Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,666
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab14i

14: DEMAM

“Azami...”

Satu nama itu, semakin kerap dipanggil bibir kering yangsemakin memucat warnanya. Gelisah lakunya, terbaring lemah di atas katil.Wajahnya merah dek suhu badan yang naik mendadak, kain lembab sudahberkali-kali berganti baru di dahinya demi mengurangkan suhu panas pada tubuhNur Husna. Di luar sedarnya, kadang-kadang tangannya menggawang tanpa arah,seperti mencari, seperti mahu menggapai sesuatu.

“Azami.. Mak..”

Kadang-kadang, dua nama itu silih berganti meniti dilidahnya. Butirnya adakala tidak jelas tapi suara lemahnya yang acap kalimemanggil dua nama itu membuatkan semua tahu siapa yang dicari. Kadang-kadanggelisahnya melampau, jika tak bersambut tangannya yang mencari; tiba-tibasahaja tubir matanya basah, air matanya mengalir tanpa suara.

“Azami..”

Nama itu dipanggil lagi. Mereka yang berkumpul di dalam bilikitu saling berpandangan lagi. Sudah dua hari Nur Husna terlantar di katil.Demam panasnya hingga tidak sedarkan diri. Gadis yang sentiasa bersemangat dan ceriaitu, entah apa silapnya, entah apa sebabnya; Nur Husna seperti seorang yangdibawa pergi semua semangat dan harapannya. Kali terakhir mereka melihat NurHusna demam panas hingga tidak sedarkan diri, ketika arwah Tuan Yusof pergimeninggalkan mereka sekeluarga. Jejaka yang hanya diam di pintu bilik dipandangmereka. Dia masih begitu setiap kali diizinkan Puan Senah untuk melihat NurHusna di bilik; tidak berkutik selain risau menyelubungi riak wajahnya, matanyalangsung tidak lepas daripada tubuh Nur Husna; menanti.

“Kami tunggu di luar dulu. Mak biarkan pintu bilik terbuka.Kamu tengoklah Ateh ni, mungkin kalau kamu ada dekat dia baru dia sedar. Sudahkamu yang dicarinya.”

Dia hanya mengangguk, menghantar Puan Senah dan yang lainhanya melalui sorotan matanya sebelum retinanya kembali ke wajah pucat itu.Terdengar suara keluhan yang tidak jelas butir sebutannya selain Azami, Azami,Azami, mak, dan Azami lagi. Tangan Nur Husna yang tadinya diam di sisi  mula tergapai-gapai mencari tempatbergantung.

Duduk sahaja di kerusi di sisi katil, dia menunduk; menampungdahi dengan dua sikunya di lutut, wajahnya diusap dibawa ke rambut menyebaknyakasar.

Tangan yang sedang mencari, segera disambut lembut. Perlahanjemarinya mengusap lembut tangan yang sejuk membeku itu lalu digenggamnya erat.Dibawa terus ke bibir dan dikucupnya lama dengan mata yang terpejam. Hatinyadihenyak serba-salah.

Terlalu melampaukah kata-kataku hingga kau terlantar sakitbegini. Bangun Nur Husna, hilangkan serba salahku.

“Azami..”

Lagi. Suara itu memanggil lagi. Perlahan dia mengangkatwajahnya, berpaling ke sisi tanpa melepaskan jemari Nur Husna di bibirnya.Matanya yang dipejam, dibuka memandang wajah yang memanggilnya sebentar tadi.Postur tubuh yang tadinya menunduk segera tegak melonjak ke depan; menerpa sigadis yang seperti sudah siuman daripada tidurnya. Mata Nur Husna yangsepanjang masa tertutup juga sudah terbuka separuh.

“Azami?”

“Ye, I dekat sini. You okay? Nak apa-apa?”

Seperti menyedari lelaki di sampingnya itu Azami walau samarmatanya tidak jelas, matanya bergenang lagi, hidungnya bertambah merah; petandatangisnya mahu dihambur lagi.

Melihatkan itu, segera telapak tangannya yang besar dibawa kekepala si gadis yang sudah dipakaikan tudung sarung oleh Puan Senah tadi.Terasa bahang panas memenuhi deria rasa tapak tangannya, diusap-usap kepala itudan dikesat air mata yang mengalir di pipi tembam Nur Husna.

“Shh.. Jangan menangis. I dekat sini.”

“Jangan tinggalkan saya.”

Rayu suara itu, lirih memohon. Dia terpempan. Dirinyadiserang persoalan. Mengapa begini jadinya? Laku Nur Husna seolah-olahmenjadikan dia satu-satunya tempat bergantung yang Nur Husna ada. Mengapasejauh itu diletakkan seorang Azami Norhakim yang hanya sekali ditemui, menjadiorang terpenting dalam hidupnya. Jatuh hingga begini kerana sakit dikecewakan.Walaupun begitu, masih merayu berharap agar dirinya tidak ditinggalkan. Dimanakah diletakkan Azami Norhakim dalam diri seorang Nur Husna, hingga geringtidak sedarkan diri? Keluhan berat dilepaskan. Rasa serba salah dan tidakpercaya menggauli emosinya.

“Tak.I tak akan tinggalkan you. I dekat sini kan?”

“Janji?”Rengeknya bagai anak kecil mohonkan perhatian.

Ijanji. Dah, sambung tidur balik.”

Walaupuntidak ketara, dia tetap perasan akan senyuman nipis yang terukir di bibir pucatitu. Dia mula mengubah tempat duduknya di birai katil. Kepala Nur Husna dibawarapat ke sisinya, lengannya dijadikan alas tidur. Tangan satu lagi masih setiamenggenggam jemari Nur Husna. Perlahan mata kuyu itu mulai terpejam. Dahi NurHusna dikucupnya sepintas lalu sambil menepuk-nepuk bahu Nur Husna; berniat mahumendodoikan gadisnya.

Previous: Bab 13
Next: Bab14ii

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ