tidak pulang ke rumah. Barangkali Puan Rosnah sedang rindumenggunung dengan anak terunanya seorang itu, sebab itulah acap kali tersasulnama Azami Norhakim. Walaupun ragu-ragu dengan jawaban daripada Azam. Namun NurHusna tiada pilihan selain percayakan lelaki itu. Lagipun Puan Rosnah itu ibuAzam, pastilah lelaki itu lebih tahu akan hal itu.

Jadi,seperti halnya ketika ini. Nur Husna iyakan sahaja bicara Puan Rosnah. PastilahPuan Rosnah mahu maksudkan Azam sebenarnya sementelah lelaki itu yang ditanyaNur Husna. Jadi, apabila memikirkan Azam, Nur Husna diserang musykil lagi.

Bukankahlelaki itu sudah kahwin? Jadi kenapa umi nak suruh dia cepat kahwin? Eh, jap..jap. Umi tengah cakap fasal Azam ke Azami Norhakim ni? Nur Husna pegangkepalanya, pusing kejap. Qalbi pula sudah senget kepala memerhatikan Nur Husnadengan mata bulat. Jemari kecilnya ditepuk-tepuk pada pipi Nur Husna, seolah-olahmembingkai wajahnya –mungkin bertanya; ibu ada masalah?- Nur Husna senyumkecil, menggesel-geselkan hidungnya ke pucuk hidung kenit itu.

“IsteriEncik Azam mana umi? Dah lama Nur Husna kenal Encik Azam dengan Qalbi, takpernah-pernah Husna nampak dia.”

Lajusahaja soalan itu ditanya tanpa memandang wajah Puan Rosnah. Daripada sesakkepalanya dengan macam-macam persoalan, ada baiknya terus ditanya kepada tuanbadan. Tapi, sedarkan kebisuan daripada Puan Rosnah, Nur Husna mengalihkanperhatiannya kepada wanita itu. Wajah yang tadinya dihias senyuman manis sudahberubah suram. Bibirnya melorot ke bawah, sinar matanya yang ceria mulai sirna.Ada riak kecewa dan risau pada air muka itu. Qalbi dipeluk ke dadanya kemudianpunggung diangkat beralih ke sisi Puan Rosnah. Tangan tua itu disentuh dandigenggam. Puan Rosnah beralih dan memberikan senyuman hambar.

“Umiokay?”

“Umiokay. Cuma risau. Azami tak suka kalau orang tanya fasal Qalbi dan perempuantu. Mujur dia tak dengar Husna tanya, kalau tak teruk jadinya nanti.”

Azamke Aza.. Ah, pedulikan. Aku cakap fasal Azam, jadi Azamlah topik utama mereka.Azami hanya... nahhh, aku pun tak tahu. Salah sebut saja mungkin!

“Kenapaumi?”

Elusanpada tangan Nur Husna dibalas lembut sebelum menjawab pertanyaan Nur Husna.“Setiap kali umi tanya fasal perempuan tu, Azami akan mengamuk. Habis semuabarang dalam rumah pecah dan berantakan. Jadi, Husna jangan lepas cakap ye.Pedulikan je fasal ni. Lebih baik diamkan terus. Boleh ye Husna?”

Berlapisdahi Nur Husna cuba mencerna permintaan Puan Rosnah. Qalbi dipelukan ditepukpunggungnya. Bayi kecil itu sudah menguap luas, tanda sudah penat dan mahutidur. Susu yang sudah dibancuh dicapai lalu disua ke mulut mugil Qalbi diribanya. Laju sahaja puting dinyonyot kerana lapar. Wajah Puan Rosnah yangsuram kembali dipandang.

“Siapaperempuan yang umi maksudkan?”

PuanRosnah menggeleng kecil. Embun kecil yang menitis di hujung matanya segeradiseka dengan telunjuknya. Senyuman hambar dipaksa ukir.

“Takada siapa-siapa. Kalau Azami dah sedia, nanti dia sendiri akan beritahu Husna.–Eh, dah pukul berapa ni? Azami tak sampai lagi..” Jam di dinding dipandangsekilas sebelum kembali memandang Nur Husna lalu menyambung bicaranya. “Tadi diatelefon, katanya dah dekat dah. Tapi tak sampai-sampai lagipun. –Nanti Husnabalik dengan siapa? Ada yang datang ambilkan? Atau Husna nak Azami yanghantarkan? –Ataupun macam nilah, Husna balik dengan Azami ye. Nanti umi suruhdia hantarkan Husna.”

“Eh,tak payah umi. Husna dah cakap dekat Angah. Dia ada dekat rumah hari ni. Nantikalau Encik Azam dah sampai, Angah suruh telefon dia ambilkan Husna. Lagipunkesian Encik Azam, baru balik dah kena hantar Husna. Letih dia.”

NiatPuan Rosnah segera dihalang. Walaupun hubungannya dengan Azam boleh dikatakansemakin akrab, tapi untuk berdua dengan lelaki itu bukan pilihan yang wajarrasanya. Walaupun hanya sekadar menghantarnya pulang, Nur Husna tetap tidakselesa. Pesan Tuan Yusuf sering terngiang-ngiang di telinganya.

“Betulni?”

“Betulumi. Angah dah pesan, dia yang datang ambilkan Husna.”

“Baiklahkalau macam tu. Dah tidur awang kenit ni. Pergilah letak dia dekat atas. Lepastu turun, kita minum petang sama-sama. Umi ada buat kuih bingka ubi hari ni.Ayu, jiran sebelah kasih ubi kayu. Murah katanya dekat pasar. Terlajak belibanyak, dia kasi sikit tadi. Husna dah solat Asar?”

“Dahumi.”

Ringkasdijawab seraya bangun dari duduknya. Qalbi yang merengek ditepuk-tepukpunggungnya biar selesa untuk sambung tidurnya yang terganggu.

“Pergilahnaik. Meraung pula nanti kalau tak selesa.”

TerusNur Husna ke atas untuk ke bilik Qalbi. Qalbi yang sudah pulas lenanyadiletakkan di katil lalu diselimutkan. Sengaja tidak dibedung anak kecil itu.Sudah masuk bulan ke lima usianya, biarlah tangan dan kakinya bebas meneroka.Sarung tangan dan kaki pun sengaja tidak dipakaikan, asalkan kukunya sudahterpotong pendek dan tidak tajam yang akan cederakan kulitnya nanti.

Xperiayang ditinggalkan di bilik dicapai lalu skrin disentuh. Mesej yang baru masukdibaca. Angah Maisarah bertanya bila mahu diambil. Cepat sahaja jemarinyamembalas mesej bahawa dirinya sudah boleh diambil sekarang. Xperia disimpan didalam poket lalu langkahnya diatur kembali ke bawah untuk kemaskan toto danperalatan bayi yang lain. Semuanya diletakkan di dalam satu bekas besar bagimemudahkannya berpindah ke atas.

Kedengaranderuan enjin kereta masuk ke garaj rumah. Pasti Encik Azam sudah sampai. PuanRosnah yang sedang sibuk siapkan minum petang di dapur dikhabarkan kepulanganAzam sebelum menuju ke atas semula. Segala peralatan bayi disusun padatempatnya semula seperti biasa. Toto pula dimasukkan ke dalam almari besar dibilik itu. Terdapat juga beberapa toto dan selimut yang masih berbalut dalamplastik. Tanda belum pernah dipakai.

Setelahitu, Nur Husna bersihkan diri di bilik air untuk segarkan diri lalu kembali kebilik Qalbi. T-shirt biru muda labuh yang tersarung di tubuh dikemaskan, tudungbawal yang dipadankan di kepala dibetulkan letak duduk pin di kiri kananbahunya. Lipatan pada hujung denimnya dilabuhkan kepada asal. Setelah stokingdisarung, sarung lengan dipakai, beg sandangnya dicapai lalu Qalbi yang sedangberadu dikucup dahi dan pipi tembamnya. Selepas membisikkan salam teruslangkahnya ke bawah menyertai Azam dan Puan Rosnah yang sedang rancakbersembang.

Touch up? Nahh, tak perlu. Bukan nak ke mana pun. Balik rumah saja. Melaramlebih-lebih, ada yang minta dibebel oleh Angah kesayangan yang susah nakmembebel tu.

“Eh,dah nak balik ke?”

Ayatpertama Azam saat melihatkan penampilan Nur Husna yang seperti mahu keluar itu.Nur Husna melabuhkan duduknya di sofa bujang. Azam disapanya dengan senyumannipis sebelum menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Haah,nak balik dah. Angah tengah dalam perjalanan ke sini.”

“Laa,kan I dah cakap I hantar.”

Sepertitidak puas hati daripada nada suaranya. Nur Husna tayang gigi, sudah tertangkapmahu mengelat daripada menuruti arahan Azam.

“Takapa Encik Azam. Saya tak nak susahkan Encik Azam. Sudahlah penat baru sampairumah, nak hantar saya pula.”

“Hurmmm..”

Tandanyaada orang jauh hati. Wajah yang tadinya ceria juga tiba-tiba berubah muram.Aish, tak akanlah tu pun nak merajuk kot. Nur Husna menggosok belakanglehernya, tidak tahu mahu beri reaksi bagaimana. Jika minta dipujuk, sudahdikata dia tak tahu memujuk. Alahai, kenapa Azam versi yang satu ini sensitifsangat ni.

“Makandulu Husna. –Hai Zam, sejak bila pandai nak merajuk ni. Tak pernah-pernah kamuperangai macam ni. Buang tabiat ke Zam?”

“Umiiii....”

RengekAzam apabila diusik begitu oleh Puan Rosnah. Hendak lagi mendengarkan tawakecil ibunya itu. Nampak benar niat mengusik itu. Sudah tertangkap dia bersikapbegitu dengan perempuan lain, pastilah tak lepas peluang Puan Rosnah mahumengusik. Azam mengaku, susah dia nak tunjuk sikap mengada-ngadanya itu selaindengan Puan Rosnah dan Bella. Tapi mahu bagaimana lagi, kalau dia sudah beranibuka pekungnya itu tandanya dia mulai selesa dengan seseorang. Biarlah ibunyaitu mahu mengusik, yang penting hatinya sedang kecewa kerana Nur Husna menolakpelawaannya. Alahai, sensitif benar hati ni sudah kenapa?

“Nakbuat macam mana umi. Sudah orang tak sudi. Nak merajuk pun, bukan ada orang nakpujuk.”

KataAzam sambil menghirup kopi ditangan dengan jelingan sekilas pada gadis yangsudah serba-salah air mukanya. Puan Rosnah pula semakin lebar senyumannya,diselangi ketawa kecil. Suka benar melihatkan laku anak bujangnya sudahmenunjukkan terbuka pada kaum antonim dengannya itu. Nur Husna pula hanyamembisu sambil menjamah bingka ubi yang dihidang. Kopi dihirup senafas demimenutup rasa gugupnya. Jantungnya sudah mula buat perangai!

Bunyihon dari luar membuatkan Nur Husna melepaskan nafas lega. Lekas-lekas dialetakkan cawan di meja lalu bangun daripasa duduknya. Tanpa disuruh, PuanRosnah dan Azam turut berdiri sama mengiringi Nur Husna hingga ke pintu pagar.Dari jauh sudah kelihatan Proton Iriz biru milik Angahnya tersadai di tepijalan; betl-betul di depan pintu pagar rumah banglo.

“Husna...”

Panggilanlembut Puan Rosnah membuatkan Nur Husna menghentikan langkahnya lalu memandangwajah tua itu. Tangannya ditarik ke genggaman Puan Rosnah lalu dielus lembut.Azam di belakang Puan Rosnah dipandang sekilas sebelum kembali bertaut matadengan renungan Puan Rosnah yang penuh dengan harapan.

“InsyaAllah,Ahad ni umi datang rumah ye. Umi harap Husna istikharah dan berikan jawabanyang sebaik-baiknya. InsyaAllah, apa sahaja jawaban Husna umi terima. Cuma,besar harapan umi untuk jadikan Husna isteri Azami.”

“InsyaAllahumi. Doakan Husna boleh berikan jawaban yang memuaskan hati semua pihak ye umi.Err... ”

Terbantutayatnya apabila Azam tiba-tiba berdiri di sisinya. Sangat dekat membuatkankata-kata yang dirangka tadi sudah bercelaru susunan rangkanya. Ditambah lagiwangian Azam yang kuat harumannya memenuhi rongga bau Nur Husna. Terbuaisekejap dia kerana diusik naluri wanitanya.

MujurPuan Rosnah tidak sedar akan rentak bicaranya yang berubah itu. Disangka NurHusna sudah menyudahkan bicaranya, genggaman ditepuk lembut lalu dilepaskanperlahan. Maisarah yang baru keluar dari perut kereta menyapa Puan Rosnah denganpelukan mesra.

“Umimaksudkan Azami kan? Bukan Encik Azam kan? Kalau Encik Azam, saya nak tolaksiap-siap.”

Demihilangkan rasa gugup, soalan yang berniat gurauan itu dibisik perlahan. Lainpula Azam, berubah sebentar air mukanya sebelum dipaksa mengukir senyumanmanis. Melindungi sesuatu.

Don’tworry. This time no mistaking. She means Azami for real. Kalau you, Ipun tak nak.”

Tawamereka bergabung perlahan.

“TolongEncik Azam. Saya sayu tengok umi macam tu. Apa sangatlah nak berhubung denganumi sendiri. Sekarang ni dunia dah maju. Apa gunanya medium sosial atas taliankalau tak dimanfaatkan. Bila-bila masa, dan di mana-mana pun boleh. Bolehtengok rupa dari hujung rambut sampai hujung kaki lagi. Jadi, tolong EncikAzam. Ubatilah kerinduan seorang ibu itu. Beritahu dia, umi sangat perlukandia.”

Senyumanmanis diukir sambil membalas renungan lembut Azam yang sedari tadi tidak lepasdaripada melihatnya. Renungan yang meninggalkan pesan lalu bergerak menghampiriPuan Rosnah dan Maisarah meninggalkan Azam yang masih berdiri kaku dibelakang.Tanpa ada yang mendengar, keluhan berat dilepas perlahan.

Kalaulahdia tahu. 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ