Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
24,644
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 6

Akhirnya…Sampai juga ke penamat manuskrip berharganya itu.Segera dia hantarkan kepada editor  Wana semua yang telah dibetulkan.

“Terima kasih Hilda. Memang saya agak Hilda akan mampu buat kejayaan untuk kita…” kata Meredith di hujung telefon.

Dia hanya mengusap dada sendiri. Lega setelah berhari-hari dia mengerjakan manuskrip itu. Deadline nya tiba dan dia hantar sahaja apa yang telah dipinda.

"Ini kulit depan novel you Hilda.” 

Dan seketika itu ada satu lampiran terpapar di skrin telefonnya. Gambar sepasang kekasih yang cantik dan kacak dengan latar gelap dan tulisan yang berseni dan pasti tidak gagal menambat hati pembaca buku target penerbitnya. Wajah mereka tidak begitu jelas tetapi lengan dan tangan jejaka dalam gambar itu penuh urat dan ketak-ketak bakal menarik mata wanita.


“Wahhh cantiknya…Meredith…handsome betul mamat dalam cover ni.” Bulat mata Hilda melihat cover buku terbarunya.

“Artist ni memang tak pernah gagal buat cover yang memukau, kan?” puji Meredith.

“Sekali pandang macam iras-iras Zayn Malik kan?” tanya Hilda.

“Kita tak perlu pernah tunjuk muka hero secara jelas…begitu juga heroin dear…” balas Meredith.

“Heh apa salahnya…biar dia orang senang nak imagine…” kata Hilda polos.


“Kita perlu leave something to imagination…you pandang Zayn Malik kacak? I tengok dia macam budak hingusan…I mungkin akan bayangkan Chris Hemsworth… Madam V mungkin akan bayangkan The Rock....hahahah....jadinya, beauty is in the eyes of the beholder… tak perlu kita paksa apa yang kita anggap kacak ke dalam minda pembaca…after all mereka yang akan beli buku itu…dan jika mereka tak setuju dengan definasi kacak kita…kita akan kehilangan satu belian…right?”

“Bijak…bijak sungguh korang ni…”Hilda mengangguk-angguk bagai baru pertama kali tahu tentang itu.

“Kita akan pastikan jualannya hit the roof…terangkat babe…” sengih Meredith.

“Moga sukses untuk kali ini,” balas Hilda penuh harap.

“Boss pesan you jangan baca peduli apa-apa kat medsos untuk seketika. Fokus untuk promosi karya baru you…”

Hilda terpinga-pinga.

“Kenapa Meredith?”

“Nanti lah. Kita tak mahu you terganggu untuk pelancaran buku ini. Ingat, kita ada misi. Tetapi...You perlu mainkan peranan you sebagai author. Promote penerbitan buku ini dan post teasers you secara konsisten. Saya sudah bagi you step by step untuk you post kat medsos you. Ikut itu okay.”


Dia skrol kembali kulit buku baby pertamanya itu sambil melepas nafas lega...


“Huh tak sabarnye nak peluk baby kita yang pertama…dan bau buku yang semerbak…” katanya melepaskan perasaan.

“Satu part dah lepas. Jangan lega sangat. Tunggu komen dari market…book reviewer dan semua yang mahu tumpang komen nanti. Kuatkan hati you Hilda. Kalau ada yang kondem buku yang sampah just chill okayyy…pernah dulu ada author kena kondem buku dia hancing…you rasa you boleh terima?”

“Bring it on!” kata Hilda bersemangat.

“You belum kena kritik oleh pengkritik buku yang jenis terus terang…banyak yang baik-baik saja sebab merekatak baca pun kadang kala tu dan ada yang saja nak tumpang glamer kat page you yang banyak view…dan jangan lupa ada you tentu dah ada haters since you punya kat platform free tu pun view dan followers banyak…so…mungkin you dah bersedia…”

“Tak mati dek makian, tak hidup dek pujian….” Balas Hilda yakin.

“Bagus..bagus I like that…”sengih Meredith.

 

Hari yang ditunggu telah tiba. Buku pertamanya itu akan dilancar serentak dengan pembukaan pesta buku antarabnagsa itu. Hatinya berdebar-debar. Apa kata peminatnya hanya cakap saja nak beli tapi tidak.Betapa keciwanya dia nanti. Dan apakah nanti akan ada beratur mereka sepertiyang dikatakan dalam komen-komen di medsosnya.


Dengan semangat berkobar-kobar dia memandu ke tempat pesta. Mujur dia ada parking dan dia cepat-cepat ke level3 di mana reruai syarikat penerbitan Guano Publishing dibuka.


Dari jauh dia dapat lihat begitu ramai peminat buku membanjiri semua reruai di situ. Beberapa orang berbaris untuk membuat bayaran.


“Sini Hilda…” kelihatan Meredith melambainya.


Dia melajukan langkah. Kelihatan seorang lagi wanita berdiri di sebelah Meredith dia tak pasti siapa wanita itu…hmm..


Buku berkulit hitam gelap kelihatan terletak di meja sebelah. Dia tak dapat melihat dengan jelas tetapi dia agak pasti penulis itu lah Carva Arbella. Manakala bukunya My Handsome Prince diletakkan di meja sebelah kanan.


Beberapa orang beratur di baris MyHandsome Prince tetapi hanya ada tiga orang di baris satu lagi.


“Maaf lambat…” katanya sambil melabuhkan tempat duduk.

“Kak boleh ambil gambar tanpa topeng tak?” tanya pembeli buku yang mahu bukunya ditandatangani. “saya follower akak kat platform XXX itu…saya yang vote dan like semua bab cerita ni tau.”

“Maaf tak boleh,” Meredith yang menjawabkan.

“Ohh…takpelah saya tak jadi beli buku tu…” balas gadis di depannya itu sambil beredar dan meninggalkan buku yangdipegangnya di atas meja. Hilda buat muka selamba. Matanya menoleh ke arah Meredith tukang jawab soalan.

“Tak mengapa. Satu blah, ada beratus lagi menanti.” Meredith berbisik kepada Hilda, dia yang jadi tukang jawab. “Next,”  Meredith menjemputpeminat seterusnya.

 

Pelancaran hari itu amat berjaya dan buku My Handsome Princetelah habis terjual dengan lebihan order yang perlu dipenuhi lagi.


Tak lama kemudian susuk Madam V muncul di reruai itu. Wajah Madam V pun berseri-seri sahaja apabila berdepan dengan Hilda.

“Good job Hilda. Tapi ini tak sebanyak jangkaan kami.” Komen Madam V. “Dengan begitu banyak pengikut di platform itu, sewajarnya sekurang-kurangnya seribu atau dua ribu unit lebih terjual dalam sehari…”

Hilda tersengih di sebalik topengnya.

“Kena kuatkan sikit lagi marketing,” Meredith menyampuk.

“Kita tunggu sehingga hujung  minggu…jika tak habis…kita guna back up plan…” kata Madam V serius.

“Ya saya akan post lagi banyak teaser kat  media sosial saya…” balas Hilda semangatnya berkobar-kobar.


Madam V dan Meredith pandang sesama sendiri sambil tersenyum lega melihat semangat seorang Hilda Aster.
Previous: Bab 5-b
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou