Kejadian itu agak menakutkannya. Apatah lagi dia seorang introvert. Terasa bagai dia sedang dihukum sula dengan keadaan berbogel di khalayak ramai. Alangkah hina dan malunya. Sedangkan tiada siapa mengenali dirinya melainkan mereka yang datang ke sessi meet and greetnya itu. Itu pun mereka tidak dibenarkan melihat wajahnya tanpa topeng yang dipakainya. Malah dunia masih berputar seperti biasa walaupun di perspektifnya langit umpama sudah runtuh.
Walaupun dihalang Meredith, gigih juga dia mencari komentar Voluptous Lips tentang karyanya. Mustahil dia akan membiarkan wanita itu menghina karyanya yang hampir beruban untuk dihasilkannya. Dengan peluh. Dengan penat.
“Buku ini antara elemen yang merosakkan akhlak.” Begitu kata-kata pembukaan post yang dibuat Voluptous Lips. Dengan wajah Angelina Jolie fakenya itu, dia menayang buku My Handsome Prince di tangan kanannya. “Bagaimana perasaan anda jika kisah yang penuh dengan adegan bersenggama meleleh ini dijual dan mungkin dibeli oleh anak remaja kita?” Sambil mengelengkan kepala dan berhamburan kata-kata yang membuat My Handsome Prince seperti sebuah karya sampah.
Pada penghujung video itu Voluptous Lips mengoyakkan buku itu sehelai demi sehelai. Kemudian menaburkannya ke lantai.
“Eh…sapa dia ni? Memang lah aku kenal kau sebagai bibliografer tapi…” dia terpana sendiri. Terbakar betul dia apabila melihat tingkah influencer tersebut. “Wah kau ingat tulis buku ni senang? Kau cuba buat.” Gerutunya sendirian.
Voluptous memang seorang influencer buku yang terkenal di kalangan pembaca. Pengikutnya di laman sosial melampaui bilangan pengikut artis yang popular sekali pun. Semalam dia lihat Voluptous sudah mencapai followers ke suku juta hampir menyamai populariti Caitbooks salah seorang bibliographer di laman media sosial berkaitan buku. Voluptous di yang kerap menjadi rujukan peminat buku apabila mencari buku yangbest-best. Walaupun wajahnya tidak dikenali, pengaruhnya tetap tidak dapat dinafikan.
Pernah kejadian buku tular dikecam pembaca kerana pelbagai sebab seperti karya yang plagiat dan meniru karya bulat-bulat dari babak filem, dan ada juga yang mengambil karya popular fantasi dan mengalih bahasakannya ke bahasa melayu dengan elemen lucah yang tidak diubah.Kes-kes sedemikian pernah juga dibacanya di media sosial sebelum ini.
Memang ada juga kes-kes di mana buku-buku yang dianggap dalam kategori “spicy” menjadi sasaran dan kecaman dunia buku tempatan. Tetapi kes-kes itu datang dan pergi.
Sungguh tak disangkanya kali ini yang menjadi bahan fokus adalah hasil karyanya. Yang dia hasilkan penuh bangga.Yang diangkat tinggi oleh pembacanya di blognya, dan yang paling utama dipujioleh penerbitnya.
“Aku nak saman lah minah ni…berani kau kondem buku aku…” katanya dengan perasaan geram. “Jika beratus orang suka dengan buku aku ni, takkan seratus orang tu tak tahu nak memilih karya yang bagus atau sampah! Dengki ler tu…”
Dia menelefon Meredith tidak menjawab. Kemudian dia hantar mesej berutbi-tubi tentang dia mahu lakukan tentang kes Voluptous Lips.
Malangnya Meredith hanya bagi dia blue tick dan tidak mengangkat panggilannya.
Hanya satu mesej dari Meredith mengucapkan tahniah.
“Chill. We made it. Your books sold out. 30k.”
Sangat bersyukur dia. Segala penat lelahnya berbayar. Hari terakhir pesta itu buku fizikalnya sold out. Sungguh betul kata hikmah yang kerap dilihatnya di media sosial, doa orang teraniaya akan dikabulkan. Begitu dia melepaskan nafas lega.
Di pasaran online seperti sheepo dan yang mulai menjualnya pada harga berkali ganda. Seperti biasa ada demand ada supply. Buku yang hanya berharga RM30 itu kini ada yang cuba menjual pada harga RM300.